Anda adalah tetamu ke blog ini.

Isnin, 13 April 2020

Projek menaikkan Tower Kelab Mares


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya projek menaikkan tower di kelab house MARES ni telah pun bermula sejak 2019 lagi. Setelah kabin kelab dialihkan dari lokasi lama ke atas dataran gelanggang badminton, Tower lama sudahpun patah tidak berganti.

Mujur Dr. Kamil ex-9W2AKF sudi menyedekahkan tower beliau pada MARES beserta Antena Crushshaft A4S. Malangnya antena ini ada elemen yang kurang dan perlu kami tempah dari pembuatnya di US.

Perjalanan projek ini agak lama, dan hingga artikel ini ditulis kami masih belum dapat menghabiskan projek memasang antena A4S walaupun komponen yang ditempah dari US telah sampai.  Ini kerana arahan Perjalanan Terkawal PKP yang diumumkan masih lagi berlanjutan melebihi 1 bulan.

Tahniah diucapkan pada semua team yang telah berusaha menjayakan projek ini. Bang Bujang 9W2BBA, Faris 9W2FXQ, Mutalib 9M2SQL, Fadhil 9W2WF, Agilan 9W2JOQ dan team PBSM yang tidak henti-henti membantu kami, Ashwar 9W2FG,  Hazali 9W2ZLH dan banyak lagi.


Singgah di Bengkel 9W2YET di belakang bengkel Jacky untuk mengambil tower mares yang selesai Galvannized.


Proses memasang segment pertama dan seterusnya. Mujur tapak dah dibesarkan dan diletakkan konkrit.


Proses membersihkan rotator Hy-Gain


Glue diltakkan pada joint kabel


Musang rasmi, 9W2WF menaikkan segment ke 2.


Qualified rigger dan hardness yang digunakan.


Mekanisma yang digunakan atas idea bang Aziz 9M2AU


Tool ini yang digunakan untuk menaikkan setiap segment tower tanpa bantuan skylift etc.


Kebun milik Rukun Tetangga tempatan.


Segment terakhir mengandungi tapak untuk trust bearing dan rotator berjaya dipasang, perhatikan lampu juga dipasang. 


Berjaya di pasang. Sebenarnya proses memasang segment pertama hingga terakhir mengambil masa hampir 1 bulan. Ini kerana kekangan alatan dan perancangan.


Siap dipasang wire guide supaya lebih seimbang dan kukuh.

Demikian projek tower kelab MARES yang telah berjaya dipasang. Fasa seterusnya ialah memasang rotator dan juga antena Crushshaft A4S yang saya jangka selepas raya 2020 ini Insyallah. Semoga apabila lengkap kelak, kelab bolehlah kembali aktif di HF dan kemudahan ini boleh digunakan bersama oleh semua ham radio samada untuk pembelajaran, DXing, Contest mahupun eksperimen.

Saya masih teringat kami kerap pile up stesen eropah suatu ketika dulu ketika tower dan antena lama masih ada dan pile up berlanjutan hingga ke subuh hari.

Hingga jumpa lagi, 73! 

Related Posts with Thumbnails