Anda adalah tetamu ke blog ini.

Jumaat, 4 September 2015

Petang yang singkat di Den Den Town


Awal pagi kedua kami di Osaka...

Keluar sahaja dari hotel ke Den Den Town dengan berjalan kaki dari hotel. Baru kami perasan rupa-rupanya majoriti kedai menutup perniagaan selama 3 hari bagi memberi laluan pada pesta Bon Odori.. aduss.. Silap perancangan nampaknya.


Sarapan pagi.. Nasi Lemak dengan Nescafe Panas gelas besar.

Sempat la kami singgah di beberapa kedai yang membuka perniagaan. Salah satunya ialah kedai Kiyoritsu yang menjual kit projek elektronik dan komponen elektronik.. 6 Tingkat tu!


 Fiber optik kabel yang dijual..


Projek kits menggunakan programable microchip.


Tower bagi sesiapa yang nap stacking board madam arduiono/rasberry at PCB biasa. libel sistematik.


Aksesori casing dan backlite. Juga jaring-jaring bagi speaker case.


Nampak? lubang-lubang halus utk speaker atau pengudaraan ataupun kosmetik casing.


dah macam-macam dah...


Terserempak dengan Spectrum Analyzer Rigol.. tiada Tracking generator..


Projek kits Short wave.. snap but antenna short wave.


Utk lagi beginner.. kit nostalgia Cristal Radio.


Wah.. jenama little Bits pun ada..


Yang space kits tu, gang-geng radio amatur mesti minat!.


Kits lain.. siap yang main-main valve lagi!


Barisan osiloskop dan analyzer...


Terjumpa lagi motor C70 dengan valve boradcast!

Kami kemudiannya mengambil keputusan untuk ke pasar Kuromon yang juga berada di jalan yang sama.


Antara jualan di pasar yang sempat saya snap.


Hat ni kat malaysia tak makan... orang jepun makan rupanya.


Ketam tak sedap pun ada...


Scallops? apa nama entah.. sedap gilerrr..


Terpandang motor spidercam yang dimodifikasi kat jalan utama..


Fadhil di pasar Kuromon..


Lagi antara jualan di pasar..


inilah Scallops yang diletakkan mentega dan dimasak secara api perlahan... memang sedap gilerrr..


Ada gambar tercicir.. masa di kedai kits..


Lagi..


Kits GR-Sakura...


Osiloskop 2nd hand yang dijual.


 Kedai ham radio dan hobi air traffic controller/aircraft simulator..


Macam biasa.. fadhil jadi model..


Tudia... kata sahabat saya.


Singgah balik hotel, makan tengahari. mandi-mandi dan kembali jalan-jalan...



Terserempak dengan bang Aziz 9M2AU di den den... kayuh basikal. Apapun kami dan mula merancang untuk aktiviti esok. Tiada lagi jalan kaki tetapi kami akan kayuh basikal!

Bersambung...


Sabtu, 29 Ogos 2015

Misi mencari kedai radio bermula


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selesai sudah program menemani sahabat-sahabat saya ke Tokyo. tak banyak yang mampu saya tulis kecuali berkongsi gambar-gambar sepanjang kami di sana.

Perjalanan kami bermula di Osaka, sampai sahaja di bandar ini kami terus ke Hotel. 9M2SQL dan Pak Lah telah pun sampai di hotel mereka beberapa jam lebih awal.

Saya dan Fadhil mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar bandar. Kebetulan kurang 100m dari hotel kami di Taiyo Hotel (berhadapan Shin Imamiya JR Station dan Hamamatsucho Station) ialah Osaka Tower dan pusat cenderahati.




Osaka Tower terletak cuma beberapa minit perjalanan dari hotel bajet kami.


Fadhil... sahabat saya yang setia bersama saya ke negara matahari terbit berlatar belakangkan lorong di Osaka tower. Sambil-sambil mencari cenderahati yang boleh dibeli buat kenang-kenangan.


Antara Keychain dan cenderahati yang dijual. Sayangnya, kami tersilap membuat keputusan membeli cenderahati ini yang agak murah berbanding bandar-bandar lain.



Malam melepak di Shimbashi... Glico Man...


Atas tren... amaban membaca buku kini bertukar menjadi memegang handphone.


Nasi makan malam... beli ajer di family mart, Lawson atau SevenE.. panaskan dalam microwave. Lauk segera dari malaysia dan makan.... huhuhu..


Buah Tin.... tak lepaskan peluang...


Malamnya Alhamdullillah kami dibelanja buah anggur yang besar..


Perbandingan saiz buah anggur dengan wang 50 sen

Osaka tidak boleh lepas dari Trip kami kerana di Jepun terdapat 3 bandar elektronik yang besar iaitu Denden Market di Osaka, Osu Konnan di Nagoya dan Akihabara di Tokyo. Kebetulan Mutalib dan Pak Lah membawa keluarga bersama. Peluang bermalam di Osaka satu aktiviti sampingan sekiranya ingin membawa keluarga bersiar-siar samada ke Hiroshima, Kyoto atau pun di Osaka yang juga banyak tempat menarik.

Bersambung...

Petang yang singkat di Osaka

Isnin, 25 Mei 2015

Tips bagi mereka yang berminat untuk ke Tokyo Hamfest 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya mengetahui tentang Tokyo Hamfest yang akan diadakan pada 22hb dan 23hb Ogos 2015 nanti tetapi memandangkan bajet saya agak keutamaan untuk keluarga. saya terpaksa melupakan dulu festival ini. Posting kali ini adalah untuk rakan-rakan yang berminat untuk ke festival ini.


Bagi mereka yang berminat mengetahui tentang Tokyo Hamfest boleh lah melawati link di bawah tentang perjalanan bajet saya sepanjang di Tokyo. Memang sangat mengujakan lagi-lagi ianya adalah hamfest paling meriah di Asia. Terdapat 3 Hamfest radio amatur yang besar iaitu di Friedrichshafen German (mewakili Europe), Dayton US (bagi benua Amerika) dan Tokyo (sebelah Asia).

Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 1 
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 2
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 3
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 4
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 5
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 6
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 7
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 8
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 9
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 10
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 11
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 12
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 13

(kalau korang rajin baca... layannzz...)


Kebetulan Airasia juga ada mengadakan promosi tambang murah serendah RM580 pergi dan balik. manakala kos bagi penginapan dalam RM70 semalam. Saya akan update nanti detail dan pandua bagi mereka yang ingin pergi.... jangan ke mana2.. k ;)

------ Sambungan -------------

Berikut ialah anggaran kos bagi sesiapa yang berminat untuk pergi  bagi senario 5 hari Trip.
Bertolak - Khamis 21hb Ogos 2015
Pulang - Isnin 24hb Ogos 2015
Destinasi - Haneda Airport

Kos Pengangkutan

1) Penerbangan pergi dan balik   - Promo Airasia ~ RM780-RM1100 pergi balik
*tak termasuk bagasi dan makan
2) Tren dari Airport ke bandar Tokyo dan hari pulang - RM55
*Tokyo Monorail ke stesen Hamamatsucho, Tukar ke JR line ke destinasi hotel.
3) Tren ke tempat festival - Pergi Balik untuk 2 hari ~ RM60

Option...
4) JR Rail Pass ~ RM920
* Rail pass ini tidak wajib jika anda hanya berkitar dalam Tokyo sahaja

Kos penginapan untuk 4 Malam

1) Dianggarkan 4 malam minima dengan kadar purata seorang
i) Sekitar Stesen JR Ueno ~ RM150 x 4 malam
ii) Sekitar Stesen JR Minamisenju ~ RM75 x 4 malam
iii) Sekitar Akihabara ~ RM160 x 4 malam

Kos Masuk ke Big Sight dimana festival dijalankan
1) Kos masuk ke ham fair ialah ¥1500 atau lebuh kurang RM45 untuk 2 hari.

Kos makanan
Kos ini terlalu subjektif tetapi saya anggarkan sehari kos makanan adalah RM50~RM70. Anggaran saya adalah RM200 bagi 4 hari adalah memadai.

Anggaran kasar bagi tip asas di atas adalah RM900 (kos flight return) + RM55 (kos tren airport ke bandar dan sebaliknya) + RM60 (kos travel pergi balik festival) + RM400 (kos hotel 4 Malam) + RM45 (Tiket masuk festival) + RM200 (makan 5 hari) = RM1660

Ini merupakan anggaran sahaja kerana kos ini dapat dikurangkan lagi melalui beberapa Tips yang akan saya kemaskinikan nanti....

------------------ TIPS BERJIMAT -------------

Terdapat 3 hal yang boleh kita jimat semasa di jepun.

Kos Makanan 
Makanan bukanlah isu bagi pengembara bagpackers terutamanya yang beragama islam. Membawa makanan ke Jepun melepasi kastam dan kuarantin nya tidak setegas Australia.. amat senang dan tiada halangan. Selalunya saya akan membawa makanan yang telah siap untuk dibawa mengembara... contohnya :



Harganya antara RM8~RM12 di pasaran. Tetapi di Jepun anda punya pilihan samada memilih membeli makanan yang telah siap seperti makanan jepun (Bento  hinggakan ke Udon) atau beli sahaja bento seafood di kedai 24 jam yang banyak pilihan. Jika was-was, nasi kosong sahaja yang siap dimasak ada dijual di kedai ini dengan kos RM5 sebungkus. hanya panaskan sahaja di mikro oven yang  ada di hotel masing-masing dan serunding atau lauk dalam tin/pack yang bawa dari malaysia... fuhh sedap...


*Gambar Hiasan... Ransum utk travel bagi 16 Hari

Di sekitar stesen Ueno terdapat kedai-kedai kebab muslim dan kedai nasi ayam halal milik imigran pakistan yang mesra dalam anggaran kos RM15 ~ RM20 satu hidangan. Ada juga dipakejkan dengan air berkarbonat.

Sebelum ini kami membawa sendiri periuk nasi elektrik hahahahha... lepas ni rasanya tidak lagi.

Antara tips di Tokyo, makanan halal yang kerap ditemui ialah kebab. Jika mahukan nasi beriani etc atau makan dikedai India Pakistan mungkin lebih kurang RM40 sehidang dengan air masak free flow. Terdapat banyak kedai halal sebenarnya di Tokyo dan tiada masalah untuk mencarinya... lagi-lagi yang berhampiran masjid ;).


Kos Hotel
Memang diakui kos hotel adalah sangat mahal di tengah kota metropolitan Tokyo lagi-lagi kedudukan strategik seperti Akihabara, Taito, Ginza, Shinjuku dan Ueno. Anggaran kos dengan menggunakan Agoda.com antara RM120~RM160 seorang bagi setiap malam adalah normal. Di bandar lain biasanya RM40~RM60 saja... Tetapi jika anda rajin mencari hotel-hotel lain yang sedikit jauh dari pusat bandar sebenarnya berbaloi dengan syarat berhamnpiran dengan stesen JR. Kenapa tren JR menjadi pilihan berbanding Tren swasta? tren kelolaan syarikat swasta agak mahal sedikit berbanding tren dibawah syarikat Japan Railways (JR)(ala-ala KTMB).


Asas laluan tren dalam Tokyo.. gambar di atas ialah tren loop yang akan berpusing dalam lokasi-lokasi strategik dalam Tokyo. 


Secara Amnya loop ini merupakan point utama bagi menghubungkan pergerakkan antara tren ke airport.. tren ke tapak hamfest dan tren ke hotel. Ueno (laluan JR Yamanote) merupakan titik bagi bertukar ke tren ke stesen minamisenju (laluan JR Joban) 



Stesen Minami senju.. perhatikan hanya 2 setesen ke depan Ueno sahaja...


dari Stesen Minamisenju terdapat beberapa hotel yang dikira sesuai dengan bajet.. Hikari hotel (tiada dalam agoda.com) juga dalam lingkungan ¥1700 semalam.


Bagi mereka yang berminat nak ke pasar Tsujiki pun senang akses....

Lagi untuk ialah mereka yang mempunyai JR Pass yang mana tidak perlu memikirkan perlu membayar tambang dalam JR tren. Saya memilih kawasan Asakusa (Berhampiran stesen JR Minamisenju) yang mana rata-rata hotel adalah RM70 ~ RM100 seorang bagi 1 malam. Sedikit berjalan kaki tetapi berbaloi.

Tetapi harus diperhatikan sesetengah hotel menawarkan penginapan murah ada sebabnya! Jangan tersilap langkah memilih hotel kotak... yang mana anda tidur dalam cube kecil hahahaha.. yang itu boleh dapat RM40 semalam pun boleh heheheh... pilihlah penginapan biasa atau jenis ryokan (atas toto tradisional jepun) pun ok..

Ada lagi yang perlu saya sambung atau anda punya cadangan tambahan? Silakan...

**** Angka yang saya nyatakan ialah angka harga yang saya perolehi semasa menulis artikel di atas. Harga dan penawaran tempat penginapan mungkin berubah atau tiada bergantung pada maklumat semasa laman web maklumat didapati.

 **************************************************

Kemaskini 23 Jun 2015

Terdapat sahabat yang bertanyakan tentang draf cadangan sekiranya ingin pergi selama seminggu. Jika seminggu, adalah bagus sekiranya membeli JR Pass yang membolehkan anda bergerak antara bandar-bandar di jepun. Kos asas dari RM1350 all in mungkin akan meningkat sedikit.
Saya lampirkan draf cadangan tentatif perjalanan bagi 18hb hingga 25 hb sebagaimana di bawah :



Bil
Tarikh
Destinasi
Kos
1.
18 Ogos 2015
Selasa
Bertolak dari KLIA 2 Kuala Lumpur ke Haneda Airport International
Bermalam di Airport

 RM887.08
(Kos pergi balik)
2
19 Ogos 2015
Rabu
Tukar JR Pass
Singgah Akihabara
Bergerak ke Bandar Osaka
Berehat
Ke Den-Den Market jika sempat
Bersiar-siar sekitar Osaka
Menginap di Hotel Taiyo
RM920.00
(Kos pengangkutan JR Pass cover semua Shinkansen, train, bas dan Feri)
RM118.92
(2 malam)
3
20 Ogos 2015
Khamis
Berkunjung ke Den Den Town
Ke ICOM Wakayama
Naik Shinkansen Ke Kobe
Singgah Masjid Kobe
Ke Dotonbori
Bersiar di Shinsaibashi
Menginap di Hotel Taiyo (Shin Imamiya)
-
4
21 Ogos 2015
Jumaat
Pagi bergerak ke Nagoya
Singgah solat Jumaat di masjid Nagoya
Melawat Muzium Toyota
Melawat ke Osu Konnan
Bergerak ke Tokyo dan bermalam di Hotel Juyoh

RM318
(Kos hotel bagi 3 malam)
5
22 Ogos 2015
Sabtu
Ke Big Sight Ham Festival 2015
Akihabara
Makan di Ueno
Shibuya dan Shinjuku
Hotel Juyoh
RM45
(Tiket Festival bagi 2 hari)
5
23 Ogos 2015
Ahad
Ke Big Sight Ham Festival 2015
Akihabara
Makan malam di Restoran Kak Timah
Eyeball dengan Ham Jepun
Hotel Juyoh
-
6
24 Ogos 2015
Isnin
Awal Pagi ke Pasar Tsujiki
Tokyo Tower, Tocho Shinjuku
Haneda Airport dan pulang ke Malaysia
-




Jumlah Kos Anggaran RM2289.00
  • Kos Makanan sekitar RM100 atau kurang kerana makanan adalah dibawa dari Malaysia jenis ‘ready eat’ untuk sepanjang di sana.
  • Kos tambang pergi balik anggaran jika dapat tiket promo Airasia
Diharap ini dapat membatu rakan-rakan yang berminat ke sana nanti.. Insyallah.


Jumaat, 8 Mei 2015

Flea Market Sempena KL Fox & EMCOMM Go Box

Assalamualaikum semua..

Saya akan membuka gerai jualan barangan terpakai sempena acara di bawah:

Komuniti Flea Market akan membuka satu ruang jualan lelongan secara lambak pada Pertandingan KL Fox & EMCOMM Go Box Competition yang akan diadakan seperti di bawah :

Tempat : Tapak A, Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak
Tarikh : 9 Mei 2015
Jam : 8 pagi hingga 5 petang

Acara pasar lambak berkaitan ham radio ini akan memberi ruang pada mana-mana rakan yang ingin menjual apa sahaja barangan berkaitan radio amatur seperti kapasitor, PCB, Komponen Electronic, PTT terpakai, Microphone, Radio-radio rosak yang boleh dijadikan sparepart, Arduino, Rasberry, Rotator, Antenna, APRS Tracker, GPS, radio yang masih berfungsi tetapi ingin dilepaskan atau apa jua barangan buatan homebrew boleh lah menghubungi Saudara Bob di Whataaps 0137554815 atau Saudara Wild Fox di whataaps 0136283407.



Kalau untung sikit mungkin boleh buat tabungan ke......


Hhehehehee... Jumpa disana!!

Rabu, 1 April 2015

Selamat datang GST dan gambar kenangan yang lalu



** lama tulis tapi baru nak upload heheheh **

Assalamualaikum dan salam hormat. 

Baru beberapa detik yang lalu negara kita baru memulakan GST. Satu dasar yang tidak popular dikalangan rakyat marhaen.

Sambil mengemaskini fail-fail dalam portable hard disk yang tiba-tiba hidup kembali setelah sekian lamanya kaput huhuhu... ada beberapa gambar kenangan yang saya rasa boleh lah dikongsi bersama.



QSL kad yang saya tak ingat bila saya ber QSO dengan nya. Terdapat banyak QSL kad sesat yang terus ke inbox saya. Kebetulan pemilik callsign di kelas B ketika itu 9W2RZL sering berkendali di 10meter band. Disebabkan kami berkongsi Suffix yang sama mungkin yang menyebabkan qsl kad sesat ke peti surat saya hahaha..


Ini nama beliau ialah 9W2SQ Bang Sabri. Jika tidak silap saya beliau mepunyai 2 lagi saudara yang sangat-sangat seiras dan mempunyai callsign. Seorang di Syarikat Minyak negara dan satu lagi ialah seorang Guru.

Bang sabri adalah orang yang banyak memberi saya inpirasi untuk aktif mengadakan field day dalam hobi radio amatur. Gambar ini saya jangka sudah melebihi 13 tahun. Hingga saat terakhir sebelum saya berhijrah ke johor, beliau sering kali mengadakan Summit On The Air dan santai BBQ. Satu kata-kata yang saya pegang dari beliau adalah tentang pengurusan kewangan. Jangan habiskan gaji pada membina kuantiti dalam kehidupan tetapi simpan bahagian nya untuk kualiti dalam kehidupan.


Mutalib 9M2SQL... dulu 9W2SQL. Sahabat saya yang saya kenal beliau ketika awal tahun 2003 jika tidak silap. Bermula dengan satu panggilan dari Pak Yob 9W2YR (Ketika itu pengurus ASTRA Selangor) meminta saya membantu seorang pelajar di mantin membina kelab station Radio amatur di kolej nya... Ianya tidak berakhir disitu. Ketika Mares mula memiliki kelab station, kami sering aktif di sana. gambar di atas diambil di hadapan rumah 9M2RR Pak Rahim di Tanjung Piandang dalam satu lawatan sambil belajar hahaha..

Oh ya, sebelum dari itu, dalam perjalanan kami bertemu dengan 9M2SY pak syukur dan Pak Rahim 9W2KK (Allahyarham) dan dibawa singgah ke majlis perkahwinan Pak Megat 9W2DMG yang ke berapa entah.. hahahhaa..


Gambar yang ada dalam simpanan saya... Peta pada dinding depan shack. Cantuman kertas-kertas fotostep dari buku atlas cetakkan tahun 1980. Ketika itu saya hanya memiliki 2 unit transceiver sahaja iaitu Kenwood TM-261 yang mana dibeli secara bayaran ansuran dari Pak Hamid 9W2TU. Beliau merupakan seorang GM di hotel dalam Uniten.. Manakala handy pula adalah Motorola GP 338 Plus yang saya perolehi semasa bekerja di Penang. Motorola GP2000 ketika itu telahpun disimpan terus kerana masalah bateri.

Peta era 80an sebenarnya lebih lengkap dalam penandaan kontur. Dari kontur ini saya boleh menjangka liputan sesuatu repeater terutamanya yang bersambungan seperti ASTRA.




** gambar catatan diambil dari FB Astra bertarikh 8 Feruari 2016.

Antara kenangan di awal berkecimpung dalam dunia radio amatur ialah pengalaman memanjat majoriti gunung-gunung strategik bagi komunikasi. Ketika hari pertama saya menyambung pengajian di Shah Alam, pada masa yang sama repeater Astra yang pertama di Lembah Klang dipasang. Saya bergerak pada malam yang sama dengan team yang diketuai oleh 9M2RR dan rakan-rakan ham dari KL seperti Pak Sabri etc.

Gambar di atas ialah pemasangan semula repeater Astra di lokasi lebih sesuai memandangkan repeater sebelum ini tidak memenuhi kriteria wajib penjaga di atas sana. Di dalam gambar terdapat Pak Idris 9W2USA, Allahyarham Sonee, Allahyarham Pak Din 9W2BB, Azhar, Pak Yob, Pak kamsok 9W2KW (Kini 9M2MKW) etc..

Saya teringat juga ketika kami sampai untuk bermalam di puncak gunung ledang, sahabat-sahabat dari KL iaitu Pak dahlan 9W2DJ, Allahyarham Pak Idris 9M2GL, Pak Nik 9W2NV (kemudiannya 9W2NIK) dan lain-lain telah sedia memacak khemah. Mereka dah setup satu station HF... dan Pak Nik sudi memasakkan kami makan malam. sarapan paginya amat istimewa dari pak nik iaitu daging tumisan susu krimer... saya takkan lupakan hahahaha...


Gambar yang terperingkat dan diklasifikasi semula...


Dapat sampai puncaknya... Juga gambar ini mengingatkan kami pada keesokkan harinya kami memikul Cavity, bateri dan Kotak repeater ke gunung Pulai. Kebetulan sehari sebelum itu berlaku kepala air yang menyebabkan beberapa pengunjung hutan lipur gunung pulai terkorban..... dari tarikh tersebut hingga kini hutan lipur gunung pulai ditutup pada orang ramai.


Gambar nostalgia saya di samping 2 Timbalan Presiden Kelab radio Amatur Ungku Omar, Saya telupa seorang.. seorang lagi ialah Hafizul Effendi (9W2HE). Pada hari tersebut dengan bantuan Mr. Chin 9M2CW kami menyediakan setup pameran Radio Packet dengan handie talkie Kenwood TH234. Memang nostalgia lagi-lagi sebelah tapak pameran kami adalah meja jualan bunga kelolaan gadis-gadis jabatan perdagangan sempena Konvokesyen PUO. Jujur saya masih menyimpan nota berkenalan dari gadis kadazan disebelah kami.. huhuuhhu..

Tetapi sayang sekali. sahabat saya Hafizul tidak lagi aktif dalam dunia radio amatur dan menumpukan pada kerjaya...


Satu lagi gambar dalam simpanan saya.. shack milik Pak Jaini 9W2JM.... Pak Jaini dekat di hati kami bagi para penggiat ham radio sama seperti Pak Ah Hock 9W2GT. Kedua-dua nama ini amat berjasa bagi pembangunan radio amatur ketika itu di kawasan Johor utara selain Pak Din Atan 9M2DA yang lebih awal.


Saya menghampiri saat akhir pengajian di Shah Alam...


Gambar repeater terawal yang terletak di Bukit Bendera milik ASTRA. Jika tidak silap saya, gambar ini diambil ketika program gotong royong ASTRA di masjid Bukit Bendera.


Pandangan sisi...


Pak Rahim 9M2RR dan Allahyarham Pak Kamel 9W2AX sedang berbincang. Gambar ini diambil ketika Pameran Radio Amatur sempena Pesta Udara Sg. Batu Pahat Perlis. Teringat saya berkomunikasi dengan Pak Fuad 9W2PH yang sedang terbang di Udara (Joyride). Juga ketika itu saya baru perasan Allahyarham Kapten Sharudin/Saifudin? (Callsign Lupa) juga memiliki lesen Juruterbang Persendirian.


Nostalgia saya... 9M2PIC (kini 9M4CPO). Antenna megah yang sering mengujakan saya ketika di Jabatan Kejuruteraan Elektrik... Tapi kenapa saya sendiri tidak perasan Pak Lud 9M2LUD juga ham radio? adusss...


Pandangan dari bawah...


Gambar Shack saya di awal penglibatan. rumah sewa di taman cempaka Ipoh. Perhatikan.. hanya handy talkie CB 27mhz yang mampu..(mampu pinjam dari makmal elektronik perhubungan). Radio-radio ini merupakan sumbangan dari Jabatan Telekom.


Satu lagi gambar... walaupun CB AM, tapi ada juga stesen yang aktif di AM ketika itu. Saya beruntung dapat merasai betapa terbukanya propagasi ketika itu... ada beberapa sahabat CB seperti Pak Non (Callsign lupa), Allahyarham Pak rahim (lupa Callsign) Sik serta geng-geng pukat bilis yang rajin menyahut panggilan saya.


Lawatan 9M2PIC ke TLDM Lumut... Rusdi Carloss (Callsign Lupa) (duduk ditengah) merupakan bekas presiden 9W2PIC.


Gambar akhir... kenangan. Mr. Chin, En. Subra (callsign tak nak aktif)... amoi2 dan gegadis yang aktif QSO suatu ketika dulu di HF kelab termasuk anak Mr. Chin (Callsign Lupa)... Tetapi yang paling manis adalah orang yang mengambil gambar ini adalah salah seorang Anggota TLDM yang beberapa tahun kemudian baru saya tahu beliau adalah Allahyarham Pak Nasir 9M2NNL.


Ok... tutup cerita gambar-gambar saya..

Bacaan saya kelmarin di http://advanced-skynet.blogspot.com/2015/03/misi-lawatan-ke-utara-28-29-mac-2015.html  juga mengingatkan saya tentang nostalgia ham-ham lama yang suatu ketika dulu aktif. Ikatan mereka masih kekal rapat hingga kini walaupun pernah ada kalanya berselisih sepatah dua kata...

Apakah generasi saya dalam dunia ham radio di malaysia dapat melakukan seperti mereka lakukan?. Kini bilangan komuniti atau persatuan berkaitan hobi ini terlalu banyak berbanding dulu. Malahan sahabat saya di sisi yang sama-sama berkecimpung hobi ini kian jauh dan tidak lagi kedengaran khabar. Jika saya tahu di mana mereka pasti saya akan jejaki mereka...

Semoga kita punya peluang untuk berjumpa...





Related Posts with Thumbnails