Anda adalah tetamu ke blog ini.
Memaparkan catatan dengan label antenna asas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label antenna asas. Papar semua catatan

Ahad, 29 Mac 2020

300 ohm kabel dan Projek Slim Jim Ribbon kabel


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai yang pernah membina antena J-Pole dari kabel 300 ohm ini. Ya ianya agak popular suatu ketika dulu ketika banyak sistem antena tv di rumah masih lagi menggunakan dipole (antena macam V di atas TV). Kabel ladder line atau ribbon ini digunakan sehingga ke antena di luar rumah. Hinggalah penggunaan antena 'tulang ikan' yang menggunakan kabel 75 ohm sebagai pilihan terbaik dalam galangan nya.

Kabel 300 ohm ini amat sukar diperolehi di pasaran kini. Jika anda bertemu dengannya anda akan berjumpa dengan 7/0.23mm atau 7/0.32mm (lebih keras) saiznya.

Suatu ketika dulu antena jpole ribbon ini menjadi pilihan mereka yang ingin 'travelling' kerana mudah di bawa ke mana-mana. Ia juga boleh dipasang di atas pokok dengan menyangkutkanya sahaja. Biasanya antena direka pada freq 144-148mhz adakalanya jika bernasib baik akan cover pada freq 430-440Mhz sekali, kiranya cover 2 band sekaligus. Ianya mudah digulung dan di simpan.

Kini kabel ini sudah tiada dipasaran kerana tiada lagi keperluan menggunakannya. Banyak sistem litar RF memilih 50 ohm/75 ohm sebagai galangan sekaligus menamatkan riwayatnya. Jika anda menemui kabel ini di kedai elektronik boleh lah menyimpan sedikit untuk projek ribbon jpole atau G5RV.


Perbandingan saiz, dari kanan 0.23mm, 0.32mm, Heavy Duty 300ohm dari siam dan 300ohm cable dari Jepun.


Perhatikan kable kelabu yang mempunyai dawai tambahan yang lasak (saya rasa sama jenis dengan yang digunakan dalam wire rope) memberi kekuatan lebih baik dan kurang terpintal. 

Malangnya kabel ini sudah tiada di pasaran Thailand. Pada tahun 2012 kami telah ke kedai Amoy di Hatyai (ketika itu hatyai baru lepas dilanda banjir besar) dan dimaklumkan sudah tiada lagi stok datang. Pada tahun 2015 saya dah Arwah Feroz mencarinya di Bangkok dan ternyata sudah tiada lagi. Mujur Bang Azmi 9W2LI dari Arau sudi memberikan pada saya sedikit untuk simpanan. 


Ini adalah 1 roll koleksi akhir yang saya perolehi di Darson JB ketika mereka menghabiskan stok terakhir.


Diagram Jpole dengan menggunakan 300 ohm. Ukuran saya berbeza, saya menggunakan ukuran yang telah Pak Hamid 9W2TU berikan pada saya iaitu 1.56m panjang manakala Feeding ialah hampir 10cm dari bawah.


Dan yang ini saya beli di Akihabara Tokyo. Projek jualan Jpole ketika itu saya menggunakan kabel ini.



Penandaan bahagian yang akan dipotong.


Bagi memastikan bahagian yang dipotong tidak terlipat atau terpintal serta kekal jaraknya saya ikatkan dengan PCB. 


Begitu juga bahagian sambungan kabel RG58 yang diikat dengan kabel Ties supaya apabila digantung akan tahan dan tidak terlucut, terputus sambungan nya nanti.


Kemudian disalut dengan shrinkable tube supaya lebih tahan lama.


Perhatikan dengan pemasangan plate PCB yang saya ambil dari lebihan projek memberi jarak yang kekal dan lebih tahan lama bahagian yang dipotong.


Pandangan sisi 


Hujungnya saya pintal dan solder.


Dah siap.


Bahagian lain juga saya letak shrinkable tube.


Sebenarnya terdapat banyak lagi kable ladder line yang boleh kita gunakan. Misalnya 450 ohm yang lebih baik dan 200 ohm (ini jarang kita guna). Perhatikan perbezaan saiznya.


Jpole menggunakan ladder line 450 Ohm. Yang saya agak risau ialah apabila digantung kable ini akan berpintal dan mengganggu radiation patern, sebab itu 300 ohm yang keras lebih baik.


Saiz 450 ohm ladder line.


Jpole Ribbon Cable yang pernah saya jual secara kecil-kecilan suatu ketika dulu.


Siap bungkus


Selain itu saya pernah juga menjual Android Interface. Kenangan!


Jenama Jurukaka dan menggunakan logo Anjing Menyalak hehehheehe....

Apapun ianya telah menjadi kenangan bagi saya sepanjang berkecimpung dalam hobi radio amatur dengan projek asalnya hanyalah homebrew sekadar suka-suka, akhirnya menjadi sedikit duit poket dengan menjualnya. Saya tak ingat berapa banyak yang saya hasilkan untuk jualan tetapi dari yang saya jangka tidak kurang 360 buah yang beredar di kalangan ham radio di Malaysia.

Kini saya sudah tiada lagi stok dan untuk membuatnya lagi saya rasa tidak lagi kerana kabel pun dah tiada di pasaran, jika ada anda perlu order dari luar negara, selain faktor kesihatan saya yang sudah membataskan aktiviti begini.

Hingga jumpa lagi.. 73!



Sabtu, 28 Mac 2020

Antenna asas pertama saya homebrew


Assalamualaikum dan salah sejahtera.

Anda masih ingat antenna pertama anda?

Saya masih ingat dan projek antenna ini mungkin juga antara projek pertama antena homebrew anda. Saya membinanya berdasarkan buku majalah RSGB ketika itu. Buku yang entah kali ke berapa kami fotostep atas orang dan atas orang. Yang saya masih ingat ialah buku itu terdapat callsign 9M2HM.
Antena Quaterwave ini sangat praktikal dan mengaplikasikan asas pengetahuan ham radio. Dengan menggunakan 300 (nilai bagi kelajuan cahaja sebagai rujukan dalam unit metrik) di bahagikan dengan freq yang hendak digunakan, kita akan mendapat panjang gelombang.

Dan dari panjang gelombang ini lah kami bahagikan lagi supaya hanya suku gelombang sahaja untuk antena ini. Terdapat beberapa faktor seperti Velocity tetapi kami akan trim lagi sehingga mencapai SWR yang terbaik.

Ketika mula-mula berkecimpung dalam dunia radio, memiliki antena analyzer bukanlah sesuatu yang mampu. Malahan SWR meter pun belum pernah lihat. Jadi ketika itu apa yang dipotong itulah yang digunakan hehehehhehehehe....



Ukuran dimensi


Pandanga sisi dan penerangan.


Dan siap! (yang ini 70cm)

Bagi yang baru berkenalan dengan hobi radio amatur ini dan ingin mencuba mengira kepanjangan antena ini dan membinanya sendiri bolehlah ke https://m0ukd.com/calculators/quarter-wave-ground-plane-antenna-calculator/ Masukkan freq dan calculator akan memberi dimensinya. Selamat berjaya!

73!

Jumaat, 13 Oktober 2017

Antena hombrew menggunakan antena FM radio

Siri jalan-jalan Jalan Pasar 12.
Baru-baru ini saya ke jalan pasar lagi untuk survey 19" rack bagi tujuan projek pertandingan Go Box yang bakal diadakan. Kesempatan melewati kedai-kedai lama di sini telah menemukan saya projek antena homebrew terawal yang pernah saya buat dan paling mudah selepas 1/4 wave antenna yang lepas.
Suatu ketika dulu rumah-rumah di Malaysia mempunyai beberapa antenna biasanya VHF dan UHF yang cover band bagi siaran TV. Manakala penerimaan radio FM juga merupakan pakej tambahan. Antenna FM ini yang dalam julat 88Mhz hingga 108Mhz kebetulannya berada tidak jauh dengan freq 144Mhz amatur dan masih boleh di 'tune' ke freq 2 meter amatur. Kepanjangan elemen ini ialah 1 meter dan boleh dikira 1/2λ dari 145Mhz.... kira dalam julat tolerate la...


Antenna lama ni....


Harga pun dah mahal sikit.. dah tak banyak


Gambarajah cara menyuap antena dengan balun



Coxial Balun 4:1



Kalau guna antenna TV, Boleh cover 2 band.

Antenna FM ini ialah simple Dipole dengan 'menyuap' ke antenna ini dari radio transceiver menggunakan kaedah coax balun 4:1 secara kebetulan ianya resonan pada freq 144Mhz tanpa perlu 'trim' kepanjangan antenna ini.
Tidak hairanlah ianya menjadi laris ketika tahun 90an dan awal 2000an di kalangan ham radio yang kaki homebrew, untuk dijadikan antenna base station. Ketika itu jika tidak silap saya berharga RM18 seunit antenna radio FM ini, ianya lengkap dengan bracket. Saya telah membinanya pada awal 2002 dengan bantuan 9W2ZV (Bob, ketika itu tinggal di Putrajaya) dan Pak Abdul Hamid Sulaiman 9W2TU serta pengukuran SWR ketika itu (saya tiada meter SWR) oleh Allahyarham Pak Dollah 9M2DS, bacaan di bawah 1.5:1. Dengan handy talkie Motorola GP2000 saya, antenna ini amat membantu saya ketika itu.
Terdapat banyak lagi kaedah yang boleh anda homebrew antenna ini dengan menggunakan apa saja bahan yang ada. Misalnya antenna TV seperti dalam link di bawah yang mana ianya boleh meliputi 2 freq iaitu 72cm dan 2m sekali.... 
Anda ingin mencuba? selamat homebrew 
73 
Related Posts with Thumbnails