Anda adalah tetamu ke blog ini.
Memaparkan catatan dengan label Van Mares. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Van Mares. Papar semua catatan

Isnin, 6 April 2020

Telescopic Pneumatic Mast

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhirnya pneumatic mast yang digunakan pada van MARES telahpun dapat dijual. Duit dari jualan dapat digunakan untuk menggantikan bateri van yang telah kong dan menukar ke empat-empat tayar yang baru.

Pneumatic Telescopic Mast ini asalnya adalah dipasang pada kenderaan penguatkuasaan spektrum SKMM dan jika tidak salah saya berharga hampir RM28K seunit. Tetapi bilamasa kenderaan ini ditender pada lelongan awam, ramai pembeli yang membuangnya kerana ingin mengurangkan berat kenderaan.

Mujur ada pemilik yang sudi menjual pada MARES pada harga yang boleh dikira sangat berbaloi. Asalnya kami merencanakan Mast ini dipasang pada bahagian belakang Van dan cecara kawalan boleh digerakkan naik dan turun tetapi kerana struktur kenderaan tidak mengizinkan pesangan tapak bagi menyokong mast ini yang berat nya hampur 30kg. 

Alternatif yang ada ialah kami merekacipta tapak yang boleh disendal oleh tayar van dan memegang mast ini. Mujur Jackie, kontraktor besi dari Subang Jaya mempunyai pengalaman luas dalam pembinaan struktur sebegini untuk tentera dan bomba membinanya.

Setelah 3 tahun memiliki Mast ini, penggunaannya tidaklah mesra kerana faktor berat dan perlu menguba dan memasang yang memerlukan tenaga yang kuat, kami menjualnya pada seorang pembeli dari pahang.

Sedikit spesifikasi mast ini ialah ianya buatan Will-Burt US, didatangkan dengan motor pam pneumatic 240V dan apabila dinaikkan sepenuhnya setinggi 6 meter. Dengan kekuatan boleh mengangkit sehingga beban 100kg. Kini kami lebih selesa mengoperasikan PU10 yang lebih ringan dan mudah dikendalikan oleh 2 orang sahaja. Gambar dibawah diambil semasa acara Konvensyen Radio Amatur di Politeknik di Kuantan beberapa tahun lepas.


Antena Yagi yang dinaikkan separuh dari keupayaan Mast.


Pam motor pneumatik yang dibekalkan sekali.


Military spec.


Perhatikan ianya disertakan sekali dengan tapak heavi duty untuk dipasang di belakang kenderaan.


Pam nya


Wayar ini ialah sefety valve bagi tujuan mengeluarkan tekanan udara bagi tujuan menguncupkan mast dan locking mast dari terlucut jatuh.


Model dan spec


Complete set.


Jacky sedang membina tapak pemegang mast ini.


Boleh berdiri kukuh.


Kenderaan hitam disebelah merupakan kenderaan asalnya milik SKMM dimana mast ini dipasang. Perhatikan kaedah mast ini berdiri kukuh dengan tapaknya disendal oleh tayar van.

Terdapat banyak lagi mast yang sesuai untuk dioperasikan di lapangan ketika field day atau operasi. 

73!


Ahad, 5 April 2020

Light House On The Air Batu Pahat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedang saya bersihkan desktop pc ternampak satu fail mengandungi gambar aktiviti Light House On The Air di Bukit Segenting, Minyak Beku Batu Pahat. Saya tidak ingat tarikh sebenar aktiviti ini dijalankan tetapi dari rekod saya ialah 19 Ogos 2017.

Apa yang menjadi memori saya ialah ini merupakan aktiviti terakhir kami bersama Arwah 9W2JOH. Aktiviti ini dijalankan bersama JASRA dan rakan-rakan MERACC. Abang Sham 9M2ESM menjemput kami beberapa minggu sebelum itu untuk turut serta. Memang meriah!

Tidak banyak yang saya dapat coretkan hanya gambar mungkin mampu berbicara.


Cikgu Baiduri 9W2LBY


Abang Romzi, Pak Mus 9W2USM dan rakan-rakan dari Melaka.


Antara setup radio


Juga radio popular dari Indonesia yang bekerja pada 40m band.


Lokasi yang sangat baik kerana dapat berlindung ketika hujan lebat jika berlaku.


Fadhil juga mencuba.


Arwah Feroz


Setup antena yang memang terbaik.


Juga banner 9M4CJS Jasra.


Juga satu shack jauh sedikit untuk mengelak interferen.


Santai..


Raymond 9W2GEE sedang mengejar satelit. Sempat QSO dengan satu stesen dari Singapore.


Mengejar satelit Lapan Orari.


Malamnya.

Kami pun bergerak pulang ke Lembah Klang. kami mengambil kesempatan untuk menziarahi Pak Kamal 9M2FX. Beliau merupakan anak kepada Arwah Dato Tan 9M2DW. Saya pun tak ingat tetapi beliau merupakan antara beberapa ham radio yang pernah memakai prefix callsign VS3 ketika Malaya masih belum merdeka dan menukarkan ke prefix 9M2. Tidak jauh dari rumah beliau di pekan Muar, Dr. Lee 9M2GA yang juga salah seorang bekas pemegang lesen VS3. Bacaan di laman web 9M2ESM http://9m2esm.blogspot.com/2018/10/9m02dw-muar-ham-radio-field-day-1981.html akan banyak menghuraikan tentang mereka.


Beliau membawa kami ke restoran original Mee Bandung Muar.


Sungguh sedap di samping kopi O gaya Muar.


Tidak menoleh lagi hahahhaa.. 


Dan kami bergambar kenang-kenangan.

Ketika ziarah kami, usia beliau melebihi 80 tahun dan masih kuat dan sihat. Khabarnya tahun lepas beliau menamatkan zaman teruna nya dengan berkahwin dengan orang tempatan. Apapun ziarah kami kali ini memberi kesan dan kenangan. Insyallah akan datang kami akan merencanakan ziarah lagi ke kawasan Pantai Timur.

73!

Sabtu, 4 April 2020

Field Day dan SWLing Broadcast


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Amat jarang sekali saya mengikuti aktiviti senior ham radio kerana ramai yang sudah tidak aktif. Pada 15 September 2018 yang lepas saya sempat mengikuti aktiviti Malaysian Field Day di Pantai Aceh Pulau Indah Klang. Sebelum ini ada beberapa kali ham radio yang sering mengadakan Dxpedition dan IOTA di sini. Saya, abang Aziz 9M2AU, Mutalib 9M2SQL, Fadhil 9W2WF, Dollah 9M2AAA, bang Aziz 9M2ONE antara yang terlibat.

Lokasi yang yang agak terpenjuru ke laut lepas merupakan satu kelebihan bagi objektif utama Field Day ketika itu iaitu menangkap siaran gelobang Short Wave (SW) dan Medium Wave (MW). Abang Aziz 9M2ONE mencadangkan lokasi ini kerana beliau ingin mencuba merentangkan antena beliau sepanjang hampir 1km! Dan antena ini hanya diletakkan diatas tanah sahaja.

Dan memang pengalaman yang tak dapat kami lupakan kerana pada malam itu beliau berjaya menangkap siaran SW Eropah yang agak rare. Bayangkan jika menggunakan antena biasa seperti G5RV belum tentu dapat mendengar dengan baik, malahan habis kuat pun siaran gelombang pendek dari Chinna, Vietnam dan kawasan asia sahaja. Antara freq yang popular dikejar oleh peminat SWL seperti 5905kHz, 6140kHz, 6180kHz, 7225kHz, 7240kHz, 7280kHz (SW). Untuk rekod Malaysia juga ada memancarkan siaran seperti Radio Klasik di 5.965 MHz (SW). Manakala Radio dari Pattani juga ada menacarkan di 891kHz.

Berbalik pada aktiviti kami pada malam itu, petangnya kami dilawati oleh abang Omar 9W2MCC, Bang Kamsol 9M2MKW, Bang Shaharuddin 9W2SO, Kamal Ikan 9M2VIP dan beberapa lagi rakan radio yang datang memeriahkan acara ini. Terima kasih pada 9M2MKW atas KFC yang dibawa.

Beliau sempat menasihati kami agar berhati-hati kerana terdapat angin lintang yang boleh datang secara tiba-tiba di kawasan itu.


Sampai sahaja di hujung Pulau Indah, kawasan lapang menanti kami. Perhatikan terdapat semak di situ yang merupakan kawasan riadah peminat Para Gliding bermain. Diberitahu Man Belon juga bermain di sini.


Setup kami setelah sampai di lokasi.


Bang Omar 9W2MCC antara yang terawal datang memberi sokongan.


Santai di malam hari sambil mendengar siaran Gelombang Pendek (SW) yang crystal clear! Stesen broadcast dari eropah dapat di dengar dengan baik tanpa ganguan noise.


Mujur Pak Kamsol bawakan 1 barrel ayam KFC hehehehe..


Terdapat beberapa pengunjung di lokasi kami yang menyauk anak ikan todak dengan menggunakan lampu dan jaring buatan sendiri.


Katanya sedap tetapi mereka hanya memilik anak ikan todak yang kecil sahaja kerana kata mereka yang besar banyak tulang. Kamal Ikan antara yang ada ketika itu.


Apabila hari siang, pantai kelihatan cantik.


Juga kami dilawati Abang Salleh (Lupa Callsign) dan keluarga beliau.


Begini setup kami selain antena SW, standard antena kami adalah G5RV, Buddypole dan Magnetic Loop.


Memang betul peringatan Bang Kamsol, malam itu kami dipukul ribut. Habis basah hahahaha.. jadi kami mengambil peluang mengeringkan camp bed dan lain-lain barang sementara tengahari.


Santai bersama sarapan ringkas kami.


Gambar ini amat nosltagia bagi saya.

Sebenarnya terdapat 1 resort tidak jauh dari kami. Terdapat kemudahan tandas dan bilik mandi di sana. Kami malamnya memang mandi di sana dan keesokkannya juga mandi sekali lagi di resort ini dengan sedikit bayaran. Insyallah pada masa hadapan mungkin kami hanya akan menginap di resort ini dan DXing sekali lagi Insyallah.

Apapun, lokasi ini sangat baik dan awasi angin kencang bila-bila masa boleh datang hahahaha...

73!

Selasa, 31 Mac 2020

KRAM Kuantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa tahun lepas saya menghadiri konvensyen radio amatur di Kuantan. Jarang saya mengulas panjang tetapi rasa terkejut dan sedih kerana aktiviti ini.

Saya lampirkan gambar sekitar acara ini berlangsung. Jika penganjuran ini dilakukan dengan baik saya percaya ia akan mencapai objektifnya.


Sahabat saya saudara Mutalib 9M2SQL


Boot pameran radio taktikal.


Ranger Melaka pun ada.

Khas dari Ranger.


Pak Zack Tacticom 9M2ZC dan team.


Barisan pempamer.


Mencuit hati


Hello..


Pameran Mobile Communication Unit


Kena snap gambar ni...

Itu saja dari saya.. banyak artikel yang saya simpan dalam betuk draf sejak 10 tahun lepas belum lagi saya publish.. Insyallah perlahan-perlahan saya cuba :)

73!

Related Posts with Thumbnails