Anda adalah tetamu ke blog ini.

Ahad, 12 April 2020

Kalumpang Resort DXing


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Julai tahun 2019 lepas punya gambar, kami telah mengadakan aktiviti DXing di Kalumpang Resort, Hulu Selangor. Lokasi memang terbaik untuk berehat bersama keluarga sambil DXing.

Lokasi ini mempunyai banyak chalet yang sangat selesa. Diusahakan oleh keluarga bang Is 9W2ELM, dan berhadapan dengan sungai yang sangat jernih. Sebenarnya lokasi ini dicadangkan oleh Ustaz Fadil 9W2SMF yang pernah mengadakan Hari Keluarga PRADAS sebelum ini. Terdapat satu lagi lokasi Pasir Puteh Resort tidak jauh dari lokasi yang juga di bawah pengurusan syarikat yang sama.

Saya, Fadil 9W2WF, Faris 9W2FXQ dan Mutalib 9M2SQL mencuba nasib Dxing di resort ini sambil mandi manda di sungai yang sejuk ini hahahhaa.. Malam nya kami ke air panas Hulu Tamu untuk berendam air panas pula.

Apapun mungkin nasib kami kurang baik kerana lokasi resort yang kami pilih ini tidak berapa baik kerana terdapat 1 interferen yang kuat yang meneggelamkan isyarat radio, besar kemungkinan transmisi audio video tahun 90an yang tidak pasti dari mana.


Pemandangan dalam Kalumpang Resort.


Chalet kami. Di atasnya juga terdapat bilik yang luas yang juga boleh dijadikan ruang stesen radio.


Is 9W2ELM dan kami bersantai sambil berehat. Mujur musim durian dan manggis masih ada, dapatlah merasai sebab gugur betul-betul depan chalet kami.


Malamnya kami bersantai di kolam air panas Hulu Tamu.


Keesokkan harinya kami singgah menziarahi Abang Ali 9W2ROP di Serendah.

Itu saja yang dapat saya coretkan. Minggu PKP COV19 ni banyak gambar-gambar lama yang perlu di simpan. Jika ada lagi Insyallah saya kongsikan.

73! 

Related Posts with Thumbnails