Anda adalah tetamu ke blog ini.

Sabtu, 13 September 2014

Tokyo Ham Festival 2014 - Big Sight Ariake 4



Dek kerana terlalu penat, kami mengambil peluang berehat buat kali ke 2 di satu penjuru Festival... Baru 80 Booth yang kami lewati.


Sambil duduk disebalik dinding kami dapat melihat ada satu sudut yang disediakan oleh penganjur dengan kerjasama syarikat seperti Yaesu, Kenwood dan ICOM untuk mencuba radio yang mahal-mahal. waaaa....


Saya ternampak kelibat 2 remaja yang kelihatan agak gembira apabila berjaya membeli sebuah scanner. Ia mengingatkan saya ketika saat-saat mula-mula saya dapat membeli radio handy talkie pertama. enjoy!


Kelihatan seorang ham radio jepun yang baru membeli sebuah antenna untuk yaseu FT817.. sedang mencuba-cuba buat pertama kali.


Hanya disebalik sudut ini sahaja..


Hari melewati tengahari. Kami mulakan balik kaki menjelajah booth-booth pameran... sudah ada kedai-kedai yang menukar tanda harga menunjukkan sudah ada pesta melelong radio. Tetapi harga yang ditawarkan sungguh mahal berbanding singapura.


Ternampak antenna analyzer jenama RigExpert. Mmmmm... terdetik dihati mahu menyambar. Dengan duit yang tak mencukupi, hasrat terus terpadam.


Tower jenama Luso yang dipamerkan.. Motorized!


Sudut Dxing dengan callsign 8J1A. Ini lah masanya menguji transceiver mahal-mahal seperti Kenwood TS990 atau Icom..


Daftar dulu sebelum nak mencuba.


Satu booth yang mempromosi Hamfest di German pada 2015 nanti... Juga berkongsi booth ASTRA. Eh, bukan ASTRA malaysia tetapi Tunisia Ham radio Society. Siap ada Kurma Free hhehehe..


Kedai Ham Morimusen pun ada jualan rupanya.


Antara Speaker Tentera yang dijual.


Wowww... Jacom, satu dari pengimport tunggal produk MFJ di jepun. Dari switch hinggalah ke tuner. Yang kecil-kecil pun ada jual.


Aksesori Yaesu FT817 yang mencurik perhatian.


Antara analyzer idaman saya. Mahal dan tak mungkin saya beli. Kelebihan berbanding vektor network analyzer ialah dia ada RF bridge dan freq yang lebih besar. RigExpert atau MFJ atau KVE60C atau Comet mungkin pilihan saya.


Berhenti berehat untuk makan tengahari. Ini merupakan kali ke 3 kami berhenti berehat. Dengan bekal nasi yang dibawa, lauk pauk segera seperti ayam kurma, kacang, serunding mahupun acar.. memang menyelerakan.


Kenangan yang tak dapat dilupakan... makan berkelah di hamfest Tokyo hahahhaa..


Abang aziz..


Satu dari callsign yang saya terperasan... callsign rasmi JARL.


Ok, kita sambung balik meredah hamfest... booth yang menjual buku-buku dan koleksi projek homebrew.


Cube Tuner..


CW key ini merupakan key buatan jepun yang agar lama... saya dapat percuma kipas yang ada gam bar key ini.


Satu lagi key..


Booth ICOM... IC7850, Limited Edition..


Penerangan mengenai produk.


Booth Kenwood dengan TS990. Perhatikan penerangan oleh petugas.


Antenna analyzer yang menjadi idaman saya.. Booth Comet.


Booth yang mempromosi Land Rover dan modifikasi kenderaan bersama radio.


Satu Lagi pameran.


Ini memang best, kalau di malaysia, Renault Kangoo yang murak sekarang pun dah boleh buat macam ni. Shack radio!


Senyuman tajam.. radio atau dia? owh..


Icom receiver... mahal gilerr


Uji jangan tak uji... hahaha... tengah tunggu turn. Orang jepun beratur..


Satu dari booth diamond. Pulley untuk portable dipole.. boleh panjang dan pendekkan dipole melalui takal.


Satu dari booth... rasanya kedai ni kat area-area kyoto klau tak silap.


Antara koleksi CW paling banyak dijual.


Mahal tu..


CW yang diketuk dalam gambar ini merupakan yang paling mahal dalam RM8000...


¥238,000 beb.. tapi saya dah cuba dan ayunan dia sangan mengasyikkan. Semasa demo, petugas menunjukkan bagaimana membetulkan kesilapan ketukan semasa penghantaran... owh lupa, cw key ini ada sedikit delay dan pengendali boleh membetulkan word yang dihantar sebelum ayunan 2 stage mengetuk key sebenar. :). Memang hebat!


Lagi antara CW yang dijual.


Booth AOR..


lagi booth yang menjual CW key.


Wah....


Booth GHB Telegraph Key


dari jauh...


Booth menjual QSL kad. Banyak design dan cetakan siap dalam 1 jam sahaja.. 


Antenna kormersal Versa Beam.. 


Menguji CW key untuk keserasian.


Terserempak YB0AZ dan Champ.. Rupanya Champ jaga booth RAST.


Sempena Ulang tahun Raja Siam, RAST akan mengadakan event.


Booth antenna jenama Radix


Antara antenna yang dijual.


Rizal Temerloh 9M2RDX mungkin mirip dengan jenama ini.


Ini merupakan booth yang menjual peralatan remote. Radio mungkin berada 1000km dari lokasi operator tetapi boleh dihubungkan melalui internet untuk mengawal radio melaui satu server ke radio remote.


Shoot operator YL yang sedang memancar. Memang crystal clear audio dia..


Ada link.. bagi yang berminat mungkin boleh mencuba.


Nampaknya jam di tangan sudah menunjukkan jam 3.45 petang. Hamfest akan di tutup pada jam 5 dan bersambug esok. Ada lagi 60 booth yang belum habis kami lewati..



Bersambung......

Tokyo Ham Festival 2014 - Big Sight Ariake 5

Related Posts with Thumbnails