Anda adalah tetamu ke blog ini.
Memaparkan catatan dengan label Jalan Pasar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan Pasar. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Mac 2020

Projek Manpack Yang Terbengkalai Terus


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya teringat ada satu projek manpack yang sekian lama terbengkalai hahahaha.. komponen nya telahpun lengkap dari hand mic PTT tentera sampailah ke bracket Racal yang saya perolehi bersama 9W2MZY saudara Zaiful. Mujur ada beberapa keping gambar dalam simpanan saya.

Pembuatannya tidaklah sukar memandangkan Arwah Feroz 9W2JOH ketika projek ini 2014 dulu mempunyai kenalan yang boleh memotong kepingan Alluminium dengan baik di Johor Jaya.

Selepas pembinaan manpack ini, saya dapati sebenarnya menggunakan go box yang banyak digunakan oleh syarikat outdoor entertainment adalah lebih praktikal. Lupakan lah angan-angan menggalas radio HF sambil ber'QSO' kerana anda pasti patah pinggang lagi-lagi berat bateri sahaja mampu mematahkan pinggang anda hahahahhaa.... 


Fitting untuk radio Yaesu FT-817ND asalnya dan bracket Radio Racal terpakai.


Lakaran kasar projek.


Lakaran..


Dimensi.


Mula susun.


Dua side boleh mounting radio dan tuner.


Cun...


Dah siap rivert.


Dah Siap.


Masukkan bateri, charger, power supply.


Siap poket tepi untuk simpan kabel, grounding dan antenna. Connector pun dah siap pasang sekali dengan connector mic hand.


Dah siap dengan antena, cw key lengkap dan projek ini terhenti setakat ini sahaja. adusss.. rugi rasanya.

Nasihat saya, boleh jika mahukan manpack tetapi faktor jenis bateri, QRP radio dan ergonomik yang ringan hendaklah menjadi keutaman. Jika usia anda adalah melebihi 40 tahun, mungkin Go Box adalah terbaik.

Selepas itu saya jatuh hati dengan ICOM IC-7200 dan tidak mampu membelinya hinggalah model ini discontinued kerana masalah ICOM tidak lagi mendapat bekalan MOSFET nya. 


73!

Isnin, 16 Oktober 2017

Mencari komponen kotak 19" Custom

Siri abam bob jalan-jalan jalan pasar ke 13...

Hari ini meredah hujan menghantar barang. Saya sempat singgah ke 2 lokasi tak jauh yang mana merupakan pembekal kepada case di jalan pasar untuk membeli tangkai pemegang kotak. 

Ada 2 kedai yang membekalkan kota-kotak ini di jalan pasar, Procase

Satu lagi ialah Unicase, tak jauh dari Procase. Kalau lalu Lebuhraya menghala ke Tol Sg Besi selepas Lapangan Terbang KL akan perasan sebelah kiri.


Dalam satu kedai kelihatan pekerja sedang menyiapkan case.


Antara case yang telah siap


Katanya syarikat Entertainment order.


Antara parts yang dijual


Tetapi saya mencari Railing ini saja


Ada banyak jenis railing 19" rupanya.

Banyak syarikat entertainment, oudoor event dan syarikat yang sering membawa alatan yang menggunakan kaedah penyimpanan peralatan dalam kotak begini. 

Mungkin anda mempunyai idea dengan kotak-kotak ini untuk memasukkan radio anda ketika aktiviti field day?

73!

Sabtu, 4 Februari 2017

Siri Jalan-Jalan di Jalan Pasar


×××××××××××
Siri Abang Bob jalan-jalan di Jalan Pasar (tahun lepas punya)
×××××××××××

Dulu2 bagi peminat DIY kit projek elektronik, banyak kits2 elektronik yang boleh dicuba. Kits ini merupakan satu set komponen elektronik berserta PCB yang telah siap dan arahan cara memasang komponennya. Apa yang perlu hanyalah asas kemahiran membaca nilai komponen elektronik, soldering iron dan pemotong komponen.

Anda pasti teringat kembali nostalgia membina kits elektronik pertama anda semasa mula2 meminati hobi ini kan?

Jika anda ke kedai2 elektronik terdapat ratusan projek yang boleh dicuba. Dari morse code Modulator, Siren, LED Flip Flop, telephone ringtone amplifier, Stereo Amplifier, power suply 12v, dan banyak lagi. Ada juga kits2 ini sudah tidak relevan dengan era sekarang. Banyak kits diy ini dibuat sendiri oleh kedai yang di copy dari kits asal dari luar negara.

Petang tadi selesai solat jumaat, sementara menunggu 9M2OOO mengubah kenderaan beliau yang parkir disebelah kenderaan saya, saya sempat ke satu kedai lama di Jalan Pasar KL mencari jika ada lagi kits projek DIY elektronik bagi pre Amp 50Mhz yang pernah saya beli bersama saudara zaiful 9W2MZY tahun 2005 dulu.. malangnya sudah tiada lagi stok.

Tambahan dengan kemudahan internet, litar projek2 elektronik ini dah banyak di internet dan boleh dibina sendiri tanpa perlu membeli kit sediada. Tetapi bagi anak muda yang baru berjinak2 dengan hobi elektronik, kits ini amat mengujakan.

Saya sempat mengambil gambar beberapa projek DIY elektronik jenama Kemo buatan German yang popular tahun 80an yang mungkin nostalgia buat anda.



Mini VHF Oscilitor


IC Radio HF-MF-LF dan juga MW-KW-LW


Microwave Leakage Tester


12V-18V 10A Power Supply


12V-18V 10A Power Supply


12V-18V 10A Power Supply


Ini kit pembelajaran terbaik sepanjang zaman.. tentang sains elektronik


MF Oscilitator


Nak buat sendiri meter pengukur Induktor?


TV Oscilator


High Voltage diod... Stereo IC. Ini kat kedai Nixie


Radio transformer etc..

Hingga jumpa lagi! 73!!

Sabtu, 19 November 2016

Tips mencari kedai komponen elektronik di Pekan Muar


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Atas pertanyaan dan bantuan sahabat-sahabat yang baru berhijrah di muar.. saya kemaskini 3 kedai yang ada menjual komponen elektronik di pekan Muar.

Awal tahun ini saya ditugaskan agak lama di sini. Kesempatan ini sempat saya tanyakan pada 9M2ESM lokasi lubuk-lubuk komponen elektronik. Muar suatu bandar yang tak kurang hebatnya. Seperti Kluang yang mempunyai kedai refurbish enjin diesel terutamanya untuk kegunaan jentera sektor perladangan, Muar juga ada kelebihannya.

Di sini terdapat 3 (atau mungkin lebih dari 3) kedai membekalkan komponen eletronik. Kedudukan kedai-kedai ini agak berterabur tetapi dalam bandar Muar.


Perhatikan penandaan kedudukan kedai-kedai di atas.


No. 1 - TS elektronik.. depannya kuil hindu jalan meriam. Banyak barangan elektrik campur-campur.



No. 2 - Welling.. Jalan Ali.. seberang jalan ya hotel. Bisnes agak slow.



No. 3 - Caltona, landmark.. seberang jalannya ada kedai tayar warna hijau. Banyak komponen industri di sini.

Diharap perkongsian ini membantu bagi sahabat-sahabat yang mencari komponen elektronik ketika memerlukan di Muar.

Hingga jumpa lagi.. 73!


Khamis, 10 November 2016

Siri Jalan-Jalan di Pasar Road : Dimana Connector murah di Jalan Pasar?


Siri Abang Bob Jalan-jalan di jalan pasar
XxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxX 
Ini bukan iklan.. hanya membantu sahabat mendapatkan connector pada harga munasabah
XxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxX 
Ada banyak sahabat-sahabat radio amatur yang rajin homebrew. Suatu masalah utama dalam homebrew ini ialah kos membeli komponen yang ternyata agak mahal.

Antara komponen yang dikira mahal ialah connector yang popular seperti SO238, PL259 ( dikedai di sebut UHF connector), BNC, SMA dan banyak lain.. variasi connector jenis ini juga pelbagai samada kita mahu menggunakan pada kabel RG58, RG8, RG213 dan banyak lagi.

Bagi membantu rakan-rakan mendapatkan connector pada harga yang munasabah, saya telah melakukan survey di jalan pasar dan terdapat 1 kedai yang dikira murah juga. Nama kedai ini Instraco... dan lokasinya terletak pada baris tidak jauh dari stesen minyak Petron. Rujuk gambar akhir...

Misalnya PL259 (disebut UHF dikedai ini), ada 3 kelas... Jepun, Cina, Taiwan.. heheheh tu kedai cakap la... PL259 paling murah adalah RM2.80 satu manakala soket penyambung antara PL259 hanya RM1.80. Bagi yang mencari PL259 yang Gred A Silver plated , ada satu kedai di Sitiawan menjual PL259 jenama Amphenol hanya RM8 sahaja! Di RS Component seunit RM59!. Tak mengapa.. yg tu nanti ada 'siri Abang Fahroe kena outstation' nanti.

Bagi yang mencari SO239 untuk dibuat base atau kereta, seunit (yg china) hanya rm4.50.

Itu belum lagi N-Type connector dan adaptor penukar misalnya BNC ke SO239.. male to Female... SMA ke BNC dan banyak lagi pada harga yang munasabah.

Walaubagaimanapun saya percaya lambat laun harga connector ini akan berubah apabila kedai ini restock kembali barangan yang dah habis kerana harga semasa connector di pembekal sekarang pun dah berubah kerana nilai RM yang tidak menguntungkan.

Semoga info ini membantu anda... diharap dapat menjawab pertanyaan rakan-rakan dan membantu anda lebih berani homebrew!

73


Nak diskaun cari orang baju hitam ni.


Antara Headphone berjenama (mungkin tiruan juga)


Ini agak popular. Ketika beli dalam RM4.50 satu.. satu lagi yg mahal RM6


Ni kedainya... Tak jauh stesen minyak


Borong mana patut.. soket penyambung SO239 tu baru RM1.80 satu.. dan PL259 Chinna kata kedai baru RM2.80 satu.


Ahad, 30 Oktober 2016

Bagpacker bajet ke Moscow - Misi mencari kedai radio

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama pos ni yang saya masih draf, entah bila nak mengisi. Ianya berkisar misi mencari komponen valve di moscow.. saya terlupa nama-nama tempat yang saya pergi.. layan ajer gambar-gambar huhuhuh..


Akhbar dalam flight dari Ho chi minh City ke Moscow..


Apa nama entah, Ismailova, suatu tempat flea market terbesar di Moscow. Banyak barangan lusuh dijual disini terutamanya komponen elektronik. Ada juga senjata api AK47 dan RPG juga dijual secara terbuka.


Antara shoot gambar yang saya sempat potretkan.


Bau babi panggang menyebabkan perut saya terasa lapar.. dengan suhu 1 Darjah Celcius.


Dari jauh..


Antara lukisan yang cantik.


Banyak penjual belum membuka kedai lambak masing-masing


Menghala ke pasar basah dan lokasi kedai gadget di pinggir moscow.. Gorbushka


Ok la.. ada indoor dan outdoor market.


Lambak..


Fuhhh..


Makanan dalam tin 


Syampoo.. ubat gigi etc..


Kimchi dan sayuran jeruk..


Pergi ke mall yang menjual gadget yang hanya sebelah sahaja Gorbushka.. Freq Jammer..


Kaki shortwave mest minat radio ni.


lagi.


Tecksun


Harga juling mata...


Kedai radio yang menjual pesawat pemancar radio amatur, harga tidak berapa menguntungkan.


HF tak banyak..


Jalan lagi..


Kembali keluar menuju ke stesen metro untuk kembali ke Arbatskaya.. malam sudah


Sardin..


Keesokkan harinya keluar ke stadium moscow... Locomotive Moscow.


Ada pameran modul satelit russia di stesen dekat stadium.


Singgah makan tengahari di market di Tsiritno, tren moscow memang klasik dengan kekerapan 1 minit.


Lihat-lihat kedai radio lagi.


mmmmmm....


Layan...


Suasana subway di moscow


Misi seterusnya ke Mitino.. juga syurga barangan gadget.


Valve terpakai... terlalu usang.


Mmmm...


Dalam ni mall yang jual barangan gadget.


Mahal..


Tengok ajer..


Saya dah hilang minat barang-barang radio. layan pulak benda lain.


Metal detector 


Haaaa... ni jalan pasar versi Moscow... Tsauritsino


Kena masuk dalam lorong-lorong ni.


Rambang mata weh..


Apa yang mau? Semua ada.. nostalgia parts pun ada wehhh...


Layan..


Layang lagi..


Kedai jual radio..


Komponen Klasik...


Usang..


Helikopter (istilah mosfet di utara)


Komponen dipamer diluar kedai.


Agak unik... nak order cuma cakap kat tingkap.. atau salesperson akan mengeluarkan kepala dari tingkap dan bercakap dengan pelanggan.


Saya mencari kedai-kedai komponen 2nd hand.


Dah jumpa.. memang banyak..


Pilih ajer..


Kedai radio.. rasanya pebekalan radio di moscow seakan-akan dimonopoli oleh kedai ni.. dimana-mana diorang ni ada..


Kita masuk tengok..


Juling mata bila tengok harganya hehehhee..


Ok la.. komen saya, singapore juga yang murah (bergantung pada kadar tukaran duit ketika tarikh saya lihat radio ni)


Hari terakhir saya mengambil kesempatan untuk melawat ke Victory Perade


Poster propaganda di mana-mana...


Yeah...


Kesan peninggalan kemenangan perang dunia ke 2.


yup..


Ada masjid di belakang victory perade... tulisan di atas dia kata Tandas dan tempat wuduk.


Singgah solat..


Akahirnya dapat juga jejak kaki..


Dihadapan masjid..


National Geography pernah buat liputan meriam ni..


Masjid..


Islam ada di mana-mana... di moscow dapat lihat orang solat di mana-mana.


Poster Propaganda..

ada beberapa lagi kedai yang menjual peralatan radio amatur yang tak sempat saya paparkan disini kerana kehilangan idea.. antaranya CQhamshop yang betul-betul dekat stesen metro Krasnoprekaya, Unicom juga di stesen metro yang samadan Sicom di stesen metro Naga... 


Akhir kata dari saya... Perjalanan hobi radio amatur tidak lengkap jika sekadar berkomunikasi dengan ham radio di seluruh dunia sahaja. Ambil lah kesempatan dengan keluar dari Malaysia dan lihatlah dunia dengan mata sendiri....

Hingga jumpa lagi, 73!


Related Posts with Thumbnails