Anda adalah tetamu ke blog ini.

Ahad, 31 Ogos 2014

Tokyo Ham Festival 2014 - Osaka Den Den Town (Nipponbashi) 2


Terpaksa kami bergegas ke kedai yang di awal tadi ada menjual tube.

Alhamdullillah, sampai saja di depan kedai kelihatan ada orang di dalamnya. Abang aziz masuk dahulu sementara saya masih membelek tube yang berada di atas motosikal C70 di luar.


Pemandangan dalam kedai tersebut yang saya kira agak padat dengan stok tube.


Nampaknya ini lah yang dikatakan syurga tube hahaha... saya tergamam.


Stok tube sahaja 360 darjah....


Saya cuba mencari sudut terbaik untuk mengambil gambar betapa banyaknya stok tube. Dari basic elektrod hinggalah audio mahupun final RF. Semua ada.


Nindiaaa.... lagi...


Di satu sudut dinding kedai..


Satu lagi sudut..


Hat ni kat kat lantai...


Feroz sedang bertanyakan siri tube yang beliau cari...

Ada sesuatu yang menarik pengalaman di kedai ini. Abang Aziz ada menyebut satu model tube... lelaki jepun di kedai ini mendengar dengan teliti. Kemudian dia terus mengambil tube model yang disebut oleh abang Aziz dengan cepat disebelahnya. Seakan-akan tahu di mana lokasi tube tersebut....

Feroz kemudian menyebut tube nombor 42. Terus lelaki jepun tu ambil satu kotak tube yang betul-betul terletak di kakinya. Lelaki tersebut juga siap memberi pandangan tentang tube yang abang aziz tidak boleh dibeli satu-satu tetapi mesti beli 2 kerana 'pair'.

Dari pemerhatian saya, bukan calang-calang lelaki jepun ini. beliau tentu ahli dalam bidang valve.

Kami mengambil keputusan tidak membeli apa-apa walaupun model  tube yang dicari ada dikedai tersebut. Dengan harapan nanti di hamfest kami akan jumpa tube tersebut dengan harga yang lebih bagus.

Masa untuk bergerak. Saya terpandang tube legend di pintu keluar kedai...


Model ini.... 


Dan pada masa yang sama saya terpandang tube yang berada diluar kedai.. di atas motor.

Adakah model yang sama?


Tahukah anda, sistem penyejukan tube di atas ialah menggunakan radiotor? lihat paip biru yang dipotong...


Iklan klasik tube di kaca kedai...

Kami kembali ke stesen Ebisucho dan dengan tren pulang ke hotel untuk makan malam yang mana nasi telah siap dimasak oleh kenkawan yang ada di hotel.

Lewat malam saya mengambil kesempatan untuk berjalan di sekitar Shinsaibashi untuk melihat lampu-lampu neon di kota Osaka.


Lokasi kami cari adalah ikon Glico Man..


Ketam bergerak beb...


Iklan arak.. malang sekali, gambar simbolik ditutup untuk maintainence.


Gambar orang berlari atau namanya Glico Man

Sebenarnya Hotel kami hampir dengan Universal Studio Osaka. Tetapi memandangkan agak penat dan keesokkan hari merupakan hari perjalanan santai ke Hiroshima. Oh ya, juga bukan ada kaitan dengan radio amatur jadi kami lupakan saja.


Peta jika ada sesiapa nak ke Universal Studio Osaka.

Kaki mula terasa sakit dek berjalan jauh... mata agak sukar lelap sebab banyak minum kopi huhuhu.. Untuk pengetahuan pembaca, kopi di jepun yang jual di kedai 24jam paling murah pun rasa dia lebih baik dari kopi starbuck beb.. hahahaha...

Mata terlelap entah jam berapa....



Bersambung.......


Related Posts with Thumbnails