Anda adalah tetamu ke blog ini.
Memaparkan catatan dengan label SKMM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SKMM. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Mac 2020

Gambar lama

Assalamualaikum. 

Beberapa keping gambar dalam simpanan saya.. Malam sempena Arahan Perjalanan Terhad saya share kan.


Pernah terlibat dengan perbincangan bersama SKMM bagi draf penambahbaikan radio amatur di Malaysia 2015 jika tidak silap saya.


Ganas!


Tak pasti samada masih aktif atau tidak.


Aktiviti sampingan saya semasa bulan-bulan terakhir berkhidmat di Johor Bahru.


Sahabat-sahabat JASRA sangat hebat. Mereka mempunyai ketekunan apabila ada antenna party semuanya tersedia.


Salah satu aktiviti antenna party, membina slim jim.


Sijil Radio Amator sustu ketika dulu, milik Johny (Callsign dah lupa hahaha) dari Sarawak.


Menghadiri pementasan teater di DBP bersama anak


Signboard di Wisma Persekutuan Johor Bahru.


Malaysian Field Day 2015 di Bangi suatu ketika dulu.


Siap berkhemah!


Anatenna party Jasra di Dewan kuliah Masjid Larkin


Antenna Magnetic Loop untuk Allahyarham 9M2RDX suatu ketika dulu dalam pembuatan.


Capacitor ini adalah rahsianya.


14 Mhz ok!


18 Mhz ok!


21Mhz pun Ok!


Apabila ditegakkan begini rupanya antenna magnetic loop. Amat sesuai untuk ruangan terhad.


Sesi melawat projek repeater suatu ketika dulu.


Dan memori Tanjung Pelepas Johor

Semuanya hanya tinggal kenangan. Kelmarin 27hb Mac 2020 pada jam 2.30 pagi saya mendengar perkhabaran 9W2DE abang Adi telah kembali ke rahmatullah. Kenangan saya amat banyak bersama Arwah.

Sesungguhnya masa berjalan pantas dan ramai dikalangan sahabat-sahabat yang saya kenali semasa mula-mula menceburi hobi radio amatur telah pun tiada. Semoga ia juga mengingatkan saya agar lebih bersedia apabila giliran saya tiba kelak.

73!

Sabtu, 14 Oktober 2017

Adakah kita akan merasai 5Mhz hujung tahun ini?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bacaan hujung minggu kita kali ini bertajuk 5Mhz atau 60 meter Band.

Setiap kali berlaku kecemasan, freq radio amatur menjadi salah satu media yang boleh membantu dalam pengurusan kemanusiaan. Pengalaman sahabat-sahabat radio yang pernah berada di 'Ground Zero' banyak menceritakan betapa kritikalnya pemilihan spektrum freq lagi-lagi ianya adalah di freq HF.

Kebarangkalian freq tersebut bertindih digunakan oleh stesen lain yang tidak menyedari ianya sedang digunakan sangat tinggi disebabkan ciri-ciri freq ini.

Pernah terjadi ketika bantuan kecemasan, spektrum HF dipenuhi dengan aktiviti contest/DX secara kebetulan. Terdapat beberapa freq HF yang dianggap freq ajaib kerana peratusan dipengaruhi propagasi, sifat alam agak kurang, ciri-ciri freq yang mudah disesuaikan dengan sitem antenna dan banyak lagi. Contohnya freq 5 mhz atau 11mhz tetapi ianya agak terbatas sebab perkhidmatan lain telahpun melihat potensi freq ini dan telah 'block' untuk aktivitinya awal-awal. Contohnya Aeronautical dan military.

Pada WRC-15 tahun 2015 di Geneva, radio amatur di Region 1, 2 dan 3 telah mendapat peruntukkan spektrum baru iaitu 5Mhz sebagai 'Secondary basis' tetapi ianya bukan boleh digunakan sebarangan. Kedudukan freq ini ialah antara 5351.5Khz hingga 5366.5Khz dengan 15watt EIRP sahaja kecuali beberapa negara yang kuasanya dinayatakan.


Mulai 1 Januari 2017, setiap negara perlu menggubal peraturan negara masing-masing agar freq ini dibenarkan untuk operasi radio amatur. Tetapi TERTAKLUK PADA KUASA NEGARA TERBABIT SAMADA MEMBOLEHKAN IANYA DIMASUKKAN DALAM SYARAT PERLESENAN ATAU TIDAK (DI MALAYSIA DI SEBUT AA).


Spectrum plan SRSP 2017 oleh SKMM



Perhatikan peruntukkan freq



Nota kaki 5.133B

Memandangkan buat masa ini dalam AA tidak dinyatakan freq 5Mhz, maka ramai dikalangan ham akan menunggu pada akhir tahun ini biasanya pembaharuan AA dilakukan akan terdapat penambahan spektrum 60 meter ini Insyallah.


Bola di kaki SKMM sebagai badan yang berkuasa memperuntukkan freq samada boleh atau tidak pada aktiviti radio amatur di Malaysia

Teringat saya ketika 7.1Mhz hingga 7.2Mhz mula diperuntukkan pada region 3... kita sedikit lewat mendapat kemaskini freq ini dalam AA kita yang pada masa sama ham radio dari negara Asean lain sudahpun mula membanjiri freq baru ini.

Sebelum mengakhiri penulisan ini, terdapat beberapa fakta menarik yang boleh kita lihat hasil dari pembukaan freq 60 meter ini. Somalia, negara yang sering mengalami bencana telahpun mengorak langkah menggunakan 5Mhz sebagai jalur untuk Emcomm, Australia pula menggunakan freq ini (NSW) untuk News Broadcast, terdapat emcomm Net dijalankan dan untuk US, secara tegas NO CONTEST NO DX pada freq ini.

Link-link di bawah mungkin membantu anda dalam bacaan hujung minggu ini.. 

hingga jumpa lagi, 73!





Selasa, 22 November 2016

Lesen lama era peralihan Akta 50 kepada Akta 588


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kredit pada 9M2MGL saudara Man Tisu kerana share beberapa bahan sejarah tatapan ham.
Suatu ketika dulu ketika radio amatur mempunyai peraturan khusus di bawah Akta Telekomunikasi 1950 (Akta 50) Peraturan-Peraturan Radiokomunikasi 1995 ... takrifan seseorang yang ingin memohon lesen radio amatur hendaklah mempunyai 'sijil radio amatur' barulah boleh memohon lesen radio amatur.

Bagaimanakah rupa sijil ini? Sijil radio amatur ini merupakan pengesahan tentang kemahiran bakal pemegang lesen radio amatur untuk diperakui kemahirannya tentang radio.
Tetapi sebelum dari zaman itu... lagi sukar.. selepas mendapat sijil radio amatur (teori), calon perlu menunggu 1 tahun (masih belum boleh apply lesen) dan menduduki peperiksaan CW dan baru lah boleh mendapat lesen. Sehinggalah lesen B (9W) diperkenalkan dan ramai yang tidak melepasi CW memohon lesen. Antara contoh ham yang menunggu lama kerana halangan cw sehingga lah lesen B diperkenalkan ialah 9M2YRS (9W2YR) Pak Yob.

Ketika itu kuasa pemancaran hanyalah terhad 10watt PEP..... 

Bacaan lanjut boleh diperolehi di http://advanced-skynet.blogspot.my/2010/11/radio-amatur-malaysia.html

Dengan kehadiran CMA 1998 (Akta 588), Akta 50 kemudiannya dimansuhkan dan kaedah perlesenan radio amatur terletak pada pengkelasan ringkas dalam CMA 1998 manakala kuasa kaedah nya pula adalah mengikut kata putus dari Menteri atau Suruhanjaya (Akta 589). Tiada lagi Sijil Radio Amatur diperlukan. Memadai satu surat jawapan dari SKMM menyatakan lulus sudah boleh memohon terus Peruntukkan Radas.

Oleh demikian, syabas pada mereka yang masih setia kekal dengan hobi ini! terutamanya mereka yang datang dari zaman Jabatan Telekom.

Apapun layan koleksi sijil-sijil lama ini....


Rupa sijil radio amatur.


Ketika di zaman Jabatan Telekom dan Akta yang lama... Beginilah rupa lesen, seperti lesen TV terakhir hehehe.. 144-146mhz primary, 146-148 secondary tertakluk pada siapa yg diberi. Masa ni secondary banyak kormersil yang guna seperti LLN, Telekom.


Pada permulaan CMA 1998, perhatikan kelas dan kuasa pemancaran. Ianya dipanggil Peruntukkan Radas atau Aparatus Assignment. Masih tertakluk pada 144-148mhz. Kemudiannya UHF mula dibuka pada kelas B.


Dah makin bertambah sikit.. 6m, 70cm dan 10m band. Walaubagaimanapun 6m band masih terdapat TV broadcast be beberapa lokasi.


Bila dah naik kelas A.. banyak lah band yang boleh digunakan. 


Makin tahun, warna juga berubah.


Memasuki tahun terkini, walaupun bayar wang proses RM60 tetapi kena sendiri potong, sendiri lekat gambar dan sendiri laminate heheheh (perhatikan bucu kanan bawah AA). Oh, mungkin ini yang dikatakan self regulation hehehhe...



Warna berubah lagi..


Saya sempat menangkap gambar Sijil Radio Amatur Saudara Johnny dari Sarawak.

Saya sedikit terkilan kerana tak sempat untuk merakamkan lesen radio Allahyarham 9M2GL ketika hayatnya kerana saya ketika itu belum mampu memiliki kamera (kodak) sendiri ketika itu. Sekiranya dapat mungkin dapat saya kongsikan bagaimana rupa lesen radio ketika zaman British, Lesen Juru Operator Radio Kelas 1 Pelaut dan dokumen-dokumen sejarah yang lain.

Rujukan http://advanced-skynet.blogspot.my/2010/11/radio-amatur-malaysia.html

73!!


Jumaat, 18 Mac 2016

Mesti Korang Kusut Pasal WG yang lepas kan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya mengambil kesempatan menulis sedikit berkaitan isu ada dikalangan sahabat-sahabat kita yang patah hati dengan hobi ini. Rentetan dari isu surat maklumbalas SKMM hasil dari keputusan Working Group (WG) baru-baru ini telah menimbulkan reaksi yang berbelah bahagi dikalangan sahabat kita.

Kelmarin saya juga menerima mesej yang drastik ada kawan lama yang secara melulu bertanyakan pendapat saya tentang isu ini. Ahhh... saya menjangka mungkin kerana saya kontra ketika menjawab di satu group whataps mungkin.

Sahabat-sahabat semua harap bersabar, ianya belum lagi dikeluarkan secara rasmi sebagai garis panduan dan memerlukan penilitian oleh pihak berwajib. Saya juga pernah hadir sekali dalam mesyuarat tersebut bagi pihak MARES dan tidak meneruskan lagi ke sesi seterusnya kerana hal yang terpaksa saya lenyapkan. Dan bukan semua cadangan yang Mares utarakan berjaya menjadi sebahagian dari kertas kerja WG itu ke SKMM.

Ada cadangan-cadangan itu dari kelab, persatuan ataupun komuniti yang terlibat dalam WG.
Saya tidak mahu ulas panjang tentang WG tetapi ingin mengimbas kembali matlamat kita menyertai dunia radio amatur. Setiap kali sahabat-sahabat baru datang bertemu dengan saya untuk sokongan lesen, saya kerap mengingatkan mereka tentang betapa perlunya mereka tidak terlalu fokus dalam hobi radio amatur. Enjoy hobi ni berpada-pada.

Dah nama pun hobi.. perkara yang dibuat di masa lapang. Saya teringat 2 sahabat ini yang sering melirik mata saya bila melihat aktiviti mereka di FB.. saudara 9W2VVH dan 9M2RDX.
9W2VVH masih aktif dan belum patah semangat. Bagaimana modus operandinya? dia aktif diperingkat komunitinya... alih-alih dah ada aktiviti yang dibuat dengan sukses.

9M2RDX pula juga aktif dan tanpa terkesan dengan sebarang kata-kata dibelakang, beliau gigih menjalankan field day disamping tidak meninggalkan keluarganya... dan walaupun ada ketikanya aktiviti outdoor beliau hanya seorang jalankan. Syabas buat kawan kita ni.

Ini hanyalah pandangan saya.... apapun pada sahabat-sahabat semua jangan patah semangat. Hobi radio amatur ni masih luas.... walaupun masalah dlm hobi ni kelihatan buntu (saya pun rasa buntu), lari lah sikit untuk melihat dunia luar.... Cubalah ke Festival Radio Amatur di luar sana untuk melihat benda lain dari kekusutan ini.

Next Tokyo Hamfest 2016 ialah 20 dan 21hb Ogos 2016.. jom!!



Sabtu, 8 Oktober 2011

Minggu membaca...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Minggu ini saya banyak menghabiskan masa di atas Pelantar Carigali di Johor Port... tidak banyak masa dapat diluangkan pada PC.
Malam tadi saya tidak sempat menghadiri perbincangan dari Jadual Baru Band plan 2011 yang dikeluarkan oleh MCMC. Mungkin ada sesuatu yang agak aneh apabila terdapat satu jadual yang memperuntukkan freq kecemasan pada freq contest ham radio... ambil masa dan anda akan temui.
Sebentar tadi saya ada terbaca dari http://amatirindo.com/index.php?option=com_content&view=article&id=279:bersyukurlah-indonesia-miskin-&catid=31:general&Itemid=41 tentang artikel yang agak bagus.. dan apa yang menarik ialah Wajanbolic, suatu antenna yang jika tuan-tuan dapat lihat asalnya dari sana. Gunakan Google! atau klik di http://www.google.com.my/search?q=Antenna+Wajanbolic&hl=en&biw=1280&bih=907&prmd=imvns&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=JvaPTqfjAYjtrAf5somHAQ&sqi=2&ved=0CFgQsAQ :)
Insyallah saya akan hadir ke Jakarta nanti bersama beberapa teman saya. Maaf kerana dari awal-awal saya mengelak sebarang kiriman dengan air liur hehehehe.. sila bank in RM jika mahu atau ikut sama saya ke sana.. hingga jumpa lagi :)
Salam hormat!

Jumaat, 18 Disember 2009

Kemelut Halal Tapi Haram?


SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM DARI JURUKAKA :)




Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca.

Sambil menghancurkan ubat-ubat di atas meja ini untuk dikunyah, fikiran saya masih berlegar tentang panggilan telefon kelmarin semasa saya di atas motosikal. Saudara Azman 9M2MGL memberi tahu ada pembekal radio di celapak aparat MCMC.

Saya mula memikirkan tentang kemelut dunia radio amatur yang tidak lagi selesai dari dari zaman British, zaman Jepun memerintah Malaya, hinggalah di era darurat. Ia tidak berakhir begitu sahaja malahan era CIMA 1998, satu peraturan yang baik untuk masyarakat tetapi menakutkan buat warga radio amatur di Malaysia dek kecompangan peraturan itu sendiri. Peraturan yang buat jiwa kacau dan serba salah.

Bermula dari kegagalan mentakrifkan pengamal radio amatur dalam kategori yang mana, kormersil dsb hinggalah kepada prosedur permilikan peralatan pemancar yang terlalu sukar serta senarai peralatan radio amatur diiktiraf yang tidak pernah dikemaskini (sehingga artikel ini ditulis).

Mengimbas kembali zaman saya berbasikal jauh, menganyuh demi semukasurat ilmu ke Rapat Setia Ipoh menjelajah berkenalan dengan rakan-rakan radio amatur lama banyak membantu saya mengenal kemelut gampang ini. Ini mampu mematahkan semangat warga ham radio yang baru kerkecimpung. Ahh... internet sudah ada, kenapa harus menggadai diri demi sebuah pemancar dan hobi yang bodoh?

Pak Bahar (sugar baker) 9M2SB, menunjukkan sekeping demi sekeping surat pergerakan dan pindah milik surat pesawat pemancar beliau ketika zaman dulu-dulu. Ketika zaman beliau, pesawat pemancar dikawal ketat oleh rejim pemerintah bagi tujuan pengawalan anasir-anasir komunis, penyebaran fahaman dan medium komunikasi atara trup-trup Komunis yang terpisah berselerakkan di serata Perak ketika itu.

Ketika zaman itu setiap radio punyai surat beranaknya masing-masing. Jika pemiliknya mahu jual maka akan ditaip satu surat pergerakkan atau pindah milik dan diakui oleh Ketua Polis kawasan terbabit. Pengoperasiannya harus dengan kebenaran Polis tempatan. Begitu ketat sekali. Malahan lawatan dari pihak polis untuk mengesahkan radio terbabit selamat dilokasi agak menggerunkan. Tetapi ia berjalan mesra. Mengapa ya?

Ya ia adalah zaman insurgensi. Radio komunikasi adalah amat sensitif. Allahyarham Pak Dollah (Dondang Sayang) 9W2DS, kembar beliau sering mengingatkan saya ketika bertemu tentang betapa pentingnya menjaga pesawat radio sendiri.. katanya, sayangi radio itu lebih dari bini katanya, saya langsung tersengih.. 9W2ADY sama memandang saya ketika lontaran kata-kata Pak Dollah. Katanya jika radio itu jatuh ke tangan mereka yang tak beretika dan disalahguna maka pemiliknya yang akan dipersalahkan. Barulah saya tahu cerita-cerita Tuan Hj. Rashid 9M2RS kenapa mereka sering memberikan radio pada peminat short wave listener tanpa microphone hehe...

Sudah tentu Allahyarham Hj. Idris 9M2GL, juga sering bercerita soal yang saya tentang rejim pengawalan radio. Katanya usah dilihat yang jauh... lihatlah saja cerita Sarjan Hassan lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramli bagaimana orang-orang kampung dihalang dari memiliki radio oleh tentera Jepun ketika zaman itu.

Sudah, soalnya sekarang..ini adalah KEMELUT. Kalau dilihat kita semua ham radio di Malaysia adalah bersalah. Bersalah? Kenapa? Apa salahnya kita. Ya.. kita bersalah kerana dikatakan memiliki alat utama iaitu pesawat pemancar radio amatur tanpa pengesahan Sirim. Tetapi banyak perkara yang ingin saya bangkitkan disini.

Pertama, soal mendapatkan AP itu sendiri. Apa lagi disebabkan kos mendapatkan pengesahan Sirim itu tidak praktikal, harus ke Shah Alam pula, bagaimana rakan-rakan dari pedalaman Borneo?. Jika ditambah dengan kos radio boleh jadi tinggi (disebabkan SIRIM + AP). Cuba anda bandingkan dengan harga radio tersebut dengan negara jiran kita di Asean. ICOM V85 dengan AP sahaja sudah menjangkau RM900. Walhal harga pasaran yang didapati hanya serendah RM400. Terdapat pengedar sah radio jenama Kenwood di Malaysia untuk kegunaan radio amatur. Modelnya ialah TS570D. Saya membuat pertanyaan harga bagi menggantikan radio di kolej lama saya. Harga yang ditawarkan ialah RM20000!! Walhal harga pasarannya hanya RM4000. Lihatlah dengan mata anda sendiri.

Kemelut ini ditambah pula kegagalan rejim pengawal mengemaskini senarai radio yang disahkan SIRIM yang ketinggalan zaman. Misalnya ICOM IC2100 yang sudah tiada dipasaran dan digantikan dengan ICOM IC2200 sudah beberapa tahun lampau. Senarai Handie Talkie pula tidak ada satupun yang menyenaraikan model untuk kegunaan ham radio sebaliknya untuk pasaran kormersil yang langsung tidak praktikal untuk tujuan eksperimentasi (teras hobi) ham radio. Walaupun pengimport tidak perlu menggunakan senarai tersebut sebagai rujukan dan boleh membawa masuk model terbaru tetapi kos untuk pengujian SIRIM agak tidak munasabah. Dan risikonya semasa pengujian juga ’sendiri tanggung’, jika rosak? Saya radio sendiri pun tak bagi orang pegang sebab kalau nak beli sahaja memakan masa bertahun dengan gaji saya ini. Sayugia ham radio rata-rata adalah orang berpendapatan rendah... petani, nelayan, tukang rumah, penternak itik dan ramai lagi. Bagaimana pula ham radio kaki homebrew yang rajin merakit pesawat sendiri untuk tujuan eksperimen? Adakah salah membina radio pemancar sendiri (walaupun takrifan ham radio ialah eksperimen) sekadar suka-suka.. dek kerna tiada cop SIRIM?

Pihak pemerintah harus ingat, radio milik warga radio amatur di Malaysia adalah tidak mutlak. Ia akan menjadi milik negara apabila berlakunya marabahaya, bencana atau keperluan keselamatan. Kewujudan ham radio di serata Malaysia membantu pihak pemerintah menebarkan secara berselerak di seluruh negara satu jaringan komunikasi rahsia dikala peperangan atau marabahaya yang mana boleh diambil alih bila-bila masa. Menyekat pemilikan radio kepada mereka yang diiktiraf diperbolehkan memilikinya adalah sesuatu yang silap. Lihat lah Indonesia bagaimana atas semangat jati diri negara mampu membuatkan Indonesia tidak boleh lumpuh dari jaringan komunikasi walaupun bencana. Sumbangan Ham radio adalah besar buat negara.Menambah bilangan ham radio dan kekuatan ’gear’nya tidak akan merugikan negara.

Sayugia saya ingatkan ham radio bukanlah satu aktiviti yang mendapatkan keuntungan. Malah ia menyemarakkan semangat kemasyarakatan serta khidmat bakti secara kendiri. Terbukti di negara luar ham radio satu medium menyatukan masyarakat dan mewujudkan masyarakat yang berilmu. Dari ham radio maka hobi lain bersemarak seperti berbasikal, pacuan 4 roda dan juga khimat sukarela membantu orang ketika kesusahan.

Dalam hal ini saya merayu agar diperbolehkan pemilikan pesawat radio amatur dipermudahkan dengan mengurangkan karenah birokrasi. Mengemaskini a.k.a polish polisi sediaada pada mereka yang berkelayakkan tanpa mengurangkan tujuan matlamat asal MCMC mengawal kemungkinan perlanggaran peraturan sediada serta kaedah-kaedah kawalan. Pihak pemerintah harus duduk bersama dengan pelanggan iaitu kami ham radio dalam menangani kemelut ini. Jangan hanya dengar pada satu komuniti sahaja.. lihatlah pada semua komuniti.

Saya melihat pada kes tangkapan ini akan menyebabkan sumber mendapatkan radio yang mampu milik tersekat dan menggalakkan penyeludupan secara tidak halal di sempadan negara meningkat. Ia merugikan negara sih.. Adakah baik jika ia dibenarkan secara sah melalui kajian semula peraturan sediada.

Kendatipun saya masih memahami niat murni MCMC dalam menangani penggunaan perkakasan radio amatur bagi tujuan pemancaran haram oleh mereka yang bukan dilesenkan. Saya juga resah bila melihat handie talkie radio amatur digunakan oleh Pak Guard walhal ia untuk ham radio. Ada juga Tonto yang menyalahgunakan VFO pada radio ini untuk tujuan memantau komunikasi freq lain.Malahan menggunakan kebebasan VFO memilih mana-mana freq untuk berbicara. Saya menyokong penguatkuasaan anda tetapi tolonglah.. bukalah satu medium yang sah dan membantu ham radio mendapatkan alatan ini dengan cara halal dan mampu milik. Makin bertambah kami maka makin kuatlah MCMC kerana kami adalah pendokong anda.

Saya telah melihat rejim pemilikan radio di negara-negara luar terutamanya di negara komunis (R.R China dan Singapura misalnya) dan bagaimana mereka memberi ruang yang baik pada golongan ini. Pada masa yang sama ia mewujudkan pengawalan barangan yang dijual diteruskan pada golongan yang dilesenkan sahaja. Tidak semua orang boleh membeli radio yang khusus bagi ham radio, perlu mengemukakan dokumen khas dan nombor sirinya didaftarkan terus pada nama pemiliknya secara online. Sekiranya terdapat kelulusan atau kebenaran itu barulah ham radio terbabit boleh membelinya. Sekiranya jenayah berlaku, melalui rekod nombor siri dapat diketahui siapa pemilik asal radio terbabit. Secara tidak langsung ia membantu memberi peringatan pada pemilik tentang tanggungjawabnya menjaga sebaiknya radio dari disalahguna . Sama seperti prosedur pemilikan senjata api.

Dengan alternatif ini saya percaya masalah kucing mengejar tikus tidak akan berlaku. Malahan ia mampu membantu pihak pemerintah mengawal pembekalan perkakasan ini. Marilah kita sama-sama duduk semeja dengan pelanggan mendengar masalah. Mungkin ini melegakan situasi wahai bapak pemerintah. Anda punyai kuasa, dan kami adalah pendokong anda. Ham radio apabila lulus akan diiktiraf kompetan dalam mengendalikan radio tanpa menyebabkan interference.. itu menurut peraturan di atas, maka berikanlah kepercayaan pada kami.

Akhir kata dari saya, jika ini tidak berlaku maka semua ham radio di Malaysia akan mengendalikan radio dengan penuh perasaan ketakutan. Dan MCMC akan makin dibenci dan dijauhi kerana takut perkara ini.

P/S: Bagaimana nasib ham radio sezaman Pak Bahar dan seangkatan yang memiliki radio sebelum era CIMA 1998 yang ketika itu istilah Sirim tidak wujud ketika itu?Mereka juga bersalah ketika ini?
P/S: Bagi mereka yang rajin bereksperimen merakit pesawat pemancar sendiri atau perkakasan radio amatur sendiri juga akan berasa takut. Ambil lesen kerana lesen kata hobi ini untuk eskperimen tapi pada masa yang sama ada satu hal lagi eksperimen yang akan dijalankan adalah haram.
P/S: Lepas ni aktiviti ham radio di Malaysia seperti Field Day, Dxpedition, Fox Hunt dan sebagainya dilaksanakan dalam keadaan takut-takut sebab takut kena rush dengan penguatkuasa heheeheh....


Penulisan saya adalah 100% emosi dan tidaklah tepat... jangan ambil hati

Sabtu, 26 September 2009

Ramadhan.. Syawal dan kini exam CW!

Assalamulaikum dan salam sejahtera.. saya sudah kembali reda dan bersemangat menulis kembali.

Seperti yg diperkatakan saya telah pun berada di negeri yang paling selatan semenanjung.. dengan tempat tugasan berhadapan tambak johor melihat kenderaan beratur sangkut di tambak johor. Tenang sekali.. Jika tidak pasti ketika ini saya sedang mengilap kapal selam baru kita di pulau labuan sana hehehehe...

Tiada aktiviti radio di sini. Hanya sekadar berehat menikmati alam ini.. kegilaan memancing kembali?owh tidaakk..




Juga saya ambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat muslimin dan selamat bercuti.

Oh ya, ada satu soalan dari pembaca saya tentang CW yang akan diadakan terdekat ini. Katanya susah.. Sabar bang.. ianya mudah. Malahan di negara tetangga jauh lebih sukar.. alih-alih orang itu tidak dapat lari dari CW setiap kali mempertingkatkan kelas lesen. Di sini saya paparkan syarat-syarat sebagaimana dalam siaraya Pemerintah Indonesia untuk saya gambarkan betapa sukarnya mereka, ham radio negara tetangga kita... sekurang-kurangnya kita masih lagi bernasib baik kerana ujian ini sedikit mudah di negara kita.

Saya salin asalnya dari http://www.orari-bali.org/library/PERMEN33-2009.pdf Para pembaca digalakkan membaca bahan ini sebagai perbandingan dengan peraturan di negara kita. Banyak maklumat yang bakal memperkasakan anda nanti ;).

Pasal 26
Amatir Radio tingkat Pemula, tingkat Siaga, dan tingkat Penggalang dapat mengajukan
ujian kenaikan tingkat ke tingkat yang lebih tinggi melalui Organisasi.

Pasal 27
(1) Untuk mendapatkan SKAR Tingkat Pemula diharuskan mengikuti ujian dengan materi
Pancasila dan peraturan perundang-undangan yang berkaitan dengan amatir radio.
(2) Untuk mendapatkan SKAR Tingkat Siaga diharuskan mengikuti ujian dengan materi
sebagai berikut :
a. Pancasila;
b. Peraturan perundangan-undangan yang berkaitan dengan Amatir Radio;
c. Peraturan Radio International Telecommunication Union (ITU) yang berkaitan
dengan Amatir Radio;
d. Tabel Alokasi Spektrum Frekuensi Nasional yang berkaitan dengan Amatir
Radio;
e. Pengetahuan Teknik Radio.

13
(3) Untuk mendapatkan SKAR Tingkat Penggalang diharuskan mengikuti ujian dengan
materi sebagai berikut :
a. Pancasila;
b. Peraturan perundang-undangan yang berkaitan dengan Amatir Radio;
c. Peraturan Radio International Telecommunication Union (ITU) yang berkaitan
dengan Amatir Radio;
d. Tabel Alokasi Spektrum Frekuensi Nasional yang berkaitan dengan Amatir
Radio;
e. Pengetahuan Teknik Radio;
f. Mengirim dan menerima kode morse dengan kecepatan 5 (lima) kata dalam 1 (satu) menit;
g. Bahasa Inggris.

(4) Untuk mendapatkan SKAR Tingkat Penegak harus mengikuti ujian dengan materi
sebagai berikut :
a. Pancasila;
b. Peraturan perundang-undangan yang berkaitan dengan Amatir Radio;
c. Peraturan Radio International Telecommunication Union (ITU) yang berkaitan
dengan Amatir Radio;
d. Tabel Alokasi Spektrum Frekuensi Nasional yang berkaitan dengan Amatir
Radio;
e. Pengetahuan Teknik Radio;
f. Mengirim dan menerima kode morse dengan kecepatan 8 (delapan) kata dalam
1 (satu) menit;
g. Bahasa Inggris.

Perhatikan ayat.... BAHASA INGGRIS. Adusss... bahasa Inggeris saya pun tunggang langgang.. kalau ambil dah tentu gagal. huhuhuhu.. itu menunjukkan saringan mereka jauh lebih ketat.

Dan satu lagi hal yang saya perhatikan, jiran kita memperkemaskan identiti radio amatur dengan memperkenalkan kad lesen yang lebih kecil dan trampil. SKMM adalah dicadangkan menilai hal ini jika ia baik untuk kita (bukan klaim ya ;) )

Kad untuk kelas 'siaga'


Kad untuk kelas 'Penggalang'


Kad untuk kelas 'Penegak'



Kad untuk kelas 'Pemula'


Lagi satu yang saya dalam usaha mengetahui kenapa terdapat callsign yang di elakkan dari digunakan misalnya suffix DDD, TTT dan satu lagi? atau kita sendiri tak tahu hal ini. Insyallah saya akan mendapatkan maklumat lanjut dari ham radio lama kita. Ia satu maklumat berguna jika kita tahu.
Juga yang menariknya anda juga boleh baca takrifan-takrifan yang tercatat di awal dokumen terbabit yang mempunyai maksud yang jelas. Mmmmm.. kalaulah SKMM ada mengeluarkan garis panduan sejelas ini kan bagus.. lebih baik ia dalam Kod amalan. Tetapi yang terbaik, kita perlukan ia berdiri sebagai satu Peraturan di bawah CIMA 1998.
Hingga jumpa lagi ;)
Arishah
Tambak Johor
p/s: Kredit to Rabin Harichandra 9W2PD atas link tersebut.
Rabin.. itu kabel saya setle bila turun PD. dan sapa ntah bank in RM70, nak pulang tapi tak balas2 emel saya pun.


Sabtu, 29 Ogos 2009

Kesilapan AA Repeater yang boleh menghancurkan ikatan radio amatur

Salam sejahtera...

Mohon lihat gambar di salinan AA di bawah:

http://yw2yzu. blogspot. com/2009/ 08/lihat- tapi-tak- nampak.html



Mohon pandangan tuan2 tentang term hanya untuk ahli pada kedua-dua lesen dilampirkan. Saya percaya MCMC melakukan sekali lagi kekeliruan dengan memasukkan 'hanya untuk ahli persatuan tertentu sahaja' dalam AA repeater.

Bagi saya semua pemegang lesen radio amatur berhak menggunakan semua freq yg diperuntukkan kepadanya tanpa had kecuali hal2 kecemasan. Pada pandangan saya term yang betul 'untuk radio amatur berdaftar sahaja' yang sesuai. Atau padamkan saja ruangan tersebut mampu mengurangkan kekeliruan.

Saya percaya jika perkara ini tidak dibawa ke MCMC dengan segera maka akan terdapat perbalahan dan pengusiran keluar ham radio sah dalam freq yang sah a.k.a HALAU.. bibit2 tersebut telah berlaku kini.

Kita berkongsi jalanraya yang sama dengan cukai jalan yang sama.... tiba-tiba kita dihalau keluar kerana jalan yg dikongsi itu dikhususkan pada org tertentu sahaja..Bukankah radio amatur tanpa sempadan dan kita juga berkongsi freq dengan ham radio negara tetangga? Fikirkan dan taburkan pandangan anda..

P/S: Seseorang harus menegur MCMC tentang soal ini dari melihat ia memecahbelahkan kita... err apa? 1Malaysia? 1ham radio Malaysia? hehehe

Kredit pada 9W2YZU


Related Posts with Thumbnails