Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada bulan Oktober beberapa tahun yang lepas saya telah menyertai aktiviti Jamboree On The Air pengakap di Kem Mutiara Semenyih & Eco Resort. Aktiviti ni boleh lihat di posting Jamboree Pengakap JOTA JOTI.
Melihat dari jauh sahabat saya saudara Ezahan 9W2AEV menjadi stesen master mengimbas kembali kenangan saya ketika kanak-kanak mencuba berkomunikasi melalui pesawat radio HF milik Cikgu Richard di aktiviti perkhemahan Jota di Pulau Pinang. Perasaan berdebar dan takut untuk bercakap memang ada, tetapi perasaan ingin mencuba amat menebal.
Ya, saya sempat punyai peluang untuk memegang mikrofon tetapi tiba-tiba kaku! apa yang saya nak cakap?? Mujur stesen master ketika itu menuturkan kata demi kata agar saya mengikuti ayat-ayat beliau... "This is nine mike two Lim,a Romeo.... you are five and nine...."
Begitulah begitu gugup saya pertama kali keudara di freq radio amatur. Selesai tamat sekolah rendah saya tidak lagi berpeluang untuk ke udara kerana tiada lagi aktiviti pengakap yang diikuti. Di High School Bukit Mertajam saya hanya melihat dari tepi tingkap Nako kelas setiap kali Jota diaakan melihat abang-abang pengakap mengendalikan radio HF yang diadakan di sekolah. Hobi radio amatur ternyata suatu hobi yang sangat mahal untuk kami kanak-kanak mendekatinya. Memiliki radio ketika itu hatta walkie talkie adalah suatu barang yang 'mewah'. Hanya berbekalkan radio broadcast AM/FM terbuang yang mampu kami modifikasi untuk mendengar siaran 145mhz amatur. Samada diperolehi dari lunggukan sampah ataupun ehsan orang ramai.
Pengalaman ini tiudak berakhir begitu sahaja. Ketika di Politeknik Ungku Omar, pada hari suai kenal kami pelajar baru dipecahkan ke beberapa kumpulan dan akan dibawa untuk 'tour' jabatan-jabatan (disebut fakulti di Universiti) untuk mengenali jabatan dan ketika ini para senior seperti Pang Wai Kit dan Rushdi Carlos memperkenalkan persatuan-persatuan masing-masing. Ketika ini mereka dapat mencuri hati pelajar-pelajar baru agar menyertai persatuan mereka.
Kelab Radio Amatur Ungku Omar ketika itu dikelolakan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik (Pensyarah En. Subra) dan diselia oleh pensyarah-pensyarah berbangsa Jepun dari JICA. Stesen Master Mr. Chin 9M2CW mempunyai satu sistem pengurusan kelab yang sistematik. Sistem ini sebenarnya digunakan oleh banyak kelab stesen dalam membimbing adik-adik dan pelajar yang baru pertama kali memegang mikrofon bercakap di udara.
Situasi operator radio gagap, hilang idea dan hilang pedoman ternyata dapat dikurangkan. Sistem yang dimaksudkan ini ialah penyediaan sistem kad yang mengandungi beberapa ayat asas yang digunakan oleh operator seperti permulaan QSO, Soalan FAQ dalam QSO dan bagaimana menutup QSO. Ia menjadi rujukan dihadapan individu terbabit.
Berikut ialah contoh kad-kad yang wajib disediakan oleh stesen master dalam mengendalikan stesen pada orang ramai ketika JOTA, pameran atau pembelajaran.
Anda boleh merangka kad mengandungi perkataan yang bersesuaian dan selalu 'common' yang digunakan dalam QSO.
1) Bagaimana memulakan QSO
Ayat CQ
2) Soalan-soalan yang ditanya dalam QSO
Signal report
Nama
Radio dan antenna yang digunakan, lokasi atau cuaca
3) Bagaimana memberi giliran
Pada stesen yang dihubungi
Dengan lebih dari satu stesen
5) Bagaimana Menamatkan QSO
Ucapan ramah, Informasi QSL card dan ucapan perpisahan
6) Maklumat rujukan di lokasi
Peta atau senarai Prefix callsign
Senarai Q Code dan maksud
-Kertas dan pen untuk mencatat maklumat mesej
Kad-kad yang mengandungi perkataan ini akan dilaminate dan dipegang oleh stesen master. Ianya akan ditunjukkan pada peserta secara berhadapan semasa peserta sedang berkomunikasi di radio. Atau jika duduk secara bersebelahan diletakkan di atas meja depan peserta, Kad ini boleh digunakan berulang kali pada setiap acara.
Laminated kad ini dan susun mengikut giliran putaran perbualan bermula dari CQ hinggalah QRT. Ia boleh digunakan berulangkali di acara lain lagi kelak.
Insyallah saya percaya keadaan gugup dan hilang idea apa yang harus dicakapkan bagi peserta yang pertama kali berkomunikasi akan hilang! dan aktiviti membimbing peserta bercakap di radio pertama kali pasti akan lancar!
Semoga tips ini membantu dan mempersiapkan anda semua sebagai stesen master pada masa hadapan.... mulakan membina kad QSO anda sekarang ;).
Perhatikan pelajar atau individu dapat berkomunikasi dengan lancar dengan bantuan alat bantu QSO sebegini walaupun pertama kali ke udara tanpa rasa gugup.
Akhir kata dari saya semoga artikel ini dapat membantu anda semua sebagai station master di acara-acara seperti Jamboree di udara pengakap, pameran radio dan demonstrasi radio dengan lebih cekap dan bersedia. Hingga jumpa lagi, 73!
P/S : Kad-kad alat bantu stesen master ini hanyalah contoh, anda boleh membuat banyak kreativiti. Terdapat kesalahan atau susunan perkataan contoh yang saya berikan perlu pembetulan.