Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada 23 hingga 25 Ogos 2019, saya telah menghadiri Denpasar Hamfest 2019 atau dipanggil juga Bali Hamfest. Idea untuk pergi ke hamfest ini sebenarnya agak lama dah. Pak Yob 9M2YRS beberapa kali ketika saya bertemu dengan beliau memberi info tentang acara ini yang akan berlangsung pada Ogos tetapi saya buat tidak endah. Hinggalah pada bulan Jun baru saya teringat. Pak Yob terus saja transfer duit dan saya belikan tiket serta hotel.
Acara ini tidak kurang meriahnya dengan dominasi acara pertandingan adu antena yang memang sengit. Malahan saya sempat mengikuti hingga larut malam pertandingan ini.
Hotel saya menginap tidak jauh dari lokasi acara iaitu di Lapangan Kertalangu, di Jalan NgurahbRai Kesiman. Kami sampai lewat malam dan terus ke hotel berehat. Pagi nya.... Cantik!
Ada swimming pool dan amat mendamaikan. Kos semalam pun tak sampai RM120.
Dalam perjalanan kami ke lokasi acara bertemu dengan peserta Fox Hunting yang sedang mencari beacon.
Mencecah hingga ke sawah pagi.
Kami terus ke lokasi hamfest, apa yang saya cari dahulu ialah gerai jualan radio terpakai.
Juga barangan komponen radio yang boleh saya beli dan bawa balik ke Malaysia.
Radio Nelayan, Komuniti di sini ada rupanya.
Juga aksesori kecil yang ada.
Menarik.
Pin badge
Pertandingan Lumba Antenna sedang berlangsung.
Antara antena yang sedang menunggu giliran pertandingan.
Terlupa nak sambar tuner ni aduhai..
Juga antena freq popular melanun.
Dah rosak dari pemerhatian saya, tak jadi beli.
Nak beli tapi range tak mencukupi.
Wow... kasut buatan tempatan Indonesia.
Juga radio-radio nostalgia.
Sate Babi agak popular di sini. Mujur saya Vegeterian ketika ini hehehe..
Banyak juga radio terpakai dijual.
Menarik hati tetapi sayang saya tak bawa wang yang cukup.
Banyak juga.
Pameran kenderaan CORE, Emergency Mobile
Patutlah ramai masuk pertandingan! Hadiah speda motosikal rupanya!
Pertandingan sedang berlangsung.
Di lapangan pertandingan.
Istimewa acara di Indonesia ialah jika anda hadir akan dapat Sijil Penghargaan.
Kembali ke padang pertandingan. Masih sengit.
Perhatikan panitia atau juri pertandingan. Lengkap dengan peralatan untuk memberi keputusan isyarat antena mana yang terbaik.
Antena yang menang akan diletakkan pada satu bahagian untuk menunggu pusingan seterusnya. Juga dijaga oleh juri agar tiada modifikasi.
Kalaulah di Malaysia juga ada kan best pertandingan ini.
Juga kehebatan emblem atau menyulam nama terus tanpa bantuan komputer masih dikekalkan.
Radio popular kaki SWL.
Lengkap satu set.
Kami beransur pulang kerana hari sudah senja. Pak Yob mengajak saya ke Pantai Kuta untuk melihat matahari terbenam.
Pak Yob 9M2YRS dan senja di pantai Kuta.
Kami kembali ke acara untuk meninjau aktiviti malamnya.
Bertemu dengan sahabat Pak Yob, Pak Bambang.
Juga booth jualan linear 1000watt masih lagi dikunjungi orang.
Pertandingan lumba antena hingga jam 1 pagi.
Juri dan urusetia pertandingan pun nampak sudah letih.
Juri dan carta liga di belakangnya.
Antena sudak kena embun nampaknya.
Sebelum pulang saya dan Pak Yob sempat membeli balun untuk antena ini. Jika tidak silap saya ini ialah antena T3FD bagi 40M band.
Dan pada rekabentuk T3FD yang sama untuk 80M Band menggunakan ukuran begini.
Ini ialah balun yang kami perolehi, 12:1 (bagi antena T3FD) dan 4:1 (bagi antena T2FD).
Ini rupanya dalam balun ni (sumber dari Whataaps)
Impeden pada 1.85Mhz (sumber dari Whataaps)
Impeden pada 3.84Mhz (sumber dari Whataaps)
Impeden pada 7.1Mhz (sumber dari Whataaps)
Setup tower pun boleh tahan jugak.. portable tower. Keesokkan harinya kami ke lokasi hamfest lagi sekali.
Dengan link Wifi.
Pertandingan merakit litar pemancar.
Tekun.
Geram tengok hahhaa..
Board Linear Amplifier di booth jualan.
Tebal juga PCB nya
Data sheet lengkap.
Juga panduan PCB.
Perekanya, saya dah lupa nama.
Kenderaan penguatkuasa spektrum di Bali.
Si Garda
Masa untuk pulang ke Airport dan balik ke Malaysia.
Ada beberapa kenangan ketika di sana, antaranya ialah bertemu dengan rombongan Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang (PERAMAH) yang meriah serta beberapa ham radio Malaysia yang juga hadir secara senyap-senyap. Abang Romzi dan rakan-rakan. Dan seingat saya itulah kali terakhir saya bertemu dengan Arwah Abang Tuan Mohd Nor 9W2TMN. Beliau sempat memperkenalkan anak beliau pada kami.
Selepas tengahari kami bergegas balik ke lapangan terbang sebelum mengambil penerbangan AirAsia pulang ke Kuala Lumpur.
Tiada ole-ole yang dibawa pulang kecuali balun 12:1 dan gambarajah antena T3FD yang akan saya cuba bina (telah bina dan uji semasa IOTA Pulau Redang yang lepas).
73!