Anda adalah tetamu ke blog ini.
Memaparkan catatan dengan label 50mhz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 50mhz. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Mac 2020

Filter 50Mhz dan Door Knob High Voltage Capacitor


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya tak ingat bila saya beli High Voltage Capacitor ini. Rasanya tahun 2012 mungkin. Penjualnya mengiklankan di Mudah.my. Kalau tidak silap saya RM11 sebutir. 

Memang mahal tapi agak rare kerana pada ketika itu kapasitor seramik yang boleh mencapai voltage setinggi ini dan se stabil kapasitor ini tidak banyak. Malangnya selepas membuat pengiraan, nilai yang kerap digunakan dalam projek-projek radio amatur bagi kapasitor selalunya bawah 50pF. Terbeli pula 500pF adoii... nak sambung selarikan supaya nilainya akan makin mengecil tidak menguntungkan kerana ruangan bekas yang nak diltetakkannya menjadi besar. Ketika saya ke Europe Hamfest saya temui banyak kapasitor ini dijual di fle market dengan hanya 1 Euro sahaja.


Inilah kapasitornya.


Beli 10 biji... hampir 7 tahun simpan tak guna-guna. Penjual menjalankan kerja refurbish peralatan eletronik kilang-kilang di Penang. Saya dapat rasakan kapasitor ini adalah leraian komponen Test instrument dari syarikat Agilent mungkin.


Masa bungkusan sampai

Antara projek yang kapasitor begini amat berguna ialah Band Pass Filter.






Antara projek yang boleh anda temui. Lihat Value kapasitornya... semua main bawah 50pF.


Selain komponen dalam litar elektronik, kapasitor ini juga boleh digunakan pada projek antenna. Misalnya trap.


Nilainya rendah saja. Kalau menggunakan 500pF, pengiraan saya menunjukkan bilangan coil akan bertambah, semakin panjang dan ini sangat tidak praktikal.


Kapasitor ini ngam-ngam muat dalam PVC. sangat cantik.

Terkini ketika artikel ini ditulis, semua kapasitor telah pun tiada. 5 darinya saya buatkan grounding bagi UNUN 9:1 end feed antena saya dan 5 butir lagi telah saya jualkan pada sahabat Ham Radio 9M2FUL dari Terengganu.

Hingga jumpa lagi, 73!  




Moxon Antenna


6m band... atau 50Mhz adalah magic Freq!
Adakah anda berminat? Saya akan mencuba aktif sepanjang program 21hb dan 22hb Mei di Banting nanti.
Bacaan sahabat senior di blog beliau (9M2ESM) amat mengujakan... lagi2 jarak capaian freq ini lebih dari di 144mhz (LOS). Juga jika nasib baik Sporadic E dan propagasi dapat membantu Insyallah.
Semoga akan wujud SPECIAL INTEREST GROUP (SIG) 6M di malaysia😊😊😊😊
P/S: Gambar di bawah Moxon antenna dengan kos homebrew tidak sampai RM30...... tunggu apa lagi?? Hehehheh
×××××××××××××××××××××××××
Bagaimana membinanya? Lawati w4.vp9kf.com/moxon_design.htm
Masukkan freq dan diameter material yang akan digunakan. Nah! Siap satu design moxon anda ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š
XxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxX


Isnin, 18 April 2016

Baikpulih Pengulang Pulai Dan Field Day Puncak Pulai


Setelah sekian lama... dalam draf, saya pos kan jugak lah.. hahahhaha

Sedikit gambar aktiviti baikpulih repeater Jasra 2 tahun lepas dan untuk memastikan repeater berkendali baik. Kami bermalam di atas lokasi repeater... sambil menyelam sambil minum air.. DXing!! hhuhuuhu

Saya mengambil kesempatan untuk menguji beberapa antenna homebrew.


Lupa nama sabahat kita ni.. orang kuat Jasra dan pemilik landrover.



Radio milik chong.. dan antenna homebrew nya.


Diskusi...

Menu makan tengahari.. boleh tahan!

Kenderaan sedia untuk mendaki
Gambar selepas tapak khemah kami dilanda hujan dan ribut... 

  
Setup khemah


Santai..

Pemandangan tapak DXing



Radio dibungkus rapi... hujan akan datang lagi.


Antara antenna homebrew yang diuji


Ada lagi kenkawan yang belum pasang khemah.

Sesi setup antenna
lagi....


Suhu malam cuma 22 Celsius, ok la tak sejuk sangat...


Santai.. baru lepas hujan


Pasang antenna Delta Loop


Setup meja radio


Delta loop


Antenna Magnetic Loop  40m band

Tiba-tiba awan kelihatan gelap.. hujan akan turun lagi


Kunci utama mahnetic loop saya...


Antara antenna yang diuji.. Qubical Quad 2m, Moxon 6m, Yagi 2m

Satu lagi pasukan naik ke tapak repeater untuk maintainance

Betul kan antenna


Ikat ke pole


Penangan ribut... patah


Ok dah siap...


stacking 2 unit qubical quad.


Repeater milik Jasra


Antenna yang patah telah dinaikkan

Suhu tiba2 turun... bercakap pun dah berasap beb hehehe

  
Hujan turun..
  
Ribut..
 
Suhu 22 Celcius

Berlindung kat bangunan pasal kilat ada wooo


Matahari dah mula turun..

 

Delta loop di 28mhz


Malamnya aktiviti DXing bermula...


Dah cerah...

  

Sesi sarapan...


Dan berakhir program maintainance repeater dan Dxing satu malam di atas Gunung Pulai..


Gambar masa buat qubical quad di rumah..


Dan moxon 6m antenna pada kos tak sampai rm15...


Rumusan dari program Dxing di atas Gunung Pulai... lokasi yang tak cantik sebab QRM yang tinggi walaupun window ke negara tertangga terbuka luas.

73!



Related Posts with Thumbnails