Anda adalah tetamu ke blog ini.

Sabtu, 14 November 2009

Ketidakpuasan blog dan Antena 9W2GTR

Assalamualikum dan salam sejahtera.

Saya banyak menerima emel bertanyakan pendapat saya tentang laman web saudara 9M2MGL. Malahan ada yang meminta saya mengulas pada masyarakat radio amatur tentang pendirian saya, ada yang juga katakan saya dayus kerana memegang kelas lesen yang dianggap maksum untuk ditegur.... gila ka? Semua pemegang radio amatur adalah sama... kelas A, Kelas B, Novice, Penegak etc...Jujur saya katakan ada saya enggan mengulas lanjut apa yang ditulis beliau kerana dua peraturan ini:-

1) Blog adalah medium mengutarakan pendapat peribadi individu.
2) Jika berlaku percanggahan pendapat dari para pembaca sila ikut no 1 di atas.

Itu lah pendapat saya. Saya menghormati semua penulisan blogger. Memang ada yang saya tidak puas hati apabila membaca blog orang dan apa yang saya lakukan ialah mengelak membaca blog beliau. Walaubagaimanapun tindakan itu menyebabkan saya makin jauh dari isu semasa. Akhirnya saya memutuskan untuk membaca tetapi mengelak untuk memberi respon... Sekurang-kurangnya saya tahu isu semasa. Dan ilmu yang saya tak tahu banyak lagi kadang-kadang terselit. Mmmm... lumayan kata abang Cep Odeng dari Kota Palembang.

Owh.. lupakan semua itu. Hal tu kan remeh temeh. Ingat kembali, kita ni nak main radio.... biarkan mereka dengan harapan mereka. Tidak semestinya kita ikut. Misalnya saya, saya lebih enjoy homebrew dan homebrew...... entah la, rasa macam seronok bila dapat jimat duit melalui membangukan sendiri peralatan tersebut. Misalnya ATU... hangpa tau berapa harga dia? Sebulan gaji saya. Bila dapat kapasitor boleh laras, buat gegelung sendiri akhirnya saya berjaya ada sebuah ATU sendiri. Bakinya dapat la saya makan KFC dinner plate (3 ketul ayam)... bluurrpp Alhamdullillah.

Power supply buat sendiri.... nasib baik kawan-kawan yang sama susah faham dan gotong royong bantu buat power supply pertama saya. Tu bab yang saya enjoy tentang radio ni... ingat lagi saya tanyakan para pembaca dimana kecenderungan anda dalam hobi ini? Jika kecenderungan anda ialah berkomunikasi maka teruskannya... jika anda cenderung dengan bermasyarakat atau aktiviti outdoor dalam hobi ni maka teruskan. Memang ada orang yang mempromosi kecenderungannya tetapi adalah hak anda untuk memilihnya. Jangan stress...

Melekat pada apa yang ada suka... jangan kerana terpaksa, egois atau nak jaga maruah (kononnya) sehinggakan anda membebankan diri untuk mencapainya. Akhirnya ia ditutup dengan sumpa seranah. JANGAN JADI LALANG.

Ini adalah pendapat peribadi saya... anda mahu ulas ulaslah. Saya akan membantu anda semua seberapa yang termampu tetapi saya tidak akan sama sekali memaksa anda mengikut apa yang saya enjoy dalam hobi ini. Jangan patah semangat untuk tingkatkan kelas lesen radio anda semata-mata hal remeh temeh ni.

Bagi mereka yang sedang berjuang untuk peperiksaan CW usah khuatir.. kan ia adalah batu loncatan... kalau nak praktik lepas tu Alhamdullillah, jika tidak mahu pun tiada masalah. Anggap ia cabaran saja.


OK.. TUTUP BUKU. Kepada yang mendesak saya dengan kata-kata pedas dalam emel. Maaf buat kamu, saya ialah saya. Saya suka apa yang sedang saya buat. Kalau anda mahu,mintalah pada orang lain.


Huh.. minggu-minggu yang panas. 2 minggu lepas saya kerap berulang alik ke Puchong. Masalah kewangan yang memuncak memaksa saya melakukan kembali kerja-kerja lama. Mengambil upah mengecat rumah, kerja-kerja kontrak.. tarik kabel astro etc. Minggu ni masih lagi survey jualan dadih. Peti ais akan datang rasanya cukup untuk mulakan jualan dadih di kawasan perumahan dan sekolah di kawasan sini. Mudah-mudahan ia membantu kewangan saya.

Teringat masa belajar di Shah Alam dulu, meniaga berus gigi dari pasar malam ke pasar malam daerah puchong dan kajang. Owwhhh.. nostalgia!! :)

2 minggu lepas saya diajak oleh saudara hakim 9W2HKM ke kota singapura mencari barangan radio di Sim Lim. Kos ke sana yang agak mahal membuatkan saya agak berhati- hati berbelanja. Nasib baik beliau mendahulukan wang.

Sampai di SimLim Tower terserempak dengan 3 orang ham radio yang saya kenal dari Kuala Lumpur. Jam 8pg dah terpacak di sana.



Ntah apa yang rakan-rakan ni buat awal pagi sana pun saya agak kurang pasti.




Ni pulak ada barang dari kawan-kawan yang dah beberapa minggu belum dituntut di rumah saya... kalau hangpa ternampak faham-faham la... cepat oiii amik.


Ni ialah trap dipole yang saya buat. Terima kasih pada 9M2VIP dan 9W2GTR atas sumbangan trap dan kabel. Juga 9W2GTR, maaf kerana merembat 2 PL259...ada rezeki nanti saya ganti balik hehehe... Total kos membuat antenna ini adalah RM30 tidak termasuk Balun. Kalau tak ada balun anda boleh buat sendiri atau menggantikan dengan menggunakan Ribbon kabel sepanjang 21 kaki yang disuap pada antenna. Kemudia baru disambung pada kabel 50 ohm.

Owh terlupa saya, terima kasih 9M2RS atas bantuan anda.. Gambarajah antenna ini boleh dilihat pada http://www.arrl.org/tis/info/Trapped.html manakala anda boleh lihat antena ini diulas dalam artikel terawal saya tahun 2007 yang lepas.


Trap yang saya buat kali ini adalah versi High Q di mana sentiviti lebih tinggi dari selectiviti.

Ini pula ialah elemen dalam trap antenna ini. Anda cuba googling W8NX Trap Dipole.

Proses pembuatan trap, selepas waktu pejabat. Oh, terlupa saya terangkan. saya menggunakan RG6 untuk trap ini dengan dual trap. Artikel tentang ini tidak terdapat dalam mana-mana rujukan di internet tetapi berdasarkan pengiraan sendiri saya. Biasa nya anda akan terjumpa trap yang dibuat menggunakan RG58, RG59 atau RG174.


Memandangkan RG6 sukar dipateri maka saya banyak menggunakan clamp. Kemudian bahagian itu saya salut dengan hot glue untuk memastikan tiada air yang akan terperangkap dalam gelung dan mengubah faktor aruhan. Kemudian ukuran MicroHenry dilakukan. Untuk trap ini saya memerlukan 120uH.... malangnya, meter tak bawak aduss..




Dah siap..


Gambar di atas ialah 9W2GTR sedang mengayam ketupat hehehe.. bukan ketupat tapi gegelung. Kerja-kerja dijalankan dengan berhati-hati agar mengikut seperti di dalam diagram memandangkan meter untuk mengukur aruhan gegelung tidak ada.


Gegelung beliau yang telah siap.
ANTENNA PARTY
Pada Ahad yang lepas juga saya tidak melepaskan peluang untuk ikut serta dalam Parti Antena yang dikelolakan oleh 9W2MDY, 9M2AGC dan Astra tengah. 2 antenna telah dibangunkan dalam bangkel tersebut. Ladder Dipole dan Trap Dipole.
Kedua-dua memberi perbezaan yang ketara dimana trap dipole memberi sensitivi yang tinggi tetapi selectiviti yang kurang. Manakala trap dipole memberi selectiviti yang tinggi tetapi sensitiviti yang kurang. Semasa sesi membahaskan hasil dari parti antenna ini saya mendapati yang antenna yang paling banyak boleh dipelbagaikan ialah antenna untuk freq HF.
Sangat-sangat berpuas hati apabila kedua-kedua antenna mampu menangkap isyarat dari Jerman pada 40m band. Insyallah saya akan hadiri lagi parti antenna yang akan diadakan pada masa hadapan. Owh.. saya terlepas Flea Market pada hari terbabit. hahaha..


Sedikit gambar selingan.... sahabat saya anak siong yang boleh ditemui di http://anaksiong.blogspot.com/

Majlis sambutan Hari raya aidilfitri Astra tengah..

kaunter pada hari terbabit.
oklah... itu saja coretan saya. Minggu hadapan saya akan kembali ke Kuala Lumpur. Kemudian akan berada diluar negara hingga Jemaah Haji merayakan Raya haji Insyallah. Pulang nanti saya akan ikut serta V17 Dxing penutup bagi tahun 2009. Waduh.. jadual saya makin pada. Kalau la saya masih di Ibu Kota pasti saya akan sertai semua aktiviti radio amatur di sana.
Mmmm.. apa yang saya merapu kali ni.... ngantuk dah.
Hingga jumpa lagi.
73!!
P/S: Usah kecil hati dan terguris ulasan awal saya tadi. Ikut saja Peraturan 1 dan 2... hidup anda pasti bahagia. heheheh.... :)

Related Posts with Thumbnails