Kami tiba di Nagoya Centre Station ketika hari sudah mula gelap.. terus check in hotel dan berehat. Jarak antara hotel dan nagoya centre sangat dekat iaitu 2 minit sahaja. Waahhh.. tak sabar nak mandi wehh.
Jam masih pukul 8 malam dan dihadapan hotel kami ada satu shopping area di ground floor... apa lagi wehh, pergi habis kan baki yen ¥ yang ada... uik.. mana ada Yen dah weh huhuhuhu.. window shopping ajer la. Anak abang aziz bertanyakan kalau-kalau dia boleh dapatkan beg merah seperti dalam gambar di bawah... kami pun cuba la mencari..
Bila lihat harganya... wah.. mahal jugak ya beg ni. Beg merah ini agak popular dikalangan pelajar High School di jepun. ¥48,000 beb..
Satu kedai yang mempamerkan hidangan udang bersaiz besar... siap pembaris nak butikan jaminan udang besar huhuhu..
Masuk kejap dalam kedai Big Camera.. nak tengok basikal.
Menarik tapi memang mahal.. baik beli yang kat batu pahat....
Saya ada sebuah model basikal ni kat rumah..
Bateri basikal elektrik...
Headphone jenama Shure..
Headphone Bose...
USB-DAC.. kurang berminat..
Lagi... macam-macam boleh mix..
Pagi hari untuk pulang.... ini lah hotel kami.. Eco Nagoya.. Memang betul-betul jimat.
Shoot depan.
Checkout hotel... Beg dah penuh dengan hasil tangkapan hamfest.
Last minit shopping.. pergi survey kimono.. kain dia memang halus...
Japanese cotton..
untuk makcik2...
Terjumpa beg ni lagi.. masih mahal.
Buatan tangan rupanya patut ler mahal... ketika di airport kami memang terjumpa beg begini yang murah sekitar ¥10,000.. nasib baik dah survey.
Masa untuk beransur. Terjumpa papan tanda...Station Master. Dengan local tren kami menuju ke Airport.
Sampai di airport.. ambil kesempatan bersantai di atas anjung... Airport Nagoya ni rupanya tengah laut.
wah.. Dreamliner... Flight gemok yang merupakan pesawat kargo..
Flight ke Kuala Lumpur.... mungkin ada sesuatu idea abang aziz nak menulis di blog beliau...
Salah satu hasil tangkapan di Tokyo hamfest... Kalau nak beli Antenna Tuning Unit lengkap jenama Comet dekat ¥29,000... tetapi rupa-rupanya boleh beli part by part... Total Capacitor (2 unit) dengan Coil dan selector cuma ¥1600!! cukup untuk sebuat antenna tuning unit. Cuma sayang kerana booth tersebut tiada stok meter SWR, kalau tak mungkin ¥2000 tepat. Balik malaysia nanti saya akan cari 1 casing untuk ATU ni.. Homebrew lagi jimat wehhh..
Antenna analyzer yang saya sambar.. dek kerana duit tak cukup.. nasib baik kawan-kawan tolong tong-tong hehehhee.... Idaman saya beb sebab paling stabil, boleh interface dengan PC dan dapat diskaun gila babi murah huhuhu...terdapat 3 antenna analyzer yang buatkan saya pening nak pilih semasa festival iaitu Comet 500, AEA TDRs Vector dan RigExpert... tapi yang ni rating agak baik dan murah jadi rigexpert jugak yang saya sambar huhuhu...
Seramik untuk dipole insulator, saya beli di roketto. Tapi bila dan sampai kat Malaysia.. terjatuh di lantai dan pecah.. adoii..
Rasanya ini saja coretan saya. Memang banyak post saya kali ini berkaitan Hamfest dan percayalah... ini merupakan festival yang terbaik dan terbesar dalam sejarah hidup saya...
Mungkin Dayton US atau Germany hamfest saya tak mampu hadir tetapi Tokyo sahaja memadai bagi saya untuk enjoy dengan aktiviti hamfest yang diadakan...
Semoga Allah berikan saya kesihatan dan kelapangan yang baik pada masa akan datang untuk hadir ke Festival radio di Tokyo lagi Insyallah...
hingga jumpa lagi ;).... selamat maju jaya edan enjoy kisah yang saya coretkan kali ini....
Terima kasih....
Tamat.....