Kali ini sudah lebih 1 tahun PKP belum lagi selesai. Alhamdullillah saya telah pun melengkapkan vaksin Cov19 bulan lepas.
Banyak berita yang suka duka tak dapat saya paparkan sepanjang kehilangan dari radar blog ini. Minggu lepas Pak Hamid 9w2tu telah pun mengadap Ilahi... sangat drastik. Seminggu sebelumnya Ibu Mertua saya juga. Kesan Virus ini amat menakutkan terutama jika ia menjangkiti individu yang telah ada penyakit lain seperti buah pinggang dan masalah paru-paru.
Berbalik tajuk di atas, memandangkan banyak masa duduk di rumah, saya dapati masalah nyamuk makin teruk. lagi-lagi sekian lama cuaca kering dan banyak air bertakung di bawah flat kami. Saya telah berusaha beberapa kali memanggil maintanance bangunan dan Bahagian kawalan vektor untuk melakukan fogging malangnya tiada respon.
Terasa ingin membuat sendiri fogging di kawasan saya. Carian saya di Shopee dan Lazada mendapati mesin fogging ini boleh tahan mahal juga. Lebih kurang RM400 seunit yang berskala kecil.
Yang simple.. tapi boleh dikemaskini lagi
Yang homebrew dan kemas
Versi simple
Boleh halau lebah
Saya akan cuba buat yang simple sebegini
Memandangkan saya tidak lagi membina antena bagi kegunaan hobi ini, banyak bahan-bahan untuk membuat sendiri alat fogging ada dalam stor saya. Mekanisma fogging ini amatlah mudah. Ianya hanyalah satu sistem pembakaran minyak diesel (tanpa memasukkan bahan kimia lain) dalam satu gegelung dan disembur pembakaran tidak sempurna minyak diesel ini yang telah menjadi asap ke kawasan yang hendak di fogging. Pada masa sama diesel yang tersembur juga akan menutup lapisan takungan air jernih dan membunuh jentik-jentik.
Dah boleh mula
Bahan-Bahannya
Pam 2L - Mr. DIY RM10.50
Copper Coil saiz 1/4
Canister gas RM4
Gas gun/penunu RM7.90
Dawai Sabut RM2
Clip RM2
Getah etc RM10
dal lain-lain
Dan hasilnya.....
Untuk membengkokkan paip tembaga ini anda harus berhati-hati agar tidak kemek. Saya memasukkan serbuk gula dan memampatkan sebelum membengkokkan tembaga ini.
Membuat gegelung sebanyak 19 lilitan dengan berhati-hati
Manakala kerangka saya gunakan bahan terpakai yang ada saja untuk memegang dengan baik tong pam dan cansiter gas. Manakala bagi memastikan tidak tersentuh coil yang panas sekaligus memegang coil ini saya buatkan cover dari plate memanggang yang ada dijual di Mr. DIY.
Ini rupanya bahan-bahan yang dah siap. Malangnya coil saya sedikit pendek sebab terbengkok lebih sehingga kemek. Walaubagaimanapun saya akan pasang nozle halus nanti pada bahagian ini.
Haaa... ini rupanya.
Sabut besi yang saya akan pasang untuk mengurangkan gegaran pada coil, memegang coil dan menyumbat dalam coil agar pemasanan menggunakan penunu gas tertumpu pada satu bahagian.
Pemandangan apabila coil dah dimasukkan dalam cover.
Dah siap pasang, kecuali bahagian pemegang canister belum saya pasang bracket.
Ini rupanya alat DIY Fogging saya.
Alhamdulillah minggu lepas dah berjaya fogging di kejiranan saya. Cumanya yang tidak sedap dengar, walaupun sudah memberi notis awal tetapi ramai yang tidak selesa dengan asap fogging. Nampaknya terpaksa simpan dulu alat ini. Jika memerlukan mungkin akan cuba fogging di kelab MARES apabila ada event selepas PKP nanti.
Saya tak sempat snap video sebab kitalah yang fogging... video di bawah boleh menggambarkan kualiti asap fogging yang sama saya berjaya buat. Total kos saya dalam RM40 kecuali kos coil. Jika anda ingin membuatnya, saya cadangkan beli sahaja coil yang telah siap di Shopee yang banyak datangnya dari penjual Indonesia, murah pulak tu.
Lihat video di link di bawah untuk info lebih detail....
×××××××××××
Siri Abang Bob jalan-jalan di Jalan Pasar (tahun lepas punya)
×××××××××××
Dulu2 bagi peminat DIY kit projek elektronik, banyak kits2 elektronik yang boleh dicuba. Kits ini merupakan satu set komponen elektronik berserta PCB yang telah siap dan arahan cara memasang komponennya. Apa yang perlu hanyalah asas kemahiran membaca nilai komponen elektronik, soldering iron dan pemotong komponen.
Anda pasti teringat kembali nostalgia membina kits elektronik pertama anda semasa mula2 meminati hobi ini kan?
Jika anda ke kedai2 elektronik terdapat ratusan projek yang boleh dicuba. Dari morse code Modulator, Siren, LED Flip Flop, telephone ringtone amplifier, Stereo Amplifier, power suply 12v, dan banyak lagi. Ada juga kits2 ini sudah tidak relevan dengan era sekarang. Banyak kits diy ini dibuat sendiri oleh kedai yang di copy dari kits asal dari luar negara.
Petang tadi selesai solat jumaat, sementara menunggu 9M2OOO mengubah kenderaan beliau yang parkir disebelah kenderaan saya, saya sempat ke satu kedai lama di Jalan Pasar KL mencari jika ada lagi kits projek DIY elektronik bagi pre Amp 50Mhz yang pernah saya beli bersama saudara zaiful 9W2MZY tahun 2005 dulu.. malangnya sudah tiada lagi stok.
Tambahan dengan kemudahan internet, litar projek2 elektronik ini dah banyak di internet dan boleh dibina sendiri tanpa perlu membeli kit sediada. Tetapi bagi anak muda yang baru berjinak2 dengan hobi elektronik, kits ini amat mengujakan.
Saya sempat mengambil gambar beberapa projek DIY elektronik jenama Kemo buatan German yang popular tahun 80an yang mungkin nostalgia buat anda.
Mini VHF Oscilitor
IC Radio HF-MF-LF dan juga MW-KW-LW
Microwave Leakage Tester
12V-18V 10A Power Supply
12V-18V 10A Power Supply
12V-18V 10A Power Supply
Ini kit pembelajaran terbaik sepanjang zaman.. tentang sains elektronik
MF Oscilitator
Nak buat sendiri meter pengukur Induktor?
TV Oscilator
High Voltage diod... Stereo IC. Ini kat kedai Nixie