Anda adalah tetamu ke blog ini.
Memaparkan catatan dengan label Jakarta Hamfest. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jakarta Hamfest. Papar semua catatan

Rabu, 14 Jun 2017

JAKARTA AMATEUR RADIO FAIR 2017 (JARF)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berita baik buat sahabat-sahabat radio yang berminat untuk mempelajari malahan merasai pertandingan mobile fox hunt, walking ardf, slalom dan banyak lagi... Jakarta Amateur Radio Fair 2017 yang akan diadakan di Ancol Beach City Jakarta pada 15 dan 16 Julai 2017.

Ambil peluang ini kerana sahabat-sahabat dari Orari Indonesia amat berpengalaman menganjurkan acara-acara begini. Untuk maklumat lanjut bolehlah melawati laman web rasmi acara di  https://jarf2017.com


Kredit dari laman web acara.

Terdapat sahabat-sahabat dari MARTS yang juga akan ke sana nanti. Insyallah semoga banyak yang dapat dipelajari. Untuk Tips, tiket penerbangan pergi balik adalah di bawah RM600 ketika artikel ini ditulis. Terdapat banyak penerbangan murah seperti airasia, malindoair, MAS dan flight transit KLM yang menawarkan harga berpatutan..

Semoga membantu anda!

73! 






Rancangan backpacker ke Europe Ham Radio Festival

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

10 tahun lepas saya sering mendengar cerita dari Haji Rashid Sultan 9M2RS tentang perjalanannya ke Europe Hamfest dengan Pak Dahlan 9W2DJ dan Hassan 9W2CCW... dengan gaji yang cukup-cukup makan memang mengigit jari kalau nak ke festival begini lagi-lagi di eropah. Mujur negara tetangga kita iaitu Indonesia juga mempunyai festivalnya yang juga cukup meriah. Dapat la merasa huhuhuhu... Kalau nak lihat festival di Indonesia boleh klik link label jakarta hamfest di bawah.

Rentetan dari perjalanan kami 2 tahun lepas ke Tokyo Hamfest, kami bercadang ura-ura mahu ke festival di eropah. tetapi kebetulan tarikh festival ini jatuh pada musim raya.. alamak!. maka tertangguh lah trip 2016. kami mula menabung sejak 2016.

2017, kebetulan pada januari lepas Malaysian Airlines (MAS) ada menawarkan tiket ke Eropah serendah RM2k return! tanpa berlengah masa kami mencuba nasib.

Dan bermula lah rancangan saya dan Fadhil 9W2WF untuk bagpack dengan bajet serendah yang kami mampu untuk ke Europe Hamfest yang akan di adalakan pada 14 ke 16 Julai 2017.

Perjalanan yang kami rancang ialah dengan menaiki pengangkutan awam bermula London UK(tiada pilihan sebab MAS murah ke sini), kemudiannya masuk ke Paris dengan bas, ke Mulhouse dengan TGV (tren laju)... tapi terpaksa tukar ke Zurich Switzerland (ya Allah mahal giler hotel-hotelnya) sebelum merentasi tasik dengan feri menuju ke bandar Friedrichscafen Jerman. Kemudiannya kami merancang untuk bertandang ke Munich dan menonton bola di sana... Dan terbang ke Istanbul untuk melawat selat Bhosporus, Arya Sofia dan masjid biru. Kami memilih transit di Dubai UAE sebab sahabat saya Fadhil nak melihat Burj Khalifa sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan dijangkakan mencecah 11 hari dengan bajet RM3500 seorang all in.. memang agak sukar tapi Insyallah rasanya kami mampu cuba. Dengan tabungan yang ada dan ikat perut huhuhuhuhu....



Setelah pecah tabung tong gas aircond... ini hasilnya..


 Tawar menawar...


Pemandangan Flea Market..


Pengenalan asas elektronik pada kanak-kanak yang menarik minat kami.


Semoga kami berjaya sampai di sana Insyallah...

Untuk makluman festival ini adalah antara 3 festival radio amatur yang terbesar di dunia selain Dayton US dan Tokyo Jepun. Maklumat lanjut mengenai festival ini boleh lawati laman web http://www.hamradio-friedrichshafen.de/ham-en/  .

73!



Sabtu, 29 Oktober 2011

Bingkisan Oktober dan perjalanan ke Kota Betawi

Assalamualikum dan salam sejahtera...

Sudah sekian lama saya masih sibuk dengan urusan kerja di Johor Bahru. Entah mana perginya idea-idea yang banyak ini hendak dilaburkan :).

Baiklah, coretan kali ini banyak pada gambar... mungkin gambar-gambar ini mampu memberi idea pada saya.

Ini ialah meja kerja saya di JB... jika anda perasan, meja saya hampir patah 2 ditengah-tengahnya hahahaha... mungkin kerana beban kerja. Tetapi itulah realitinya, sudah 2 tahun di sini tetapi masih belum berganti.



Jam baru.. mmmm, bila masa pula upload mmmn.



Ini merupakan hasil tangkapan saya semasa di Jakarta Hasmfest. Waaa... High Voltage capacitor. Masa beli ni dengan harapan nak buat macam-macam... saya hanya dapat membeli 1 unit sahaja manakala baki nya 4 unit (atau 3 jika tidak silap saya) di sapu dek Cikgu Azlan. aduhai.. kalau tak dah complete projek final valve amplifier hahahaha.. :)


Perhatikan saiz syiling 10sen yang diletakkan untuk perbandingan.


Perbandingan tambahan, tangan Mutalib 9M2SQL dalam gambar diatas untuk perbandingan saiz. Besar betul...


Biasala... sebagai travel agent semasa kawan-kawan di Jakarta. Kami memilih KLM kerana pesawat ini memberi ruang bagasi yang lebih besar sekiranya hasil tangkapan agak berat.


Seramai 10 orang semuanya.. 9M2NZ, 9W2AQ, 9M2YRS (ya ka? maaf sebab tak ingat callsign pak yob ex 9W2YR) 9M2AGC, 9M2VOL, 9M2VIP, 9M2USB, 9M2MCS (Marcus, betul ker callsign ni? maaf sebab saya pun lupa hehehe)9M2RDX dan saya.



Ni gambar masa nak balik


Gambar di atas ialah pertandingan pada hari terakhir iaitu Mobile Fox Hunt. Memang ganas beb.. kalau ada kesempatan saya amat-amat mengalukan para pembaca mengikuti acara ini... kombinasi kemahiran mencari, mengolah, memandu dan menyelesaikan sengketa semasa mencari beacon :)...


Ini dia meter yang digunakan. Tetapi ini hanyalah setup paling ringkas. Jika anda berkesempatan, lawati picasa saya dan lihat pada Malang hamfest.. jauh lebih banyak setup yang hebat-hebat.


Sedikit shoot lagi. Bagaimana mobile foxt hunt ini dijalankan? Insyallah nanti akan saya terangkan pada posting-posting yang akan datang.


Yang ini merupakan jaguh kampung menurut teman-teman di sana... hahahaha... no komen :)


Untuk dijual.. saya lihat 9M2RDX dua tiga kali usap benda ni tanya harga. waaa.. nasib baik dia beristigfar ;)


Yang ni ialah acara pada malamnya.. meriah dengan pelbagai gelagat warga rado amatur Indonesia. Pelbagai game, kuiz dilaksanakan. Dan hadiahnya lumayan! Telefon bimbit, Radio... :)


Konsert lagi aduss...


Piala kejuaraan.. dari teman-teman Kalimantan


Sedikit shoot...


Bapak Rizal temerloh di kejar peserta hamfest di sana. Ini kerana terdapat satu acara tambahan dipanggil Lumba Eyeball QSO. Peserta harus mendapatkan tandatangan (dan qsl kad) dari tetamu-tetamu acara. Dikhabarnya mata tertinggi ialah dari stesen luar Indonesia.. hahaha.. tambahan pulak Rizal ialah stesen paling popular kat HF. habisss :). Nasib baik saya tidak memakai topi bercallsign. Jika tidak saya mungkin senasib nya ;).


Ini ialah Cross Rotary Dipole yang dibeli oleh 9M2VOL. Mahu lihat gambarnya? kena pi rumah beliau :)


Pembungkusan antena (batang pancing istilah kami) dilaksanakan. Model terbaru kot, Shorted Rotary Dipole kalau tak silap :).


Dipentas....


Suasana pertandingan CW. Majoriti yang mengambilbahagian adalah wanita! dan diperingkat saringan juga agak sengit. Pak Lubis YC5PSC, Pak Lubis Guru yang mengajar CW di Jabatan Laut di Batam pun tewas. Saya dan Rizal temerloh sempat melihat ada peserta yang berlari keluar dari kawasan pertandingan kerana stress ketika sesi listening. Waaa... dan ada yang muntah-muntah beb. Tetapi ada calon wanita (jika tak silap saya selalu dengar di CW net) secara santai menghisap rokok sambil menyalin mesej CW :).


Satu komuniti DX di sana...


Di Glodok, satu kedai yang dahulunya agak popular. Insyallah nanti saya akan ulaskan sedikit tentang apa yang saya lihat di Glodok. Pasar Glodong bukan lagi syurga buat ham radio kerana beberapa toko amatur radio di sana sudah tidak lagi aktif atau bahasa mudahnya, bisnes radio amatur tidak lagi menguntungkan. Tambahan pula 2 kedai utama di sana sejak kematian pemiliknya, hanya berat kepada kormersil yang jauh lebih berdaya saing.


Sedikit gambar di sana. Acara kali ini tidak sebesar Jakarta Hamfest 2007.


Teman-teman saya melintas jalan ke tempat acara berlangsung


Pemandangan malam monas.


Ramainya orang bersiar santai...


Juga sahabat-sahabat radio dari malaysia yang mengambil peluang bersantai. Katanya jarang dapat lihat begini hahahahhaa.. asyik lihat twin tower ajer kat kl.


Fligh pulang....


makan malam di sana... disana sini blackberry saja.. duh.


Masa untuk pulang


Pengurup wang sambilan di airport.


Sampai kat malaysia dahhhhh..... sambung kerja. kena pi refreh balik.


BBq dipantai.. ni sahabat saya, masa kat Germany diorang ni asyik gathering ngan bbq. Balik Malaysia, dah jadi habit katanya :).


Pi pasang skru....


Rumah abang aziz 9M2AU.... biru-biru ni kalau saya bikin mata malap.... dan zzzzzz hehehee..


Kat kedai sahabat ku...

Semasa di jakarta ada teman yang memberikan setem ni. Katanya ada kaitan dengan festival radio... mmmmm hint? :) Cuba-cuba google ya.

Demikian ajer catatan saya yang tak seberapa.. maaf atas bahasa yang saya gunakan sebab terpaksa menulis seringkas yang boleh. Almaklumlah di cybercafe yang tak ergonomik.

Jika ada peluang Insyallah saya akan menulis dengan lebih baik ;)....

Hingga jumpa lagi!

Assalamualaiikum!!

Ahad, 25 September 2011

Jakarta Hamfest Bulan Depan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pak yob 9M2YR ada menelefon saya tentang Jakarta hamfest minggu depan. Saya agak 50-50 samada akan pergi atau tidak kerana keutamaan adalah pada keluarga baru saya :). Besar kemungkinan tidak akan hadir.

Berikut ialah maklumat acara:

Nama acara : Jakarta Hamfest 2011
Tarikh : 22-23hb Oktober 2011
Lokasi : Lapangan IRTI Monas

Jika ada yang berhajat ingin ikut serta boleh lah menalipon Pak Yob atau Pak Lah 9W2HOZ ( http://9w2hoz.blogspot.com/2011/05/hamfest-orari-dki-jakarta-2011.html )

Sedikit gambaran hamfest yang telah saya hadiri pada 2007 boleh dilihat di https://picasaweb.google.com/anacoz85/DiMonasJakartaHamfest2007#






Terdapat 3 perkara yang menarik ketika Hamfest 2007 iaitu CW Contest, ARDF dan Jualan Flea Market. Tetapi kali ini saya agak kurang pasti apakah acara kali ini agak besar atau tidak.

Disebalik kepadatan aktiviti ketika hamfest 2007, kami sempat beramai-ramai ke Harco Glodok mencari perkakasan radio amatur.. Dapat jugak membeli 2 unit rotary dipole 80/40m band. Setiap satu berharga tidak lebih RM300.

Mungkin hamfest kali ini tidak sebesar tahun 2007. Apapun bagi rakan-rakan yang akan ke sana semoga berjaya dan enjoy hamfest.

Kita mungkin tidak mampu melaksanakan hamfest seperti teman-teman radio amatur di Indonesia :)...

Sekian..

P/S: Bagi yang berminat dengan pertandingan-pertandingan berkait rapat radio amatur bolehlah mengunjungi acara ini.. Lomba Antenna, Lomba Rakit Antenna, Lomba rakit Pesawat Pemancar, Lomba QSO, Lomba Eyeball QSO dan banyak lagi.

P/S: Juga yang akan hadir ke sana jangan lupa bawa QSL KAD kerana ini amat penting bagi tema-teman radio amatur di Indonesia bertukar-tukar qsl kad untuk mempertingkatkan lesen mereka.

Khamis, 18 Jun 2009

Jakarta Fox Hunting 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

ORARI DAERAH DKI JAKARTA AKAN MELAKSANAKAN JAKARTA FOX HUNTING 2009 YANG AKAN DILAKSANAKAN PADA HARI MINGGU, 12 JULI 2009 DI LAPANGAN IRTI (SILANG MONAS), JL. MEDAN MERDEKA, JAKARTA PUSAT.
Ini bukanlah hamfest tetapi satu pertandingan satu hari sahaja sukan radio amatur. Baik untuk belajar ;)
73!

Selasa, 6 Mei 2008

Titik mula untuk ARDF

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sedikit maklumat dari Koran Surya (Surat Khabar Surya) bertarikh 4 Mei 2008 mks 17 keluaran Surabaya buat tatapan pembaca.



Dan kenangan-kenangan saya mendapat sijil dari Panitia Acara. Di sini dipanggil Piagam Penghargaan ;)

Tapi tak boleh lawan yang ini, sebab champion punya hehehe... siap masuk fox hunting wakil malaysia :) (Gambar diciplak dari 9W2SQ)

Juga tidak lupa Pak Aam YC3GZA yang sudi meluangkan banyak masa pada kami dari Malaysia. Risau saya kerana layanan Om Aam terlalu baik hinggakan tidak mungkin saya dapat membalas setimpalnya. Terima kasih Om Aam :)


Juga Om Jyoko Yc3OS yang sudi menanti di Airport (Bandara Juanda) ;). Harapannya Om Jyoko sudah menerima T-Shirt kenang-kenangan dari kami ketika membaca posting ini.... :)

Juga tidak lupa kepada sponsor penerbangan saya kali ini dan bank wang bergerak Pak Yob 9W2YR hehehe... Insyallah saya akan bayar terdekat ini bakinya nanti :p

Dan.. titik mula saya untuk lebih enjoy dalam hobi ini. Insyallah mungkin lebih kepada penganjuran dari menjadi peserta ;)



Demikian.. khabarnya Mares akan mengadakan bengkel Fox Hunting bulan ini. Manakala penganjuran di Sabah (Tuaran Hamfest) amat berjaya dalam aktiviti field day yang lepas. bagi yang berminat terdapat komuniti yang aktif dalam aktiviti ini di Malaysia iaitu Marts MyArdf. Para pembaca boleh melawati ke http://www.myardfsport.com/ .

Oh!! dimana IC-2N ku... hahaha....
73!!
Related Posts with Thumbnails