Anda adalah tetamu ke blog ini.
Memaparkan catatan dengan label Duplexer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Duplexer. Papar semua catatan

Isnin, 26 Februari 2018

Portable/Mobile Repeater untuk kecemasan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ingat lagi posting tentang pelican box beberapa bulan lepas? Yang saya perolehi dari kedai radio yang telah ditutup. Akhirnya dapat disiapkan portable repeater ringkas.

Menggunakan sumber kuasa samada bateri atau bekalan kuasa 220v AC, pengalihudaraan dalaman dan penggunaan duplexer bagi memisahkan kesan antara RX dan TX. Penggunaan controller komersil sumbangan sahabat radio tempohari sangat membantu.

Penggunaan controller jenis ini adalah tidak berapa digalakkan. Sebaik-baiknya mekanisma controller diambil dari titik COS radio penerima.

Juga di letakkan port PTT diluar supaya apabila dioperasikan di kawasan remote boleh menjadi command centre radio pada masa yang sama ia menjalankan tugas pengulang.

Akhirnya dapat disiapkan. Semoga dapat memberi ilham pada sahabat-sahabat radio amatur lain yang juga rajin bereksperimen dalam dunia radio amatur. Jumlah kos ialah RM1000 tidak termasuk pelican case yang didermakan serta mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan kerana sumber kewangan yang terhad.



Kotak pelican ini asalnya ialah untuk kegunaan unit telemetri.


Beberapa komponen diletakkan untuk diukur kesesuaian.


Ilustrasi cadangan susunan komponen


Soket external mic yang dibeli di Lazada. Jalan pasar sebiji RM100.. Lazada cuma rm11


Komponen luaran yang telah dipasang.


Komponen luaran di bahagian lain yang telah dipasang kecuali soket mic yang belum sampai dari Lazada. Perhatikan penutup lantai tandas yang digunakan untuk menutup lubang kotak pelican yang asalnya telah berlubang ketika mula-mula diperolehi.



Pandang depan


Pandangan atas. 


Gambar dekat


Ini rupanya soket mic


Ada getah penutup


Bahagian belakang. Barang dah sampai.. kita pasang.


Apabila radio telah sampai, saya mula mencuba kedudukan yang sesuai untuk radio diletakkan. Saya menggunakan radio QYT 8900D. Radio ini bukan lah radio yang sensitif dan saya baru terperasan yang kuasa pemnacaran Low adalah sama dengan High.


Akhirnya radio dipasang pada penutup atas case. Dan pada masa yang sama Duplexer dan Controller telah sampai.


Setelah mengubah ke beberapa kedudukan, nampaknya ini sahaja lokasi yang terbaik untuk mela


Kalau ikutkan nak beli case pelican yang original memang tak mampu.


Mujur ada sahabat yang sudi sedekahkan satu case terpakai ini.


Padangan atas. sangat mudah dibawa.


Terdapat 2 antena iaitu RX dan TX. Sekiranya duplexer digunakan maka hanya satu sahaja soket antenna yang akan digunakan. Jika tidak tanpa duplexer maka kedua-duanya akan digunakan.

Perhatikan terdapat 2 sumber input bekalan kuasa yang boleh dipilih samada menggunakan direct 240V AC melalui kabel ataupun sumber luaran 12v DC samada bateri atau bekalan kuasa luaran lain.


Kesan skru yang memegang radio RX dan TX


Faktor mewujudkan soket mic ialah supaya pada masa sama portable repeater ini boleh digunakan sebagai command centre selain menjalankan tugas relay transmisi pada masa sama. Pengguna boleh 'interupt' perbualan yang sedang di ulang.


Sudah siap dengan wayar sambungan.


Pandangan sisi.


Pandangan lentang.


Yang belum dibuat pendawaian ialah speaker output yang mana boleh mendengar komunikasi yang diulang dan jumper mic dari radio ke soket luar.


Dan siap. pemilihan kedudukan radio RX dan TX ialah supaya sekiranya dibuka sedikit dan kedudukan begini ianya boleh digunakan sebagai portable shack semasa kecemasan serta mudah melihat skrin kedua-dua radio.

73!


P/s pendawaian sangat serabut kerana saya tiada kemahiran pendawaian yang baik.


Isnin, 14 November 2016

Projek menghidupkan 9M4RES pemasangan


Siri akhir

Beberapa minggu sebelum pemasangan, ada sahabat Weerut 9W2RUT memaklumkan yang repeater Digipeater kalau tak silap saya telah disambar kilat.. alamak!

Memang dalam sejarah di lokasi yang kami akan naikkan repeater ini terkenal sebagai zon kilat. Banyak kali repeater ASTRA dah kena walaupun menggunakan pelbagai kaedah. Kilat ni kata orang pakar dalam bidang radio ni nasib. Kalau nak kena kena redha la walaupun pelbagai cara yang digunakan. Lightning arrestor, surge protector dan banyak lagi. Kalau tak direct hit, statik juga boleh menjahanamkan radio.

Alternatif yang kami cuba gunakan ialah menggunakan kaedah static discharge. Kaedah ini berbeza dengan Lightning arrestor yang memfokuskan potensi kilat pada satu point, maka kawasan lain dapat dikurangkan potensi. Kaedah ini saya perasan banyak digunakan di loji minyak dan gas. Kawasan yang paling tinggi akan diletakkan satu berus yang mana ianya disambungkan pada system grounding pepasangan. 

Apabila terdapat potensi static di udara, disebabkan pergeseran antara awan dengan awan atau awan dengan permukaan bumi, cas positif akan cuba untuk discharge dengan cas positif. untuk memastikan pertembungan ini dapat dikurangkan, kami mencuba untuk membebaskan cas ini di udara sebelum ia sempat bertemu. Carian google nanti akan banyak membantu anda memahami. 


Ini rupanya Berus Static Discharge. Perhatikan ianya banyak dipasang pada menara telekomunikasi terutamanya Broadcast.

Gambar di atas menunjukkan 'bunga manggar' yang terdapat di Titan Chemical Tg. Langsat Johor.




Berbalik pada repeater yang sedang dalam pengujian. memang penat hahahha..


Ada sesuatu yang perlu dibaiki lagi. Terutamanya stand yang belum lagi kukuh.


Nampaknya kami mempunyai masalah.. Perlu dirombak kembali.


Stabil kecuali kualiti audio.

Setelah beberapa kami mencuba kami dapati radio yang kami gunakan mempunyai masalah audio yang pecah. Dari Kenwood TH2AT kami bertukar ke ICOM IC-V85. Nasib baik derma kilat berjaya lagi huhuhuhu.. Controller juga harus diubah kerana point ptt dah lain.


Rumah 9W2TR menjadi medan kami mencuba repeater ini.. perhatikan antenna TX dan RX.


Berbalik pada kilat, menurut 9M2AU kami perlu memastikan tiada differential resistant antara setiap pepasangan.. maknanya kesemua peralatan, tower dan lain-lain perlu di loop kan grounding nya.


Static Discharge Brush homebrew, menggunakan rod welding.. 1kg RM45 masa tu..


Pemegang Berus 


Dah siap potong dan akan cuba susun menjadi penyapu.


Ok boleh masuk..


Belum dikembangkan, nanti di site baru kembangkan.


Dah siap!

Bagi rakan yang mahu membinanya boleh mencuba kaedah yang lebih murah dan lasak di http://w4zt.com/porcupine/



Sampai masanya repeater dileraikan untuk di bawa ke lokasi.


Dah sampai, susun dan akan dibawa naik ke atas.

Saya tak berapa ingat calsign sahabat-sahabat yang terbabit semasa pemasangan. Dengan bantuan bang omar 9W2MCC dan seorang lagi geng Bomba, kami bertambah semangat untuk menyempurnakan tugasan akhir ini.


Bacaan doa semoga Allah berkati usaha kami dan selamat sepanjang pemasangan oleah bang omar 9W2MCC.


Ini adalah beban yang paling berat yang berjaya kami naikkan akhirnya.. Sukses!


Berjaya dipasang dan didirikan.


Fahroe 9W2BBS dan Azizul Ghazali 9W2FD ternyata hebat dalam turun dan naik membawa komponen repeater.


Fadhil melakukan pendawaian bekalan kuasa dari solar panel.


Setelah dinaikkan antenna, kami dapati Folded Dipole 4 stack kami memberi bacaan yang dikira agak tinggi tetapi masih dalam julat 50 ohm.. terpaksa redha dulu..


Kekemasan grounding yang memerlukan kami membaikinya pada masa hadapan. Lupa nak bawa megger ohm, untuk ukur kerintangan bumi..


Sementara itu di bawah, khemah sedia dipasang kerana kami menjangkakan proses pemasangan repeater ini mungkin mengambil masa lebih 1 hari. Seperti yang dijangka ya! Dan bateri kereta kami kong!


Terpaksa bermalam. Saya, fadhil dan Mutalib. Nasib baik kami ada membawa generator dan radio HF. Paginya kedengaran suara Arwah 9M2RDX ketika itu rajin keudara awal pagi di 40m band.


Keesokkannya sambung pelarasan dan pengujian. Kami dibantu oleh sabahat-sahabat dari bangi yang datang paginya.



Selesai saja setup, repeater dah berkendali tetapi kualiti sensitivitinya agak kurang menyerlah kerana faktor 2 tabung filter yang kami pakai. Ada sahabat Pradas (Orang kuat) datang rescue, Jumperkan bateri kereta huhuhuhu.. terima kasih Ustz Fadhil 9W2SMF atas relay mesej bantuan.

Apapun repeater 9M4RES ini memerlukan penalaan dan penambahbaikan secara berterusan dari semasa ke semasa. Ianya bukan mudah untuk menjadi sebuah repeater yang Unggul. Lagi-lagi hampir keseluruhan komponen adalah homebrew dan kaedah pembinaan yang sangat primitif, terdedah pada pelbagai potensi masalah. Sebagaimana repeater 9M4RUK Marts yang berada dilokasi yang terbaik dan dipasang dalam bangunan, kami juga mengidamkan 9M4RES juga sedemikian.

Setup repeater 9M4RES ini hanyalah sementara sahaja, repeater asal sebenarnya masih lagi di dalam stor pusat MARES dan menunggu mendapat lokasi yang baik dan sesuai barulah ianya akan dipasang kembali. Buat masa ini sekurang-kurangnya 9M4RES masih boleh berkendali sudah memadai.

Kesimpulan yang saya dapat catatkan di sini ialah salah sau cabang dalam hobi radio amatur ni ialah homebrew. Dari pembinaan repeater kami dapat mempelajari banyak sistem yang tidak kurang pentingnya dalam memastikan sesebuah pengulang dalam radio komunikasi dapat bekerja dengan baik disebalik halangan seperti kekangan kewangan, kebatasan lokasi, interferens, pengurusan spektrum, alternatif tenaga untuk bekerja dikawasan tanpa bekalan kuasa elektrik dan tidak lupa juga halangan hukum alam seperti kilat serta cara mengurangkan kesannya.

Tidak hairanlah 9M2RR sangat enjoy dan sanggup terlibat dengan lebih mendalam homebrew repeater hingga di gelar Raja Repeater (RR). Sekarang barulah saya memahami hihihi...


Hingga jumpa lagi, 73!


Related Posts with Thumbnails