Kami berjalan kaki lagi menyelusuri jala sepanjang Denden town. Saya terlupa dimanakan lokasi lagi beberapa kedai yang menjual barangan radio amatur di sini.
Jam di tangan sudah hampir jam 5 petang. Kami semakin kesuntukkan masa kerana rata-rata kedai di sini menutup operasi jam 5 petang....
Kami menyeberangi jalan ke bahagian baris kedai bertentangan Ham Geppam (kalau tak silap saya nama kedai radio yang pertama).
Terlalu banyak kedai sex disini.. dengan hanya simbol DVD dan gambar-gambar gadis memakai kostum atau baju sekolah adalah sinonim dengan kedai ini.. kami berjalan dengan lebih laju lagi..
Kelihatan 1 lagi kedai radio yang menjual produk hobi radio. Abang aziz dan feroz membeli sedikit aksesori radio yang tiada dijual di singapura iaitu bracket pemegang elemen antenna yagi.
Pemandangan dalam kedai seterusnya.
Susun atur produk yang dijual. Laptop di atas merupakan demo aplikasi perisian bagi digital mode.
Kali ini kami memilih untuk berjalan dibelakang lorong Denden town... Tiba-tiba mata saya terpandang satu motosikal Honda C70 yang sedikit aneh. Apakah ia?
Siapakah pemilih tube broadcast ini? Dalam anggaran saya keupayaan tube ini adalah 3 kilowatt RMS output beb.. mana mungkin pemilik tube ini hanya memiliki C70 sahaja? ahhhhh.. saya was was...
Pemandangan depan kedai menjual tube.
Untuk makluman pembaca ini, saya baru perasan kewujudan kedai tube ini. Mungkin kali pertama datang dulu saya terlepas lorong ini. Kedai ini terletak betul-betul 1 lorong dengan kedai yang menjual produk DX antenna (boleh perasan bila terpandang diluarnya ada pelbagai antenna tv VHF/UHF).
Lokasinya betul-betul di stesen Ebisucho (Sakaisuji Line)
Exit 1B dan diseberang jalan sahaja lorong nya.
Saya telah mengetuk beberapa kali pintu kedai tetapi tidak ada kelibat tuan empunya kedai. Saya jangkakan mungkin tokei kedai telah keluar minum bersama pelanggan dan juga pemilik motosikal C70 mungkin hehehhhe...
Di pintu kedai tercatat tutup jam 5 petang, Jam di tangan masih jam 4.30 ptg. Kami mengambil keputusan untuk ke kedai seterusnya. Agak malang buat kami kerana beberapa kedai yang menjual barangan radio 2nd hand telah berkemas-kemas untuk ke Ham Fest di Tokyo.
Kedai seterusnya....
Bergambar kenang-kenangan di hadapan Ueda Musen, satu dari beberapa kedai radio yang popular dengan koleksi CW key dari serata dunia.
Tower jenis roof top juga ada dijual....
Antara beberapa jenama CW key antaranya Kleine, Ainfinger, GD telegraph, Begali dan banyak lagi.
Bersinar.... dalam plastik..
Simplex? Duplex mahu pun magnetic?... hahaha.. hanya Yen Sahaja yang mampu menjawab..
Masa membuat keputusan.. yang mana satu.
Antara yang dijual. Redifon tu amat nostalgia kerana saya ada satu Set...
Antara kopeks bracket dari paling kecil hingga paling besar...
Collin transceiver dan transmitter... berkilat seperti baru. Baru mungkin...
Ini amat nostalgia bagi short wave listener.. huhuhu..
Nampaknya sahabat2 kita sudah punya pilihan. wahhh.. siap drawing asal. Khabarnya dapat serial number yang cantik :).
Special signature...
Inilah key yang dipilih. Rasa-rasa berat key ni ada dalam 2kg kot. Tapi memang lembut beb...
Alamak! jam di tangan lagi 5 minit akan ke jam 5 petang. Ketika itu cahaya diluar kedai sudah beransur gelap menandakan matahari sudahpun terbenam.
Saya baru teringat kedai tube yang kami lewati tadi akan ditutup jam 5 petang.... semasa membuat bayaran di kaunter, salesman Ueda Musen memaklumkan yang mereka juga akan membuka boot jualan.
Apakah sempat ke kedai tube tadi? harap-harap sempat. Bukan tak tahu, jepun ni amat punctual bab-bab menjaga masa....
Bersambung.......
Tokyo Ham Festival 2014 - Osaka Den Den Town (Nipponbashi) 2