Anda adalah tetamu ke blog ini.
Memaparkan catatan dengan label Pengakap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengakap. Papar semua catatan

Selasa, 14 April 2020

Tips Stesen Master mengendalikan Radio pada Newbies - Kad Bantuan



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada bulan Oktober beberapa tahun yang lepas saya telah menyertai aktiviti Jamboree On The Air pengakap di Kem Mutiara Semenyih & Eco Resort. Aktiviti ni boleh lihat di posting Jamboree Pengakap JOTA JOTI.

Melihat dari jauh sahabat saya saudara Ezahan 9W2AEV menjadi stesen master mengimbas kembali kenangan saya ketika kanak-kanak mencuba berkomunikasi melalui pesawat radio HF milik Cikgu Richard di aktiviti perkhemahan Jota di Pulau Pinang. Perasaan berdebar dan takut untuk bercakap memang ada, tetapi perasaan ingin mencuba amat menebal.

Ya, saya sempat punyai peluang untuk memegang mikrofon tetapi tiba-tiba kaku! apa yang saya nak cakap?? Mujur stesen master ketika itu menuturkan kata demi kata agar saya mengikuti ayat-ayat beliau... "This is nine mike two Lim,a Romeo.... you are five and nine...."

Begitulah begitu gugup saya pertama kali keudara di freq radio amatur. Selesai tamat sekolah rendah saya tidak lagi berpeluang untuk ke udara kerana tiada lagi aktiviti pengakap yang diikuti. Di High School Bukit Mertajam saya hanya melihat dari tepi tingkap Nako kelas setiap kali Jota diaakan melihat abang-abang pengakap mengendalikan radio HF yang diadakan di sekolah. Hobi radio amatur ternyata suatu hobi yang sangat mahal untuk kami kanak-kanak mendekatinya. Memiliki radio ketika itu hatta walkie talkie adalah suatu barang yang 'mewah'. Hanya berbekalkan radio broadcast AM/FM terbuang yang mampu kami modifikasi untuk mendengar siaran 145mhz amatur. Samada diperolehi dari lunggukan sampah ataupun ehsan orang ramai.

Pengalaman ini tiudak berakhir begitu sahaja. Ketika di Politeknik Ungku Omar, pada hari suai kenal kami pelajar baru dipecahkan ke beberapa kumpulan dan akan dibawa untuk 'tour' jabatan-jabatan (disebut fakulti di Universiti) untuk mengenali jabatan dan ketika ini para senior seperti Pang Wai Kit dan Rushdi Carlos memperkenalkan persatuan-persatuan masing-masing. Ketika ini mereka dapat mencuri hati pelajar-pelajar baru agar menyertai persatuan mereka.

Kelab Radio Amatur Ungku Omar ketika itu dikelolakan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik (Pensyarah En. Subra) dan diselia oleh pensyarah-pensyarah berbangsa Jepun dari JICA. Stesen Master Mr. Chin 9M2CW mempunyai satu sistem pengurusan kelab yang sistematik. Sistem ini sebenarnya digunakan oleh banyak kelab stesen dalam membimbing adik-adik dan pelajar yang baru pertama kali memegang mikrofon bercakap di udara.

Situasi operator radio gagap, hilang idea dan hilang pedoman ternyata dapat dikurangkan. Sistem yang dimaksudkan ini ialah penyediaan sistem kad yang mengandungi beberapa ayat asas yang digunakan oleh operator seperti permulaan QSO, Soalan FAQ dalam QSO dan bagaimana menutup QSO. Ia menjadi rujukan dihadapan individu terbabit.

Berikut ialah contoh kad-kad yang wajib disediakan oleh stesen master dalam mengendalikan stesen pada orang ramai ketika JOTA, pameran atau pembelajaran.


Anda boleh merangka kad mengandungi perkataan yang bersesuaian dan selalu 'common' yang digunakan dalam QSO.

1) Bagaimana memulakan QSO


Ayat CQ

2) Soalan-soalan yang ditanya dalam QSO


Signal report


 Nama


Radio dan antenna yang digunakan, lokasi atau cuaca


3) Bagaimana memberi giliran
Pada stesen yang dihubungi

Dengan lebih dari satu stesen

5) Bagaimana Menamatkan QSO


Ucapan ramah, Informasi QSL card dan ucapan perpisahan

6) Maklumat rujukan di lokasi


Peta atau senarai Prefix callsign


Senarai Q Code dan maksud


-Kertas dan pen untuk mencatat maklumat mesej

Kad-kad yang mengandungi perkataan  ini akan dilaminate dan dipegang oleh stesen master. Ianya akan ditunjukkan pada peserta secara berhadapan semasa peserta sedang berkomunikasi di radio. Atau jika duduk secara bersebelahan diletakkan di atas meja depan peserta, Kad ini boleh digunakan berulang kali pada setiap acara.


Laminated kad ini dan susun mengikut giliran putaran perbualan bermula dari CQ hinggalah QRT. Ia boleh digunakan berulangkali di acara lain lagi kelak.

Insyallah saya percaya keadaan gugup dan hilang idea apa yang harus dicakapkan bagi peserta yang pertama kali berkomunikasi akan hilang! dan aktiviti membimbing peserta bercakap di radio pertama kali pasti akan lancar!


Semoga tips ini membantu dan mempersiapkan anda semua sebagai stesen master pada masa hadapan.... mulakan membina kad QSO anda sekarang ;).


Perhatikan pelajar atau individu dapat berkomunikasi dengan lancar dengan bantuan alat bantu QSO sebegini walaupun pertama kali ke udara tanpa rasa gugup.

Akhir kata dari saya semoga artikel ini dapat membantu anda semua sebagai station master di acara-acara seperti Jamboree di udara pengakap, pameran radio dan demonstrasi radio dengan lebih cekap dan bersedia. Hingga jumpa lagi, 73!


P/S : Kad-kad alat bantu stesen master ini hanyalah contoh, anda boleh membuat banyak kreativiti. Terdapat kesalahan atau susunan perkataan contoh yang saya berikan perlu pembetulan.



Khamis, 26 Oktober 2017

Perkhemahan Komunikasi Negeri Selangor Sempena JOTA JOTI


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu lepas saya dijemput menyertai Jamboree On The Air (Jota) di Mutiara Village Semenyih. Program Perkhemahan Komunikasi Negeri Selangor sempena JOTA JOTI sedunia ini adalah anjuran Persekutuan Pengakap Negeri Selangor bersama MARTS. Acara ini berlangsung dari 20 hingga 22 Oktober 2017. Manakala di seluruh Malaysia terdapat banyak lagi stesen JOTA yang dikendalikan serentak. Semua gambar adalah kredit diambil dari group whataaps penganjur.


Logo JOTA JOTI kali ini.

Apa yang menariknya ialah JOTA JOTI yang diadakan di Semenyih mempunyai pengisian 80% adalah berkaitan aspek berkaitan komunikasi menggunakan radio. Ada terdapat banyak pengisian ini tidak terdapat dalam acara JOTA yang pernah saya ikuti semasa aktif di pengakap ketika zaman sekolah dulu. Antaranya ialah aktiviti mengejar QSO Satelit, beruntung kali ini terdapat apps yang ada pada smartphone yang membantu penganjur menyusun masa untuk QSO satelit. Ini adalah sangat mengujakan!


Jadual aktiviti yang dijalankan bersama kumpulan adik-adik pengakap yang akan sertai.


Terdapat stesen Jota lain yang mempunyai pengisian aktiviti membina litar ringkas elektronik.


Awal pagi kami diserbu oleh adik-adik pengakap yang menyertai aktiviti Eyeball QSO.

Eyeball QSO merupakan satu tugasan dimana para pengakap harus mencari stesen radio amatur dan mendapatkan makluman ringkas seperti callsign, Nama dan banyak lagi. Di sini stesen radio amatur akan menguji kefahaman dan berkongsi pengetahuan mengenai hobi radio amatur dan kemahiran komunikasi asas pada pengakap.


Sesi pengenalan Komunikasi Satelit 


Perkongsian ilmu satelit komunikasi seperti AO-85, SO-50 dan Lapan. Kemudiannya praktikal!


Dan kami mengejar QSO satelit hingga malam! hebat stesen Jota dari Johor yang dikuatkan oleh 9M2ZAK serta kelana di sana yang dapat kami hubungi melalui satelit Lapan dan AO-85


Manakala Stesen Joti juga giat berkomunikasi di gerbang internet. Sidang video!


Aksi mereka..


Bertemu dengan pengakap di seluruh dunia.


Satu lagi aktiviti ialah Morse Code. Selain Bendera, Kod Morse juga sangat menarik kerana dikalangan adik-adik pengakap ini dapat mempelajari dengan pantas kod morse kurang 24jam. Dan ada yang boleh menyalin kod ini dengan kelajuan lebih dari 20 perkataan seminit.


Anak-anak muda sangat cepat belajar.


Menyalin kod morse. 


Menyemak jawapan adik-adik ini.


Aktiviti utama JOTA.


QSO dan berhubung dengan stesen pengakap di seluruh dunia.


Stesen JOTA dari perkhemahan lain yang berjaya dihubungi.


Aktiviti Fox Hunting atau ARDF


Aktiviti Pengetahuan Prefix negara. Peta Prefix bersaiz 6 kaki X 9 Kaki.


Maklumat prefix ini membantu para pengakap berkenalan dengan pengetahuan negara di luar sana


Aktiviti belajar memasang perangkap.


Aktiviti Keyboard Worrior


Mengasah pengetahuan kedudukan huruf di atas keyboard


Dan menyusunnya berdasarkan ingatan.


Aktiviti mempelajari asas Phonetic


Aktiviti halangan. Menguji kemahiran penyampaian mesej dengan tepat


Dengan menggunakan radio


Sampai sudah hari terakhir perkhemahan. Acara penutup. Malam sebelumnya ialah malam kebudayaan.


Wajah adik-adik pengakap


Dan urussetia penganjuran Perkhemahan Komunikasi Sempena Jota Joti kali ini.

Semoga perkhemahan begini memberi banyak ilmu dan pengalaman pada generasi anak-anak muda pengakap dan Insyallah akan ada peluang lagi untuk saya ikuti aktiviti seperti ini lagi pada tahun mendatang...

73!!


Related Posts with Thumbnails