Anda adalah tetamu ke blog ini.

Ahad, 30 Julai 2017

Ham Radio dan kembara ke Eropah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang dimaklumkan posting sebelum ini kami merancang untuk menghadiri Europe Hamfest di Jerman pada 2016, tetapi faktor jatuh pada bulan ramadhan membuatkan kami berfikir panjang. Pada Februari yang lepas, tiba-tiba idea nak ke festival radio ke 2 terbesar ini muncul. Kami mula merancang, dengan MAS dan Etihad mula mempromosi tiket murah...


Alang-alang nak ke eropah dan sahabat saya Fadhil belum lagi merasai menjelajah Eropah, maka saya cuba aturkan perjalanan merentasi beberapa negara. Perjalanan kami bermula pada 11 Julai 2017 dengan penerbangan MAS dan pulang ke Malaysia pada 20hb, 9 hari perjalanan. Perjalanan meliputi UK, France, Switzerland, Germany, Istanbul, UAE dan balik ke Malaysia.

Kuala Lumpur - Hethrow London

Dengan memilih London UK sebagai lokasi kami tiba, 2 hari di London sebenarnya memadai. Lapangan terbang Hethrow agak bagus kerana dihubungkan dengan perkhidmatan Tube (seperti LRT di Malaysia).  Dengan menggunakan kad Oyster (seperti kad Touchngo) perjalanan dari Hetrow ke Victoria Station iaiti dar Zone 6 ke Zone 1 hanya £4.10 (off peak) dan ada maksima caps (di mana selepas nilai maksima tiada lagi caj pada hari yg sama). Kami memilih hotel sekitar Victoria Station kerana pada keesokkan harinya kami akan menaiki bas eksress ke Paris di stesen Victoria Coach Station yang hanya sebelah stesen ini. Banyak hotel murah di sekitar stesen ini.



Stesen Tube di Terminal 4 lapangan terbang Hethrow. Sampai ajer hotel terus lelap setelah 12 jam lebih penerbangan..


Parking kereta satu isu di London. Di hadapan Hotel kami.


Big Ben! dalam baikpulih.


Tak jauh dari Downing Street.... 


Ahaaa...


Tak lepaskan peluang lihat perbarisan depan istana Buckingham.


Queen! kebetulan hari kami melawat, Raja Spanyol juga datang, sahabat saya bilang datang sebab isu tuntutan Pulau Gilbratar...


Kubu lama London.


Sungai Thames dan London Bridge.


Kami tak lepaskan peluang ke Camden Town mencari mee tonggek hehehhe..


Singgah ke malaysia hall, melalui stesen Queensway... sebelah Hyde Park ajer. Kantin Malaysia Hall memang murah, nasi saja £2, tambah 1 lauk tak kisah saiz jadi £3.. ok la tu kalau terdesak.

London - Paris

Tamat hari ke 2, petangnya kami ke hotel mengambil beg dan menuju ke Victoria Coach Station. Kami akan ke Paris dengan perkhidmatan Ouibus (operatornya SCNF France) pada jam 9.30 malam dan menyeberangi selat Inggeris melalui Perlabuhan Dover dengan Feri. Ya agak memeritkan kerana perjalanan hampir mencecah 10 jam. Tetapi jimat banyak terutamanya kami tidur di atas bas.

Sebenarnya terdapat alternatif lain yang lebih menjimatkan masa tetapi tidak wang seperti perkhidmatan Tren atau penerbangan murah seperti Ryanair etc tapi bas cuma £9 saja..

Sampai di Paris negara ke 2 jam 10 pagi, rancangan kami hanya melewati pusat bandar Paris dan sekitar Effel Tower sahaja. Selepas meletak beg di stesen Gare De Lyon (Bas berhenti di stesen tak jauh dari situ), kami menaiki tren menuju ke Arc De Triomphe di mana terdapat Monumen Paris yang popular dalam iklan rokok Dunhil dulu-dulu. Kemudiannya berjalan kaki ke Eiffel Tower. Sakan sahabat saya fadhil mengambil gambar hahhaha.. Destinasi seterusnya kami menaiki bas menuju ke sekitar Grand Palais untuk cuci mata sekitar nya. Di sini terdapat banyak butik-butik jenama mewah... Makan Tengahari kami tak jauh dari Opera, hanya kebab dan kentang goreng sudah memadai.

Melalui Opera terdapat tren menuju ke Gare De Lyon yang mana tren laju TGV ke Zurich yang akan kami naiki berada. Nasib baik dah print e-ticket di mesin dan verify, perjalanan kami menjadi mudah.

Lewat petangnya Jam 5.30 petang kami menaiki Tren Laju iaitu TGV Lyra melalui stesen Paris Dare De Lyon menuju Zurich ke negara ke 3 iaitu Switzerland. Sebenarnya kami memilih Mulhouse/Basel tetapi dek kerana tiket tren tiada yang murah maka zurich kami jadikan tempat singgah untuk bermalam.


Bas kami menaiki feri ini menyeberangi selat Inggeris dari Dover UK ke Calais France. Perhatikan lampu di daratan depan. Itulah daratan France yang pernah menjadi sejarah tentera British dalam Filem Dunkirk.


Arc De Triomphe, monumen yang masih segar dalam minda kanak2 tahun 80an kerana iklan rokok Dunhill memaparkan kemewahan perokok melewati Paris dengan teksi dalam iklannya dulu hahahaha..


Berjalan kaki menuju ke Eiffel Tower pasti akan melalui jambatan ini..


Imigran afrika banyak menjaja barangan cenderamata dan adakalanya gelihati melihat mereka berlari apabila dikejar polis huhuhuhu.. Jangan lupa, keycahin Eiffel Tower murah dijual oleh mereka dengan 12 biji cuma €2. Jadi tak hairanlah keychain ini paling popular diberikan oleh kawan-kawan yang balik dari Paris.


Eiffel Tower dari Theatre National. Jarang dapat cahaya yang baik kalau datang ke Paris.


TGV Lyria


Kesibukkan stesen Gare De Lyon, Stesen bagi perjalanan tren antarabandar ke Timur dan Selatan.


Fadhil terus terlelap bila atas tren..

Paris - Mullhouse/Basel - Zurich

Tren tiba di Zurich Jam 11.30 malam... hampir 4 jam perjalanan sebenarnya. Cuma hati terkilan kerana tren yang sama juga berhenti di Mulhouse France. Mulhouse merupakan bandar pilihan kami untuk bermalam kerana strategik dan hotel yang murah berbanding Switzerland. Tapi apa boleh buat semasa booking, bandar ini agak mahal tiketnya.

Kami berjalan kaki ke hotel yang jaraknya hampir 500m dari stesen... dengan suhu mencecah 21°C, tk memenatkan huhuhu. Cuma hotel ni takder kaunter jadi kami hanya bergantung pada mesin untuk mendapatkan kunci.


Salad sayuran yang sempat beli masa di Paris. Dengan campuran Magic Salt yang dibeli di Daiso Osaka tahun lepas... makan malam cukup menyelerakan!


Inilah rupa bilik kami di Zurich.. Lengkap dengan dapur.

Zurich - Friedrichshafen

Bangun paginya 14hb, selepas sarapan kami check out hotel dan berjalan menuju ke stesen bas yang terletak hanya bersebelahan stesen Zurich HB, Sihnquai HB. Dengan menaiki bas Flixbus kami akan menuju ke Friedrichshafen Jerman.


Kali ini kami menaiki bas Flixbus, bas jerman tujuan 006 ke Berlin tapi singgah ke Friedrichshafen di mana destinasi utama kami.



Friedrichsafen kat seberang tasik ni, jadi bas akan menaiki feri menuju ke sebelah sana German.


Pemandangan di kabin kapten Feri


Ternampak banner Ham Radio dalam perjalanan.. Dah tak jauh dari tempat acara.

Sampai saja bandar Friedrichshafen kami terus menaiki bas ke hotel yang terletak di kawasan perkampungan. Kami tak bernasib baik kerana minggu Hamfest adalah minggu serentak dengan Festival Musim Panas penduduk jerman. Banyak hotel yang penuh dan hotel yang kami dapat ini boleh tahan gigit jari harganya!


Aktiviti petang selepas check in hotel, misi mencari masjid terhampir.


Jauh projek nak buat jalan ni.


Dah jumpa masjid Mehmet Fekeh atau bahasa tempatan Friedrichshafen Central Mosque. Lengkap dengan hostel, dapur dan kafeteria.


Wah ada flight terus ke Istanbul - Friedrichshafen


Selesai solat, kami menuju ke pasaraya LidL yang hanya di hadapan masjid ini untuk mencari bahan makan malam kami. Terjumpa makanan sejuk beku Vegeterian... sedap gak.


Dengan gandingan salad.. fuh! Malam tu tidur lena hahahha..


Awal pagi kami bangun dan mula menunggu bas di depan hotel untuk ke bandar. Di bandar terdapat bas percuma ke lokasi Hamfest. Buah-buah manis ni terdapat kat mana-mana semak... sedap!


Jahat gak nama tiket diorang... BODO hehhehe... mahal gak sekali naik.. €2.10.


Bas percuma ke lokasi Hamfest. Perhatikan majoriti adalah warga emas.. Ya Allah.. terasa sayup ajer hobi ni kalau merenung masa depan kalau-kalau teknologi terlalu pantas berkembang.



Di hadapan pintu masuk Messe Friedrichshafen di mana acara hamfest berlangsung.


Ambil tiket sehari ajer...


Ini adalah hall kapal terbang yang akan dipenuhi oleh pempamer dan penjual berkaitan ham radio. Bayangkan terdapat 4 hall... pengsan kami nak lawati semua. Untuk ulasan acara europe hamfest 2017 saya akan asingkan khusus kerana terlalu banyak gambar-gambar yang menarik... sabar ya, pada posting yang lain.


Salah satu acara sampingan yang menarik perhatian saya ialah terdapat banyak booth untuk golongan kanak-kanak dan remaja bagi menggilap hobi minat pada elektronik dan kreativiti. Masyarakat Eropah melihat perkara ini dengan serius. Jika tidak dilakukan, remaja dan kanak-kanak akan menjauhi hobi ini dan lebih cenderung pada hobi teknologi lain yang lebih menarik, misalnya penangan internet.....


Maker Faire, Pameran dan program mencungkil kreativiti remaja dan kanak-kanak terhadap sains dan teknologi melalui inovasi! Kami terjumpa 9M2QQ Mr. Hans yang mempromosikan radio amatur sebahagian dari aktiviti program ini.


Kabel 450 ohm menarik perhatian kami... cuma 1meter = €1, agak murah. Sempat sambar beberapa antenna untuk aktiviti di Malaysia..


G5RV Junior, walaupun boleh homebrew, tapi cuba pula sentuhan tangan mat salleh pulak.


Yang ni Full Length, untuk saudara Mutalib 9M2SQL.


Friedrichshafen merupakan bandar tepi tasik yang popular dengan Zeplin, Kapal terbang dengan menggunakan belon udara ringan...


Balik dari hamfest, kami singgah di bandar untuk makan malam (ya, siang agak panjang di musim panas). Terdapat pesta di bandar.. meriah!.


Hasil sticker yang berjaya dikumpul. Patut la ramai ham radio yang jumpa ada banyak sticker ni. Ingatkan memang selalu pergi festival ni. Rupanya sekali datang ada banyak sticker yang diberikan percuma sebagai sebahagian kaedah pemasaran rupanya.


Memandangkan zaman SDR, banyak jumper yang perlu. Terjumpa kabel begini semurah €1 satu.. apa lagi sambar.. N-Type dengan termination 50 ohm.. juga Doorknob Capacitor. Sambar!

Friedrichshafen-Munich


Keesokkan harinya kami check out dan kembali ke bandar untuk menaiki bas Flixbus ke Munich. Memandangkan bas kami jam 1.30 petang, kami memilih untuk kembali ke Messe dimana hamfest berlangsung. Sambil tu lajak ke Hangar Zeplin yang hanya di belakang tapak hamfest. Lagipun bas free!


Dari jauh saja lihat. Nak naik memang mahal... €225 bagi 30 minit!


Kami kembali ke bandar untuk makan tengahari di restoran yang sama. Restoran ini adalah cadangan oleh Imam masjid kelmarin.


Keluar saja dari restoren, suasana jalan dipenuhi orang ramai. Rupanya ada perarakan pesta penduduk tempatan. 


Nampak tak maskot arnab? itulah maskot bagi bandar Friedrichshafen rupanya.

Kami bergegas ke stesen bas yang tak jauh dari situ. Alamak rupanya pada 16hb rupanya laluan trafik ke bandar ditutup.. hentian bas kami telah dialihkan ke lokasi lain. Kami berlari jugak la cuak kerana takut tertinggal bas. Hahahahha...

Nasib baik menyebelahi kami rupanya trafik yang padat telah menyebabkan bas kami juga lewat sampai. Alhamdullillah. Bas datang jam 4 petang dan kami menuju ke Munich HB.


Sampai di Munich, bandar mula lengang kerana sudah jam 7 malam... matahari terbenam jam 9 malam. Letak beg di stesen bas (sepatutnya stesen tren) kami berjalan kaki menyelongkar bandar Munich. Jika tidak kelewatan bas, kami mungkin akan singgah ke BMW Museum dan Alliance Stadium.


Terdapat gereja yang ada ruang pelawat mengambil gambar di pekan lama Munich di Karlsplatz 1 stesen di hadapan Munich Central yang kami cuba jalan-jalan menghabiskan masa.

Jam 9 malam kami bertolak ke Lapangan Terbang Munich untuk bermalam saja di airport, Penerbangan seterusnya kami ialah jam 7 pagi esok 17hb ke Istanbul dengan penerbangan Istanbul Airlines.

Munich-Istanbul

Memandangkan penat berjalan, saya mencadangkan pada sahabat saya untuk singgah ke istanbul. Pada masa yang sama Turki baru saja menyambut ulang tahun pertama Kudeta dan ketidakstabilan ini meyebabkan Istanbul tidak ramai dilawati pelancong. Tukaran matawang yang tak jauh berbeza iaitu RM1.20 = TKR1 memang berbaloi. Kami memilih untuk bermalam selama 2 malam.


Sampai saja Istanbul baru jam 12 tengahari.. tidur dulu untuk pulih sebab kami kurang tidur semasa di Munich. Malamnya jalan-jalan dulu di Jeti Eminonu melayan orang memancing.


Manisan Turki


Keesokkan harinya melayan Fadhil ke Haya Sofia, Masjid Biru dan beberapa lokasi.


Pintu masuk Grand Bazar, kawalan ketat keluar masuk berbeza dari tahun-tahun lepas.


Mahal walaupun tukaran matawang sama. Spice Market.


Jalan menuju balik... bagi wanita, syurga shopping woo.. Kami mengelak ke Dataran Taksim kerana ada khabar angin tidak selamat.


Menyelusuri selat Bhosporus yang memisahkan benua Asia dan Eropah sebelum pulang ke Hotel.

Istanbul - Abu Dhabi - Kuala Lumpur

Keesokkan harinya 19hb kami mula berkemas dan ke lapangan terbang. Penerbangan Etihad Airways menuju ke Abu Dhabi. Asalnya kami memilih transit di Abu Dhabi lebih 7 jam dan menerima jemputan Ahmad (ex-9W2PGL) MW0PGL sebab sahabat ini tinggal tak jauh dari airport. Tapi memandangkan sampai ke Kuala Lumpur 21hb, kami memendekkan dengan memilih option transit hanya 3 jam dan terus ke kuala Lumpur. Ini membantu kami sampai awal iaitu 20hb. Insyallah Ahmad, nanti kami akan singgah lagi kalau ada peluang.

Alhamdullillah kami selamat sampai ke malaysia, Kesan perbezaan zon waktu/jet lag memang mencabar. saya memerlukan hampir 1 minggu untuk menyesuaikan balik huuhuhu..

Apapun trip kali ini agak memenatkan kerana kami bukan sahaja ke Europe Hamfest tetapi juga Europe Tour. Dengan bajet yang terhad dan tempoh menabung kurang 5 bulan, berjaya juga kami sampai ke Festival hobi kami. Sempat Fadhil berbisik pada saya, lepas ni kalau ada peluang... lagi 5 tahun mungkin kami akan mengintai Dayton Hamfest US hahahhaa... harap-harap ianya sukses insyallah..

Kepada sahabat-sahabat yang akan ke Tokyo Hamfest, selamat berjaya juga..

Hingga kita jumpa lagi pada posting yang akan datang... 73!


Related Posts with Thumbnails