Anda adalah tetamu ke blog ini.
Memaparkan catatan dengan label HF. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HF. Papar semua catatan

Jumaat, 15 September 2017

Filter bagi setup HF dalam Kenderaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ahad lepas saya sempat mengendalikan HF dari atas Van Mares. Memang mencabar kerana mengendalikan HF dari bekalan kuasa kereta banyak terganggu oleh Noise dari aktiviti enjin seperti alternator dan ignition (kalau petrol)... 

Salah satu noise ini masuk melalui bekalan kuasa.... nasib baik ada sahabat dari selatan 9W2JOH Feroz Khan sumbangkan benda alah bawah ni.... audio hampir 'clean' dapat didengar oleh saya terutama qso antara 9w2sbd dan 9m2vot petang itu... Tambah lagi van mares merupakan model dari eropah yang sedia baik filtering sistem pendawaian, noise yang wujud tidak begitu kritikal walaupun ketika enjin pada RPM yang tinggi.. 

Anda juga ada idea bagaimana menghilangkan noise pada setup mobile HF anda?

Gambar di bawah ialah In line Filter yang biasa digunakan dalam kenderaan bagi menghilangkan noise supaya tidak memasuki litar Audio Amplifier. Kalau rajin jalan-jalan di jalan pasar KL akan bertemu dengan filter ini di kedai-kedai audio.


Menggunakan Transformer 12V-12V sebagai pemisah dan gandingan kapasitor... Litar LC


Okla 60 Amp!


Jenama cap ayam tapi berfungsi baik.

Terdapat banyak lagi kaedah untuk menghilangkan noise dalam kenderaan bagi setup HF. Carian di Google mungkin dapat membantu anda...

73!

Rabu, 16 September 2015

Hari Lapangan Kebangsaan bagi ham radio Malaysia!!





Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jangan lupa hujung minggu ini akan diadakan Hari lapangan Kebangsaan atau bahasa omputihnya National Field Day. Acara ini diadakan dengan mensyaratkan semua ham radio mengoperasikan radio dari luar rumah... camping style!

Bermula 19hb pagi hingga keesokkannya 20hb tengahari. Terdapat juga beberapa stesen yang diberikan special callsign bagi menyediakan peluang ham radio kelas B yang ingin sama-sama memeriahkan aktiviti ini di HF.

Nah.. ayuh! saya akan hadir di Taman Tasik Cempaka Bangi dan akan meyediakan perkhidmatan menguji antenna bagi rakan-rakan yang berminat secara percuma.

Untuk makluman lanjut, lawati laman web MARL untuk makluman lanjut. Jumpa di sana!!



Related Posts with Thumbnails