Kami mengambil keputusan untuk bergerak ke booth JARL.
Ada sesuatu yang menarik semasa hamfest ini iaitu terdapat kategori penyertaan untuk remaja dan pelajar sekolah. JARL sebagai fungsi mempromosikan hobi radio amatur melalui sains dan teknologi. Adakah Malaysia mampu juga mengikuti langkah-langkah JARL?
Seingat saya kerajaan kini agak kurang mempromosikan. segala-galanya diserahkan pada MOSTI atau Syarikat seperti Petronas melalui khidmat bakti masyarakat.
Semasa Hamfest, JARL menyediakan satu kawasan yang luas bagi kanak-kanak atau remaja yang berminat mengetahui tentang sains radio dengan mengadakan demonstrasi secara realiti yang mana kanak-kanak ini boleh mencuba beberapa radas yang menyeronokkan. Ya.. seperti yang terdapat di Petrosains!
Beberapa alat permainan bercorak menguji minda dan membuktikan teori sains dengan realiti.
Radas ujiminda Hukum Fleming dan membuktikan pemotongan fluks (medan magnet) boleh menghasilkan tenaga.
Gegelung, magnet dan meter..
Medan magnet, tenaga, magnet dan gegelung..
Masih eksperimen yang sama tetapi dengan Buzer.
Pelajar yang hadir mencuba. Asyikk!
ham radio jepun yang bertugas menerangkan tentang cara mengendali serta teori kenapa tenaga boleh terhasil.
Sementara abang aziz dan feroz berada di booth pameran radio terkini. Yaesu FT-991 yang baru dilancarkan.
Masih dalam kaca dan tanpa tanda harga.
Gambar depan.
Maklumat spesifikasi dalam bahasa jepun, walaubagaimanapun versi bahasa Inggeris sudah ada di internet.
Model yang agak mahal sangat untuk dimiliki oleh ham marhaen.
Satu lagi..
Sesi meramas mesra.
Semua dalam 1 kotak, Digital!
Tengok saja laa... Ini adalah antara yang terbaik sebab banyak meter analog.
Ok, berbalik di bahagian promosi JARL, terdapat kanak-kanak yang diperkenalkan dengan hobi elektronik. Malaysia ada?
Kanak-kanak ini diberi peluang mencuba membina superheterodyne receiver sendiri dengan bimbingan dari ham radio Jepun.
Saya melihat hal ini adalah sangat sukar ditemui di Malaysia. Kenapa orang jepun amat hebat dalam bidang elektronik? kerana di awal usia kanak-kanak sudah didedahkan dengan keseronokkan sains dan eksperimen dengan elektronik asas. Malaysia sudah lama tidak mempromosikan pengetahuan atau membina kecenderungan sebegini. malang sekali...
Dengan diperhatikan oleh ibu bapa kanak-kanak ini, saya dimaklumkan kanak-kanak ini berusia 8 dam 10 tahun.
Dengan bimbingan Ham Senior yang arif tentang elektronik. Diakhir bimbingan ini, kanak-kanak ini akan diminta menguji litar yang dibina sendiri. Saya sempat melihat kanak-kanak ini meletak earphone di telinga dan dari riak wajahnya terkejut apabila dapat mendengar ada suara yang keluar dari litar yang dibinanya!
Saya yakin, kanak-kanak ini akan teruja dengan penemuan baru dalam aktivitinya dan akan merangsang keinginan serta kreativiti dalam sains!.
Satu lagi booth kelab isteri-isteri ham radio.
Haa ni dia.. Japan ladies Radio Society.... Persatuan tu! ber callsign semuanya huhuhu...
Ingat lagi kereta land rover yang dijadikan shack? ini gambar bahagian dalamnya.
kotak yang mengandungi Inverter dan power distributor.
Jam sudah menunjukkan jam 5 petang. sedar-sedar masa berlalu dengan pantas dan Festival akan ditutup. Kami mula beransur pulang. Feroz pada masa yang sama mencari satu microphone untuk kenwood. Tetapi tiada dijual. Dengan bantuan petugas booth Kenwood, mereka mencadangkan kami ke Fuji Musen yang terletak di Akihabara. Alamak, kelmarin kami dah cari kedai tersebut tetapi tak jumpa.
Masa masih sempat huhuhu.. Dari Big Sight kami bergerak ke Akihabara. Kebetulan laluan tren kami ke Ueno akan melalui Akihabara.
Turun di stesen akihabara kami singgah ke Tokyo Radio Department untuk membeli ceramic insulator untuk projek dipole, kemudian singgah di Roket untuk mengambil tower. Tetapi sayang sekali, Tower yang kami mahu telah pun kehabisan stok. mungkin kerana ramai ham radio dari seluruh jepun yang datang ke hamfest singgah sekali ke roket.
Destinasi seterusnya ialah Fuji Musen. Kedai ini sebenarnya tidak jauh dari Roket iaitu di lorong bertentangan Roket. kurang 1 minit berjalan sahaja.
Bang Azizi dan feroz di hadapan Fuji Musen.
Antara barangan dalam kedai. Harga tak jauh beza dengan roket.
Antara CW key yang dijual. jangan lupa yang bawah tu aksesori menarik.
lagi Key dan microphone... banyak betul mic kat kedai ni.
Wires Yaesu...
handy talkie digital.
mmmmmm..... bluetooth untuk bikers..
Tuner MFJ yang dijual.
Radio dan meter...
Diluar kemampuan..
Best PTT ni... Letak kat helmet pun ok
Barang yang dicari dan selesai. Kami kemudian ke lorong dihadapan. Kali ini mencari part-part hobi sampingan... aksesori Arduino dan Rasberry.
Punya la banyak option.... huhuhu. kalau la kat malaysia kan best.
Depa main gantung ajer...
Antara skrin yang dijual.. ,macam-macam ada...
Motor, tranceiver mahupun part-part kecil Rasberry dan Arduino....
Gambar depan salah satu kedai yang menjual part-part hobi ini..Beratur orang nak membeli. Belum nak memilih lagi....
Hari dah beransur gelap. Kaki dah mula sakit...barang-barang dalam tangan dah banyak dek shopping di hamfest dan akihabara... ayuh masa untuk balik hotel. Dari stesen akihabara cuma 2 stesen sahaja kami sampai di Ueno....
Saya hanya membeli 2 ketul batu seramik untuk isolator dipole di malaysia....
Malam itu saya terpaksa minta minyak panas untuk diletakkan di kaki. Memang terasa sakitnya dek berjalan 14 jam huhuhhu. Entah jam berapa saya tertidur.... periuk nasi dan bekas-bekas tupperware dah dibasuh, disimpan dalam bagasi dan kami membuat keputusan tidak lagi memasak. Mungkin makan tengahari kami beli sahaja dan makan di atas shinkansen esok.
Oh ya, esoknya hari Ahad, merupakan hari terakhir kami berada di tokyo. Esok juga merupakan hari terakhir kami akan ke hamfest.....
entah jam berapa saya tertidur.... penat! ZzZzzzzzzzzZzzzzzzzzzzzzzz......
Bersambung......
Tokyo Ham Festival 2014 - Hari last Hamfest