Anda adalah tetamu ke blog ini.
Memaparkan catatan dengan label Repeater. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Repeater. Papar semua catatan

Isnin, 26 Februari 2018

Portable/Mobile Repeater untuk kecemasan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ingat lagi posting tentang pelican box beberapa bulan lepas? Yang saya perolehi dari kedai radio yang telah ditutup. Akhirnya dapat disiapkan portable repeater ringkas.

Menggunakan sumber kuasa samada bateri atau bekalan kuasa 220v AC, pengalihudaraan dalaman dan penggunaan duplexer bagi memisahkan kesan antara RX dan TX. Penggunaan controller komersil sumbangan sahabat radio tempohari sangat membantu.

Penggunaan controller jenis ini adalah tidak berapa digalakkan. Sebaik-baiknya mekanisma controller diambil dari titik COS radio penerima.

Juga di letakkan port PTT diluar supaya apabila dioperasikan di kawasan remote boleh menjadi command centre radio pada masa yang sama ia menjalankan tugas pengulang.

Akhirnya dapat disiapkan. Semoga dapat memberi ilham pada sahabat-sahabat radio amatur lain yang juga rajin bereksperimen dalam dunia radio amatur. Jumlah kos ialah RM1000 tidak termasuk pelican case yang didermakan serta mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan kerana sumber kewangan yang terhad.



Kotak pelican ini asalnya ialah untuk kegunaan unit telemetri.


Beberapa komponen diletakkan untuk diukur kesesuaian.


Ilustrasi cadangan susunan komponen


Soket external mic yang dibeli di Lazada. Jalan pasar sebiji RM100.. Lazada cuma rm11


Komponen luaran yang telah dipasang.


Komponen luaran di bahagian lain yang telah dipasang kecuali soket mic yang belum sampai dari Lazada. Perhatikan penutup lantai tandas yang digunakan untuk menutup lubang kotak pelican yang asalnya telah berlubang ketika mula-mula diperolehi.



Pandang depan


Pandangan atas. 


Gambar dekat


Ini rupanya soket mic


Ada getah penutup


Bahagian belakang. Barang dah sampai.. kita pasang.


Apabila radio telah sampai, saya mula mencuba kedudukan yang sesuai untuk radio diletakkan. Saya menggunakan radio QYT 8900D. Radio ini bukan lah radio yang sensitif dan saya baru terperasan yang kuasa pemnacaran Low adalah sama dengan High.


Akhirnya radio dipasang pada penutup atas case. Dan pada masa yang sama Duplexer dan Controller telah sampai.


Setelah mengubah ke beberapa kedudukan, nampaknya ini sahaja lokasi yang terbaik untuk mela


Kalau ikutkan nak beli case pelican yang original memang tak mampu.


Mujur ada sahabat yang sudi sedekahkan satu case terpakai ini.


Padangan atas. sangat mudah dibawa.


Terdapat 2 antena iaitu RX dan TX. Sekiranya duplexer digunakan maka hanya satu sahaja soket antenna yang akan digunakan. Jika tidak tanpa duplexer maka kedua-duanya akan digunakan.

Perhatikan terdapat 2 sumber input bekalan kuasa yang boleh dipilih samada menggunakan direct 240V AC melalui kabel ataupun sumber luaran 12v DC samada bateri atau bekalan kuasa luaran lain.


Kesan skru yang memegang radio RX dan TX


Faktor mewujudkan soket mic ialah supaya pada masa sama portable repeater ini boleh digunakan sebagai command centre selain menjalankan tugas relay transmisi pada masa sama. Pengguna boleh 'interupt' perbualan yang sedang di ulang.


Sudah siap dengan wayar sambungan.


Pandangan sisi.


Pandangan lentang.


Yang belum dibuat pendawaian ialah speaker output yang mana boleh mendengar komunikasi yang diulang dan jumper mic dari radio ke soket luar.


Dan siap. pemilihan kedudukan radio RX dan TX ialah supaya sekiranya dibuka sedikit dan kedudukan begini ianya boleh digunakan sebagai portable shack semasa kecemasan serta mudah melihat skrin kedua-dua radio.

73!


P/s pendawaian sangat serabut kerana saya tiada kemahiran pendawaian yang baik.


Selasa, 22 Ogos 2017

Coverage 50Mhz

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada khabar angin mengatakan terdapat usaha mengemukakan permohonan repeater 50mhz atau 6M ke SKMM. Degan peralihan freq broadcast TV di band 2 ke spektrum 600mhz ke atas kerana bandwidth lebih besar bagi mode Digital Video Broadcast Terresterial. Kekosongan ini memang menjadi perhatian khususnya syarikat-syarikat kormersil dan tentera. Untuk makluman amateur radio di malaysia, dari perbincangan dengan Zanirul 9M2PRO, 6M di sini bukanlah privillage, kerana peruntukkan spektrum 6m adalah secondary dan terdedah pada perkongsian dengan perkhidmatan yang lain. Kes yang sama pada 72cm, 433Mhz walaupun berada dalam freq amatur tetapi ianya merupakan freq yang kerap dipilih oleh peranti bukan amatur seperti Arduinio, wireless remote, Drone, telemteri sainstifik, projek pendidikan universiti dan banyak lagi.Manakala di Thailand, 6m di haramkan sepenuhnya untuk ham radio di sana kerana ianya digunakan oleh anggota keselamatan negara itu.

Ketika projek membina repeater mares tahun lepas kami sempat menganalisa apakah keberkesanan repeater ini jika diletakkan di Gunung Ulu Kali dengan penggunakan program mapping di Internet. Boleh tahan bagus liputannya berbanding 145mhz. Jarak jangkauan lebih jauh. walaubagaimanapun freq ini tidak mempunyai kadar penembusan yang baik baik bagi 'town area' dan mudah terdedah pada interferens. Sayugia diingatkan jika di 72cm, offset repeater yang kerap digunakan adalah 5Mhz, di 2M 600khz dan di 6M pula 500khz (juga 1Mhz) merupakan sesuatu yang sangat getir pada duplexer/filter.Sukar untuk membina duplexer sebegini lagi-lagi offset yang terlalu kecil.

Apapun layan dulu mapping yang pernah kami buat dulu.. Diharap ada usaha dari beberapa organisasi seperti REAKSI dan Marts yang ke arah menggunakan spektrum ini. Jika tidak ianya pasti terlepas pada kormersil.  

Cubaan mapping coverage 50mhz repeater... boleh tahan!


Lembah Klang, selatan Perak dan Manjung. Manakala utara Negeri Sembilan pun ada liputan 


Kuala Pilah memang banyak blindspot.


Kawasan berbukit bukau di Sungkai memang tak menguntungkan.

Semoga repeater 6m  sukses.. 73!

Rabu, 9 November 2016

Projek menghidupkan 9M4RES Progress


Fuuhhh... setelah sebulan bergelumang dengan duplexer.. projek masih diteruskan lagi secara perlahan-lahan.

Ahad hingga Isnin projek repeater dijalankan di rumah sewa di Johor Bahru manakala Jumaat dan Sabtu di Kuala Lumpur samada di Jalan Pasar ataupun di rumah 9W2TR sebagai tempat lapangan menguji repeater.


Komponen-komponen repeater telah berjaya dikumpul. 

Secara Keseluruhan kos projek pembuatan repeater ini dari catatan rekod saya seperti di bawah :


Jumlah kutipan kilat bagi mendapatkan dana pembinaan repeater 9M2RES. Terima kasih pada para penyumbang!


Senarai perbelanjaan yang dilakukan, tidak termasuk kos cavity dan enclosure (Casing) kerana sumbangan dari 9W2EEE dan 9M2AU


Jumlah Keseluruhan kos projek tidak termasuk Enclosure (9M2AU), besi pole antenna, stand repeater (9W2TR) dan Cavity (9W2EEE) yang saya anggarkan dalam RM1200. Manakala sumbangan ICOM V80 adalah termasuk sumbangan dari 9W2SQ dan 9M2MKW. Jumlah keseluruhan adalah RM4588.

Ok berbalik pada progress repeater.. proses menala Notch Cavity adalah agak kritikal. Lagi-lagi ianya adalah buatan sendiri dan kami tidak mempunyai peralatan yang dapat mengukur kadar isolation dan insertion loss nya.


Ini adalah bacaan paling rendah cavity kami dengan dummy load. Ok la kot... homebrew punya kualiti hehehehe...


Sambil-sambil tu layan stress dengan Metal Detecting di sekitar Dangan Bay.. Pastu sambung balik tune cavity.


Tak cukup narrow...


Untuk skop yang lebih luas, ada la sikit efektif. Memang ada idea nak buat Duplexer dengan menggunakan 4 tabung filter ni tetapi dengan isolation tak sampai 60dB, Duplexer kormersil mungkin lebih baik.

Kebetulan minggu-minggu menjalankan aktiviti merakit repeater ini saya bertugas di pekan Muar. Untuk pengetahuan pembaca, ketika zaman-zaman saya mengikuti Pak Rahim memasang repeater di selatan semenanjung Muar merupakan kawasan yang banyak berkait rapat dengan sejarah Repeater Astra. Ketika itu terdapat sokongan yang kuat dari sahabat-sahabat radio di sini khusus nya Pak Ah Hock 9W2GT.

Beliau banyak menyumbangkan sumbangan kewangan, tenaga dan komponen repeater Astra ketika mula-mula repeater linking dibangunkan di Gunung Ledang Dan Gunung Pulai. Saya mengambil kesempatan mencari beliau yang mana kedai beliau hanyalah di hadapan hotel dimana saya menginap.



Kedai Hardware Pak Ah Hock. Kini beliau tidak lagi menjaga kedai ini yang paling besar di tengah-tengah pekan Muar (5 Kedai dahulunya) sebaliknya anak beliau telah mengambil alih perniagaan.


Antara barangan kaki homebrew boleh dapati, PE, PTFE, Fiber Road dari pelbagai saiz.


Juga Tembaga, Logam pelbagai saiz yang boleh dibeli dalam kuantiti kecil.


Juga Rod Alluminium yang kaki milling suka pun ada dalam saiz yang kecil.


6 inci rod, kalau saiz ni mencecah RM1000 jika dalam bentuk loose.


Rod tembaga dan hollow pun ada! Tak banyak kedai menjual dalam bentuk loose begini. Cooper sheet pun ada jika anda masih teringat di zaman sekolah dulu subjek Bengkel, melukis dengan membentuk permukaan kertas tembaga.


Ini dia Pak Ah Hock, Kawan baik Pak Jaini 9M2JM. Masih lagi sihat dan slang bahasa melayu nya yang mudah di cam.


Bisnes card beliau, saya masih menyimpan bisnes kad beliau yang mengiklankan pinjaman wang berlesen di Muar 16 tahun dulu.

Ok berbalik pada projek repeater, semua komponen telah pun berjaya diperolehi. Sebelum memasukkan ke dalam enclosure kami harus pastikan radio berkendali dengan jantung repeater iaitu Controller. Controller berfungsi mengesan radio penerima telah menerima isyarat RX dan mengaktifkan radio pemancar TX (menekan PTT) dimana pada masa yang sama audio dari radio penerima di pam masuk pada radio pemancar. Jika tiada lagi isyarat dari radio penerima, controller akan beberapa detik akan memutuskan tindakan menekan PTT radio pemancar.

Bagaimana mengetahui yang radio penerima (RX) sedang menerima isyarat? Bagaimana memastikan ianya adalah isyarat yang tulen bunyanya gangguan statik atau interferen? Di sini perlunya radio RX diletakkan dalam mode tone pada RX. Pemilihan isyarat mana sumbernya dari litar radio RX adalah subjektif mengikut jenis radio yang digunakan.

Terdapat banyak rujukan yang boleh anda gunakan untuk memahami konsep Controller, COR atau carrier Operated Switch. Saya petik dari http://www.repeater-builder.com/tech-info/repeater-term.html

So What's The COR or COS??
The Carrier Operated Switch used to be called COR.... Short for Carrier Operated Relay. This is going back to the early days of repeaters in which all the repeaters had tubes in them, and all circuit switching was done by relays. Nowadays most of the repeaters are solid state, except for a few which have tubes in the final amplifier, so now we call it COS or "Channel Busy" or ...
So you ask how does it work and what's the purpose, and were can I find this COS on a receiver? The function of the carrier operated switch is to tell the repeater controller, if the repeater has one, that the receiver squelch is open, and that there is a signal there. If the controller is set up for Carrier Squelch (CSQ) it then turns on and off the repeater transmitter. If the repeater does not have a controller, the COS simply does the function of turning on and off the transmitter.   The COS signal can be either a set of relay contacts or a voltage that swings high or low to give either a + voltage or ground with the receiver active, (noise or a signal.) On some receivers the COS uses a relay and that has a dry contact to ground, and you won't see a swinging voltage, a 5k or so pullup resistor connected 12 volts, makes the COS voltage swing. The squelch circuit rectifies the hissing noise, its the noise that we hear when the squelch is open and no signal is present on the fm receiver. Sometimes this noise is amplified and is applied to diodes to converted to a dc voltage, some other times to a voltage doubler to get a greater level of swinging voltage. That voltage is compared to the squelch pot and if it's greater the squelch stays closed, if it's less the squelch opens. There's another way to get a COS voltage from a receiver, that is with a VOX circuit on the receiver audio output, it does not work properly on a repeater, (if someone has a full quieting signal and there is a pause in the speech the VOX closes) so I won't go in detail with it here. Some AM receivers have COS's also.. not just the FM ones, the major difference between the two are the FM receivers the COS and squelch works much better and is harder to be fooled by noise....by the way, airports with towers use AM receivers with COS. The COS squelch circuit has been used in repeater receivers for years, long before the tone squelch came to be very popular. Manufactures paid special attention to the squelch circuits in their receivers, Motorola even made a special IC for their MICOR series radios.

Bagi sahabat-sahabat yang ingin membina controller sendiri boleh mencuba di http://yc5nbx.blogspot.my/2008/12/carrier-operated-relay-cor.html Jika anda rajin boleh juga menggunakan controller berasaskan PIC dimana anda boleh memprogramkan pelbagai kawalan seperti mengawal ON OFF controller dari jauh dengan hanya menghantar tone DTMF dan sebagainya. Juga controller berasaskan Arduino Rassberry etc. Terdapat banyak variasi controller  kormersil di pasaran seperti NHRC (http://www.nhrc.net), Hamtronic (http://www.hamtronics.com), ID-O-Matic (www.hamgadgets.com),VK5DJ (http://www.vk5dj.com/repeater.html) dan banyak lagi yang mempunyai pelbagai fungsi. Terkini produk dari Chinna membuatkan repeater lebih mudah dibina dengan menggunakan radio handy talkie Chinna, mungkin anda pernah mendengar Surecom dan Radiotone. Tetapi ada yang anda harus fikirkan, iaitu adakah ianya efektif lagi-lagi saiz spacing duplex RX dan TX radio amatur hanya 600khz? Tanpa Duplexer? 


Sampai masanya nak cari titik COS... yang mana titik ini memberi nilai 1 atau voltage (+5V)  apabila isyarat yang melepasi tone yang betul barulah radio akan membuka audionya.


Buka pelan-pelan...


Cari kat IC amplifier atau Main IC Controller.


Jenuh nak tap satu satu pada masa sama dengar repeater jasra ada orang cakap ajer baru la nak kesan dia bagi logik 1 atau tak..



Masa untuk balik KL... lepak kedai sambil review report progress 


Kita susun... nak agak saiz enclosure.


Dah susun.. ngam-ngam walaupun terlalu besar enclosure.


Okla la kot..


Masa untuk tanda dan susun.

Berbalik pada Cavity, kami memperolehi cavity dari 9W2EEE. Asalnya cavity ini dibuat lebih semasa beliau mengendalikan projek pemantapan repeater Astra di Genting. Funding dari 9W2YR (Kini 9M2YRS), lebihan ini tersimpan kerana sistem sediada adalah telah pun sempurna.


Mula-mula ambil... dah oksida! Mungkin lama dalam stor tuannya.


Juga spare antenna stack folded dipole. Saya ambil satu untuk duplicate.


Sebelum polish, Perhatikan alat untuk korek blok kat tepi tu... fuh..

Manakala Controller pula saya gunakan yang basic sahaja.. tiada kawalan PIC dan sebagainya.


Proses membina PCB controller, dedahan cahaya UV.


Develop dengan alkali.. seperti develop positif filem dulu-dulu.


Dah siap sebelum etching....


pada masa sama Folded Dipole yang telah diduplicate juga siap... hujungnya saja belum dibengkokkan..


Pengiraan panjang kabel yang akan digunakan untuk mengagihkan galangan pada setiap antenna.


Sudah siap dibengkokkan dan dipasang dengan kabel.


Antenna sedia untuk dihantar ke KL.

Pengujian di lokasi pemasangan memang mencabar. Suhu adakala nya mencecah 21 Celcius dan kabus. Saya dan Mutalib ke lokasi pemasangan.Terdengar di radio repeater ASTRA berdentum kuat, aktif dengan stesen berkomunikasi. Ternyata bukan calang-calang repeater mereka ini, dengan pembangunan, penambahbaikan dan lokasi yang baik memang kami tabik spring la... Tu belum lagi Repeater Husar yang sama naik dan simple.

Ketika sistem dibina di bawah (rumah) memang nampak sempurna, biasanya bila naik dan nak pasang di lokasi sebenar barulah banyak hal yang akan perasan misalnya interferen ataupun kecekapan filter disebabkan perubahan suhu yang pelbagai.


Filter dibiarkan pada suhu lokasi.


Pengujian bermula.


Kami tidak mempunyai spektrum analyzer untuk menganalisa freq di lokasi, nasib baik kaedah Software Define Radio SDR banyak membantu untuk melihat filtering dan kewujudan interferen yang lain.


Pengujian pada freq yang bakal digunakan dengan cara memerhati spektrum.


Perhatikan, isyarat dari repeater ASTRA 147.750Mhz cukup kuat dan perfect. Malangnya freq yang bakal kami gunakan hanyalah 147.775Mhz, Hanya 25Khz sahaja disebelah... nampaknya kami perlu mengurangkan sensitivi sistem kami kerana kaedah untuk narrowkan lagi filter kami tidak efektif.

Ini sebab nya kenapa kami memerlukan 2 tabung filter, sesuatu yang terpaksa kami redha ialah loss yang tinggi... betul seperti kata Isman 9W2CCC. Pada masa yang sama penggunaan filter ini mampu memberi perlindungan peralatan kami dari statik kilat.. tapi, kalau dah nasib nak kena kena juga huhuhuhuhu..

Terdapat beberapa teori yang perlu dibincangkan lagi-lagi pengalaman orang lama dalam aktiviti ini banyak membantu kami menangani masalah filtering. Pada hujung minggu saya pulang ke kampung di Pulau Pinang. Kesempatan ini saya ambil untuk singgah ke rumah 9M2RR Pak rahim untuk sedikit diskusi masalah repeater kami. Ketika itu beliau sedang giat membina kit pemancar 40m band.. wah!


Kit pemancar 40M band yang mudah dan murah.


Casing nya pun 'Back To Homebrew' Model RXC-40M


Pak Rahim dan Shack kelab Stesen REAKSI. Dari jauh kelihatan Pak Rahim sudah berusia. Masa sangat pantas berlalu.


Rupanya ada repeater baru yang sedang dalam pengujian oleh beliau... Hebat! Untuk kerana beliau mempunyai ruang lapang untuk meletakkankan repeater ini dan diuji hingga stabil.

Pemasangan Repeater kami memasuki fasa pemasangan dan pengujian. Dengan Bantuan rakan-rakan dan dilakukan di Kelab Mares, semua komponen dikumpulkan dan kami sama-sama membina sebuah repeater bajet kami.Bagi Stand Repeater, ianya dibuat oleh 9W2TR di rumahnya, juga di bawa ke kelab untuk di pasang.


Mutalib dan Fahroe 9W2BBS menebuk lubang pada panel untuk memasang komponen dalaman.


Rashid Mamak 9W2TR menyambung komponen stand repeater. Bajet kami hanya menggunakan besi bukannya alluminium sebab lebih murah.


Siap dipasang dan akan didirikan.


Dah berdiri....

Oleh kerana program pemasangan telah siap, Fahroe terdetik mengajak kami untuk naik ke lokasi repeater akan dipasang pada hari yang sama...


Perjalanan kami menuju ke Genting Highland.


Barisan mereka yang terlibat untuk Survey lokasi cadangan pemasangan.


Terjumpa 9MH234 iaitu suatu repeater lama yang telah kosong.. hanyalah struktur sahaja bersama solar panel yang masih hidup.


Dari program survey coverage, lokasi ini agak tidak menguntungkan berbanding Repeater HUSAR dan ASTRA. Tapi bagi kami ok lah... 


Repeater dipasang semula di rumah 9W2TR untuk pengujian selama 2 bulan. Dalam diagram cantik, bila wiring.. cukup syarat ajer lah. Serabut heheheh...


Dan akhirnya siap dipasang. Fadhil tersenyum puas.. 2 bulan yang menyeksakan kerana ada pelbagai masalah yang kami temui. Terima kasih fadhil.. paling banyak backup teknikal dan Ringgit Malaysia.

Diperingkat ini poket dah mula kering, apa saja barang yang ada kami gunakan sepenuhnya. hahahahaa.... pening oh pening.... tapi masih enjoy!

Bersambung Pemasangan.....


Related Posts with Thumbnails