Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ingat lagi posting saya kedai radio yang menutup operasi milik Wan Ros di Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Salah satu dari barang yang sempat disedekahkan ialah satu beg pelican berwarna oren yang telah 'bocor'.
Saya percaya ianya tidak diusik oleh rakan-rakan yang pernah datang mengambil barangan yang beliau hendak bereskan sebelum premis beliau ditutup selama-lamanya. Setelah sekian lama daam simpanan saya pada 2017 akhirnya saya cuba buatkan sesuatu agar beg pelican ini ada fungsinya.
Bermula dari seronok-seronok, beg oren ini asalnya mengisi peralatan telemetri. Agak lasak dan dari rekod stamp injection marking pada beg ini tercatat ianya dibuat pada tahun 1990. Memang lama.. Tetapi belum ada tanda reput dan dimamah usia. Patutlah beg pelican ini mahal harganya.
Hasil carian di internet saya dapati 409Shop di Hong Kong mempunyai stok komponen yang saya perlukan. Berikut ialah senarai komponen yang saya perolehi:
1) Transceiver QYT KT-8900D X 2 unit (Lazada)
RM560)
2) Surecom Repeater Controller X 1 unit (409Shop)
(RM260)
3) Duplexer X 1 Unit (409Shop)
(RM300)
4) Power Supply X 1 (Jalan Pasar)
(RM80)
5) Lain-lain komponen (Jalan Pasar)
(RM60)
*Harga anggaran saya ketika itu kadar tukaran agak menguntungkan
Dan saya sangat terkejut dengan 409Shop dari Hong Kong. Jika tidak silap saya, saya membuat pembayaran pada jam 5 petang dan pada pagi keesokan harinya jam 10 pagi barang-barang telah sampai di meja saya! wow!...
Proses menyusun dan memasang portable repeater ini tidak lah sukar malahan menyeronokkan. Saya memasang kipas pengalihudaraan di bahagia belakang dan menebuk lubang bahagian yang telah 'rongak' di sisi lagi agar fresh intake udara dapat melaluinya. Jadi haba yang terhasil dalam beg ini dapat dikeluarkan.
Manakala terdapat suis memilih punca bekalan kuasa samada 240V atau 12V. 240V ini datangnya dari bekalan kuasa elektrik luar manakala 12V pula ialah pilihan jika portable repeater ini mahu dioperasikan dari bateri luaran atau dari sumber bekalan elektrik kereta.
Sistem begini tidak saya galakkan kerana 'decent' akan berlaku kerana radio TX dan RX terlalu hampir dan tiada isolation yang baik. Manakala radio hanya akan transmit apabila hanya signal yang masuk dengan suara. Tanpa suara VOX dari pengawal repeater tidak akan berfungsi. Berbeza dengan repeater yang ideal dimana COS merupakan nadi paling sempurna. Duplexer Chinna memang sangat-sangat teruk, loss yang tinggi dan hanya 10Mhz Duplex atau lebih besar sahaja yang ada. Berbanding radio amatur yang menggunakan duplex 0.6Mhz. Akhirnya portable ini hanya kerap bypass duplexer dan bekerja untuk crossband sahaja, samada VHF ke UHF atau sebaliknya. Oh ya, QYT KT-8900D ini bukanlah radio yang sempurna bagi saya. Tak boleh lawan radio berjenama ICOM, Yaesu, Kirisun, Wouxun mahupun Kenwood... sekadar cukup syarat sahaja.
Pada masa yang sama portable repeater ini boleh dijadikan command base dan jika kecemasan boleh interupt operasi nya jika mahu pada bila-bila masa. Beberapa kali ketika kecemasan ianya diletakkan begitu sahaja di lokasi tinggi dan disorokkan.
Saya kongsikan kenangan projek portable repetaer ini.
Gambaran depan kotak pelikan yang asalnya Radio Telemetri Unit. Perhatikan skru yang kelihatan untuk memegang komponen dalamnya.
Pandangan sisi 'belakang'. Terdapat kipas pengalihudaraan, 2 soket N-Type bagi antena receive/Radio 1 dan transmit/Radio 2. Manakala terdapat butang untuk memilih punca bekalan kuasa samada 240V atau 12V.
Pandangan belakang.
Lubang external speaker agak kasar kerana mood saya ketika menebuk tidak baik hahahaha.. guna soket external port PTT jika mahu mengoperasikan menjadi command centre, suis melaras volume speaker, lampu hijau untuk 240V, lampu merah untuk 12V dan lubang udara masuk yang saya tampal menggunakan bahan terpakai yakni penutup lubang bilik air.
Pandangan dalam portable repeater saya. Semua kabel dibalut. Cuma nya masalah isolation ialah pengalaman ngeri saya.
2 radio QYT KT-8900D yang cantik. Tetapi jika anda seorang yang serius untuk komunikasi carilah radio lain.
Repeater controller yang saya guna. Sebenarnya boleh saja saya buat controller sendiri tetapi kerana ingin bereksperimen saya belikan yang kormersil.
Duplexer yang sangat loss... apa boleh buat.
Ruang antara komponen dijarakkan supanya pengaliudaraan adalah baik.
Power supply murah yang saya perolehi dari Jalan Pasar KL.
Aksesori luaran. Maaf saya tak wiring kerana fungsi bagi pengoperasian dari luar tak sempat saya habiskan. Saya hanya terus sambung Mic PTT pada radio sahaja.
Aksesori luaran, kabel 240V, Kabel dengan Clamp bateri bagi 12V dan 2 Mic PTT.
Kabel bagi 12V sedia untuk hook mana-mana bateri atau bateri kereta ketika kecemasan.
Siap dipasang.
Projek portable repeater ini telah tinggal kenangan. Ianya sempat digunakan beberapa kali ketika bantuan kecemasan dan oleh kerana terdapat beberapa kelemahan maka portable repeater kormersil lebih kerap digunakan. Apapun ianya adalah satu kepuasan bagi saya kerana dapat homebrew portable repeater secara suka-suka.
Kini portable repeater ini telah pun dismantle dan saya jualkan pada sahabat yang berminat dengannya tahun lepas. Untuk projek repeater saya rasa telah puas dan rasanya tiada lagi projek repaeter dah dalam projek mendatang.
Hingga jumpa lagi..
73!