Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tahun lepas Putrajaya Amateur Radio Club (PARC) telah mengadakan pertandingan Slalom. Pertandingan ini adalah sebahagian dari cabang radio amatur iaitu beradu kemahiran mencari isyarat RF dengan menggunakan antena serta peranti tambahan.
Lebih-lebih lagi setelah setahun sebelumnya PARC telah mengadakan pertandingan Antena Racing, tiada aktiviti lain yang diadakan selepas itu bercorak pertandingan. Slalom ini kerap dijadikan acara sampingan di program-program radio amatur tetapi jarang diadakan secara berfokus. Kali terakhir saya mengikuti pertandingan ini di Malaysia ialah semasa Anjuran Pengakap di Pusat Ko Kurikulum dan Marts di Tasik Titiwangsa hampir 10 tahun yang lepas.
Dalam pertandingan slalom ini, Urusetia akan memberikan satu set jawapan pada Juri. Juri pula akan mengendalikan satu peranti 'switch' yang akan menentukan antena mana yang akan 'transmit'. Bergantung pada switch, terdapat 4 (atau lebih) antena 1/4 wave yang akan 'transmit'. Setiap satu antena akan disusun 1 panjang gelombang atau kurang jarak setiap satu . Isyarat yang akan dipancarkan adalah secara berkala bagi memberi peluang peserta mengesan pergerakkan turun naik isyarat. Setiap pusingan, tempoh pemancaran adalah dihadkan supaya memberi cabaran pada peserta.
Manakala peserta pula, akan diletakkan pada satu jarak yang dikira bersesuaian dan kesukaran mengesan isyarat akan dilaras dengan mendekatkan peserta dengan antena yang transmit. Semakin dekat maka semakin mencabar untuk mengesan isyarat kerana isyarat semakin kuat. Disini pesera akan hanya dibenarkan menggunakan antena, radio dan litar bantuan (samada pasif atau aktif seperti attenuator dan sebagainya bagi mengurangi isyarat atau mengherotkan isyarat) dalam menjalankan usaha mencari isyarat.
Saya bersama Abang Arifin 9M2KAR telah dilantik sebagi juri untuk pertandingan ini. Sepatutnya Bang Fadhil 9W2SMF yang menjadi juri tetapi beliau masih di Hospital Pantai kerana kurang sihat, saya menggantikan beliau. Tahniah pada 9W2VQL, 9W2NCP, SWL AH SENG, 9M2kar, 9W2DFL, 9W2CLA, 9W2PJH, 9W2ACY, 9W2CLH, 9W2AET, 9M2RZL, 9W2JBI, 9W2MMC & 9W2FDK, 9W2SMF, 9W2OTX, 9W2MSE, 9W2VVU, 9W2GHH, 9W2XIK, 9W2VDN & 9W2ECK atas penganjuran acara ini.
Oleh kerana acara ini telah setahun diadakan, saya terlupa siapa pemenang hahahahhaa... apapun saya coretkan gambar yang ada dalam simpanan saya. Untuk maklumat lanjut boleh lawati FB Putrajaya Amateur Radio Club.
Pandangan dari meja juri.
Sahabat saya 9M2KAR
Kerusi yang akan menempatkan antena dan khemah juri.
Khemah urusetia.
Sesi memanaskan badan oleh perserta. Satu antena diaktifkan supaya memancar bagi memberi kemudahan uji cuba peserta sebelum pertandingan sebenar berlangsung.
Padang.
Peserta telah bersedia. Perhatikan antena di atas kerusi.
Bagus betul penganjur, siap sediakan khemah bagi peserta.
Sedang mencari isyarat.
Kotak switch, radio dan bateri standby.
Rekod jawapan.
Sesi rehat, sahabat-sahabat saya pun ada juga, Mutalib 9M2SQL dan Raymond 9W2CIA
Juhga bang Bahtiar.
Saya lelong magnetic loop MFJ saya.
Juga bang 9M2EDU dengan flea market beliau.
Dekat sikit.
Sahabat saya 9W2WF dengan jualan beliau
Jumpa orang kuat flea market.
Pertandingan bersambung kembali.
Sudah sengit.
Sesi taklimat dan penerangan undang-undang pertandingan.
Team merah dan biru di akhir pertandingan.
Juri
Peserta, team merah dan biru
Fuhhhh...
Dan pemenangnya...
Akhir kata, saya berharap agar kesinambungan pertandingan ini dapat diteruskan. Saudara Fadhil 9W2SMF dan saya sudah tidak berapa mampu untuk meneruskan pertandingan ini. Manakala switch board pertandingan slalom juga harus disalin dan dibina dengan lebih banyak lagi. Ini kerana switch yang asal yang saya perolehi dari Palembang Indonesia telah pun hilang entah ke mana. Yang ada pun adalah salinan saya buat. Dan ianya hanya ada 1 sahaja.
Semoga pertandingan-pertandingan dalam hobi radio amatur seperti ini lebih semarak pada masa hadapan. Jika hanya QSO sahaja, mungkin akan bosan.. maka kita perbanyakkan cabang aktiviti dalam radio amatur di sini agar lebih menyeronokkan dan sama meriah seperti di Indonesia Insyallah.
73!