Anda adalah tetamu ke blog ini.

Isnin, 10 Ogos 2026

9M2NZ silent key

 Assalamulaikum 

Pagi tadi saya menerima mesej dalam WhatsApps group berita 9M2NZ Bang Rashid Ghani telah silent key. 


Bang Rashid Ghani

Sebagai ham radio yang hadir lewat dalam dunia radio amatur, jarak umur saya dengan ramai ham radio elmer sangat jauh. Bilangan ham radio ketika itu tidak la ramai.. lebih kurang 300 orang sahaja dan majoriti nya kami memang kenal walaupun hanya pada callsign. Nama Rashid ini, kebetulan ramai dalam dunia radio amatur. Antara nya Rashid Sidek 9M2YRS, Rashid Mamak 9W2TR, Rashid Sultan 9M2RS dan beberapa lagi nama. Majoriti ham radio ini kini berusia atas 60 tahun. Juga ramai juga bernama Aziz...

Berbalik 9M2NZ, kami suatu ketika dulu ketika baru mendapat lesen cukup takut dengan rashid-rashid ini kerana semua nya garang-garang. Jika tersilap QSO, pasti ditegur serta merta di udara hahahaha... kecuali 9W2TR yang sangat baik. Sesi eyeball QSO di Jalan Pasar, KL selalu menjadi medan merapatkan kami. Cuma jarak umur saya dan beliau yang agak jauh membuatkan saya lebih mendengar dari QSO sahaja setiap kali eyeball ini. Banyak pengalaman dan ilmu yang mereka ingin kongsikan.

Ramai ham radio mungkin tidak kenal beliau, kerana beliau hanya on air ketika menguji peralatan radio beliau atau QSO dengan orang yang beliau kenal sahaja. Beliau amat aktif di 7.043Mhz suatu ketika dulu. Mungkin sedikit egonya kami akan hanya mendengar beliau QSO tanpa ada keberanian nak masuk round table hahahahha.. Tetapi ada suatu sisi yang sangat dominan Allahyarham ialah hasil homebrew beliau sangat-sangat kemas dan kualiti industri!

Mungkin pernah mendengar jenama Maltronix? berikut ialah beberapa produk hasil tangan beliau yang dipasarkan oleh Sehan 9W2EG (callsign terkini saya dah lupa). 


Barisan produk beliau yang sangat kemas. Ya! seperti MFJ tetapi versi buatan Malaysia.


Coweb versi lebih kemas


Dipole array


Moxon 6M (ini memang proven)


Rotary dipole 40m


Proven QSO


Antenna Base


Long wire pun ada. Kualiti seperti jenama popular di europe

Jika tidak silap, produksi hasil tangan beliau yang terakhir adalah sebelum Covid dan apabila beliau berpindah, production terhenti begitu saja. Maka berakhirlah produk ham radio yang berkualiti dari Malaysia yang sama hebat dengan produk-produk radio amatur komersil yang lain di luar sana.


Allahyarham berbaju hijau ketika program ziarah tahun 2015 (gambar dari blog 9M2AU)


Antara Produk beliau yang paling lengkap dalam 1 tower. Lokasi kalau tak silap di QTH Dollah London 9M2AAA.

Satu lagi ialah beliau juga merupakan seorang pengarah filem dan drama suatu ketika dulu sebelum pencen sepenuhnya. Antara bimbingan beliau yang dapat saya timba pengalaman ialah membina sistem repeater, duplexer dan terjebak dengan projek membina RF amplifier 1000watt dengan menggunakan MOSFET MRF1K50H yang bapak maheiii... 

Apapun semua ini menjadi kenangan.. seorang demi seorang rakan ham radio meninggalkan kita dikala hobi radio ini pun mungkin tidak lagi menjadi keutamaan. Yang tinggal hanyalah persahabatan dan ukhwah sesama kita yang masih ada ini.

73!




Sabtu, 1 Ogos 2026

Hujung minggu yang bosan

 Asalaamualaikum dan salam sejahtera.

Bosan juga duduk di pulau ni.. ada sesuatu yang saya belajar. Ramai yang nak pencen akan berimpian berumah di depan pantai dan menghabis kan sisa-sisa kehidupan. Sambil bermain hobi radio di masa lapang, hidup minimalis... Tapi Allah berikan saya peluang lebih awal merasai suasana ini dan rasanya dah puas dengan impian ni hahahahha...

Mungkin diri ni lebih cenderung balik ke Malaya mungkin. Tadi sempat berborak dengan 9W2BBS yang bertanya khabar saya di sini, memang ya lah saya rasa kena balik dah nampaknya sebab ramai rakan-rakan radio yang saya sudh terputus hubungan sejak berpindah ke sini. Itu belum lagi Pak Among YF5OR melalui bang Romzi yang call pagi tadi bertanya khabar. 

Terlalu minimalis dengan hidup tak banyak aktiviti di sini rupanya banyak yang tak boleh saya harungi.. antara nya diet yang ke laut hahaha.. apa tidaknya, tak tahu apa nak buat jadi kerja nak makan ajer huhuhuhu. Selain itu, boleh dibilang dengan jari setiap minggu mesti bekalan air terputus adusss.... 



Rutin selain mengutip hasil kangkong di depan rumah... nasi ikan dengan ikan rebus adalah rutin di sini.


Stok beras basmathi agak mahal, selalunya dapat stok beras lebihan ransum yang tak ramai orang suka.. beras ni diebetic kena alert la.


Dalam masin nak kurang, kadang2 perlu juga ada sebab nasi tawar.. mujur ada budu.



Bila weekend di sini memang dah tak tahu ke mana, mencuba ke tanah besar la. Jadi minggu lepas, terus ke kaunter tiket feri beli tiket... Ride ke Kundasang lah nampaknya. Route kali ini melintasi Banjaran Crocker (Gunung Alab) melalui Ranau sebelum pulang melalui Kota Kinabalu.


1 jam 30min perjalanan. Motosikal RM15 sehala


Dan sampai.. satu campsite betul2 atas masjid. Lepas setup, baru teringat radio tak bawak daaaaa...


Angin memang kuat. Malam suhu jatuh ke 18C..


Cari benda nak makan,,, 



Kepak bakar Wak Ali. Jahanam diet huhuhu


Malam memang sejuk yakmat!


Maghrib, Isyak, Subuh jemaah.. ini kelebihan campsite dekat masjid. Teringat Majid Lojing di Cameroon Highland.


Sarapan pagi,  Rebus2 Spageti saja.


Matahari dah meninggi. Kemas-kemas dan cuba explore Kundasang


Paling hujung Mersilau, ada port rendam kaki kat sungai wehhhh. Jam dah pukul 11 pagi. Feri di menumbok ke labuan jam 4 petang. Terus bergegas!


Dan selamat sampai jam 3 petang di Menumbok. Jam 6 petang selamat mendarat di Labuan.

Itulah sedikit sebanyak pengisian aktiviti saya jika kebosanan ni Pulau ini. Untuk Info, stesen radio saya telah secara rasmi dibungkus. Tiada lagi aktiviti DXing. Mungkin jika ada hanyalah QRP sahaja dengan menggunakan Yaesu FT817 terhad pada mode FT8 sahaja buat masa ini. Saya jangka awal tahun depan saya mungkin akan kembali ke Malaya Insyallah...

Hingga jumpa lagi.. 73!



Related Posts with Thumbnails