Anda adalah tetamu ke blog ini.

Isnin, 26 Januari 2015

Aktiviti mingguan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Bulan januari tahun ini saya banyak menghabiskan masa menyiapkan Android Interface. Alhamdullillah hampir 100 unit telah berjaya dijual dan ada baki lagi 30unit yang belum lagi dijual. Jika ada yang berminat boleh menghubungi saya untuk tempahan.

 

Antara unit terakhir interface yang saya bina.

  

Barisan interface yang sedang menunggu QC.



Telah siap dilabel dan sedia untuk dihantar.

Selain interface, bulan ini saya juga menerima tempahan metal detector bagi peminat mencari khazanah-khazanah sejarah hehehe... tetapi lepas ini saya mungkin tidak lagi menerima tempahan kerana kos bahan yang mahal dan juga terdapat rakan dari blog http://produkreatif.blogspot.com / Azrai yang menjual dengan kualiti yang terbaik dan harga yang sangat murah. Tetapi atas permintaan sahabat saya binakan 2 unit jenis Pulse Induction.



Terdapat banyak litar di internet yang boleh dibina. Memandangkan unit yang diminta adalah PI bukan nya VLF, saya memilih hammerhaed sebagai pilihan kerana ia memberi pilihan konfigurasi yang lebih subjektif.


Dari litar di atas, satu PCB double sided di bangunkan.


Alhamdullillah.. ngam2 hehehhe.. saya agak kurang berminat buat double sided PCB sebab nak adjust dua-dua bahagian...


Ni memang tak balik modal.. takkan nak beli coil wire sampai 4 ke 5 kg.. 1 Kg pun dah RM40... saya terpaksa beli yang loose punya.. depa jual RM70 sekilo,, adoii..


Untuk nak jaga kualiti, PCB untuk customer kena pakai yang komersil...


Apa ni? hehhehe..


PTE... PE? Teflon kalau boleh nak elakkan sebab jangka masa lama akan mudah reput. Sebahagian bahan untuk memegang coil dan skru. Kena cari bukan logam sebab ia akan mempengaruhi coil inductance.


taraaa.... batang metal detector separuh alluminium dan separuh lagi fiberglass... siap bengkok dan letak pemegang.


manakala proses nak buat coil adalah amat mudah. Samada memilih singgle coil atau DD.. Yang ini saya hanya memilih single coil dengan susunan biasa. Errr apa nama ntah. Tesla Coil?


Mekanisma saya memintal coil...


 Mould yang saya gunakan... hasil yang tak berapa kemas.. tapi boleh la..


Pemandangan atas... target 34 lilitan dengan 400uH pada 1Khz.


Kemudian letak gam supaya tak terburai bila buka mould.


Casing pulak dah tanda label siap-siap. Yang ini sendiri punya hehehhe..


Pemandangan label belakang.


Setting depan... sebenarnya tak pakai semua pun.. cuma gain, sensitiviti dan threshold.


Coil yang telah siap dililit dan digam.

 

Pastu dah sapu dengan resin supaya keka. Ukur balik.. ok muat dalam mould.



Sesi main fiberglass...terima kasih bang Feroz 9w2joh atas tunjuk ajar. Memandangkan coil tadi mesti diletakkan dalam satu bekas yang lasak. Fiberglass dipilih kerana ringan dan kuat. Untuk memudahkan menanggalkan fiberglass dari mould nanti, wax akan digunakan. terdapat wax murah di Mr. DIY.. bawah rm10. Terus saya sambar hehehhehe...


  Ngam2!.. sapu layer demi layer resin fiber dan satu lapisan fiberglass untuk menguatkan.


Dah sedia untuk terus mengekalkan coil dalam fiberglas...


Proses mengeringkan.


Dan kering...


Malas nak ketuk.. pakai heater ajer panaskan supaya lekang.


Dan cantik lekang..


Panaskan untuk tanggalkan mould ke dua.. yang bahagian tengah.


Dan tanggal seratus peratus...  pemandangan atas. Boleh guna kertas pasir lepas ni nak buat kekemasan.


Pemandangan bawah.. ada sedikit air bubble tapi tak ada kesan apa2..


Terjumpa pulak klip pemegang jamban.. jadi lahhhh... untuk memegang coil dengan batang metal detector.



Memandangkan semasa bancuh resin saya tak masukkan siap-siap pigment colour jadi terpaksalah guna spray ajer nak warnakan... pigment kat johor ni bukan jual main timbang kati oii.. nak jimat jadi ini sahaja cara yang ada..


Struktur Metal detector yang telah siap...

 

Tak semua suis pakai... ada yang kena tutup balik.



 Gambar yang lebih jelas... ada variable resistor yang tak pasang dan tak perlu rupanya.

 Masa untuk adjust beberapa parameter dalam litar. PCB biru ni untuk customer. yang saya punya pakai PCB homebrew ajer...

Metal Detector yang telah siap dan sedia dihantar ke pelanggan. Rasa nya yang ini adalah yang terakhir dan saya mungkin tak buat dah metal detector... Jika ada mungkin lebih mengarah pada projek radio amatur saja kot...

Kebetulan pada minggu lepas saya menerima beberapa komponen untuk dibuat casing khusus.


Variable capasitor... satu yang digunakan dalam linear amp 2kW RF.. kapasitor jenis different phase. Memang rare wooo... dan satu lagi variable capacitor yang digunakan dalam army transceiver... silverplated tapi dah ada kesan terbakar arka.
  
 

Satu lagi table drill 0.4mm wehh.. lepas ni dah tak pakai portable PCB drill. Asyik patah ajer mata drill sebab pegang sengat.


 Macam biasa... kita cuci kapasitor ni dengan sabun dan bilas dengan IPA/Thinner/N-Hexane (awas.. N-Hexane diharamkan bagi tujuan membersih -OSHA)... rasanya tuan empunya kapasitor ni kena cuci lagi sebab ada plate yang masih lagi ada bendasing..


dah siap masuk casing dan wiring... taruh label bagi orang takut dan berhati-hati.


Ok.. satu lagi kapasitor pun kita taruh hazad sign lagi ngeri.. ya.. yang ni memang kena letak begini sebab high Q.

Ini. saja coretan kali ni.. memang agak sibuk minggu2 pertama tahun ni.. Insyallah nanti saya akan coretkan lagi perkembangan lain-lain projek hehehhehe,.....

Jumpa lagi!! 
Related Posts with Thumbnails