Anda adalah tetamu ke blog ini.

Jumaat, 3 April 2020

Fox Hunt Beacon untuk ARDF

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Atas pertanyaan ramai sahabat-sahabat yang berminat untuk membina sendiri beacon Fox Hunt, saya lampirkan link rujukan terbaik oleh JE1HOK.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kredit pada Saudara Deen Attan 9M2DA atas perkongsian ilmu ini dan 9W2SQ atas menggerakkan saya untuk mencuba membina litar ini 12 tahun lepas. Dan kami pernah mengadakan beberapa siri pertandingan ARDF dengan menggunakan litar ini dengan sukses.

Kaedah litar ini agak bagus kerana ianya boleh diprogramkan semula ID melalui satu micro suis yang bertindak sebagai CW key (sebab itu satu micro swicth ini sedikit panjang berbanding micro suis satu lagi bagi tujuan reset). Manakala IC utama yang digunakan ialah 16F84A. Tidak banyak kedai yang menyimpan stok IC ini terkini khabarnya, ia perlu di flash dengan program yang telah dilampirkan dalam laman web JE1HOK.

Setiap beacon ini akan diset melalui suis-suis sebagaimana manual. dan setiap beacon akan digandingkan dengan satu pemancar (handy talkie biasanya) sebagai alat pemancar isyarat beacon. Berbeza dengan beacon terkini yang telah siap terbina litar pemancar, kaedah lama ini membolehkan anda melaras freq mana yang dikehendaki dengan mudah. 

Saya masih ada beberapa keping PCB Beacon ini dan jika ada yang berminat bolehlah menghubungi saya melalui email di anacoz85@yahoo.com. Bagi mereka yang berminat membina Litar ini bagi tujuan pertandingan digalakkan membina sebanyak 5 unit bagi melengkapkan ia sebagai satu set pertandingan.

ARDF ialah satu cabang hobi radio yang menarik, selagi anda tidak mencubanya... anda pasti rugi kerana terlepas satu dari keseronokkan sukan dalam hobi radio amatur selain dari komunikasi semata-mata... ;)

Lawati laman web di bawah.... dan jangan lupa komuniti ARDF malaysia di myardfsport.com/ kelolaan 9M2LC - Musang dan 9W2SMF yang berpengalaman mengendalikan beacon ini.
Related Posts with Thumbnails