Anda adalah tetamu ke blog ini.
Memaparkan catatan dengan label Marts. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Marts. Papar semua catatan

Khamis, 28 September 2017

Konvensyen Radio Amatur 2017 dan Portable Emcomm Contest 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu lepas saya berada di Norway untuk mengejar aurora borealis agak mengecewakan kerana minggu ini baru penampakkan aurora ini setelah saya kembali ke tanahair. Melepas merasai pengalaman melihat cahaya utara ini. Malam ini saya terlihat ada beberapa acara terdekat ini. Antaranya Konvensyen Radio Amatur Malaysia 2017 yang akan diadakan pada 30 september 2017 hingga 1 Oktober 2017 di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang dan Emcomm Go Kit Di Selangor.



Ingat lagi program portable emcomm yang di jalankan oleh MARTS 2 tahun lepas? kali ini pada 9 September 2017 nanti akan diadakan lagi pertandingan Emcomm Go Kit dan ARDF di sungai buloh. Jika berminat menyertainya boleh lah melawati link ini https://sites.google.com/view/krasb-mardf/home 


Saya ada lagi menyimpan beberapa gambar acara Emcomm go Kit yang lepas di Tasik Permaisuri Cheras pada 9 Mei 2015 yang lepas. Menang best acara ini. Kreativiti dan kerja berpasukan dalam hobi ini terserlah semasa acara ini.... http://myemcomm.blogspot.my


Terjumpa hasil homebrew pak rahim QRP Transceiver... mirip dalam buku Low Power Communication.


7mhz, 28mhz, 50mhz... lupa antenna ni tapi power! Macam StepIR. Homebrew juga!


Lapangan pertandingan


Geng-geng aktif eksperimen digital, aprs etc...  dan perkongsian projek mereka


Antenna pak rahim 9M2RR


Pertandingan sedang berlangsung


Sedang bermula dan setup..



Satu pasukan paling simple..


Siap!.. terpantas!


Yang ni rasanya kategori berkumpulan.


Pasang khemah lagi..


Siap stand


Kerusi!


Siap!


Antenna..














Ni ganas sikit.. khabarnya ni la pemenangnya


Kemas


Pakai hard case


Buddy pole?


Kemas.





Juga teratur..


Berkumpulan punya kategori ni



Ada solar panel



Cantik..



Paling simple



Santai...


Sesi diasak oleh juri... 

rasanya tu saja gambar yang saya ada... banyak gambar yang dah terpada.. apapun Insyallah tak rugi mencuba menyertai pertandingan sebegini kerana selaam kita homebrew belum ada yang diuji di lapangan. Semasa pertandingan ini lah hasil homebrew dan kreativiti kita dipamerkan dan diuji samada berjaya atau tidak.

Hingga jumpa lagi... 73!


Selasa, 15 November 2016

National Field Day dulu-dulu... 1981


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah buat ramai sahabat-sahabat dari pelbagai komuniti yang telah menganjurkan Malaysian Field Day 2016 pada hari Malaysia yang lepas. 

Dalam bahasa melayunya dipanggil Hari Lapangan Semalaysia dimana semua stesen radio amatur akan keluar dari shack masing-masing dan dan membawa radio mereka ke lokasi yang terbuka untuk memancar. Ketika inilah keupayaan setup radio mereka akan teruji dengan halangan-halangan seperti bekalan kuasa, faktor alam dan banyak lagi. Ianya juga menjadi medan menguji peralatan homebrew sebenar samada berfungsi baik atau sekadar kosmetik hahahahhaa...

Setelah beberapa kali Hari Lapangan dijalankan bermula dari 'kickstart' kami semasa di tasik PJ pada 2008 jika tidak silap saya, Ianya berkembang menjadi acara tahunan diseluruh negara. Setiap komuniti radio amatur mahupun persatuan masing-masing akan mengadakan stesen filed day di lokasi-lokasi luar seperti puncak gunung, pantai, pulau dan tempat perkelahan.

Sebenarnya field day ni juga bagus selain dari DXing semata-mata dan menguji peralatan homebrew. Ia juga merupakan aktiviti utama yang membebaskan para bapa-bapa untuk keluar dari rumah seketika hehehehe.. passport! Dan menjadi aktiviti 'gathering' bujang sementara dengan sahabat-sahabat sehobi setelah sekian lama terpisah. Tidak lupa santai BBQ adalah acara utama sebenarnya yang mendominasi Filed Day hehehehhe..

Ok, kita tinggalkan cerita di atas. Ianya bermula dengan lawatan saya ke rumah 9M2AU yang banyak menyimpan koleksi Newsletter Marts ang lama. Saya sempat menyelak beberapa newsletter dan ada topik yang menarik saya sempat rakamkan. Bagaimana Field Day Station ketika 35 tahun dahulu? 

Dahulunya saya dimaklumkan Field Day hanya dilakukan samada pada Cuti Umum atau sehari sebelum AGM Marts (Ketika itu Marts masih lagi persatuan tunggal yang ada). Cuti umum yang dimaksudkan ada 2 iaitu samada cuti tahun baru 1 Januari atau cuti Hari Kemerdekaan 31 Ogos. Bilangan Ham Radio ketika itu tidak sampai 300 orang (setelah ditolak Ham Radio dari Singapura yang masih lagi aktif tanpa sempadan dengan ham radio malaysia). Apabila Field Day sahaja, meriah kerana hanya ketika ini saja ham-ham radio dapat berjumpa.

Apa yang menyeronokkan... tiada sentimen antara ham radio ketika itu!


Stesen Field Day di Penang.


Perhatikan kereta di atas.. 


Pak Eshee 9M2FK, bukan-calang-calang orang ketika itu. 


Zaman ni pun dah main genset sebagai bekalan kuasa field day


Meriah!


9M2LN, 9M2AV dan 9M2DW, Dxing dari dalam van kecil!


Saya kena tanya van milik siapa ni pada 9M2AU


Ipoh, dikatakan bandar tanpa ham radio suatu ketika dulu, rupanya ramai ham radio . Stesen Field Day Ipoh


Saya kurang mengenali mereka terdahulu. Mungkin ada ham senior yang masih mengingati.


Field Day Station Selangor, lokasi Bukit Genting... Saya rasa lokasi di Radar Genting Highland mungkin... Tak sangka mereka ini lebih awal dah operate di lokasi ini. Jika sekarang, lokasi Genting Highland bukanlah lokasi yang baik untuk Dxing kerana pencemaran RF.


Lihat khemah dulu-dulu.. 


Perhatikan van Valkwagon Combi, Dxing dari dalam van! Dan bukit dimana repeater Astra berada saya jangka.


Pasang dipole mungkin.. perhatikan genset


Hebat!


Mobile Communication.


Stesen Field Day Johor juga aktif..


Dato Tan 9M2DW banyak terbabit dalam aktiviti ham radio..

Ok, itu saja yang dapat saya nukilkan. Bayangkan 35 tahun dulu dengan bilangan ham radio kurang 300 orang (Mungkin kurang 150 orang yang berlesen) field day dapat dijalankan dengan meriah dan tiada sentimen kepersatuan/komuniti. Saya berharap pada field day yang akan datang sejarah ini dapat diulangi. Lagi-lagi dari rekod SKMM terdapat 2000 ham radio yang aktif di Malaysia kini.. Insyallah...




Related Posts with Thumbnails