Anda adalah tetamu ke blog ini.

Ahad, 11 Oktober 2026

Kenapa orang pencen senang kena penyakit?

 Assalamualaikum..

Setelah 2 tahun di labuan, barulah saya tahu kenapa orang pencen mudah mendapat penyakit.

Allah berikan saya merasa tempias kehidupan sebagai orang pencen. Di labuan ni, kehidupan sangat simple.. datang kerja, tak bergerak banyak, habis kerja, balik dan tido.. esok subuh di surau, awal pagi pergi ke market.. pergi opis dan begitulah seharian.

Jika hari minggu, lagi sadis.. makan.. tidur.. pagi pergi market tengok harga ikan.. petang pergi pantai tengok matahari terbenam... patut la jantung pun boleh tersumbat huhuhuhu...

Tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan kat sini dengan kekangan kewangan. Nampaknya kena dah pindah balik Malaya hahhahahaha...

Dan ada satu yang saya berpeluang merasai.. sebagaimana impian ramai yang mahu pencen awal, berumah di hadapan pantai, hidup sederhana tanpa perlu memikirkan apa-apa masalah... Allah telah berikan saya awal-awal merasai benda ini.

Rumah di depan pantai memang best, yang tidak best ialah panas nya boleh tahan juga melekit. Setiap hari bahang sampai ke malam. Hakisan pantai pulak makin dekat, tu belum lagi banyak barang cepat karat. Radio? ya, best signal setiap malam mantap masuk ke radio.. tapi lokasi saya ni noise sangat tinggi hingga menenggelamkan signal stesen yg lemah. Pencemaran RF kini adalah satu cabaran terbesar radio amatur! Kami kerap perasan apabila blackout saja pulau dan kami bergantung pada bateri.. ketika itu siaran HF clean!

Khabarnya stesen radio rakan jepun di kampung sebelah pun akan relocate ke Kota Kinabalu kerana noise ini. Itu belum lagi apabila terdapat aktiviti ketenteraan yang aktif.. tutup radio lah nampaknya...


Rasanya tahun depan kena aktif balik jalan-jalan...


Di sini saya tidak lagi aktif ke udara. Propagasi tak berapa baik dengan pencemaran RF yang teruk.. Lebih baik memancing erk..


Nak camping selalu pun modal tiada huhuhuhu...


Suatu benda yang perlu diharungi, masalah air dan labuan berpisah tiada..


Mujur tengah sesak ni, sabahat kita Azehan 9W2AEV (khabarnya dah upgrade ke 9M2UUS)


Dan Sambal hitam istimewa pahang kirimannya.. dapatlah cover makan harian saya disini.


Di sini saya sering ke laut untuk restok lauk-lauk makan harian. Mujur lah Allah mudahkan lokasi rumah saya depan pantai dan ikan putihan banyak di sini.


Juga cucur udang ehh.. cucur bawang  di kala petang-petang...

Rasanya dah sampai masa untuk balik ke Malaya.. 28 tahun sudah berkelana.. Penang-Perak-Selangor-Putrajaya-Johor dan Labuan.... cukup sudah..

Semoga dipermudahkan....

73!

Related Posts with Thumbnails