Anda adalah tetamu ke blog ini.

Selasa, 22 September 2026

Ustaz Zul 9W2ZAL silent key

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mendapat perkhabaran Ustaz Zul, 9W2ZAL atau nama penuhnya Zulkifli bin Ali mantan Imam Masjid Komples Penjara Mempaga, bekas staff Penjara Kajang telah kembali ke rahmatullah...


Allahyarham amat low profile tetapi sangat aktif dalam pelbagai aktiviti radio amatur awal 2000an. Kami berkenalan ketika saya masih lagi aktif dalam ASTRA dan beliau sering berdua datang ke program-program radio amatur dengan Zaidi Luncai yang juga dari Penjara Kajang.

Selepas beliau posting ke Mempaga kami terputus hubungan sehinggalah saya mendapat perkhabaran kesihatan beliau makin merosot awal tahu ini.

Antara kenangan ialah ketika menguruskan jenazah staff penjara di perkuburan Kajang beliau bawak menunjukkan kubur Arwah Mona Fendi yang disemadikan di perkuburan yang sama. Juga pengalaman tersesat ke Templer Park program radio amatur yang akhirnya saya tidak sampai langsung.

Dan amat saya kenang ialah beliau sanggup menunggang motosikal Jaguh beliau dari Mempaga ke program berbuka puasa di kelab MARES sekali dengan mengimamkan kami solat terawikh. Sebahagian pertama kali saya menjejak kaki ke lembah klang, jasa Allahyarham amat saya ingat hingga kini.

Semakin ramai rakan radio yang telah kembali padaNya dan kita juga antara yang berbaris menunggu giliran... 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

"Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, dan maafkanlah dia. ..

73!

Sabtu, 19 September 2026

Kenangan rakan seperjuangan..

 Assalamualaikum...

Tiba-tiba terjumpa gambar rakan seperjuangan di PUO tahun 1999.. Param atau nama sebenar Zul Irwan. Beliau adalah graduan Pengurusan Perniagaan dan memilih untuk kembali berkhidmat di Pulau Perhentian yakni kampungnya.

Ketika sengkek di perantauan, beliaulah yang sudi meminjamkan duit ketika saya di Ipoh suatu ketika dulu. Kali terakhir saya menziarahi dalam tahun 2018, beliau menguruskan koperasi kilang ais di Pulau.

Semoga Allah berikan kesihatan yang baik pada beliau.


Gambar beliau sedang mengubah bot milik ayahnya yang berusia lebih 30 tahun ketika itu 


Jasa kamu amat saya hargai... sempatlah merasa ikan bawal goreng segar hasil tangan ayahnya ketika itu.


Saya tidak pasti bot ini masih ada di Pulau Perhentian...

Banyak juga koleksi gambar-gambar yang saya terjumpa bila godek-godek kamera Minolta Z20 saya...

73!

Jumaat, 18 September 2026

Dunia radio amatur

 Assalamualaikum...

Rasanya kawan dah lama tercicir dalam hobi radio ni hahahhaah... 


Mungkin jika ada peluang nak kena asah balik hobi ni nampaknya hehehehehhe...

73!

Related Posts with Thumbnails