Anda adalah tetamu ke blog ini.

Sabtu, 4 April 2020

Field Day dan SWLing Broadcast


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Amat jarang sekali saya mengikuti aktiviti senior ham radio kerana ramai yang sudah tidak aktif. Pada 15 September 2018 yang lepas saya sempat mengikuti aktiviti Malaysian Field Day di Pantai Aceh Pulau Indah Klang. Sebelum ini ada beberapa kali ham radio yang sering mengadakan Dxpedition dan IOTA di sini. Saya, abang Aziz 9M2AU, Mutalib 9M2SQL, Fadhil 9W2WF, Dollah 9M2AAA, bang Aziz 9M2ONE antara yang terlibat.

Lokasi yang yang agak terpenjuru ke laut lepas merupakan satu kelebihan bagi objektif utama Field Day ketika itu iaitu menangkap siaran gelobang Short Wave (SW) dan Medium Wave (MW). Abang Aziz 9M2ONE mencadangkan lokasi ini kerana beliau ingin mencuba merentangkan antena beliau sepanjang hampir 1km! Dan antena ini hanya diletakkan diatas tanah sahaja.

Dan memang pengalaman yang tak dapat kami lupakan kerana pada malam itu beliau berjaya menangkap siaran SW Eropah yang agak rare. Bayangkan jika menggunakan antena biasa seperti G5RV belum tentu dapat mendengar dengan baik, malahan habis kuat pun siaran gelombang pendek dari Chinna, Vietnam dan kawasan asia sahaja. Antara freq yang popular dikejar oleh peminat SWL seperti 5905kHz, 6140kHz, 6180kHz, 7225kHz, 7240kHz, 7280kHz (SW). Untuk rekod Malaysia juga ada memancarkan siaran seperti Radio Klasik di 5.965 MHz (SW). Manakala Radio dari Pattani juga ada menacarkan di 891kHz.

Berbalik pada aktiviti kami pada malam itu, petangnya kami dilawati oleh abang Omar 9W2MCC, Bang Kamsol 9M2MKW, Bang Shaharuddin 9W2SO, Kamal Ikan 9M2VIP dan beberapa lagi rakan radio yang datang memeriahkan acara ini. Terima kasih pada 9M2MKW atas KFC yang dibawa.

Beliau sempat menasihati kami agar berhati-hati kerana terdapat angin lintang yang boleh datang secara tiba-tiba di kawasan itu.


Sampai sahaja di hujung Pulau Indah, kawasan lapang menanti kami. Perhatikan terdapat semak di situ yang merupakan kawasan riadah peminat Para Gliding bermain. Diberitahu Man Belon juga bermain di sini.


Setup kami setelah sampai di lokasi.


Bang Omar 9W2MCC antara yang terawal datang memberi sokongan.


Santai di malam hari sambil mendengar siaran Gelombang Pendek (SW) yang crystal clear! Stesen broadcast dari eropah dapat di dengar dengan baik tanpa ganguan noise.


Mujur Pak Kamsol bawakan 1 barrel ayam KFC hehehehe..


Terdapat beberapa pengunjung di lokasi kami yang menyauk anak ikan todak dengan menggunakan lampu dan jaring buatan sendiri.


Katanya sedap tetapi mereka hanya memilik anak ikan todak yang kecil sahaja kerana kata mereka yang besar banyak tulang. Kamal Ikan antara yang ada ketika itu.


Apabila hari siang, pantai kelihatan cantik.


Juga kami dilawati Abang Salleh (Lupa Callsign) dan keluarga beliau.


Begini setup kami selain antena SW, standard antena kami adalah G5RV, Buddypole dan Magnetic Loop.


Memang betul peringatan Bang Kamsol, malam itu kami dipukul ribut. Habis basah hahahaha.. jadi kami mengambil peluang mengeringkan camp bed dan lain-lain barang sementara tengahari.


Santai bersama sarapan ringkas kami.


Gambar ini amat nosltagia bagi saya.

Sebenarnya terdapat 1 resort tidak jauh dari kami. Terdapat kemudahan tandas dan bilik mandi di sana. Kami malamnya memang mandi di sana dan keesokkannya juga mandi sekali lagi di resort ini dengan sedikit bayaran. Insyallah pada masa hadapan mungkin kami hanya akan menginap di resort ini dan DXing sekali lagi Insyallah.

Apapun, lokasi ini sangat baik dan awasi angin kencang bila-bila masa boleh datang hahahaha...

73!

Related Posts with Thumbnails