Anda adalah tetamu ke blog ini.

Isnin, 13 April 2020

Durian On The Air (DOTA)

Gambar dari tahun lepas baru hari ni ada peluang nak menulis hahahah..

Durian On The Air (DOTA) sempena musim durian tahun lepas (2019) memang sesuatu yang takkan saya lupakan. Terima kasih pada Hanif 9W2VKV dan Azehan 9W2AEV kerana sudi menganjurkan program ad hoc sebegini hahaha...

Berlokasi di Temerloh Pahang, acara ringkas ini diadakan di rumah orang tua Hanif yang mempunyai kebun durian yang luas. Sambil menunggu durian gugur kami setup satu stesen radio HF di lokasi. Pada malam nya sahabat-sahabat dari KL seperti Mutalib 9W2TLB dan Bang Sabri 9W2SQ yang kebetulan memang ada di Temerloh hadir. Terima kasih juga pada keluarga Shafik yang sudi mengadakan jamuan pulut durian dan makan malam ikan patin Temerloh yang saya takkan lupa sampai bila-bila kesedapannya.

Saya mengambil peluang untuk bermalam di pekan Temerloh kerana esoknya terdapat Pasar Sehari yang sangat popular yang mana pasar ini sangat besar dan menjual barang-barang hasil dari penduduk setempat yang sangat nostalgia. 


Azehan 9W2AEV memulakan contact sambil menunggu durian gugur.


Pokok baka durian tembaga ni. 


Hasil gugur yang pertama.


Rendah-rendah pula pokok durian di sini.


Bau kuat durian yang seringkali mengganggu QSO hahhaha..


Hasil kutipan


Dekat 30 minit juga pusing kesemua pokok di sini.

Itulah kisahnya DOTA kali ini. Insyallah jika ada peluang mungkin saya nak mencuba DOTA di lokasi kebun durian lain. Sejak keluarga datuk saya menjual kebun durian di Sungai Bakap, memang kami dah lama tak merasai suasana mengutip buah durian sebegini.

Dan orang-orang Temerloh sangat-sangat baik hati... Hingga jumpa lagi, 73!

Related Posts with Thumbnails