Kami berjalan menyeberangi jalan besar... memasuki satu lagi bangunan yang namanya tak silap Tokyo Radio Department. Di sini banyak kedai yang menjual komponen elektronik terutama berkaitan dengan radio. Kedai yang menjual casing di sini menawarkan perkhidmatan memotong, ukir dan mencetak pada permukaan casing apa jua kehendak pelanggan. saya meminati bahagian menbuat PCB custom made yang jarang-jarang ada di jalan pasar Kuala Lumpur.
Terdapat beberapa kedai elektronik yang masih menjual kit-kit elektronik nostalgia. ingat lagi kristal radio? ingat lagi projek kit membina radio kristal dari majalah-majalah elektronik lama?
Saya masih lagi menemui kedai-kedai yang menjual projek kit nostalgia semasa mula berkenalan dengan hobi elektronik. Kedai-kedai ini agak berdebu dengan si penjual yang menjaga kedai ini saya kira sudah berusia lebih 70 tahun.
Antara kit-kit yang masih dijual, anda pasti teringat pada kenangan membina rdio pertama anda ;)
Masih dalam bentuk kit DIY asli. Tanpa memerlukan bateri!
Dalam ¥1200 (RM38), Standard harga kit di Malaysia
Loop antenna kormersil.
Ruangan kedai di sini mengingatkan saya dengan imbi plaza. Dengan eskalator yang kecil dan ruang kedai yang padat. kami bergegas naik ke tingkat atas...
Pada tingkat pertengahan ada satu kedai yang juga menjual tube. Agak menarik...
Ini pasti menarik minat kaki DX dengan kuasa yang melebihi 100 watt
Solid State Linear atau bahasa desperate nya "Kasut". 500watt.. Susah cari ni beb..
Papan tanda dalam bangunan Tokyo Radio Department.
Destinasi seterusnya ialah ke Roket. Roket atau bahasa tempatan Roketto ialah kedai yang menjual barangan hobi radio amatur yang paling besar di Tokyo. Ini merupakan kali ke 3 saya singgah di Roket...
Pemandangan kedai Roket dari hadapan. Di atasnya ialah laluan tren dan betul-betul tak jauh dari Radio Department tadi.
Ayuh kita masuk ke dalam kedai ini..
Saya lebih tertarik pada bahagian tower ini kerana ianya sukar untuk diperolehi di Malaysia.
Ini dipanggil Roof Top tower. sangat sesuai bagi mereka yang mengidamkan antenna yagi HF yang besar tetapi tidak mempunyai ruang tanah. ini adalah penyelesaian yang terbaik. lagi-lagi jika anda tinggal di rumah teres. Carian google imej mungkin membantu.
Lengkap! dengan kepanjangan 1 meter dalam kotak dan 5.66kg, ianya senang dibawa masuk bagasi kapal terbang. Jangan lupa trust bearing!. ¥12,600 atau dalam lingkungan RM380 atau buat sendiri :)
Antara koleksi trust bearing, spare part rotator dan pelbagai jenis rotator dari light weight hingga ke heavy weight.. boleh cuba test beb ;)
Hat ni saya mengidam.. memandangkan ¥ yang saya bawak agak sedikit, hanya mampu lihat. Ada sahabat-sahabat saya yang memilikinya.. Insyallah nanti nak pakai boleh pinjam hehhehe...
Antara aktiviti ham radio yang balik dari kerja, singgah melayan perasaan melihat radio idaman di kedai ini. Sebenarnya tidak semua ham radio di jepun mampu memiliki radio-radio sebegini. Saya juga hanya mampu memiliki radio asas IC 718 sahaja..
Antara CW key yang dijual. Kurang menarik minat saya hehehee..
Barisan radio transceiver yang dipamerkan dan boleh dicuba oleh pelanggan. Memang menitis ayaq mata bila tengok lama-lama...
Nampaknya hari beransur gelap. saya, abang Aziz dan Feroz mengambil keputusan untuk menangguhkan dulu window shopping kami memandangkan beberapa benda dah ditemui dan kami dapat menganggarkan harga standard barang-barang yang akan kami cari di Hamfest esok. masa untuk pulang ke hotel.
Dari Akihabara, menggunakan JR Yamanote Line hanya 2 stesen ke hadapan ialah stesen Ueno.
Nasib baik tren yang kami naiki bukan antara tren terpadat ketika waktu puncak orang balik bekerja. Jika tidak mungkin kami dapat merasai suasana ditolak masuk ke dalam tren hahaha...
Keluar dari stesen, suhu sudah tidak lagi sepanas kami mula-mula sampai. Senja menjelang....
Sampai di hotel, mandi manda dan berehat... Iqbal mengajak saya ke Shibuya. Kata nya mahu melihat lokasi dimana terdapat terdapat satu simpang yang amat popular dalam cerita 2 Fast 2 Furious, Tokyo Drift.
Masih dengan JR Yamanote Line.. terus ke stesen Shibuya.
Keluar saja dari stesen, pastikan exit yang betul.. akan nampak bangunan yang terletaknya Starbuck. Kata orang susah tau nak dapat minum di starbuck di mana ia merupakan lokasi yang paling cantik melihat kelibat orang melintas jalan.
Bagi sesiapa yang pernah menonton filem 2 Fast 2 Furious atau Tokyo Drift pasti ingat dimana kereta yang sedang drift melalui jalan ini dalam keadaan ramai orang melintas.
Malangnya ketika kami sampai, bilangan orang yang melintas sudah berkurangan. Tetapi suasana havoc nya amat menarik hati kami kerana orang yang melintas adalah datang dari semua arah hahaha..
Satu shoot dari lokasi starbuck... agak hampa kerana bilangan orang melintas tidak padat. Mungkin kami agak lewat malam ketika itu.
Saya agak terlalu penat dan mencadangkan agar kami pulang sahaja ke hotel.... memandangkan esok awal pagi merupakan hari yang paling utama dalam misi kami ke negara matahari terbit ini, saya harus menyimpan tenaga.
Lagi-lagi awal malam saya harus menyediakan makanan untuk esok pagi dan juga makan tengahari semasa menghadiri hamfest nanti. Semua nya tapau dari bilik hotel.. almaklumlah berjimat cermat hehehehe..
Jam sudah lewat pukul 9 malam ahakkss... sampai di hotel, Iqbal terus melayan internet. Owh ya, di jepun internetnya laju gilerr.. mungkin itu tarikan nya hehee..
Tiba-tiba telefon saya berbunyi, rupa-rupanya Feroz menjemput saya ke bilik hotelnya. Untuk makluman Feroz dan abang Aziz tinggal di hotel yang berasingan dengan kami.. ngajak minum teh tarik katanya.
Eh? ada kedai teh?
Sekali lagi malam itu kami melayan kopi terbaik di jepun di bilik Feroz hingga jam 1 pagi!! kalah kopi starbuck beb!! haha...
Esok adalah hari yang dinantikan iaitu Tokyo Ham Festival.....
Kaki sakit dan badan makin tak larat.....
Bersambung..................
Tokyo Ham Festival 2014 - Big Sight Ariake 1