Alarm nokia 102 lampu suluh berbunyi tepat jam 4.45pagi. Saya terbangun dan terus memandang ke luar tingkap, mudah-mudahan sempat lagi untuk solat subuh... Ya.. Solat Duha nampaknya agak sesuai. Matahari sudah pun terbit rupanya.
Malam tadi kak sue sudi memasakkan nasi. Pada saya terdapat bekas-bekas yang boleh saya masukkan nasi. Memandangkan kami akan menaiki shinkansen dari Osaka ke Tokyo nanti yang saya jangka dalam 2 jam 5 minit. Bekal nasi ini nanti boleh di makan atas tren bersama-sama lauk seperti serunding dan kari ayam ready pack.
Dicadangkan jam 8 pagi kami sudah bersiap di lobi untuk check out sebelum bergerak ke stesen tren. Dek kerana ramai team kami terlewat ke jam 9 pagi baru lah bergerak.
Tetapi sesuatu yang tak disangka terjadi.. Baru saya terperasan charger portable wifi tertinggal dibilik hotel. Dalam tren, saya cadangkan pada kawan-kawan lain agar bertemu di stesen Shin-Osaka manakala saya keluar dari tren untuk kembali ke hotel.
Alhamdullillah dapat! Charger tersebut selamat disimpan oleh pihak hotel hahhahaa... kalau tak lebur la deposit RM200 :).
Peta tren dari Osaka Loop tren ke Shin Osaka dimana stesen tren Shinkasen terletak.
Peta stesen Shin Osaka
Perjalanan kami hari ini dari Osaka menuju Tokyo.
Bekalan nasi dan laup pauk yang telah dipack awal-awal tadi di hotel kami habiskan dalam tren. Perjalanan yang agak lama iaitu 2 jam memang melaparkan kami hahaha... JarakTokyo dan Osaka adalah 506km lebih kurang.
Sampai sahaja di Tokyo dimana stesen shinkansen series N700 berakhir, Kami akan melompat ke local tren iaitu JR Yamanote Line yang mana dalam laluan hotel kami.
Sampai saja di Euno Stesen... bapak panaih.. berpeluh! Rupa-rupanya 40°C!!
Kami memilih Euno sebagai tempat penginapan kerana ia terhampir dengan akihabara iaitu 2 stop dari Euno. Walaupun 2 stop, jalan kaki sebenarnya berbaloi kerana dekat hehehehe...
Di Euno juga terdapat satu taman yang saya kira menarik untuk dilawati. Ketika musim sakura di Tokyo, taman ini kerap dijadikan lanskap bergambar dengan bunga sakura berlatar belakangkan tower tokyo. Ada Kuil... tidak lupa terdapat satu lorong yang sebenarnya bersambungan hingga ke Akihabara yang mengambil ruang sepanjang track local tren. Kami merasakan jika last minit nak beli cenderahati seperti T-Shirt atau Fredge Magnet boleh la cilok kejap kat sini huhuhu...
Laluan yang sama juga menghubungkan kami ke hamfest iaitu Big Sight Tokyo esok
Apa entah nama lorong kat Euno ni.. Amerykano street... sambung hingga Okachimachi stesen.. nest stesen tu akihabara. Ada market basah etc..
Asas sistem tren di kota Tokyo.... jom tengok lagi detail...
Agak-agak hangpa boleh sesat tak? hahahhaa.. sebenarnya ada tekniknya ;). Saya guna program Metro (http://metro.nanika.net). Tidak perlu internet berbanding Hyperdia (http://www.hyperdia.com)
Ok, kami selepas check in hotel dan letak beg. Bal dan Kak Sue dah penat dan nak berehat. Saya, Feroz dan Abang Aziz mengambil keputusan untuk merayap ke Akihabara.... untuk survey harga barangan yang dicari. Soal harga yang agak mahal memang buatkan kami berhati-hati. Dengan harapan sekurang-kurangnya kami dapat anggarkan berapakah harga yang kami boleh terima di hamfest esok ataupun rujukan kami untuk tawar menawar hahaha..
Hei.. orang malaysia kan suka tawar menawar kan? tapi sayang.. orang jepun tidak. Harga yang dipamer dan tiada tolak ansur. Di sini, papan tanda harga yang dipamerkan akan di potong. kebiasaan nya harga baru selepas potongan adalah lebih rendah... tetapi disini, selepas potong, harga baru adalah lebih tinggi!
Ok, lupakan kedai beriani Siddique.. tiada bajet untuk makan di jepun.
Ahaa.. dah sampai, papan tanda sejurus kami keluar tren..
Wah Happening!!
Hat ni saya no komen... penuh dengan rayuan promosi produk-produk elektronik kata gegadis ni.. Kalau lah jalan pasar macam ni huhuhuh..
Malam pun boleh tahan gak huhuhu..
Ok, sila ambil perhatian... peta di atas ini merupakan beberapa kedai radio yang wajib pergi. Tapi pembetulan, kedai Roket adalah berada di bawah landasan tren antara zon 4 dan 13, bukan seperti di atas. T-Zone Ham Store dah tak jual radio dan ada satu lagi kedai saya lupa namanya dah bertukar jadi kedai hardware. Sebelah stesen JR Akihabara terdapat plaza elektronik dan banyak jual barangan radio amatur samada baru, kits mahupun 2nd hand.
Malangnya berita sedih, Japan Rail Co. telah pun membeli bangunan tersebut dan akan menutupnya buat selama-lamanya. 80 tahun beb dah beroperasi... Cerita dari forum menceritakan kegemilangan akihabara adalah bermula dari plaza ini...
Ketika perang tamat, radio merupakan satu-satunya sumber maklumat dan hiburan. Kegilaan memiliki radio ketika itu memuncak dan permintaan part-part radio meningkat. Disini juga evolusi sistem audio bermula di jepun. peniaga kecil-kecilan spare part elektronik memulakan perniagaan berteduh di bawah landasan keretapi dengan membuka kedai kecil.
Jika anda datang ke sini, cara jualan disini akan buatkan anda teruja. Boleh membelek komponen.. ambil masa lama-lama lepak dan pada masa sama macam-macam idea untuk homebrew akan datang.... kalau kat malaysia? fuhh..
Pintu masuk mula-mula.. banyak produk bug scanner, jammer etc. agaknya banyak sangat aktiviti curik rakam utk pasaran biru mungkin hehehhe..
Projek kit bersepah-sepah.. soap IC yang dulu cari kat RS Component tak dapat pun ada.
Hambik.. Rotary switch utk audio rasanya..
2nd hand, Sony World Receiver.. ada SSB.
Coil? Variable Capacitor? bersepah dijual seperti manggis tergantung.
Osiloskop.. 2nd.
Transformer? Step down? Up?
40m (7Mhz) Kits... baguih ni..
Hari tu ada nampak bebudak kaki homebrew barangan dari chinna ada sebut model ni, KN-Q7A.
Ni yang dah siap... pun ada jual. Siap PTT Mic.
hangpa boleh google kits ni... ni special kes, tuan dia order.. tak buka sampul lagi dah nak jual.
Full set beb...
radio 2nd hand.. old school..
Kami naik tingkat atas pulak Plaza ni..
mmmmm... kedai khusus valve audio.
Dalam cermin depan.. yang utk RF pun ada.
Bapak smoothhhh....
Tapak untuk tube.
banyak...
Jual dalam bentuk kit beb..
Variable capacitor.. kecik sangat..
Dah masuk kedai 2nd hand... antara koleksi.
Terjumpa PCI card untuk jadikan PC sebagai Sofware Define radio.. Old school bebb..
Audio amps...
Berkilat radio sony ni..
Shoot gambar dekat
lagi part2 2nd hand yang dijual..
alamak... final transistor! rasa ni utk microwave atau sekurang-kurangnya 1.2Ghz.
lagi...
radio Mizuho!!
Hat ni banyak zaman telekom dulu.
SR-7 RX... CW mahupun SSB!
Apa pulak yang ada di sana?
Bersambung............
Tokyo Ham Festival 2014 - Osaka - Akihabara Tokyo 2, Roketto