Anda adalah tetamu ke blog ini.

Jumaat, 6 November 2015

Bagpacker bajet ke Moscow



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama saya tidak menulis hahahah.. mungkin kerana pengaruh media sosial FB yang lebih banyak interaktif membuatkan saya jarang ke sini..

Sebenarnya saya mempunyai hobi sampingan dari hobi radio amatur.. ya, sama seperti rakan-rakan lain dalam dunia radio amatur. Ada yang aktif hobi 4 wheel drive hingga berjumpa pula hobi radio.. ada yang kaki gunung dan akhirnya melekat sekali dengan hobi radio amatur.

Begitu juga saya. Hobi radio amatur saya bergndingan dengan hobi bagpacker, mengembara bajet. Kali ini saya berkesempatan menjelajah ke Moscow Russia. Saya pernah ternampak satu sticker yang diedarkan oleh ASTRA ketika awal tahun 2000 - See the world, Join Navy. Know The World Join Ham Radio.. gitu la bunyinya heheheh...

Dengan pesawat Vietnam Airlines dan offer hanya RM1k tak lebih... Kuala Lumpur, saya cuba menjejak kaki ke negara bekas milik Maharaja Tsar.

** Kemaskini, ada orang bertanyakan kos visa Russia.. saya mohon sendiri visa di Kedutaan Russia. Dalam RM250 kalau tak silap. Tips saya, hangguk kepala saja pada kerani India di kaunter tu dan ikut saja apa dia nak walaupun rasa dah lengkap permohonan.... asalkan dia lepas barulah ke kaunter pembayaran untuk jumpa kerani Russia yang lawa macam Maria Sharparova hehehehe.... 

Owh lupa, pesawat ini transit di Saigon (Ho Chi Minh City). Oleh kerana transit dan keesokkan harinya baru flight ke Moscow, kami menginap di hotel depan airport taksunat (begitu la nama airport ni). Tak jauh hotel ni.. hanya berjalan kaki dari pintu keluar airport.

Keesokkannya naik bas ke bandar untuk sarapan di belakang Pasar Benten.. Sempat la snap beberapa gambar...


Tu dia... baru saya belajar bunga 21 kuntum 15 kuntum, jika nak memilih corak kain... Perhatikan, Nama kedai yang mempunyai signboard kuning.. betapa kerapnya orang malaysia datang shopping fuhhh...



Dah selesai sarapan, balik ke airport untuk menyambung kembali perjalanan kami. tambang dalam 50sen ajer. Lagipun Bus Stand ke airport betul-betul depan Market Benten atau nama nya saigon bus station.


Awal pagi.. orang nak ke tempat kerja...

Sampai airport, check in dan masuk dalam flight, macam biasa buka paper local yang diedarkan percuma. Wah..


Hanya ini akhbar dalam bahasa Inggeris yang ada... layan..


MMm... sedikit bangga ada berita tentang negara kita disebut... cayalah!


10 jam perjalanan dari Saigon ke Moscow..


Sempat snap gambar..


Sampai sahaja di Lapangan Terbang Domodedovo Moscow, salji turun halus... nampaknya suhu kat luar mungkin 0 Celcius.. malam dah rupanya.. disini beza 3 jam dari kuala lumpur rupanya.



Dari airport, naik bas saja sebelum melompat ke local train.. walaupun boleh ajer naik tren dari airport tetapi menaiki bas lebih murah.. dalam 1000 Rubble berbanding tren yang perlu membayar lebih sedikit.


Turun di stesen stesen depan Arbatskaya... Check in hotel di Arbat Street... Wah.. 1 Celcius rupanya..
Entah macam mana... letak kepala di bantal terus tertidur... zzzzz.


Subuh agak awal.. bangun dari tidur awal pagi. Rupanya Salji turun sikit awal pagi..


halus... nasib baik tak bawak sirap, kacang dan jagung.. kalau tak dah jadi ais kacang.


Kami dengan berjalan kaki, berjalan-jalan ke sekitar Pusat bandar Moskow... basah sikit dek hujan ... 1 minggu sebelum tu sahabat saya 9W2WF telah belikan saya baju sejuk di Bundle famili Ampang... fuhh nasib baik bawak..


Di hadapan Kremlin...


Nak melepak pun semua tempat basah... dan penuh salji..


Haaa... ni la gereja dalam kawasan kremlin yang popular dijadikan gambar kenangan...


Mall GUM.. satu mall sebelah Kremlin yang agak elit.. tandas nak masuk pun mahal dan ada mesin terima bayaran kad kredit.


Tren disini agak klasik.. seperti menonton filem james bond di zaman hitam putih.


Tram pun ada...


Singgah solat jumaat di Masjik Moscow yang merupakan masjid terbesar di eropah. Kebetulan baru dirasmikan oleh Presiden Russia, Vladamir Putin.


Pandangan dari jauh...


Keluar saja masjid selesai solat jumaat, salji turun dengan lebatnya...


Arghhh... biasanya di malaysia lepas solat jumaat pasti mencari ais kacang.. di sini nikmat Allah hebat.. Ais Kacang jatuh dari langit. Bertebaran manusia kembali menjalankan tugas selepas selesai solat.


Baju tak kalis air.. basah la sikit..


Sambil jalan-jalan nak pulang ternampak orang menjual buku..


Haram satu pun tak faham... semua bahasa russia.


Salah satu stesen tren di moscow.. banyak lukisan-lukisan mural era soviet...


Ada yang dalam proses pembaikan...


Ahaa.. dah jumpa pintu keluar..


Saya keluar saja dari stesen, singgah di stesen keretapi antara bandar.. Sahabat saya mahu ke St. Peterburg...


Selesai menghantar sahabat, jalan-jalan lagi. nampak silo ni? reaktor penyejuk di setsen janakuasa (nuklear?). Jika di malaysia ia nya satu mekanisma yg boleh mengguna kembali tenaga haba kepada tenaga lain.


Ahaaa.. dah jumpa pasaraya ni. Ada medan selera makanan halal dalam ni.


Hari dah petang.. masa balik ke hotel..


Disekitar Arbatskaya atau bahasa nya Jalan Arab menempatkan dewan kesenian dan barisan kedai yang menjual cenderamata.


Antara hasil karya kanak-kanak yang dipamerkan.


Juga telefon awam yang menjadi sejarah...


Serta grafiti anak-anak muda...


No idea la.. tak faham hehehhe...


Tetapi agak menarik.


Sekor ni pun ada...


Tak melepaskan peluang beli Fredge Magnet...


Terdapat satu lukisan besar...


Disebalik jalan Arbat, ada kedai-kedai lain.. saya ambil kesempatan cari Decoder..


Kadar tukaran... untung pulakk tukar Euro siap-siap hahahha..


Kembali ke arbat street... ada sekumpulan wanita berdansa...


Haaa... buah berangan pun ada jual rupanya kat sini..


Gambar lebih jelas... entah siapa orang ni...

Tukar tadi kat money changer 20 Euro... beli tiket tren 5 kali guna.. Owh lupa pulak. Kat sini kadar tambang tren dikira begini.. 180 rubble (1 kad) boleh 5 kali naik ke mana2 destinasi. maknanya boleh guna 5 kali (dicaj bila masuk sahaja... keluar tak perlu scan kad. Minima beli 1 trip, 5 trip... hingga 40 trip.. lagi banyak beli trip lagi murah.

Sekali lagi terlelap bila sampai ke katil hotel... 10 jam berjalan tanpa henti. tak sempat nak makan ....

Bersambung .... Next : Misi mencari radio valve dan barangan radio amatur

Ahad, 4 Oktober 2015

Membina Beacon untuk Fox Hunt / ARDF



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada sahabat yang bertanyakan tentang bagaimana membina beacon fox hunt bagi aktiviti ARDF di laman Facebook.

Saya lampirkan copy paste dari laman web asal ham radio yang sudi berkongsi cara membina fox hunt beacon iaitu JE1HOK, Kredit pada saudara Deen Attan 9M2DA atas perkongsian ilmu ini 9 tahun lepas.

Nota tambahan,

Selamat membina! Saya masih mempunyai beberapa keping PCB, jika ada yang ingin membina sendiri bolehlah menghubungi saya melalui emel disebelah. Sedikit bayaran untuk kos

Manufacture of an ARDF oscillator Ver.3a

by JE1HOK





Please click this photograph.
Operation of an ARDF oscillator can be seen.
( Windows Media Player is required.)



1 Introduction



ARDF Ver.3a

I introduce this page about the production of the ARDF oscillator used for the ARDF athletic game and practice. The ARDF oscillator introduced with this HP was improved,and ARDF oscillator Ver.3a was produced.
The following features were provided in Ver.3a.
(a) The ARDF oscillator is connected with the transmitter(transceiver) and used.
(b) The ARDF oscillator operates according to the ARDF rule.It can automatically transmit the morse code.
(c) The ARDF oscillators of the number arbitrary from 1 to 5 can be set.This setting is done with some Digital Switches(Real code).
(d) ID (call sign) was able to be changed by inputting the morse code with the tact switch (Black button).

2 Circuit Diagram and Operation procedure

The circuit diagram of an ARDF oscillator Ver.3a is shown below. 



Method of setting three digital switches

(a) A setup of SW1(TIMER SW)

0:0 minutes 

1:5 minutes
2:10 minutes
3:20 minutes
4:40 minutes
5,6:not operating
7:ID writing mode

(b)A setup of SW2(NUMBER SW)
0: Continuation transmission of 'DE'+Callsign
1-7:Number of ARDF oscillator(s)

(c) A setup of SW3(SEQUENTIAL SW)
0: Continuation transmission of 'MO' (When the number SW of equipment is except zero)
1-7: Sequential transmission of 'DE'+ callsign and discernment marks (MOE etc.) [for 1 minute] 


(Example) Operation procedure


3 Manufacture of Hardware

Parts arrangement chart and Print pattern are shown below. 



The printed wiring board was produced by using the printed wiring board editor pcbe048b.exe. First of all, please defrost ARDF3A.zip to 4 files of 'ardfv3a_e.pcb', 'ardfv3a_9.pcb', ,'ARD3A_84.HEX' and 'ARD3A648.HEX'. One printed wiring board pattern data including the part arrangement chart is 'ardfv3a_e.pcb'. Nine printed wiring board pattern data is 'ardfv3a_9.pcb'. An inkjet printer is used for the print of the print pattern.The print pattern is printed on the overhead projector seat for inkjet by using PCBE. The print pattern is printed out to the exposure printed wiring board because of ultraviolet rays. Next, the etching and the hole opening are done and the substrate is completed. Parts can be inserted according to the part arrangement and be solder.

4 How to write ARDF program to the PIC16F84(or PIC16F648A)

To write the ARDF program to the PIC16F84(or PIC16F648A), you should buy the PIC programmer or make it.
You can easily make the PIC programmer like PIC-Programmer 2. Moreover you can download IC-PROG as free software, and install it. The serial port of PC will be connected by the cable with a PIC programmer(example PIC-Programmer 2). You insert the PIC16F84(or PIC16F648A) into the PIC programmer's socket, and you start the IC-PROG and load the ARDF program file 'ARD3A_84.HEX'(in the case of using PIC16F648A ,'ARD3A648.HEX'). In addition,it is written to the PIC16F84(or PIC16F648A). Because the default of ID is "ABCDEFGH", you need to do "5 How to write ID (call sign)".

5 How to write ID (call sign)

(1) Jumper pin is inserted through pin 1 and pin 2 of JMP3. The slide switch is turned on.(POWER SW ON)

(2) A timer SW(SW1) is adjusted to seven.(ID write mode)

(3) A reset button (red tact sw) is pushed.

(4) LED blinks , saying that 'BT' ( _ . . . _ ).

(5) Please write and input the first character of ID (call sign) in ID write sw (black tact switch) with Morse code.
For example, if the first character of ID is 'J',please push a black tact sw like that ( . _ _ _ ).
Please push a dot(.) as short as possible and please push a dash( _ ) for 0.5 seconds or more.

(6) After input a character,about one second later,LED blinks according to the morse code.
Please do over again from (3) if the morse code is different from the character.
Moreover, when LED keeps lighting (the input sign length is six or more),please do over again from (3).

(7) When LED blinks according to the morse code,please repeat from (5) to (6) until finish inputting a last character of ID.
The maximum length of ID is up to eight characters.

(8) After you have input a last character,please input 'AR'( . _ . _ . ). If LED blinks at a short cycle, writing ID is completed.
Please do over again from (3) if LED doesn't blink like this.

(9) After Jumper pin is inserted through pin 2 and pin 3 of JMP3 and SW1 is adjusted to zero,please push a reset button.
You can see that LED blinks according to the morse code of 'DE' + ID(call sign). 


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


manakala versi manual yang juga dalam bahasa melayu...


Asas Mengendalikan Beacon Ardf Versi 3

  1. Pengenalan.

Beacon ARDF ini dibangunkan supaya menepati kehendak minima standard pertandingan Directional finding Radio Amatur yang mana mempunyai CALLSIGN diikuti ID iaitu MOE, MOI, MOS, MOH dan MO5 serta seterusnya dalam Morse Kod.

Versi yang di paparkan ini adalah versi 3 yang dibangunkan oleh seorang ham radio dari Jepun dan dikembangkan oleh ham radio Malaysia.

  1. Asas litar ARDF ini berfungsi.

Pada permulaan setiap satu beacon akan di set ID. Contohnya untuk 3 Beacon digunakan.

i)                    Beacon 1 – MOE
ii)                  Beacon 2 – MOI
iii)                Beacon 3 – MOS


-          Perhatikan pada permulaan 3 beacon dihidupkan serentak, semua tidak akan TX untuk 5 minit pertama.
-          Selepas 5 minit, Becon No 1 bertanda MOE akan TX (TX CALLSIGN diikuti MOE dalam Morse Code) selama 1 minit.
-          Selesai 1 minit, Beacon No 1 OFF, Beacon No 2 bertanda MOI pula TX (TX CALLSIGN diikuti MOI dalam Morse Code)  selama 1 minit.
-          Selesai 1 minit, Beacon No 2 OFF, Beacon No 3 pula TX (TX CALLSIGN diikuti MOS dalam Morse Code) selama 1 minit
-          Selesai 1 minit, Beacon No 3 OFF dan kembali Beacon No 1 TX dan seterusnya. Proses ini akan berulang mengikut giliran MOE, MOI dan MOS.

Dan kitar ini akan bersambung seterusnya hingga semua beacon di OFF kan

Anda boleh set sehingga 8 beacon dengan cara setting seperti dalam lampiran nanti.

  1. Melakukan Setting pada Beacon.

Gambarajah di bawah ialah elemen yang wajid diketahui pada Beacon



 (Gambar belum Upload)

                                           


A)    Memasukkan Callsign buat kali pertama atau memperbaharui.

Callsign ialah satu nama (misalnya 9M4CAB) yang akan berbunyi diikuti ID Beacon. Misalnya ID Beacon yang pertama iaitu MOE.

Apabila Beacon TX, ia akan TX bermula Callsign diikuti dengan ID seperti di bawah:

DE 9M4CAB MOE MOE MOE MOE sehingga selesai 1 minit.

Sekiranya hendak melakukan setting CALLSIGN, ikuti langkah-langkah di bawah:

a)      Jumper pin diletakkan pada pin 1 dan pin 2.
b)      SW1 di setkan  no 7 (mode menulis CALLSIGN)    **Rujuk lampiran set no pada
     SW
c)      Tekan butang reset
d)     LED akan berkelip selepas butang reset dilepaskan. LED berkelip dalam kode morse menyatakan ’BT’ ( _ . . . _ )
e)      Masukkan huruf pertama CALLSIGN dengan menekan butang CALLSIGN seperti anda mengetuk key CW.

Contohnya ’J’, ketuk ( . _ _ _ )

f)       Selesai anda memasukkan (mengetuk CW) huruf/angka pertama callsign, lebih kurang 1 saat kemudian lampu LED akan berkelip mengulangi huruf yang telah dimasukkan.

Jika ketukan/huruf yang dimasukkan salah (berbeza dengan yang dimasukkan), ulangi langkah (c) kembali.

Jika betul (LED menyala mengikut kod CW yang dimasukkan) ikut langkah seterusnya.

g)      Apabila LED berkelip mengikut kod morse huruf yang diketuk, ulangi langkah (e) dan (f) sehingga selesai huruf terakhir callsign dimasukkan.

Maksimum huruf/angka callsign yang boleh dimasukkan ialah 8 aksara.

h)      Selepas memasukkan aksara terakhir, masukkan ’AR’ ( . _    . _ . ). Sekiranya LED berkelip berterusan ini bermakna proses menulis CALLSIGN telah lengkap. Sekiranya LED menyala statik menyala menunjukkan proses gagal, sila mula langkah (c) kembali.
i)        Selesai sahaja proses ini, set kan kembali jumper ke pin 2 dan 3 dan SW1 di setkan ke ZERO (0). Kemudian tekan butang reset.
Anda boleh melihat LED berkelip dalam kod morse bermula ’DE’ + (Callsign)

B)    Setting pada Switch (SW1, SW2 dan SW3)

Gambar di bawah ialah kedudukan butang yang harus digerakkan pada setiap SW supaya memberi nilai tertentu. Contohnya pada SW2 hendak disetkan nilai 5, maka kedudukan butang harus seperti dalam gambar di bawah.


(Gambar Belum Upload)


j)       Langkah 1, Setup SW1

SW1 adalah berfungsi sebagai Timer Switch. Ia bertindak sebagai bilakah beacon pertama akan mula TX bila butang reset dilepaskan.

Biasanya pengendali akan setkkan satu tempoh yang membolehkan beliau menempatkan beacon pada lokasi terpilih dan dibiarkan. Selepas satu tempoh yang disetkan, beacon tersebut secara automatik mula TX.


Nilai Set Pada SW1
Tempoh mula
0
Serta merta
1
5 minit
2
10 minit
3
20 minit
4
40 minit
5,6
-tiada-
7
Mode menulis CALLSIGN

k)     Langkah 2, Setup SW2

SW2 akan berfungsi sebagai bilangan beacon yang akan TX. Ini akan membantu semua beacon menentukan jarak TX bagi setiap beacon dan berapa minit sebelum setiap TX OFF dan ON.

Nilai Set Pada SW2
Perkara
0
Beacon akan TX ’DE’+ CALLSIGN berterusan sahaja
1
1 Beacon digunakan
2
2 Beacon digunakan
3
3 Beacon digunakan
4
4 Beacon digunakan
5
5 Beacon digunakan
6
6 Beacon digunakan
7
7 Beacon digunakan


l)        Langkah 3, Setup SW3

SW3 berfungsi sebagai set khusus pada beacon yang dipilih yang akan diset mana satu yang akan TX mengikut urutan.

Nilai Set Pada SW3
Giliran (juga ID)
0
Berterusan TX ’MO’
1
MOI
2
MOE
3
MOS
4
MOH
5
MO5
6
MON
7
MOD

Giliran yang adalah bermula MOI, MOE, MOS, MOH, MO5, MON dan MOD.

C)    Pengendalian

  1. Setelah semua beacon di set dan dipasang, Sambungkan hujung sambungan phone jack pada radio handie talkie ICOM bahagian lubang PTT.
  2. Tolak suis on
  3. Tekan butang reset serentak pada semua beacon.
  4. Lepaskan butang reset semua beacon SERENTAK.
  5. Tunggu 5 minit (jika diset 5 minit baru mula TX).
  6. Beacon pertama akan mula TX untuk 1 minit, kemudian beacon seterusnya mula TX dan seterusnya.

Contoh Setup untuk 5 beacon dengan 5 minit mula TX


Nilai Set Pada SW1
Nilai Set Pada SW2
Nilai Set Pada SW3
Beacon 1
(MOE)
1
5
1
Beacon 2
(MOI)
1
5
2
Beacon 3
(MOS)
1
5
3
Beacon 4
(MOH)
1
5
4
Beacon 5
(MO5)
1
5
5

Contoh Setup untuk 4 beacon dengan 5 minit mula TX


Nilai Set Pada SW1
Nilai Set Pada SW2
Nilai Set Pada SW3
Beacon 1
(MOE)
1
4
1
Beacon 2
(MOI)
1
4
2
Beacon 3
(MOS)
1
4
3
Beacon 4
(MOH)
1
4
4

Dan contoh 4 beacon dengan serta merta TX, Setup untuk 5 beacon terus TX


Nilai Set Pada SW1
Nilai Set Pada SW2
Nilai Set Pada SW3
Beacon 1
(MOE)
0
4
1
Beacon 2
(MOI)
0
4
2
Beacon 3
(MOS)
0
4
3
Beacon 4
(MOH)
0
4
4



Saya copy paste.... jika ada sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi saya dan jika mahu lihat sample yang telah siap.

Semoga berjaya :)

Related Posts with Thumbnails