Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Usia semakin lama semakin meningkat dan menghampiri kematian. Juga saya terkesan kerana ramai dikalangan ham radio senior yang saya kenal juga telah kembali ke Rahmatullah. Dikesempatan ini kebetulan pada bulan 10 yang lepas saya telah berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan Umrah. Sebenarnya agak lama saya telah bercadang. Dalam tahun 2010, dan akhirnya pada awal 2019 pihak Tabung Haji Travel ada menyediakan skim tabungan untuk menunaikan umrah pada harga yang sangat dikira murah. Saya tak melepaskan peluang ini.
Cumanya terdapat perubahan pada struktur Visa oleh Arab Saudi yang mana kami perlu menambah RM350 sebahagian dari kos Visa di saat akhir sebelum berangkat. Mengenang kembali sahabat-sahabat yang telah menunaikan umrah lebih awal dari saya iaitu Bang Man 9M2MGL pada awal tahun, Mutalib 9M2SQL dan beberapa lagi sahabat membuatkan saya berasa amat perlu saya segerakan sementara Allah berikan kelapangan dari segi kewangan dan kesihatan.
Untuk menunggu giliran haji tidak pasti saya berkesempatan atau tidak.... mungkin menunaikan Umrah adalah yang terbaik.
Malam pertama sampai di Kota Madinah. Bergambar di Pintu no 17 Masjid Nabawi.
Antara makanan yang popular saya rasai selain menu nasi arab unta.
Selesai solat Maghrib
Sungguh indah apabila melihat sendiri payung ini dibuka.
Bergambar sebelum berangkat ke Kota Suci Mekkah untuk menunaikan Umrah
Terjumpa Dato' Fadzilah Kamsah
Pengalaman merasai perkhidmatan Hospital di Mekkah
Menunggu giliran untuk rawatan.
Nombor giliran. Jika tidak silap saya hanya 5 ke 7 orang pesakit sahaja yang diberi nombor giliran setiap sesi.
Alamak red zone.
Sempat ke kedai membeli sedikit alas perut, terjumpa pula Super Ring di sini.
Selesai menunaikan ibadah tawaf.
Malamnya seperti biasa mengambil air zam-zam untuk dibuat minuman di bilik hotel.
Laluan kebanyakkan jenazah yang akan dibawa masuk ke Masjidil Haram untuk solat jenazah.
Ada satu malam saya dan Ustaz Halim (Masjid Shah Alam) ke puncak Gunung Jabar Nur untuk melihat sendiri dari perspektif mata sendiri pemandangan Kota Mekah dari Gua Hira tidak lebih dari itu.
Boleh tahan juga tinggi tapi Alhamdullillah sampai.
Fuh.. berpeluh.
Ini gua nya.
Keesokkannya solat Jumaat. Room mate saya ni bukan Pak Arab ya.
Antara sedikit cenderahari yang saya beli untuk anak-anak. Baru saya faham kenapa kamera foto ini amat popular dibelikan oleh orang dulu-dulu. Dulu nak ambil gambar dan tunjukkan pada anak cucu ramai jemaah yang tidak mampu. Dengan Foto Slaid ini semua gambar dah ada.
Amat nostalgia. Anda masih boleh temuinya di sini sama seperti keadaannya yang orang tua-tua bawa pulang zaman dulu.
Ini foto slaidnya. ada 2 roll satu Madinah dan satu Mekkah.
Gambar yang sama sejak tahun 80a dulu masih ada.
Untuk versi yang kecil pun ada.
Sedikit pengalaman saya di sana ialah rawatan kesihatan. Hospital di Arab Saudi sangat efisyen, jangan terkejut jika anda boleh menemui ramai Nurse yang boleh berbahasa melayu kerana di sana banyak Nurse import dari Malaysia, Filipina dan Indonesia. Saya bersyukur kerana Malaysia mempunyai perkhidmatan kesihatan yang lebih baik berbanding negara luar. Masa menunggu juga tidak lama dan kemudahan merujuk pada doktor pakar. Semasa menunggu giliran rawatan kerana isteri saya ada masalah penyakit pernafasan, saya perhatikan terdapat pesakit Malaysia yang tidak dapat mendaftar kerana masalah visa mereka ialah visa pelancong. Manakala kami yang menggunakan visa umrah Alhamdullillah mendapat akses mendaftar dengan baik.
Berbalik pada pesakit orang Malaysia tadi, walaupun mempunyai insurans travel pun tidak diterima mendaftar dan diberitahu agar merujuk pada hospital di luar Kota Mekah. Untuk makluman hospital ini betul-betul ditepi Masjidil Haram sahaja. Ini adalah perbezaan visa pelancong dan visa umrah. Mungkin bagi mereka yang masih muda dan tiada masalah kesihatan, umrah DIY (istilah kaki backpackers) berbaloi. Tetapi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan berusia, ada baiknya menggunakan saluran agensi umrah yang bertauliah dan visa umrah. Ini kerana kita hanya fokus pada aktiviti ibadah sahaja berbanding satu lagi kaedah yang mana perlu memikirkan hal lain. Bagi saya perbezaan kos bagi kedua-duanya tidaklah ketara dalam RM1000 mungkin jika dibandingkan dengan pakej termurah dari Tabung Haji yang saya perolehi dengan DIY sendiri. Soal utama ialah niat menunaikan ibadat itu serta dapat fokus dengan ibadah.
Demikian pengalaman saya menunaikan umrah. Insyallah jika Allah berikan rezeki ingin lagi laya lewati menunaikan umrah lagi. Khabarnya Abang Aziz 9M2AU juga menunaikan umrah bulan 2 yang lepas.
Hingga jumpa lagi. 73!