Anda adalah tetamu ke blog ini.

Ahad, 31 Ogos 2014

Tokyo Ham Festival 2014 - Hiroshima, Kobe dan Kyoto



Awal jam 5 pagi dah terjaga.. terlepas subuh, matahari dah meninggi rupanya. Bangun pagi tercari-cari stok nasi segera jenama Brahim. Mana ntah letak. Teringin la pulak nam makan nasi lemak... 

Jadual hari ini ialah akan ke Bandar Hiroshima bersiar-siar. Lari jap dari fokus hamfest. Memandangkan kami telah mengambil JR Pass, adalah amat rugi kalau tak menggunakan sepenuhnya pass tersebut untuk pengangkutan lain selain tren dan shinkansen.


Poster Hamfest buat kali terakhir tengok sebelum buat bungkus sudu.


Inilah sarapan pagi saya, nasi lemak Brahim dan kopi O tongkat ali hehehe...

Selesai sarapan, jam 8 pagi kami bergerak ke stesen JR Shinimamiya. Tapi tersilap tren hahahaha... patah balik dan naik tren yang betul. Baru saya tahu kami tersilap track rupanya..


Shin-Imamiya merupakan stesen loop osaka. Kami sepatutnya turun di Osaka sebelum menaiki tren ke Shin-Osaka yang merupakan stesen tren shinkansen antara bandar.


Tren shinkansen ke Hiroshima. Kali ini kami tidak reserved seat.. terpaksa cari koc nombor 1 hingga 3 yang free seat.


Nindia Platipus.... shikansen yang akan bawa kami ke Hiroshima.


Orang jepun terkenal dengan beratur.. dan beratur dengan jarak!


wah.. rupanya tahun ni Shinkansen dan 50 tahun!


Cuaca sedikit kering.. ingat nak korek hidung pasal dalam tu dah kering.. terpandang sign board ni adoii..


Ok dah sampai. Ini adalah peta Bandar Hiroshima yang kami akan lawati.


Kami menggunakan bas JR Meipuru-pu, JR pass cover jangan risau hahaha... kalau nasib baik dapat bas yang ada 2 tingkat tak berbumbung tu. tapi nasib tak menyebelahi kami.


Inilah bangunan yang menjadi ikon Hiroshima selepas bom atom digugurkan.


Bangunan ikon kini...


Tugu memperingati...


Dalam muzium, ada sesuatu yang menarik berkaitan radio freq. Radar...


Bom atom diletupkan pada ketinggian... bukan jatuh baru meletup ya.

Selesai lawatan kami ke hiroshima, kami menaiki bas JR yang saya untuk kembali ke stesen Hiroshima. Kali ini kami menaiki local tren ke Miyajimaguchi. Di sini terletaknya satu Pulau yang mana terdapat Tori Gate. Ikon Tori gate inilah yang menjadi simbol bagi Bursa Saham Tokyo. Tetapi Pulau ini agak mearik kerana mempunyai pelbagai tarikan. Rusa.. Kuil etc. Pulau ini juga menyaksikan dari jauh letusan bom atom di bandar Hiroshima... Tapi matlamat kami ialah nak gunakan sepenuhnya untuk Feri hehehe...


Gambarajah Trip kami di hiroshima..


Ini la Ferry nya..


Hah.. dah nampak Tori Gate. kalau air surut boleh jalan ke gate ni.


Gate Tori dengan lebih jelas....

Kami tidak lama di pulau Miyamajima... banyak rusa mengganggu saya huhuhu..


Selamat tinggal Miyamajima..


Ini ialah jeti nak ke stesen tren.


Tren kembali ke stesen Hiroshima.


Shinkasen Siri 500.. not bad wehh...


Agak tirus shinkansen ni..


Menunggu tren kembali ke Kobe untuk ziarah dan solat jamak di masjid Kobe. Adalah satu yang wajib bagi saya jika singgah di Osaka untuk melawat masjid Kobe yang bersejarah.

Kamisampai di stesen Shin Kobe agak lewat. Hari sudah gelap. dari stesen Shin kobe kami berjalan kaki ke masjid Kobe.


Wah terserempak dengan Kawasaki ZRX 1200 beb.. DAEG beb..


Shoot depan..

Sedar-sedar kami sudah pun berada di hadapan masjid kobe...


Pemandangan dalam ruang solat masjid. Hampir sampai waktu solat Isyak.


Inilah rupa masjid Kobe selepas terselamat dalam pengeboman gila babi US masa perang dunia ke 2.. Terselamat!


Gambar masjid waktu siang.


Selesai solat, kami beransur pulang... kali ini kami menaiki tren local menuju ke shin Imamiya yang tak jauh sebenarnya hahahhaa...

Sampai di Hotel, masa untuk memasak nasi untuk perjalanan menuju ke kota Tokyo esok...

Badan agak penat. entah jam berapa saya tidur... kenkawan ajak minum kopi lagii.... kopi yang sangat2 sedap beb :).....

Sekali lagi.. aku tidur jam 2 pagi, jam 4 pagi matahari terbit beb....zzZZzzz....





Bersambung.........

Tokyo Ham Festival 2014 - Osaka - Tokyo (Akihabara - Tokyo Radio Department)
Related Posts with Thumbnails