Anda adalah tetamu ke blog ini.
Memaparkan catatan dengan label AA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AA. Papar semua catatan

Selasa, 22 November 2016

Lesen lama era peralihan Akta 50 kepada Akta 588


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kredit pada 9M2MGL saudara Man Tisu kerana share beberapa bahan sejarah tatapan ham.
Suatu ketika dulu ketika radio amatur mempunyai peraturan khusus di bawah Akta Telekomunikasi 1950 (Akta 50) Peraturan-Peraturan Radiokomunikasi 1995 ... takrifan seseorang yang ingin memohon lesen radio amatur hendaklah mempunyai 'sijil radio amatur' barulah boleh memohon lesen radio amatur.

Bagaimanakah rupa sijil ini? Sijil radio amatur ini merupakan pengesahan tentang kemahiran bakal pemegang lesen radio amatur untuk diperakui kemahirannya tentang radio.
Tetapi sebelum dari zaman itu... lagi sukar.. selepas mendapat sijil radio amatur (teori), calon perlu menunggu 1 tahun (masih belum boleh apply lesen) dan menduduki peperiksaan CW dan baru lah boleh mendapat lesen. Sehinggalah lesen B (9W) diperkenalkan dan ramai yang tidak melepasi CW memohon lesen. Antara contoh ham yang menunggu lama kerana halangan cw sehingga lah lesen B diperkenalkan ialah 9M2YRS (9W2YR) Pak Yob.

Ketika itu kuasa pemancaran hanyalah terhad 10watt PEP..... 

Bacaan lanjut boleh diperolehi di http://advanced-skynet.blogspot.my/2010/11/radio-amatur-malaysia.html

Dengan kehadiran CMA 1998 (Akta 588), Akta 50 kemudiannya dimansuhkan dan kaedah perlesenan radio amatur terletak pada pengkelasan ringkas dalam CMA 1998 manakala kuasa kaedah nya pula adalah mengikut kata putus dari Menteri atau Suruhanjaya (Akta 589). Tiada lagi Sijil Radio Amatur diperlukan. Memadai satu surat jawapan dari SKMM menyatakan lulus sudah boleh memohon terus Peruntukkan Radas.

Oleh demikian, syabas pada mereka yang masih setia kekal dengan hobi ini! terutamanya mereka yang datang dari zaman Jabatan Telekom.

Apapun layan koleksi sijil-sijil lama ini....


Rupa sijil radio amatur.


Ketika di zaman Jabatan Telekom dan Akta yang lama... Beginilah rupa lesen, seperti lesen TV terakhir hehehe.. 144-146mhz primary, 146-148 secondary tertakluk pada siapa yg diberi. Masa ni secondary banyak kormersil yang guna seperti LLN, Telekom.


Pada permulaan CMA 1998, perhatikan kelas dan kuasa pemancaran. Ianya dipanggil Peruntukkan Radas atau Aparatus Assignment. Masih tertakluk pada 144-148mhz. Kemudiannya UHF mula dibuka pada kelas B.


Dah makin bertambah sikit.. 6m, 70cm dan 10m band. Walaubagaimanapun 6m band masih terdapat TV broadcast be beberapa lokasi.


Bila dah naik kelas A.. banyak lah band yang boleh digunakan. 


Makin tahun, warna juga berubah.


Memasuki tahun terkini, walaupun bayar wang proses RM60 tetapi kena sendiri potong, sendiri lekat gambar dan sendiri laminate heheheh (perhatikan bucu kanan bawah AA). Oh, mungkin ini yang dikatakan self regulation hehehhe...



Warna berubah lagi..


Saya sempat menangkap gambar Sijil Radio Amatur Saudara Johnny dari Sarawak.

Saya sedikit terkilan kerana tak sempat untuk merakamkan lesen radio Allahyarham 9M2GL ketika hayatnya kerana saya ketika itu belum mampu memiliki kamera (kodak) sendiri ketika itu. Sekiranya dapat mungkin dapat saya kongsikan bagaimana rupa lesen radio ketika zaman British, Lesen Juru Operator Radio Kelas 1 Pelaut dan dokumen-dokumen sejarah yang lain.

Rujukan http://advanced-skynet.blogspot.my/2010/11/radio-amatur-malaysia.html

73!!


Sabtu, 29 Ogos 2009

Kesilapan AA Repeater yang boleh menghancurkan ikatan radio amatur

Salam sejahtera...

Mohon lihat gambar di salinan AA di bawah:

http://yw2yzu. blogspot. com/2009/ 08/lihat- tapi-tak- nampak.html



Mohon pandangan tuan2 tentang term hanya untuk ahli pada kedua-dua lesen dilampirkan. Saya percaya MCMC melakukan sekali lagi kekeliruan dengan memasukkan 'hanya untuk ahli persatuan tertentu sahaja' dalam AA repeater.

Bagi saya semua pemegang lesen radio amatur berhak menggunakan semua freq yg diperuntukkan kepadanya tanpa had kecuali hal2 kecemasan. Pada pandangan saya term yang betul 'untuk radio amatur berdaftar sahaja' yang sesuai. Atau padamkan saja ruangan tersebut mampu mengurangkan kekeliruan.

Saya percaya jika perkara ini tidak dibawa ke MCMC dengan segera maka akan terdapat perbalahan dan pengusiran keluar ham radio sah dalam freq yang sah a.k.a HALAU.. bibit2 tersebut telah berlaku kini.

Kita berkongsi jalanraya yang sama dengan cukai jalan yang sama.... tiba-tiba kita dihalau keluar kerana jalan yg dikongsi itu dikhususkan pada org tertentu sahaja..Bukankah radio amatur tanpa sempadan dan kita juga berkongsi freq dengan ham radio negara tetangga? Fikirkan dan taburkan pandangan anda..

P/S: Seseorang harus menegur MCMC tentang soal ini dari melihat ia memecahbelahkan kita... err apa? 1Malaysia? 1ham radio Malaysia? hehehe

Kredit pada 9W2YZU


Isnin, 14 April 2008

Lambang kemegahan 9Mike a.k.a kelas tertinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdullillah, keadaan saya semakin sihat. Walaubagaimanapun keadaan meniskus atau tulang rawan (biasanya disebut) masih tidak diketahui sehingga saya bertemu dengan doktor esok pagi. Semalam saya hampir putus asa apabila beberapa percubaan memperbaiki gamma match yang 'tahan lasak' tidak berjaya. Akhirnya saya memutuskan untuk ke Tanjung Piandang bertemu dengan En. Rahim.

Pemergian saya yang asalnya hanya berkisar masalah antena akhirnya meleret hingga ke suatu projek yang sudah lama tertinggal. Mustahil? tidak kot hingga ia akan diaplikasi nanti insyallah. Biar saya rahsiakan projek ini sehingga ianya berjaya.

Lewat malam barulah saya bertemu dengan Jaafar (bukan nama sebenar). Perbualan kali ini banyak berkisar CW... anda boleh membaca di laman blog beliau. hehehe...

Diakhir perbualan dengan Jaafar, saya dibawa menyelusuri kawasan perumahan di sekitar Parit Buntar melihat menara-menara yang menjadi kebanggaan warga radio amatur kelas A.

Sebelum lebih mendalam eloklah saya tekankan di sini agar pembaca dapat membandingkan antara Lesen A dan B. Ini bukan untuk menunjukkan gah tetapi justifikasi anda menyertai alam radio ini dan apakah anda telah mencapai tahap klimaks radio amatur? atau 'tewas' diawal permainan?

Bagi pemegang lesen kelas tertinggi hobi ini, memiliki sebuah antena yang besar dan hebat atau menjadi mercu tanda 'base station' sendiri adalah impian semua orang. Rata-ratanya sudah berjaya mengapai impian ini. Saya juga mengakui ini banyak membuatkan saya bakal menjadi cerewet apabila memilih rumah, lokasi rumah dan ruang laman rumah (lebih teruk dari feng shui). Kononnya ingin membangunkan sebuah menara tinggi mengandungi antena yagi HF yang 'gabak' besar. Nafsu serakah... hahaha.. :)

Jadi tidak hairanlah rumah warga radio amatur yang hardcore mempunyai menara dan antena yang besar. Tetapi bagaimana pula mereka yang juga hardcore tetapi berlesen B? Sayang jika mereka juga mempunyai menara yang tinggi.. antena yagi (10m mungkin) yang 'kontot'? Tetapi tidak dapat memaksimumkan 'kepuasan' bermain di freq 'terlarang'.

Oleh itu saya menyeru para pembaca blog saya agar mempertingkatkan had sediaada ke tahap tertinggi iaitu mengambil ujian CW. Ujian Kod Morse seterusnya ialah September (bergantung pada pengumuman semasa SKMM).

Jangan jadi ibarat orang yang 'mati pucuk' (maaf sedikit kasar). hehehe.. 'sangap'. Melihat dari jauh dengan penuh nafsu... :P

Dan apabila anda berjaya mempertingkatkan ke kelas tinggi nanti saya percaya, segala-galanya akan berubah. Tiada halangan lagi. 'Menara' anda boleh 'dipanjangkan; lagi. Antena anda boleh di'besar'kan lagi. Dan yang paling indah ialah anda boleh mencapai 'klimaks' di 'freq-freq' yang sebelum ini terlarang sebelum ini. Aduh!!....... syahdu! hahahaa... :p

Eh, apa yang saya merapu ni? ;)

Oklah, saya sertakan gambar-gambar koleksi antena dan menara yang sempat saya potretkan. Oleh kerana ketika saya dibawa oleh Jaafar melihat antena tersebut pada tengah malam jadi kebanyakkan antena sukar saya cam. Saya sekali lagi petang tadi meninjau.... aduh.. geramnya ;) kalaulah saya juga memiliki seperti mereka.


Ini ialah menara dan koleksi antenna milik En. Rahim. Beliau aktif bereksperimen di 2m dan jaluran TV Band III. Semuanya homebrew termasuk dengan menara sekali. Hebat!!



Satu lagi stesyen radio amatur di Parit Buntar. Cukup ganas hehehe... dari 1km dan cukup jelas dilihat.


Gambar lebih dekat. Khabarnya antena HF terbesar kat atas tu homebrew.


Untuk gambar lebih jelas, ketik pada gambar di bawah.

Satu lagi stesyen radio amatur yang tinggal di Parit Buntar sempat saya potret. Mudah dan ringkas. Dibangunkan di atas platform di belakang rumah.


Pandangan dari Barat, yang mana satu antenanya yer?



Tetapi ada yang merisaukan jika memiliki menara yang terlalu tinggi, pertamanya ialah kilat dan keduanya ialah risiko tumbang... Mmmmm.. tapi jika anda bangunkannya dengan perkiraan kejuruteraan yang betul maka masalah ini dapat diatasi dengan mudah.

Demikian catatan saya.... harap jangan yang kecil hati dengan penulisan saya. Ianya sekadar memberi semangat pada kawan-kawan untuk terus maju jaya dalam hobi ini. Jika anda mahu 'bermain', biarlah ia 'bertahan lama'. Dan jika anda 'bermain', biarlah ianya mencapai'klimaks'nya.. hahaha....
"Alang-alang menyeluk pekasam... alang-alang main radio amatur biar sampai kelas tertinggi"
Jangan lupa, ujian morse kod hujung tahun ini :)!!
73!
P/S: Saya terjumpa pautan ini. Sekurang-kurangnya kita masih ada ruang.

Rabu, 26 Mac 2008

Laporan CW siri 1/2008-Apa yang terjadi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya sedang menyiapkan kupasan mengenai lompang Akta Universiti Dan KolejUniversiti 1971 (dan peraturan-peraturan di bawahnya) dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) yang mengongkong pelajar menceburi persatuan-persatuan (radio amatur amnya). Idea saya terbantut seketika apabila menerima panggilan dari 9M2MGL mengenai keputusan peperiksaan CW siri 1/2008.

Apa yang menariknya calon 9W2HNY lulus setelah 2 kali mengambilnya. Moralnya, jika para pembaca telah pun mencuba sebelum ini tetapi gagal... adalah malu sekali anda tewas pada budak hingusan ini yang acapkali mengambil sehingga berjaya.

Saya masih lagi menyimpan gambar-gambar calon yang telah mengambil sebelum ini tetapi gagal. Hanya beberapa sahaja yang saya pangkahkan mukanya (macam cerita P.Ramlee “Enam Jahanam”) telah berjaya.. yang lain masih lagi menyorok disebalik pesawat pemancar VHF yang sudah berhabuk. Hehehe..

Kepada mereka yang telah gagal sebelum ini, harus ingat.. Orang yang gagal ialah mereka yang jatuh tetapi enggan bangun kembali. Anda akan dikenang sebagai satu sejarah kegagalan. Ini masanya anda mengubah sejarah itu.

Kelajuan CW telah sedikit diperbaiki dengan gap setiap huruf dipanjangkan untuk memberi masa calon berfikir menterjemah. Ambil peluang ini, mulakan dari sekarang. Jangan biarkan apa yang telah anda habiskan selama ini belajar berkarat begitu saja. Mulakan sekarang, September ini pasti akan mengukir senyuman anda kembali.

Jangan mimpikan bulan akan jatuh ke riba kerana ia ibaratkan pungguk rindukan bulan....

Keputusan penuh CW siri 1/208 di http://9m2mgl.blogspot.com

Terima Kasih.

**diambil dari http://jurukaka.blogspot.com



Gambar: Pemandangan Pertandingan CW di luar negara yang mana pesertanya adalah kaum Ibu.. bagaimana pula Malaysia? Hanya seorang sahaja calon dari warga wanita yang lulus CW dalam era MCMC, selepas MCMC berusia 10 tahun penubuhannya....


Rabu, 26 September 2007

Mereka berada di kelas tersendiri..

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada para pembaca yang budiman.

Selamat bertemu kembali. Kali ini dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini saya menyusun jari memohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang penulisan saya dalam blog ini.

Semalam saya dikejutkan dengan berita yang amat saya banggakan. Seramai 16 calon menduduki ujian CW dan Alhamdullillah 6 orang calon sahaja yang lulus di Ibu pejabat MCMC. Manakala di Kota Kinabalu pula 11 orang lulus berbanding 14 yang menduduki. Butiran mengenai ujian ini boleh dibaca di laman http://9m2mgl.blogspot.com/2007/09/berita-terkini-dan-sensasi-sekalung.html . Pembetulan fakta dari laman beliau ialah 9W2KA saudara Arifin mengambil TIGA kali peperiksaan CW sebelum lulus dengan bergaya.

Mmmm... membanggakan bukan? hahaha... :)

Statistik calon dari negeri 9M6 lebih baik merungkai banyak persoalan saya. Saya percaya latihan yang sistematik belajar berkumpulan dan latih tubi) dikalangan calon disana serta persediaan awal adalah faktor kecemerlangan rakan-rakan dari Sabah. Mereka telah memalukan calon dari Semenanjung yang selalu mendabik dada 'telah dan telah besedia'. Oh... bagaimana harus ini berlaku? Bukankah kita telah melalui banyak ujian CW yang telah diadakan? Bukankah bilangan pengamal radio amatur di 9M2 jauh lebih banyak dari sana? Bukankah kita jauh berada dari mereka yang serba kekurangan? Kita harus merubah semua itu.

Saya percaya masih ada ramai rakan radio amatur di Malaysia yang berpegang pada pendapat suatu hari nanti jalur HF akan dibuka luas untuk pemegang bagi lesen B. Ini mungkin membuatkan ramai yang tertunggu-tunggu. Tetapi rakan di 9M6 tidak. Ahhh... biarkan ketentuan itu ditetapkan oleh pemerintah. Kenapa kita tidak mahu mencuba? Kenapa? tepuk dada tanyalah selera.

Jangan biarkan diri kita dibelenggu dengan kemalasan, mengikut telunjuk mereka yang mempunyai kepentingan peribadi. Mereka walaupun mempromosi agar terus memprotes CW bagi saya tidak patut mengheret rakan-rakan lain yang tidak tahu apa-apa agar bersama-sama bersependapat. Ya, itu tidak menjadi masalah tetapi ia ibarat menarik sama-sama terjun di dalam liang kubur. Tahukah anda, mereka ini juga saya dengar kerana gian mahu berkomunikasi di jalur yang diperuntukkan kepada kelas tertinggi sanggup mempergunakan callsign ayah atau kawan-kawannya. Mahu terjun ke liang lahad tapi ditarik kawannya dahulu. Tak ka kesian? Kesian labu.... Tipah tertipu.

Bagi saya pengamal radio amatur tidak akan rugi (langsung) untuk mempelajari CW. Mungkin atas dasar sekadar mahu mendapat hak istimewa dijalur HF (tidak untuk penggunaan CW nanti)... atau mengejar peluang mempertingkatkan diri ke kelas tertinggi dalam hobi ini... semua ini amat berguna. Jangan menjadi pepatah melayu, memasak batu dalam periuk akhirnya tak masak-masak, anak pula kelaparan.

Ayuh kawan-kawan... dikala rakan-rakan dikelas tertinggi sibuk mengejar ilmu melalui eksperimen, mengembangkan bilangan sahabat diseluruh dunia melalui ikatan radio dan berinteraksi diluar sana dengan masyarakat yang global, kamu masih lagi terlingkup dalam kepompong tempatan. Cubalah, ia tidak sesusah mana. Berpeganglah pada kata-kata saya, jika kamu berjaya dalam peperiksaan CW nanti... suatu perasaan yang tak terkata akan kamu rasa.. sangat-sangat gembira..!

Apapun kita kembali pada topik asal saya. Tentang 9W2KA. Saya amat sayu apabila mendapat berita yang beliau gagal dalam peperiksaan CW yang pertama. Beliau merajuk... satu tempoh yang agak lama jika tidak silap saya beliau menghilangkan diri. Hampir 1 tahun setengah barulah beliau menduduki semula peperiksaan ini, itupun berkat bantuan rakan-rakan memujuk beliau. Kali kedua masih tidak berjaya. Semalam, beliau datang lagi. Dengan persediaan rapi beliau berjaya. Semangat ini yang amat kita mahu dengar. Pertama beliau tidak putus asa. Kedua beliau berani membuat keputusan dan ketiga beliau belajar dari kesilapan. Jika anda. anda berada lebih baik dari beliau atau di bawah beliau? Hahaha.... maka tunjuklah pada peperiksaan nanti. :)




Ehsan Laman web Mares
Juga tidak dilupakan bagi rakan-rakan yang belum berjaya, jangan cepat putus asa. Pembelajaran CW ialah satu pengembaraan. Ia tidak berakhir setakat apabila anda gagal.. ia jauh lebih itu. Percayalah kami juga masih mempelajarinya walaupun telahpun berjaya. rempah ratus pengembaraan ialah halangan dan pencapaian. Kalau tiada rempah ratus ini maka tiadalah kesseronokkan dalam pengembaraan. Ingat! Gagal bersedia ialah bersedia untuk gagal. Dan ingat juga! Gagal hanya takrifan untuk mereka yang tersungkur tetapi tidak berusaha untuk bangun!



9W2HNY jangan putus asa.. perjalanan masih jauh lagi. Jangan lupa ajak 9W2FZ yang merajuk. 9W2SIX pun ambil kali kedua dan kali ini beliau jauh lebih bersedia. Ambil sekali lagi.. kalau dengan persediaan yang mantap insyaallah pasti berjaya. Saudara Rani pun begitu. Ujian seterusnya pastikan sudah bersiap sedia. Datang awal sehari atau semalam di Kuala Lumpur. Tenangkan diri. Sehan 9W2EG, saudara Zakran telah berjaya... Insyallah percubaan keduan nanti pasti lebih baik.

Juga pada beberapa rakan ham yang lain jangan putus asa.. cuba, ujian ini tak lah susah sangat. Pastikan anda bersedia seawal yang mungkin untuk CW seterusnya.


Sampai bilakah anda akan terus ketinggalan?
Untuk Panglima, adakah ujian seterusnya anda akan lebih bersedia? Menjadi Panglima? hahaha.... :)

Saya agak kurang pasti berapakah bilangan anak murid Allahyarham Haji Idris yang masih tinggal (belum lulus CW). Saya hanya mengecam 2 orang lagi iaitu Panglima dan rakan Ham 2 Alphabet Callsign yang tinggal di Kuala Lumpur. Rakan ini dahulunya sewaktu zaman Telekom telah lulus menduduki CW tetapi tidak mendaftarkan untuk mendapatkan callsign. Selepas perubahan ke zaman MCMC maka beliau dikenakan untuk menduduki semula CW. Bagi mana-mana bekas anak murid Allahyarham, diharap dapat menghabiskan perjuangan anda.

Oklah. Itu saja nukilan saya. Sambil saya melihat lampiran emel saya terselit beberapa keping gambar bekas guru-guru CW saya. Dua orang yang sudah tidak aktif lagi dan seorang yang sudah meninggalkan kita selama-lamanya. 9M2MP (Pak Manan), 9M2GL (Allahyarham Haji Idris) dan 9M2MAN (saya masih ingat anda menghantar ayat "hentam kromo sajalah" kerana terlalu marah dengan saya yang tak faham-faham CW :) ). Gambar pak Manan tiada dalam simpanan saya.



Demikian nukilan saya.... Pada Pn. Hajar, tahniah atas gelaran tersebut.




Hingga kita jumpa lagi, mohon maaf atas kata-kata saya di atas. jangan kecil hati dan khabarnya tahun depan masih ada lagi ujian CW (khabar anginnya bulan April). Ayuhlah.. sertai mereka di kelas teratas, kelas tersendiri. kami merindui kamu semua di sini (HF). :)

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak!!
Related Posts with Thumbnails