Anda adalah tetamu ke blog ini.

Jumaat, 26 Disember 2008

Perasmian Sekretariat Orari Palembang

Assalamualaikum dan salah sejahtera





Buat tatapan warga radio amatur Orari Palembang dan Malaysia. Ketik Perasmian Sekretariat Orari Palembang.

Selamat melihat gambar-gambarnya.

P/S: Terima kasih Pak taufik atas bantuan sepanjang di sana. Dan juga hadiah ole-ole dari warga Radio Amatur Palembang yang sudi berkongsi pengalaman serta pemindahan teknik mengendali pertandingan Slalom Lumba Fox Hunt. Insyallah mudah-mudahan acara terbabit dapat saya bawakan ke Malaysia.

Terima kasih Warga Radio Amatur Palembang Barat. :)

Rabu, 26 November 2008

Minggu yang sibuk

Assalamualaikum..

Saja nak test posting.. minggu ni saya amat-amat sibuk. Saya sedang berusaha untuk mengemaskini. Banyak yang saya tertinggal untuk dikemaskini. Gambar Allayharham Pak Dollah 9M2DS yang telah sekian lama saya cuba kemaskini. Yang sepatutnya saya posting awal-awal lagi..


Juga berita 9W2HE Hafizul Efendi kahwin
Hinggalah gambar antena yang akan saya bawa ke ARRD 2008 Port Dickson nanti


Apapun.. minggu ini saya harus berpindah ke rumah baru. Dan masa sering kali mencemburui saya...
73!!

Jumaat, 21 November 2008

Meraikan 80 Tahun berkembangnya radio amatur di Malaysia


Assalamualaikum,
Sempena meraikan 80 tahun berkembangnya radio amatur di Malaysia (dulu dikenali sebagai Tanah Melayu dan sehinggalah terbentuknya Malaysia disamping saudara dari Sabah Dan Sarawak).
Saya berkemungkinan akan hadir pada majlis itu tertakluk pada keutamaan keluarga. Insyallah akan saya bawakan 6 set antenna 10m jika ada yang berminat.
:)
Minggu-minggu ini agak sibuk, bukan sahaja untuk urusan tempat kerja malahan rumah. Rumah seterusnya yang akan saya pindah terlalu kecil untuk saya lakukan aktiviti berkaitan homebrew..
Mmmm.. kalau sempat akan saya kemaskini ulasan ini.
hingga jumpa lagi!! 73!

Selasa, 21 Oktober 2008

Bingkisan JOTA 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bingkisan gambar JOTA 2008 bagi stesyen 9M1CSZ boleh dilawati di:

http://www.qsl.net/9w2sq/JOTA2008.htm

Sedikit gambar yang dapat saya lampirkan. Kamera model Canon 450D, Speedlite 580 EX, Lens Tamron 17-50mm F2.8 dan hasil yang meletup!! hehehe..

Station manager bertugas mendapatkan log RX dan TX stesyen dari dalam khemah. Yaesu 817ND dengan portable antenna HF.

DXpedition kali ini membawa nama negara di mata dunia

Dengan 24 jam stesyen dikendalikan

Dibantu dengan kambing bakar, Roti Perancis, Sup panas dan banyak lagi

Membuatkan operator stesyen 9M1CSZ terus berjaga dek kepanasan daging kambing dan kopi panas.. tambahan lagi stesyen YL dari North Carolina US masuk bertalu-talu hehehe..

Di suatu sudut di tapak DXpedition, jam 4 pagi.. apakah benar? :)

Hanya kabel-kabel ini mampu menceritakan pepasangan pemancar, antena, antenna tuner, grounding dan bekalan kuasa.

Khabarnya gerup Wilayah V17 juga mengatur strategi pada even kali ini... bermesyuarat rahsia mengenai perancangan..

termasuklah untuk menangkap si....


Bagi sesetengah operator, alam semulajadi yang sukar dirasai dinikmati...
Dan masa terus berlalu.. DXpedition telah tiba di penghujung.

Terima kasih buat semua warga DXpedition JOTA 2008 yang saya kira ianya patut digelar SOTA (summit On The Air)... tahun depan insyallah lokasi baru akan bermula lagi..


Itu saja dari saya :)
Hingga jumpa lagi di ekspedisi seterusnya... 73!!

Khamis, 21 Ogos 2008

Akhirnya aku memiliki!!

Salam sejahtera.. saya akan updatekan pada Sabtu ini

CW 2/2008 dan dipalu!!

Adakah anda bersedia?

Isnin, 11 Ogos 2008

Tiada Kemaskini

Assalamulaikum.. minggu yang masih sibuk. Dan minggu-minggu merenung masa depan..


Insyallah akan saya tuliskan terdekat ini. susah sekali pilihan ini dibuat. Bertepuk sebelah tangan? Harap-harapnya tidak... Aminnn... :p
73!
P/S: Gambar tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati. Hehehe...

Isnin, 21 Julai 2008

Bingkisan hujung minggu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini saya agak kurang sihat.. sekadar beberapa gambar untuk tatapan anda...

Seperti yang dijanjikan, komuniti wilayah 17 telah menyertai pertandingan fox hunting minggu lepas. Dan Alhamdullillah berjaya menggondol hadiah bagi tempat pertama dan kedua. Syabas!!

Pasukan V17 A, V17B dan V17C (Veteran)


Abang wan drif!



Sedang para peserta bertarung... saya abiskan masa memotret pemandangan Tasik Titiwangsa

Bersama Yusop Dapur (askar monggolia hehehe)



Dan tiba-tiba...kesunyian Tasik Titiwangsa dikejutkan... Peserta pertama menamatkan pertarungan tiba berdesup!


Eh! pantas nyer abang Fadhil, tak sempat nak kira yuran penyertaan.. hehehe..

Kepenatan peserta ini hilang apabila tiba di garisan penamat dek urusetia yang cun melecun...

Hebat abang fadhil.. macam kuda la hehehe..

Peserta V17 yang menamatkan pertarungan disamping penaja rasmi pasukan kali ini - RS Power Sdn Bhd.


Gaya sebagai jaguh

Dan peserta terakhir v17 yang tiba, Raymond sebagai Sweeper pasukan hehehe..


Semua pasukan dari wilayah 17 bergambar bersama penaja rasmi iaitu RS Power dan Amir Clapton

Pesaing terhampir



Juga pesaing terhampir.. bukan sahaja kedudukan dalam pertandingan tetapi berjiran wilayah rupanya...


Pasukan terakhir menamatkan perjuangan... sayup nun di sana. Syabas!



Dalam pertandingan, tewas bukan kekalahan tetapi berjaya menamatkannya dengan sempurna adalah kejayaan.


Senjata pemusnah dipamerkan....

Dan akhirnya yang ini menjadi juara!! :)

Demikian catatan saya... kesihatan kurang memuaskan menyebabkan saya terpaksa berhenti setakat ini.
73!!

Isnin, 14 Julai 2008

Temujanji paling lama.. 2 Tahun + Aktiviti Menjelang Pertandingan Fox Hunting

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Coretan ringkas tapi cukup untuk memanaskan tuan-tuan agar ikut sama bertarung bersama kami di Pertandingan Mencari Musang hehehe..

Sebelum saya lebih lanjut, ucapan jutaan terima kasih pada rakan baik saya Shuib. Begitu sukar bertemu dengan beliau. Saya membuat temujanji rasanya 2 tahun lepas. Sepanjang tempoh itu kami saling berhubung dengan menggunakan Yahoo Messenger atau SMS. Berapa kali perancangan untuk berjumpa masih gagal. Cuma saya terkilan tidak dapat berbual panjang dengan beliau pada malam itu, soalan-soalan yang dirancang terlupa tiba-tiba. Mungkin ada perancangan lain yang harus diutamakan. Dari raut wajahnya ada tanda-tanda keletihan mungkin baru pulang dari pejabat.

Selesai pertemuan malam itu saya hantar ke keretanya, dalam hati saya terdetik mungkin saya memerlukan 2 tahun lagi untuk pertemuan seterusnya.. mungkin.

Shuib 9W2GE a.k.a MW0EIB



Dan ahad lepas saya bersama-sama dengan ayam tambatan wilayah V17 yang akan menyertai Fox Hunting pada 20hb ini melakukan latihan tubi Mencari Musang di Tasik Titiwangsa. Atas dasar privisi, beberapa bahagian gambar terpaksa ditutup agar para pembaca blog ini yang akan menyertai pertandingan ini berfantasi hehehehe...

Ajukan antena pada isyaratnya bukan pada orang



Rahman 9W2CIA dan antena tambahan beliau :)

Opss... Bluetooth nya belum dipasang pak!

Talib, PRO dan SMF sedang menyediakan 'gadget'

Gaya mau ada....


dan bila isyarat sudah mari.. berlari!



Dan potong orang depan.. masa amat-amat bernilai

Disebalik sekumpulan tadi terdapat satu lagi kumpulan fox hunter yang lebih ganas! Antena yang digunakan terlalu hebat hinggakan berjaya sampai dulu walaupun secara berjalan bersama isteri yang sarat mengandung.. huh! Jenis antena adalah rahsia!! :)


Dan benda yang dicari telah ditemui!

Terselit....

Dibalut dengan lapisan penyamaran.. takut mudah ditemui oleh peserta.. dan pemungut sampah di taman tersebut.

Ini dia

Selesai latihan, satu sesi perbincangan bagaimana membuat penambah baikan menjelang hari pertandingan. Banyak perkara baru yang dipelajari. Juga banyak penambahbaikan dari segi teknik dan antena itu sendiri. Tn Hj. Rashid, selaku ahli khariah kawasan Ampang sudi meluangkan masa hadir memberi sokongan moral dan berkongsi pengalaman. Dimaklumkan tambahan satu lagi pasukan mewakili warga veteran Ampang akan menyertai V17.
Tn. Haji membacakan sesuatu pada antena fox hunting salah seorang bakal peserta yang bermasalah.



Dan hasilnya.. bacaan SWR meter melalui meter MFJ antena analizer menunjukkan peningkatan membanggakan!

Diakhir perbincangan dan chit chat.... terasa kelainan pada hobi ini. Keseronokkan yang tiada dialami jika para pembaca hanya sekadar melekat pada aktiviti-aktiviti tradisional dalam hobi ini. Jiwa segar, otak cerdas dan badan sihat!

Demikian coretan saya. Tuan-tuan akan merasai sesuatu yang berbeza.... bagaimana yang berbeza itu? Belum cuba belum tahu.... Kemenangan bukanlah perkara penting dalam pertandingan ini.
Apa yang penting ialah hasil homebrew anda dapat dipertonton, diuji dan membuktikan keupayaan para pembaca sendiri sebagai pengendali radio amatur multi mode dan multi skill!!! Sebab itu bukan sahaja hadiah untuk kemenangan disebabkan dapat mencari Fox tetapi Teamwork dan Hasil Homebrew terbaik juga ada permarkahannya.


Masa masih banyak lagi.. ayuh ramai-ramai menyertai Pertandingan Memburu Musang atau datang memberi sokongan moral pada warga V17.
73!!
P/S : Khabarnya Warga Republik Of Gombak atau V33 juga akan menghantar wakil.. Syabas! Tapi mana lagi komuniti yang lain? Tunjukkanlah kejantanan mu hhehehe..
Related Posts with Thumbnails