Anda adalah tetamu ke blog ini.

Khamis, 28 Ogos 2014

Tokyo Ham Festival 2014 - Langkah pertama..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? lama betul saya tak berkesempatan menulis. Saya agak tertinggal banyak perkara berkaitan dunia radio amatur.

Cuma banyak berhubung dengan kawan-kawan yang ada diluar sana hanya melalui Facebook. Jika tidak saya pun tak tahu apa yang berlaku disekeliling tentang aktiviti radio Amatur.

Dalam posting-posting akan datang saya akan menulis tentang coretan perjalanan saya ke Tokyo dalam keadaan bajet terhad.

Semua ini bermula bilamasa saya pada awal tahun Januari tahun ini telah dihubungi oleh abang Aziz 9M2AU bertanyakan tentang apa aktiviti yang boleh kami buat terdekat ini untuk mengisi kekosongan aktiviti radio amatur di malaysia.

Ahh... saya kelu. Lagi-lagi bilamana saya juga mempunyai masa yang terhad kerana terpaksa berulang alik setiap minggu antara Johor Bahru - Putrajaya - Penang. Masa yang terhad lagi meletihkan membuatkan saya selalu menjadi blank hahahaha...

Tiba-tiba dalam perbualan telefon dengan beliau tersebut tentang hamfest. Ya.. lama sudah saya tidak hadir ke hamfest. Bergantung hanya pada hamfest Jakarta ataupun KL hamfest yang sebelum-sebelum ini yang semakin suram, saya seakan tiada idea.

Beliau mencadangkan apa kata jika kami mencuba hamfest yang terdekat tetapi "grand".. Tokyo hamfest? mmmmm....

Saya sebenarnya agak keberatan untuk keluar negara kerana bajet yang terhad sebab hujung tahun perlu menyelesaikan insuran kereta, musim raya dan kebetulan tabungan untuk backpack ke europe pada bulan 5 memerlukan saya mengikat perut aduhhh.... backpack ke europe sebenarnya sudah 3 tahun saya menabung dan pada masa yang sama tabung itu lah yang saya korek untuk cover banyak hal.. gilerr arr..

Entah tiba-tiba Allah telah mempermudahkan perancangan kami. Ngam-ngam Airasia ada offer tiket murah ke jepun. Murah tu memang murah tapi bukan turun tokyo atau osaka. Nagoya beb, jauh!......, formula pertama setle kan tambang flight manakala yang lain kami punyai masa 7 bulan untuk menabung.. dan tugas saya yang pertama ialah merancang sejimat mampu trip kami menghadiri hamfest di Tokyo nanti. Alamak.. makan maggie lagi la aku...

Tadaaaaaaaa..... Tokyo aku datang!!


Risalah Tokyo Ham Festival 2014 yang menjadi kickstart kami.

Untuk makluman, terdapat 3 Ham Radio Festival yang boleh dikira yang terbesar di dunia. Pertama ialah Dayton Hamfest (US), Tokyo Ham Festival (Jepun) dan Europe Hamfest (Jerman). Malaysia? aduh.. jika populasi ham radio di Malaysia tak bertambah alamatnya kita akan masih merempat ke hamfest negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand ajer la..


Pelan perancangan masa dan jarak dengan kekuatan kewangan kami.

Cabaran paling memeningkan ialah Airasia hanya menawarkan tiket murah ke Nagoya pada masa tu, haaiissshhh... event di Tokyo. Seakan kos tambahan jika turun ke Nagoya sebab tiket Shinkansen (kereta api bullet) antara Nagoya ke Tokyo adalah mahal.. semahal tiket flight pergi balik kami kelak.

Alternatif yang ada untuk berjimat hanyalah JR Rail Pass yang dibeli pada harga yang sangat mahal. Paling murah option JR pass ini yang sesuai untuk kami hanyalah 7 hari yang harganya dekat2 RM1K atau ¥29,110 (https://www.jtbmalaysia.com/rail-passes/rail-passes-prices/).. gila..

Dengan pass ini kami boleh naik Tren, Subway, Bas, feri dan shinkansen yang bawah company JR tanpa perlu bayar (sebab lumpsum dah bayar awal2 dalam pass ni). 



Rupa JR Rail Pass yang JTB keluarkan. Nama sebenarnya ialah Exchange Pass.

JR Rail Pass yang dibeli di Malaysia. kat jepun tak jual jadi kena la beli siap2. Saya beli 2. Saya satu dan abang aziz 1. Nanti Pass ni akan kami tukar dengan pass sebenar yang sebesar buku 555 di jepun nanti.

Lagi satu cabaran kewangan kami yang melampau ialah kos penginapan. Bagi saya tiada masalah untuk tidur di hotel jenis dorm dan berkongsi bilik air. Tapi untuk keselesaan jadi saya kena tolak ansur jugak nampaknya. Hostel rata2 dapat murah kecuali di Tokyo yang mahal sedikit. 

Saya memilih di Ueno sebab jangkakan last minute shopping cenderamata. Kawasan tu boleh kira segitiga emas la ala2 Petaling Street (bagi saya la).. almaklumlah.. barang2 fake ajer la yang termampu di jepun yang mahal2 belaka.

Cakap bab mahal, di Tokyo (jepun la senang cakap) majoriti bilik bajet ni dia kira perhead semalam. Bukan kira berapa bilik caj dia. Hangpa akan faham betapa susahnya nak berjimat...


Jadual akhir yang dirancang.

Memandangkan JR Pass adalah 7 hari, kami terpaksa merancang berada di Jepun selama 7 hari supaya pass ini dapat digunakakan sepenuhnya. Rugi woooo kalau tak pakai abis. Awalnya nak singgah Wakayama kat Osaka Perfecture mana tau boleh singgah ICOM Factory kat sana. Melawat kelab stesen ICOM adalah satu dari idaman saya. Tapi sayang la sebab masa kami pack dan email yang dihantar belum dibalas sampai balik malaysia.. :( huhuhu...

Dan akhir sekali yang paling getir dalam soal berjimat ialah makanan. Kebanyakkan makanan di jepun adalah bermula ¥500.. atau kalau nak murah beli nasi kosong atau Bento kosong dalam ¥100 (harga dekat nak expired lewat petang) yang banyak jual di family marts/lawson/seven E, tapi mana boleh tahan... 

Saya ambil keputusan beli roti, dan bawak makanan dari malaysia ajer la..


Harga kat JB dalam RM8.00... waak kat KL mahai gila..


Nasi siap sedia dimakan.

Abaikan harga dalam gambar ni... Nak masak pun senang, rendam dalam air panas dan makan. Kalau air panas takder boleh peluk masa mandi... kepanasan badan dan air shower pun ok ahaakkss.... Makanan dalam tin pun ok sebenarmya macam maggie dengan sardin. Tapi percaya la.. lama-lama akan jemu makanan-makanan ni huhuhuhu...

Ok, nampaknya inilah tips saya berjimat. Nantikan postting saya seterus nya... perjalanan menyulusuri Tokyo Ham Fest dengan bajet murah ahahahahhaa....

Sekian Terima kasih!

Bersambung.......
Related Posts with Thumbnails