Anda adalah tetamu ke blog ini.

Isnin, 6 April 2020

Low Loses Trap Dipole

TRAP DIPOLE (mohon betulkan jika saya tersilap fakta)

Ramai sahabat-sahabat kita baru-baru ini yang membina antenna dipole terutama yang bekerja di freq 40m band. Beberapa minggu lepas ada sahabat yang bertanya tentang bagaimana menambahbaik dipole sediada untuk bekerja di freq selain 40m. Alternatif yang ada ialah dengan menambah panjang antenna dengan penyambungnya ialah trap diantaranya. Dengan pengiraan panjang antenna dan section kedua antenna yg disambung, antenna mungkin dpt bekerja di freq yg dikehendaki. Satunya mungkin 1/4 wave dan satu lagi bahagian 1/2 wave.

Pengalaman saya, trap jika boleh direka pada tidak berada pada freq bekerja. Misalnya trap 14MHz.. direka samada di 13.98MHz atau 14.45MHz.. lari sikit. Ni sebab jika tidak ia akan menjadi High Q dan RF yang lalu akan dissipate sebagai heat. Di sini loses ini mengganggu efisiensi antenna yang kita bina. Ini yang terjadi pada projek yang pernah 9M2GTR dan 9M2VIP buat bersama saya dimana kesilapan ini menyebabkan signal tx kami hilang begitu saja...

Terdapat banyak kaedah membina trap yang efisyen dan tahan lasak cara yang mudah ialah melilit pada satu insulator bulat bagi menghasilkan induktor dan samada membiarkan gap dalam inductor sebagai kapasitor atau teknik sambungan coil (cth coxial cable) itu menjadikan ia capacitor. Cara tradisional dan murah ialah menggunakan paip PVC dan wayar biasa. Tetapi ianya akan terpengaruh bila terdapat bendasing, suhu dan humidity di sekitar jika tidak di 'seal'.

Alternatif yg bagus jika ada sumber bahan ialah menukar mekanisma capacitor dalam kaedah pembinaan trap dengan menggunakan capacitor high voltage jenis doorknob. Kiraan yang lepas.. nilai capacitor antara 5pf hingga 50pF memerlukan coil yg lebih pendek. Jika capacitor lebih tinggi digunakan coil akan menjadi lebih panjang.



Door Knob Kapasitor yang popular dijual dari negara eropah timur. Saya perolehi di Europe Hamfest 1 Euro sebutir.


Begini rupanya



 Siap dipasang. Kemas.


Capasitor, coil dan dah siap.


Trap dalam dipole.


Trap menggunakan kabel coxial loss nya agak teruk. 

Berikut ialah gambaran pembinaan trap jika anda ada masa dan kewangan 
Manakala capacitor high voltage ini memang mahal. Di jalan pasar dijual sehingga rm400 seunit. Saya terjumpa di mudah.my yang murah tapi masalahnya nilai capacitor adalah besar 500pF dan coil pun terlalu besar utk sesuaikan resonan LC trap.

Apapun jika kos dan peralatan menjadi halangan.. trap biasa dengan menggunakan wayar atau coxial cable juga masih lagi sesuatu yang tak mengecewakan jika tiada pilihan.

Hingga jumpa lagi.. 73!
Related Posts with Thumbnails