Anda adalah tetamu ke blog ini.
Memaparkan catatan dengan label Antenna TV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Antenna TV. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Oktober 2017

Antena hombrew menggunakan antena FM radio

Siri jalan-jalan Jalan Pasar 12.
Baru-baru ini saya ke jalan pasar lagi untuk survey 19" rack bagi tujuan projek pertandingan Go Box yang bakal diadakan. Kesempatan melewati kedai-kedai lama di sini telah menemukan saya projek antena homebrew terawal yang pernah saya buat dan paling mudah selepas 1/4 wave antenna yang lepas.
Suatu ketika dulu rumah-rumah di Malaysia mempunyai beberapa antenna biasanya VHF dan UHF yang cover band bagi siaran TV. Manakala penerimaan radio FM juga merupakan pakej tambahan. Antenna FM ini yang dalam julat 88Mhz hingga 108Mhz kebetulannya berada tidak jauh dengan freq 144Mhz amatur dan masih boleh di 'tune' ke freq 2 meter amatur. Kepanjangan elemen ini ialah 1 meter dan boleh dikira 1/2λ dari 145Mhz.... kira dalam julat tolerate la...


Antenna lama ni....


Harga pun dah mahal sikit.. dah tak banyak


Gambarajah cara menyuap antena dengan balun



Coxial Balun 4:1



Kalau guna antenna TV, Boleh cover 2 band.

Antenna FM ini ialah simple Dipole dengan 'menyuap' ke antenna ini dari radio transceiver menggunakan kaedah coax balun 4:1 secara kebetulan ianya resonan pada freq 144Mhz tanpa perlu 'trim' kepanjangan antenna ini.
Tidak hairanlah ianya menjadi laris ketika tahun 90an dan awal 2000an di kalangan ham radio yang kaki homebrew, untuk dijadikan antenna base station. Ketika itu jika tidak silap saya berharga RM18 seunit antenna radio FM ini, ianya lengkap dengan bracket. Saya telah membinanya pada awal 2002 dengan bantuan 9W2ZV (Bob, ketika itu tinggal di Putrajaya) dan Pak Abdul Hamid Sulaiman 9W2TU serta pengukuran SWR ketika itu (saya tiada meter SWR) oleh Allahyarham Pak Dollah 9M2DS, bacaan di bawah 1.5:1. Dengan handy talkie Motorola GP2000 saya, antenna ini amat membantu saya ketika itu.
Terdapat banyak lagi kaedah yang boleh anda homebrew antenna ini dengan menggunakan apa saja bahan yang ada. Misalnya antenna TV seperti dalam link di bawah yang mana ianya boleh meliputi 2 freq iaitu 72cm dan 2m sekali.... 
Anda ingin mencuba? selamat homebrew 
73 

Sabtu, 19 November 2016

Tips mencari kedai komponen elektronik di Pekan Muar


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Atas pertanyaan dan bantuan sahabat-sahabat yang baru berhijrah di muar.. saya kemaskini 3 kedai yang ada menjual komponen elektronik di pekan Muar.

Awal tahun ini saya ditugaskan agak lama di sini. Kesempatan ini sempat saya tanyakan pada 9M2ESM lokasi lubuk-lubuk komponen elektronik. Muar suatu bandar yang tak kurang hebatnya. Seperti Kluang yang mempunyai kedai refurbish enjin diesel terutamanya untuk kegunaan jentera sektor perladangan, Muar juga ada kelebihannya.

Di sini terdapat 3 (atau mungkin lebih dari 3) kedai membekalkan komponen eletronik. Kedudukan kedai-kedai ini agak berterabur tetapi dalam bandar Muar.


Perhatikan penandaan kedudukan kedai-kedai di atas.


No. 1 - TS elektronik.. depannya kuil hindu jalan meriam. Banyak barangan elektrik campur-campur.



No. 2 - Welling.. Jalan Ali.. seberang jalan ya hotel. Bisnes agak slow.



No. 3 - Caltona, landmark.. seberang jalannya ada kedai tayar warna hijau. Banyak komponen industri di sini.

Diharap perkongsian ini membantu bagi sahabat-sahabat yang mencari komponen elektronik ketika memerlukan di Muar.

Hingga jumpa lagi.. 73!


Rabu, 2 November 2016

Jenama antena TV popular yang berasal dari Muar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Februari yang lepas saya di tugaskan untuk berada di Muar selama hampir 1 bulan.. Kesempatan yang ada saya ambil untuk menyelusuri lebih mendalam pekan muar. Antaranya saya sempat singgah ke suatu premis yang menjadi sejarah mencorak trend antenna rumah-rumah di muar dan melaka, Jika anda memasuki kawasan selatan Johor pasti anda akan perasan kebanyakkan rumah-rumah di sana mempunyai antenna tv yang tinggi-tinggi... dan kilang inilah antara pemangkinnya.

Siapa sangka antenna jenama Tanaka yang banyak di pasaran malaysia dan adalah datangnya dari satu Industri kecil rumah kedai di muar.

Terdapat beberapa pembuat antenna tv jarak jauh di malaysia tetapi kini kurang 5 yang aktif. Dulu kalau tak silap saya 1 di pontian, 1 di muar.. 1 di melaka dan di Kl serta penang setiap satu... manakala pembuat aksesori booster juga hanya tinggal 1 juga di muar.

Menjelang perubahan penyiaran tv dari analog ke digital dan pindaan freq, industri ini juga bakal mengalami kesan yang besar. Generasi muda tidak lagi berminat pada perusahaan ini... yang tinggal hanyalah generasi lama keseorangan tanpa dibantu.... dan terpaksa kekal dengan teknologi sediada.

Pembuat antenna tv di Melaka khabarnya sudah sedia produks bagi freq digital kelak...

Saya sempat berkunjung untuk bertanya khabar pada uncle ni, yg juga sahabat karib 9M2DW (s.k).. rupa2nya beliau baru sahaja silent key 1 minggu yang lepas...

Perjalanan saya teruskan lagi mencari orang2 lama di muar.....


Pemandangan hadapan kilang antena tv ini.


Tanaka, nama jepun tetapi buatan malaysia


Antara elemen-elemen antena yang siap dipotong.


Beng Hock TV Servive, nama perniagaan.


Plastik pembalut antenna.


Pemandangan bengkel kilang ini. Perhatikan mesin plastik injection mould adalah dari model yang sangat lama.


Kabel yang digunakan.


Pekerja tempatan


Antenna meninggi dimana-mana ini banyak terdapat di selatan Johor. Ianya dipasang sedemikian rupa untuk menangkap siaran TV dari Singapura dan Indonesia.


Perjalanan saya seterusnya menuju ke Tangkak. Sampai sahaja di sana kilang yang saya tujui rupanya telahpun menutup operasi. Siapa sangka kilang Teletron, pembuat transformer dan Power Supply tidak dapat bertahan kerana penangan Chinna yang lebih murah.

Khabarnya pemilik kilang ini juga ialah Ham Radio dan saya ada menyemak persamaan kilang ini seperti ada kaiatan dengan kilang EKK yang juga mengeluarkan produk transformer.


Pemandangan depan kilang Teletrons, satu nama yang gah dalam produk bekalan kuasa di Malaysia.


Bil air terakhirnya terjatuh dari peti surat, saya masukkan kembali ke peti surat.

Bercakap tentang Transformer EKK,... ada satu rujukan yang boleh di baca :

Though 9M2BS has left us, his name is still alive. You go to electronic shops and supermarket and look for EKK transfomers. EKK stands for Ewe Kuan Kew. He was well known 9M2BS the co-founder of MARTS. The son and the grandsons carry on with the good name of those good old hams.

sumber 9M2AU :http://advanced-skynet.blogspot.my/2013/12/who-is-9m2bs-nine-mike-two-brown-sugar.html

Tak banyak produk elektrik elektronik terkenal datangnya dari ham radio yang minat dalam elektronik sebelum mengkormersilkannya, Prof. Ahmad Faizal 9M2DX ada menceritakan pencipta sensor CMOS adalah ham radio... produk MFJ juga Ham Radio dari Ipoh yang berhijrah ke US dan banyak lagi yang kita tak kenal...

Hingga jumpa lagi.. 73!

Related Posts with Thumbnails