Anda adalah tetamu ke blog ini.

Jumaat, 3 April 2020

Blazer Singapore


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Blazer Singapore sudah cukup sinonim dengan hobi radio amatur di Malaysia. Manakan tidak ianya merupakan sumber stok pesawat pemancar dan aksesori yang paling murah boleh diperolehi. Saya pernah ke Jepun, France, UK, German, Thailand, Chinna, Turki dan beberapa lagi negara kecuali US... tidak ada yang dapat menandingi harga radio di Blazer.. Serius.

Hatta jepun pun tidak menawarkan harga semurah Blazer walaupun ketika Hamfest.

Bagi ham radio di Malaysia terdapat beberapa Reseller dari Blazer seperti Onecomms, Wave Comms dan beberapa lagi pembekal. Apabila hobi radio amatur semakin suram dan ditelenggami oleh arus Internet, pembekalan radio semakin suram. Reseller di Malaysia ada yang mengecilkan operasi dan ada yang bungkus begitu saja. market radio amatur di Malaysia tidaklah besar seperti jepun dan Indonesia.

Penangan ini sejak awal lagi dirasai, lihatlah Glodok Jakarta, kedai menjual radio semakin mengecil dan ada yang telah tutup pintu sepenuhnya. Manakala Roketto dan Fuji Musen di Tokyo juga lesu. Ada ura-ura tahun ini antara tahun mereka mengecilkan operasi atau tutup terus. Oktober yang lepas saya ke Tokyo dan melihat mereka 'membuang harga'  Yaesu FT-891, tetapi masih tidak boleh lawan dengan harga yang ditawarkan Blazer.

Icom IC-718 saya dan Yaesu FT-817 saya telah berusia 14 tahun dan masih lagi berkhidmat baik. Pada tahun 2016 saya ada menyimpan angan-angan untuk membeli Kenwood TS-2000 sebelum discontinued tetapi terpaksa melupakan hasrat kerana tukaran SGD melonjak dari 2.3 kepada 3.0, mujur sahabat saya 9W2WF sempat menyambar Kenwood TS-480! Dan hingga hari ini mungkin tidak lagi menyimpan keinginan untuk membeli radio baru kerana ekonomi yang semakin tidak menentu.


Gambar Blazer yang sempat saya shoot 10 tahun lepas. Sukar menagkap gambar barang-barang dalam kedai kerana terlalu sempit.

Apapun, semoga Insyallah suatu hari kelak saya dapat juga membeli radio idaman saya jika ekonomi semakin baik.

73!

Related Posts with Thumbnails