Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada 13 hingga 16 September 2019 yang lepas Alhamdulillah saya dapat menyertai aktiviti Island On The Air anjuran Padang DX Club. Sudah sekian lama saya tidak dapat menyertai aktiviti begini. Kali terakhir hampir mengadakan ialah pada tahun 2014 bersama Arwah Feroz 9W2JOH di Pulau Sibu. Tetapi tidak jadi kerana kekangan masa.
Perjalanan projek ini bermula apabila Azehan dari Pahang DX Fan Club berminat mengadakan kesinambungan IOTA di Pulau Redang. IOTA ini pada asalnya dimulakan oleh Arwah Rizal 9M2RDX dan telah 2 kali berlangsung. Agak sayang kata Azehan jika projek sebegini tidak diteruskan. Kertas kerja disediakan oleh beliau dan tidak sampai 2 minggu perancangan telah siap. Memang saudara Azehan ni sangat efisyen.
Beliau mula memohon pada SKMM lesen sementara dengan callsign lama 9M4TI diaktifkan kembali. SKMM meluluskan.
Lesen AA yang telah diperolehi, saya mengambil dengan tangan di SKMM Cyberjaya kerana saya yang paling hampir.
Siap laminated banner kami... kali ni bajet terhad jadi tiada banner besar hahahaha..
Shafik menjadi model
Kami sampai awal malamnya di Jeti Merang.
Bot milik seorang ham radio, saya lupa namanya yang menjalankan perkhidmatan bot ke pulau Redang.
Azehan dan syafik
Bang Hamdan 9W2HH, Kak Ruby 9W2HG, Yot 9M2YOT, Jun 9W2JYL
Sampai saja, air dah surut jadi barang-barang kami terpaksa dipunggah jauh.
Pemilihan lokasi radio akan dipasang.
Bang Hamdan dengan kerusi santainya.
Proses pemasangan antenna.
80m band
Siap sangkut
Mula
Team dapur sedang menyiapkan makanan.
Stok air
Makan tengahari kami
Radio pun dah siap setup
Ramai pulak orang snorkling dan island hoping
Ssantai bersama rakan-rakan dan bang Shawn 9W2SSO, Shafik 9W2VKV dan Hanif 9W2FLD
Dari jauh setup kami
Malam nya kami dipukul ribut dan hujan. Kayu untuk BBQ pun basah.
Stesen terpaksa berhenti seketika.
Pagi sambung balik.
Santai
Sesi hari je 2.. Island Hoping dan Snorkling
Bersedia
Tunggu geng-geng lain
9M4TI kembali lagi ke udara dan ke air hehehhe
Fuhh...
Abang hamdan
Masa berjalan amat pantas. Masa untuk pulang
On the way balik kami singgah di pantai Monica mencari Satar
Singgah masak dan makan mee maggie sekali lagi dengan satar hehehe. Mujur stok makanan dan dapur portable ada bawa hahaha...
Itu saja catatan dari saya. Kenangan IOTA kali ini sangat- sangat menyeronokkan dan saya berharap dapat melaluinya lagi pada masa akan datang. IOTA 9M4TI ini adalah kesinambungan dari usaha Arwah 9M2RDX dan diharap juga callsign ini akan terus diaktifkan pada masa hadapa bukan sahaja di Pulau Redang tetapi pulau-pulau di pantai timur Insyallah.
Hingga jumpa lagi, 73!