Anda adalah tetamu ke blog ini.

Rabu, 1 April 2020

Variable Capacitor untuk Magnetic Loop


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Saya ada ternampak sahabat ham radio yang berkongsi tentang projek membina viariable capacitor untuk magnetic loop. Memang agak kritikal untuk memilih variable capacitor yang sesuai untuk antenna ini. Jika berjaya membina nya memang hebat. Ini kerana proses memotong bilah kapasitor yang perlu teliti dan melaras jarak bilah yang mesti seragam.

Jika anda bernasib baik dapat memperolehi variable capacitor yang mempunyai julat yang besar seperti 18pF hingga 300pF adalah suatu bonus. Tetapi bagi kegunaan magnetic loop, capacitor mestilah mempunyai keupayaan untuk mengendalikan RF yang tinggi. Sebaik-baik capacitor yang mempunyai jarak antara bila melebihi 2mm adalah ok tetapi jika kurang dari itu elakkan kerana apabila anda berkendali melebihi 5 watt kuasa pancaran, akan terhasil arka yang akan merosakkan radio anda.

Jika jarak bilah capacitor kecil, mungkin magnetic loop anda hanya sesuai bagi aktiviti monitor sahaja.

Berikut ialah variable capacitor yang saya pernah perolehi dan gunakan dalam magnetic loop sahabat saya 9W2WF.


Telah siap dimasukkan dalam casing dan menggunakan knob jenis seramik agar tidak terkena renjatan dan mengganggu proses tuning loop.


Bukaan dalam


Menggunakan jumper yang akan diskru pada magnetic loop


Pandangan depan.


Sebelum dipasang


Casing ni agak murah cuma RM4 sahaja di jalan pasar.


Siap diletakkan label bahaya.

Capasitor ini saya perolehi dari Tokyo Hamfest pada 2014. Ianya asalnya adalah digunakan dalam RF Linear. 

Semoga ianya bekerja dengan cemerlang dengan magnetic loop milik 9W2WF.

73!


Related Posts with Thumbnails