Anda adalah tetamu ke blog ini.

Sabtu, 13 September 2014

Tokyo Ham Festival 2014 - Big Sight Ariake 2




Sambungan... kami berhenti berehat setelah hampir 2 jam berjalan melewati booth pameran. 

Terlalu banyak booth-booth yang menarik... hahaha.. kaki pun dah penat. 30 minit berehat, Feroz sempat membeli minuman dari vending machine untuk saya dan bang aziz. Memang puas kami minum... dan tepat 30 minit kami sambung kembali melawat dari satu booth ke satu booth lagi.



High dan low pass filter. Agak mahal...


Perhatikan radio handy 10m band yang dijual..


Sungguh nostalgia.


Spiral loop dengan kotak tuner.


Litar Microwave.. siap dengan kasut (linear amp).


Koleksi CW key buatan tangan.


Kita zoom sikit..


Ternampak pulak booth Nippon DX. pernah lihat bendera ini di rumah 9w2wf.. saudara Fadhil.


Gambar lengkap booth Nippon DX, Satu komuniti yang mempromosikan Dxing jarak jauh.


Team 7043, yang mana singkatan pada Total Emergency Amateur Radio Mission pada freq 7.043Mhz.


Salah satu pameran Jamsat, Litar dalam modul ini ialah sebahagian dari komponen dalam satelit amateur...


Booth Jamsat atau Japan Amateur Satellite..


Perhatikan saiz Kubik Satelit... kecil giler. Inilah salah satu satelit pada skala sebenar yang pada masa akan datang dilepaskan di orbit.


Seorang ham jepun menerangkan tentang setiap bahagian susunan dalam satelit kiub.. amat mudah dan senang dibina.


Modul dalam satelit kiub.. bahagian-bahagian inilah yang akan dipasang dalam satelit.


Memang kecil modul transmitter ni. lebih kecil dari kotak mancis.


Antara radio-radio lama yang dijual..


Shoot gambar hadapan.


Delta Loop dengan menggunakan rod fiber sebagai penyokong. Ringan!


Haaa... free DVD! Komuniti Kanagawa Perfecture pun ada booth.


No komen! hahhahaha... lawati http://www.sagami-net.jp rasanya ini yang buatkkan ham radio di jepun enjoy mungkin hehehhehehe....


Antara Reflector lampu yang dijadikan parabolic antenna microwave.


Buka sikit..


Sesuatu yang menarik! Ingat lagi tak kad PCMCIA? untuk Wifi? ketika di hamfest ini saya terjumpa satu komuniti 2.4Ghz yang bereksperimen di freq ini. Menurut booth ini terdapat cara mudah untuk membuat transceiver 2.4Ghz tanpa perlu membina atau membeli transceiver kormersil. Iaitu menggunakan kad wifi PCMCIA.. mmmm.. menarik!


Booth geng-geng 10m atau 28Mhz... FM tu..


Mata saya terpaku di booth sebelah yang menjual koleksi valve dan vacumm kapacitor! woww... berkilat dan mahal gilerrr...


Yang ni menepati kehendak, kecuali bajet huhuhuhu...


Booth yang khusus menjual radio tentera. Agak menarik lagi-lagi yang dalam almari putih tu..


Kita zoom dekat sikit.. perghhh


Dalam almari putih ni adalah radio tentera yang dikira dalam kategori impian peminat radio tentera... :)


Handy talkie tentera... Perang dunia ke 2?


Jangan tersilap! FT817 dengan casing tentera. Modifikasi yang menarik!


Jadi sesiapa yang ada racal tapi dah tak boleh TX, gantikan dengan radio lain hehehe..


Qubical antenna.. 10M rasanya.


Antara komponen yang jarang ditemui ada dijual.. Masih lagi berkisar litar yang memancar di freq Microwave


Antenna kecil


Antenna microwave


Transmitter 26.5Ghz!


Komponen kalau nak buat sendiri.


Tak ingat saya apa benda ni..


Antenna HF loading Coil... 


Ni kalau ada yang peminat Collin... semua ada..


Ini amat nostalgia. Audio Amplifier jenama Mcintosh. Kat Singapore harga mencecah 5K beb..


Komponen dijual secara lambak.


Audio amplifier DIY kit...


Lebih jelas... ramai yang meminati audio amps jenis tube takkan beralih ke solid state... memang best!


Komuniti WIRES... geng-geng digital.


Kasut atau linear amps homebrew dengan gear utama ialah GasFET.


Pandangan sisi.


Nampaknya sudah ada pengunjung festival yang sudah membeli dalam skala besar barang-barang lusuh utuk homebrew.


Koleksi panel utntuk Bird meter.


Ahaa... orang kuat Team 7043.


Booth 7195 dan 3795Khz.. AM.


Antara radio homebrew mereka.


Kita lihat dari atas.


ARDF dengan menggunakan petunjuk arah LED.. mudah!


Dekat sikit... nampaknya mobile ARDF orari kena ada peranti ni. Kalau kormersil macam MCMC memang dah ada yang kormersil.


Bersambung......

Related Posts with Thumbnails