Anda adalah tetamu ke blog ini.

Jumaat, 6 November 2026

Iceland mengajar saya tentang sesuatu

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siang tadi ternampak ada rakan radio amatur yang mengiklankan menjual radio HF sehingga RM6K! untuk sebuah radio yang dikeluarkan pada tahun hujung 90an, ya 30 tahun lepas bagi saya amatlah tidak berbaloi dan berisiko untuk beli. Kebanyakkan kapasitornya telah menuju ke hujung hayat untuk kaput. Dengan duit RM6K, baik melabur pada radio terkini yang menggunakan teknologi lebih terkini. Ya saya juga pernah terkena apabila membeli Radio Kenwood TS480 yang berharga RM1.5K tetapi sayangnya hanya sempat on tidak sampai 5 minit dan terbakar.. Adusss... Ok berbalik tajuk di atas...

4 tahun yang lepas saya berpeluang untuk menjejak kaki ke Iceland. Rasanya ini adalah lokasi paling hemisfera utara bumi ini yang saya berpeluang untuk menjejak kaki. Dek kerana filem Dilwalee lakonan Shah Rukh Khan saya menjejaki beberapa lokasi yang menarik. Gambar-gambar di bawah saya ambil tahun 2022 dan mungkin outdated.

Pulau ini ada semua, dari gunung berapi, lahar, ais, daratan padang pasir, Glasier dan Aurora. 

Saya sempat singgah Club Station Icelandic Radio Amateur (IRA) yang betul-betul di hentian terakhir bas no 12 sebelum kembali ke bandar semula. Terdapat banyak kemudahan radio yang boleh digunakan oleh pelawat. Waktu lawatan ialah dari jam 8 malam hingga jam 10 malam kecuali public holiday.


Tower antena HF yang digunakan


Banyak koleksi kad QSL yang tidak diambil oleh ham radio di sana..


Waktu melawat


Anada kenal radio lama ini? Collin kan?


Saya di hadapan kelab stesen.

Cabaran bagi ham radio di sini ialah ketika kemuncak Aurora, isyarat radio di gelombang HF menjadi 'distort' tetapi di lower VHF menjadi magic kerana isyarat gelombang radio boleh pergi lagi jauh! 


RUV 189khz.. Sayangnya pada Oktober 2024 stesen ini menamatkan transmisi dan kebanyakkan siaran beralih ke siaran FM dan Digital.


Ya inilah struktur paling tinggi di Iceland dan di hemisfera utara khabarnya, setinggi 412 meter. Lokasi Hellissandur radio mast dan pemancar ini terletak di Gufuskálar, barat Iceland. Tahukah anda ketika kemuncaknya, ia memancar dengan menggunakan  300-kilowatt transmitter.


Kenangan.. 2 November 2022

Apapun 2 perkara yang saya belajar di sini, Aurora hanya indah dipandang tetapi bagi ham radio ianya sangat-sangat mengganggu komunikasi radio. Tidak hairanlah banyak ham radio iceland sering mengikuti ekspedisi DXing di luar dari Iceland disebabkan gangguan ini.

Dan ke 2, jika anda merasakan suatu kelebihan berada di kawasan yang lapang, jauh dari interference dan privisi untuk aktif dalam dunia radio amatur... sebenarnya lambat laun semua ini tidak lagi bermakna apabila usia beranjak tua... seperti saya...

Esok wild camping di Kundasang, saya mungkin aktif QRP esok.. hingga jumpa lagi!

73!

 


Sabtu, 31 Oktober 2026

Apa nak tulis hari ni?

Dah 2 tahun berlalu..

5 hari yang lepas saya banyak memantau freq airband. Kebetulan 5 hari excersise TUDM di sini serta kemuncaknya ialah pesawat TUDM terbaharu akan landing di sini iaitu FA-50M dengan nombor M48-01.. sebuah lagi tertunda untuk terbang sekali dari Filipina.

Tiada banyak yang dapat saya coretkan... sekadar beberapa gambar yang dapat dikongsikan. Tengkujuh semakin hampir dan pulau seharian mendung dengan hujan di malam hari...


Sempat balik minggu lepas ke semananjung. Mee Kuah Tokkun sasaran kedua.. yang pertama ialah menziarahi sahabat yang mendapat stroke..


Juga singgah berendam air panas di Kolam Air Panas Hulu Tamu


Dan kembali ke Labuan mengharungi hari-hari biasa... Warung Al-Buaya di Karupang tutup pulak sampai bulan depan.

Sepanjang di Malaya, sempat berjumpa dengan beberapa rakan-rakan dari persatuan radio di sana.. agak significant juga semua kelab sedang mengalami fasa menguncupnya bilangan ahli yang aktif dalam hobi radio amatur. Bebarapa program yang dijalankan tidak mendapat 'crowd' yang agak baik sehingga terpaksa ditunda.. juga bilangan mereka yang aktif diudara juga semakin rare..

Apakah hobi ini masih ada peminatnya? Saya dah masuk fasa slow down untuk ke udara kerana faktor usia.. membaca pun sekarang dah perlukan cermin mata.. owhhh... teringat coretan dari laman web 9M2AR dan kitaran itu saya sedang alami!

73! 




Isnin, 12 Oktober 2026

Simpan sini untuk kenangan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bila teringat allahyarha Cikgu Rahman, 9M2AR yang seorang kaki travel dan 9W2SQ yang kaki travel membuatkan saya terpengaruh dan berusaha untuk mengembara. Banyak gambar-gambar yang sempat saya simpan di facebook yang akan berkitar setiap tahun keluar dalam post...

Juga kenangan betapa cepatnya anak2 membesar.. sayang sekali ada masa nya peluang itu tersia-sia sahaja...


Kenangan kayuhan malam bersama si kecil


Bike trailer yang saya pikul dari Sweden ke Oslo, Norway dan bawa pulang ke Malaysia sangat berjasa..


Juga motosikal ini yang bakal menamatkan misi Borneo Tour sikit masa lagi dan mesti kembali ke semenanjung.


Juga misi Dxing dari Pulau ini yang mungkin tidak akan diteruskan.


Pandangan dekat


Pulau Layang-Layang..


Apa khabar Mares One?


Kenangan Roadtrip


Gambar setup sahabat di KL.. Lokasi di Genting


Dan kenangan masa bersama anak-anak...

Pada sahabat-sahabat radio di luar sana... hargailah masa ketika bersama anak-anak masih kecil kerana babak-babak ini tidak mungkin akan berulang lagi...

73! 



Ahad, 11 Oktober 2026

Kenapa orang pencen senang kena penyakit?

 Assalamualaikum..

Setelah 2 tahun di labuan, barulah saya tahu kenapa orang pencen mudah mendapat penyakit.

Allah berikan saya merasa tempias kehidupan sebagai orang pencen. Di labuan ni, kehidupan sangat simple.. datang kerja, tak bergerak banyak, habis kerja, balik dan tido.. esok subuh di surau, awal pagi pergi ke market.. pergi opis dan begitulah seharian.

Jika hari minggu, lagi sadis.. makan.. tidur.. pagi pergi market tengok harga ikan.. petang pergi pantai tengok matahari terbenam... patut la jantung pun boleh tersumbat huhuhuhu...

Tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan kat sini dengan kekangan kewangan. Nampaknya kena dah pindah balik Malaya hahhahahaha...

Dan ada satu yang saya berpeluang merasai.. sebagaimana impian ramai yang mahu pencen awal, berumah di hadapan pantai, hidup sederhana tanpa perlu memikirkan apa-apa masalah... Allah telah berikan saya awal-awal merasai benda ini.

Rumah di depan pantai memang best, yang tidak best ialah panas nya boleh tahan juga melekit. Setiap hari bahang sampai ke malam. Hakisan pantai pulak makin dekat, tu belum lagi banyak barang cepat karat. Radio? ya, best signal setiap malam mantap masuk ke radio.. tapi lokasi saya ni noise sangat tinggi hingga menenggelamkan signal stesen yg lemah. Pencemaran RF kini adalah satu cabaran terbesar radio amatur! Kami kerap perasan apabila blackout saja pulau dan kami bergantung pada bateri.. ketika itu siaran HF clean!

Khabarnya stesen radio rakan jepun di kampung sebelah pun akan relocate ke Kota Kinabalu kerana noise ini. Itu belum lagi apabila terdapat aktiviti ketenteraan yang aktif.. tutup radio lah nampaknya...


Rasanya tahun depan kena aktif balik jalan-jalan...


Di sini saya tidak lagi aktif ke udara. Propagasi tak berapa baik dengan pencemaran RF yang teruk.. Lebih baik memancing erk..


Nak camping selalu pun modal tiada huhuhuhu...


Suatu benda yang perlu diharungi, masalah air dan labuan berpisah tiada..


Mujur tengah sesak ni, sabahat kita Azehan 9W2AEV (khabarnya dah upgrade ke 9M2UUS)


Dan Sambal hitam istimewa pahang kirimannya.. dapatlah cover makan harian saya disini.


Di sini saya sering ke laut untuk restok lauk-lauk makan harian. Mujur lah Allah mudahkan lokasi rumah saya depan pantai dan ikan putihan banyak di sini.


Juga cucur udang ehh.. cucur bawang  di kala petang-petang...

Rasanya dah sampai masa untuk balik ke Malaya.. 28 tahun sudah berkelana.. Penang-Perak-Selangor-Putrajaya-Johor dan Labuan.... cukup sudah..

Semoga dipermudahkan....

73!

Selasa, 22 September 2026

Ustaz Zul 9W2ZAL silent key

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mendapat perkhabaran Ustaz Zul, 9W2ZAL atau nama penuhnya Zulkifli bin Ali mantan Imam Masjid Komples Penjara Mempaga, bekas staff Penjara Kajang telah kembali ke rahmatullah...


Allahyarham amat low profile tetapi sangat aktif dalam pelbagai aktiviti radio amatur awal 2000an. Kami berkenalan ketika saya masih lagi aktif dalam ASTRA dan beliau sering berdua datang ke program-program radio amatur dengan Zaidi Luncai yang juga dari Penjara Kajang.

Selepas beliau posting ke Mempaga kami terputus hubungan sehinggalah saya mendapat perkhabaran kesihatan beliau makin merosot awal tahu ini.

Antara kenangan ialah ketika menguruskan jenazah staff penjara di perkuburan Kajang beliau bawak menunjukkan kubur Arwah Mona Fendi yang disemadikan di perkuburan yang sama. Juga pengalaman tersesat ke Templer Park program radio amatur yang akhirnya saya tidak sampai langsung.

Dan amat saya kenang ialah beliau sanggup menunggang motosikal Jaguh beliau dari Mempaga ke program berbuka puasa di kelab MARES sekali dengan mengimamkan kami solat terawikh. Sebahagian pertama kali saya menjejak kaki ke lembah klang, jasa Allahyarham amat saya ingat hingga kini.

Semakin ramai rakan radio yang telah kembali padaNya dan kita juga antara yang berbaris menunggu giliran... 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

"Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, dan maafkanlah dia. ..

73!

Sabtu, 19 September 2026

Kenangan rakan seperjuangan..

 Assalamualaikum...

Tiba-tiba terjumpa gambar rakan seperjuangan di PUO tahun 1999.. Param atau nama sebenar Zul Irwan. Beliau adalah graduan Pengurusan Perniagaan dan memilih untuk kembali berkhidmat di Pulau Perhentian yakni kampungnya.

Ketika sengkek di perantauan, beliaulah yang sudi meminjamkan duit ketika saya di Ipoh suatu ketika dulu. Kali terakhir saya menziarahi dalam tahun 2018, beliau menguruskan koperasi kilang ais di Pulau.

Semoga Allah berikan kesihatan yang baik pada beliau.


Gambar beliau sedang mengubah bot milik ayahnya yang berusia lebih 30 tahun ketika itu 


Jasa kamu amat saya hargai... sempatlah merasa ikan bawal goreng segar hasil tangan ayahnya ketika itu.


Saya tidak pasti bot ini masih ada di Pulau Perhentian...

Banyak juga koleksi gambar-gambar yang saya terjumpa bila godek-godek kamera Minolta Z20 saya...

73!

Jumaat, 18 September 2026

Dunia radio amatur

 Assalamualaikum...

Rasanya kawan dah lama tercicir dalam hobi radio ni hahahhaah... 


Mungkin jika ada peluang nak kena asah balik hobi ni nampaknya hehehehehhe...

73!

Related Posts with Thumbnails