Anda adalah tetamu ke blog ini.
Memaparkan catatan dengan label Nipponbashi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nipponbashi. Papar semua catatan

Isnin, 11 April 2016

Panduan mencari kedai eletronik berkaitan ham radio di Osaka, Nagoya dan Tokyo



Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Nampaknya ada sahabat kita yang akan ke Festival Radio Amatur pada bulan 8 nanti. Semoga dipermudahkan dan selamat enjoy mencari gadget-gadget elektronik radio amatur nanti!

Memandangkan ada yang bertanyakan tentang tips mencari kedai radio amatur dan kedai menjual kit projek arduino/rassberry etc, saya kongsikan pelan panduan mencari barang-barang ini.Alang-alang berada di jepun, apa kata lajak di beberapa bandar dan 7 hari di sana... boleh jalan-jalan sekali.

Saya akan fokus pada 2 bandar ini memandangkan syurga elektronik adalah banyak di 2 bandar ini iaitu Denden Town / Nipponbashi di Osaka dan Akihabara di Tokyo. Manakala bandar yang lain tidak berapa tertumpu pada satu-satu lokasi seperti 2 ini.

Jika anda tertanya-tanya, samada harus membeli di bandar-bandar ini atau beli sahaja ketika Tokyo Hamfest? jawapan saya ialah usah menanti harga murah kerana orang jepun tidak sukakan tawar menawar. Harga yang akan ditawarkan bagi produk baru adalah sama seperti di hamfest cuma kebarangkalian ada diskaun sedikit saja semasa di festival kecuali barangan homebrew atau 2nd hand.

Nipponbashi OSAKA



Sekiranya anda memilih untuk menginap di hotel sekitar stesen JR Shin Imamiya, saya menggalakkan anda memilih hotel disekitarnya stesen ini. Sebab ianya murah dan berdekatan dengan osaka tower. hanya berjalan kaki 5 minit anda akan sampai di pusat membeli belah cenderahati yang murah berbanding di Tokyo. 


Osaka Tower


Antara cenderahati yang dijual. Jika terdapat dalam 

Ok, misi seterusnya ialah ke kawasan Denden Town. Tempat ini sebenarnya hanyalah sebaris dengan jalan hotel dan ia juga adalah sebaris dengan laluan tren bawah tanah Sakaisuji Line. Anda boleh memilih dengan berjalan kaki, menyewa basikal ataupun menaiki tren swasta (bukan JR) dalam JPY180. Stesen tren ini betul-betu depan pintu hotel sahaja jika anda memilih sekitar hotel Taiyo. 2 stop dan exit di stesen Ebisucho exit 1B.

 Keluar sahaja subway, anda akan melihat jalan sepeti gambar di atas dengan deretan kedai gadget.

  

Kami memilih untuk mengayuh basikal sahaja. Boleh sewa dari pihak hotel.


Lokasi No, 5.. kedai jual valve... syurga!


Perhatikan motosikal ini sebagai petunjuk


Wahhhhhh.... banyak valve.



kedai ini terletak dicelah barisan bertanda 9. http://www.nakanomusen.co.jp/


Satu lagi kedai bertanda 5 merupakan kedai menjual barangan radio dan kit-kit arduino/rasberry etc. dibelakang kedai ini terdapat beberapa kedai menjual komponen elektronik Kyoritsu. Banyak peralatan elektronik yang boleh anda temui.Juga bertanda 4 adalah cawangan-cawangan nya.

Antara cawangan Kyoritsu... gambar di atas ialah cawangan bertanda 7. Cawangan ini setinggi 7 tingkat dan anda takkan perasan ada banyak gadget sehinggalah anda naik eskalator. No. 7 merupakan koleksi kedai Arduino/Rasberry terbesar di Osaka dan mungkin Jepun.


satu kedai yang tidak asing kerana fasih berbahasa English di lokasi bertanda 2 http://www.uedamusen.co.jp/ 


Antara koleksi CW key yang ada.. simpleks.. duplex.. bengali etc...


Kedai menjual barangan radio 2nd hand sepeti radio HF, radio tentera dan banyak lagi. Bertanda 6, sedikit terpencil di belakang bangunan tetapi mempunyai landmark antenna CP6 Diamond.

                

Kedai pertama anda anan berjumpa, jika anda memilih untuk menaiki tren dan keluar di exit 1B.
http://www.nichiei-musen.co.jp/english/ Kedai ini merupakan syurga bagi ham radio dan flight simulator. Peralatan SDR juga ada dijual selain dari Aircraft Receiver. Bertanda 1 di peta di atas.

 

Perhatikan tanda ini pada kedai ini sebagai petunjuk. Dibelakang kedai ini terdapat deretan kedai menjual barangan pertukangan seperti gergaji dan lain-lain.. dan juga lorong-lorong kecil menjual barangan karat dan 2nd hand seperti pasar karat Ipoh.


Jangan lupa naik ke tingkat atas kedai ini kerana terdapat pelbagai peralatan SWL dan kaki flight simulator.. last pergi ada dijual radar24 kit.


Basikal merupakan pilihan kami pada trip yang lepas. Boleh parking di mana-mana dean takkan hilang... kunci ajer hehhehe..



Pasar Kurumon merupakan pilihan kami merasai tiram panggang yang manis... lihat peta bertanda 8.



Dimasak segar dan enak.. di atas api kayu arang yang perlahan..


Terdapat satu lagi kedai yang agak popular iaitu di belakang peta bertanda 4.



Akihabara TOKYO

Memandangkan Akihabara banyak kedai elektronik dah tidak lagi aktif, terdapat 2 lokasi yang berkaitan hobi elektronik iaitu plaza betul-betul bila anda keluar dari stesen Akihabara dan satu lagi di seberang jalan besar di depannya.


Perhatikan papan tanda keluar dari stesen Akihabara


Peta rujukan anda 


Keluar sahaja dari stesen akihabara, bangunan ini bersambung dengan stesen akihabara merupakan satu plaza elektronik. pusing-pusing di dalamnya dan tingkat atas juga. Dalam peta di tanda sebagai 1.


Kedai sebegini agak mahal harganya tetapi jika bernasib baik ada yang murah.


Naik tingkat atas ya... jangan lupa sebab di atas inilah tempat barang-barang 2nd hand radio etc dijual... ada item seperti Mizuho yang menjadi dambaan ham radio suatu ketika dulu.

Gambar-gambar sekitar kedai di atas ada di link http://jurukaka.blogspot.my/2014/08/tokyo-ham-festival-2014-osaka-tokyo.html

Selepas itu anda harus menyeberang ke jalan seberang dan sebenarnya di atas anda adalah laluan keretapi. kita akan ke Roketto. Pilih laluan keretapi di sebelah kanan... lorong yang seiring dengan jalan keretapi di atas tetapi anda di kanan.


Perhatikan kanan gambar ini di atas ialah laluan keretapi. Lintas dan ambil side kiri lorong mengikuti jalan keretapi ini.

Selesai melintas, perhatikan kedai-kedai di kanan anda dan ada lorong masuk ke kedai-kedai ini. Lihat peta bertanda 2. Ini ialah Japan Radio Plaza dimana pusat homebrew elektronik. Terdapat escalator di dalam bangunan ini yang mengandungi banyak komponen-komponen elektronik, batu ladung, valve dan casing ham projek.


Keluar sahaja dari Plaza ini, kita ke arah bertanda 4 iaitu roketto, kedai radio amatur terbesar di akihabara dan nippon. http://www.rocket-co.jp


Antara barangan yang boleh di uji dan test!!


Kedai seterusnya ialah Fuji Musen. Lihat peta bertanda 3 (saya rasa pada huruf 2 kot). Kedai betul-betul di simpang. Merupakan kedai yang fasih berbahasa English dan banyak melayani permintaan ham dari malaysia.http://www.fujimusen.com/


Betul-betul di depan kedai fujimusen ini merupakan barisan kedai menjual kit-kit rasberry/ arduino...

Rasanya cukup buat tips bagi mereka yang ingin ke sana pada bulan Ogos nanti... di harap anda berjaya menemui barangan yang anda cari. Kos ke Jepun tidaklah mahal... tetapi peluang merasai sendiri ham radio festival pasti anda akan kenang sampai bila-bila ;)...

Osu Kannon, Nagoya

Osi Kannon tidak kurang hebatnya, malangnya saya kehilangan gambar dalam koleksi gambar yang boleh saya kongsikan. Tips bagi mereka yang nak mencari kedai ini ialah di Osu Konnan, lorong Akamon Dori yang bersilang dengan lorong Shin Tenchi Dori terdapat kedai elektronik, ada kedai menjual radio dan komponen. Satu lagi ialah dalam bangunan di lorong Shin Tenchi Dori terdapat beberapa lagi kedai. Di sinilah 'jalan pasar' bagi ham radio Nagoya.Pastikan anda alert kedai menjual komponen elektronik, di dalam bangunan ini ada banyak kedai-kedai komponen elektronik anda akan bertemu dengan kedai radio.Shin Tenchi Dori Area


Di Nagoya, anda boleh ke Osu Kannon yang merupakan pusat tarikan Nagoya, tak jauh dari Stesen Nagoya Central hanya 1 stesen sahaja. Perhatikan No 1 ialah kawasan Flea market  disekitar kuil Kannon manakala bulatan bertanda 2 ialah kawasan tumpuan kedai komponen elektronik dan radio.

Satu lagi blok belakangnya pun agak besar... Kedai Radio Nagoya  seperti http://www.bonton-nagoya.com/

P/S: Flea Market di Hamfest nanti pasti membuatkan jiwa anda meracau-racau kerana barang rare yang tiada di malaysia dan murah gilerrrr....

73!!



Bagi yang belum membaca artikel trip saya yang lepas boleh baca di pautan di bawah :

http://jurukaka.blogspot.my/2015/08/misi-mencari-kedai-radio-di-osaka.html

http://jurukaka.blogspot.my/2014/08/tokyo-ham-festival-2014-kuala-lumpur.html

http://jurukaka.blogspot.my/2016/10/tokyo-hamfest-2016-yang-mungkin-kali.html

Isnin, 25 Mei 2015

Tips bagi mereka yang berminat untuk ke Tokyo Hamfest 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya mengetahui tentang Tokyo Hamfest yang akan diadakan pada 22hb dan 23hb Ogos 2015 nanti tetapi memandangkan bajet saya agak keutamaan untuk keluarga. saya terpaksa melupakan dulu festival ini. Posting kali ini adalah untuk rakan-rakan yang berminat untuk ke festival ini.


Bagi mereka yang berminat mengetahui tentang Tokyo Hamfest boleh lah melawati link di bawah tentang perjalanan bajet saya sepanjang di Tokyo. Memang sangat mengujakan lagi-lagi ianya adalah hamfest paling meriah di Asia. Terdapat 3 Hamfest radio amatur yang besar iaitu di Friedrichshafen German (mewakili Europe), Dayton US (bagi benua Amerika) dan Tokyo (sebelah Asia).

Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 1 
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 2
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 3
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 4
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 5
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 6
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 7
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 8
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 9
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 10
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 11
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 12
Perjalanan ke Tokyo Hamfest siri 13

(kalau korang rajin baca... layannzz...)


Kebetulan Airasia juga ada mengadakan promosi tambang murah serendah RM580 pergi dan balik. manakala kos bagi penginapan dalam RM70 semalam. Saya akan update nanti detail dan pandua bagi mereka yang ingin pergi.... jangan ke mana2.. k ;)

------ Sambungan -------------

Berikut ialah anggaran kos bagi sesiapa yang berminat untuk pergi  bagi senario 5 hari Trip.
Bertolak - Khamis 21hb Ogos 2015
Pulang - Isnin 24hb Ogos 2015
Destinasi - Haneda Airport

Kos Pengangkutan

1) Penerbangan pergi dan balik   - Promo Airasia ~ RM780-RM1100 pergi balik
*tak termasuk bagasi dan makan
2) Tren dari Airport ke bandar Tokyo dan hari pulang - RM55
*Tokyo Monorail ke stesen Hamamatsucho, Tukar ke JR line ke destinasi hotel.
3) Tren ke tempat festival - Pergi Balik untuk 2 hari ~ RM60

Option...
4) JR Rail Pass ~ RM920
* Rail pass ini tidak wajib jika anda hanya berkitar dalam Tokyo sahaja

Kos penginapan untuk 4 Malam

1) Dianggarkan 4 malam minima dengan kadar purata seorang
i) Sekitar Stesen JR Ueno ~ RM150 x 4 malam
ii) Sekitar Stesen JR Minamisenju ~ RM75 x 4 malam
iii) Sekitar Akihabara ~ RM160 x 4 malam

Kos Masuk ke Big Sight dimana festival dijalankan
1) Kos masuk ke ham fair ialah ¥1500 atau lebuh kurang RM45 untuk 2 hari.

Kos makanan
Kos ini terlalu subjektif tetapi saya anggarkan sehari kos makanan adalah RM50~RM70. Anggaran saya adalah RM200 bagi 4 hari adalah memadai.

Anggaran kasar bagi tip asas di atas adalah RM900 (kos flight return) + RM55 (kos tren airport ke bandar dan sebaliknya) + RM60 (kos travel pergi balik festival) + RM400 (kos hotel 4 Malam) + RM45 (Tiket masuk festival) + RM200 (makan 5 hari) = RM1660

Ini merupakan anggaran sahaja kerana kos ini dapat dikurangkan lagi melalui beberapa Tips yang akan saya kemaskinikan nanti....

------------------ TIPS BERJIMAT -------------

Terdapat 3 hal yang boleh kita jimat semasa di jepun.

Kos Makanan 
Makanan bukanlah isu bagi pengembara bagpackers terutamanya yang beragama islam. Membawa makanan ke Jepun melepasi kastam dan kuarantin nya tidak setegas Australia.. amat senang dan tiada halangan. Selalunya saya akan membawa makanan yang telah siap untuk dibawa mengembara... contohnya :



Harganya antara RM8~RM12 di pasaran. Tetapi di Jepun anda punya pilihan samada memilih membeli makanan yang telah siap seperti makanan jepun (Bento  hinggakan ke Udon) atau beli sahaja bento seafood di kedai 24 jam yang banyak pilihan. Jika was-was, nasi kosong sahaja yang siap dimasak ada dijual di kedai ini dengan kos RM5 sebungkus. hanya panaskan sahaja di mikro oven yang  ada di hotel masing-masing dan serunding atau lauk dalam tin/pack yang bawa dari malaysia... fuhh sedap...


*Gambar Hiasan... Ransum utk travel bagi 16 Hari

Di sekitar stesen Ueno terdapat kedai-kedai kebab muslim dan kedai nasi ayam halal milik imigran pakistan yang mesra dalam anggaran kos RM15 ~ RM20 satu hidangan. Ada juga dipakejkan dengan air berkarbonat.

Sebelum ini kami membawa sendiri periuk nasi elektrik hahahahha... lepas ni rasanya tidak lagi.

Antara tips di Tokyo, makanan halal yang kerap ditemui ialah kebab. Jika mahukan nasi beriani etc atau makan dikedai India Pakistan mungkin lebih kurang RM40 sehidang dengan air masak free flow. Terdapat banyak kedai halal sebenarnya di Tokyo dan tiada masalah untuk mencarinya... lagi-lagi yang berhampiran masjid ;).


Kos Hotel
Memang diakui kos hotel adalah sangat mahal di tengah kota metropolitan Tokyo lagi-lagi kedudukan strategik seperti Akihabara, Taito, Ginza, Shinjuku dan Ueno. Anggaran kos dengan menggunakan Agoda.com antara RM120~RM160 seorang bagi setiap malam adalah normal. Di bandar lain biasanya RM40~RM60 saja... Tetapi jika anda rajin mencari hotel-hotel lain yang sedikit jauh dari pusat bandar sebenarnya berbaloi dengan syarat berhamnpiran dengan stesen JR. Kenapa tren JR menjadi pilihan berbanding Tren swasta? tren kelolaan syarikat swasta agak mahal sedikit berbanding tren dibawah syarikat Japan Railways (JR)(ala-ala KTMB).


Asas laluan tren dalam Tokyo.. gambar di atas ialah tren loop yang akan berpusing dalam lokasi-lokasi strategik dalam Tokyo. 


Secara Amnya loop ini merupakan point utama bagi menghubungkan pergerakkan antara tren ke airport.. tren ke tapak hamfest dan tren ke hotel. Ueno (laluan JR Yamanote) merupakan titik bagi bertukar ke tren ke stesen minamisenju (laluan JR Joban) 



Stesen Minami senju.. perhatikan hanya 2 setesen ke depan Ueno sahaja...


dari Stesen Minamisenju terdapat beberapa hotel yang dikira sesuai dengan bajet.. Hikari hotel (tiada dalam agoda.com) juga dalam lingkungan ¥1700 semalam.


Bagi mereka yang berminat nak ke pasar Tsujiki pun senang akses....

Lagi untuk ialah mereka yang mempunyai JR Pass yang mana tidak perlu memikirkan perlu membayar tambang dalam JR tren. Saya memilih kawasan Asakusa (Berhampiran stesen JR Minamisenju) yang mana rata-rata hotel adalah RM70 ~ RM100 seorang bagi 1 malam. Sedikit berjalan kaki tetapi berbaloi.

Tetapi harus diperhatikan sesetengah hotel menawarkan penginapan murah ada sebabnya! Jangan tersilap langkah memilih hotel kotak... yang mana anda tidur dalam cube kecil hahahaha.. yang itu boleh dapat RM40 semalam pun boleh heheheh... pilihlah penginapan biasa atau jenis ryokan (atas toto tradisional jepun) pun ok..

Ada lagi yang perlu saya sambung atau anda punya cadangan tambahan? Silakan...

**** Angka yang saya nyatakan ialah angka harga yang saya perolehi semasa menulis artikel di atas. Harga dan penawaran tempat penginapan mungkin berubah atau tiada bergantung pada maklumat semasa laman web maklumat didapati.

 **************************************************

Kemaskini 23 Jun 2015

Terdapat sahabat yang bertanyakan tentang draf cadangan sekiranya ingin pergi selama seminggu. Jika seminggu, adalah bagus sekiranya membeli JR Pass yang membolehkan anda bergerak antara bandar-bandar di jepun. Kos asas dari RM1350 all in mungkin akan meningkat sedikit.
Saya lampirkan draf cadangan tentatif perjalanan bagi 18hb hingga 25 hb sebagaimana di bawah :



Bil
Tarikh
Destinasi
Kos
1.
18 Ogos 2015
Selasa
Bertolak dari KLIA 2 Kuala Lumpur ke Haneda Airport International
Bermalam di Airport

 RM887.08
(Kos pergi balik)
2
19 Ogos 2015
Rabu
Tukar JR Pass
Singgah Akihabara
Bergerak ke Bandar Osaka
Berehat
Ke Den-Den Market jika sempat
Bersiar-siar sekitar Osaka
Menginap di Hotel Taiyo
RM920.00
(Kos pengangkutan JR Pass cover semua Shinkansen, train, bas dan Feri)
RM118.92
(2 malam)
3
20 Ogos 2015
Khamis
Berkunjung ke Den Den Town
Ke ICOM Wakayama
Naik Shinkansen Ke Kobe
Singgah Masjid Kobe
Ke Dotonbori
Bersiar di Shinsaibashi
Menginap di Hotel Taiyo (Shin Imamiya)
-
4
21 Ogos 2015
Jumaat
Pagi bergerak ke Nagoya
Singgah solat Jumaat di masjid Nagoya
Melawat Muzium Toyota
Melawat ke Osu Konnan
Bergerak ke Tokyo dan bermalam di Hotel Juyoh

RM318
(Kos hotel bagi 3 malam)
5
22 Ogos 2015
Sabtu
Ke Big Sight Ham Festival 2015
Akihabara
Makan di Ueno
Shibuya dan Shinjuku
Hotel Juyoh
RM45
(Tiket Festival bagi 2 hari)
5
23 Ogos 2015
Ahad
Ke Big Sight Ham Festival 2015
Akihabara
Makan malam di Restoran Kak Timah
Eyeball dengan Ham Jepun
Hotel Juyoh
-
6
24 Ogos 2015
Isnin
Awal Pagi ke Pasar Tsujiki
Tokyo Tower, Tocho Shinjuku
Haneda Airport dan pulang ke Malaysia
-




Jumlah Kos Anggaran RM2289.00
  • Kos Makanan sekitar RM100 atau kurang kerana makanan adalah dibawa dari Malaysia jenis ‘ready eat’ untuk sepanjang di sana.
  • Kos tambang pergi balik anggaran jika dapat tiket promo Airasia
Diharap ini dapat membatu rakan-rakan yang berminat ke sana nanti.. Insyallah.


Related Posts with Thumbnails