Anda adalah tetamu ke blog ini.

Selasa, 13 Jun 2017

Misteri kedai radio Jalan Ipoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni membantu membersihkan sedikit pejabat seorang kenalan radio. Saya cuma tahu kewujudan syarikat ini semasa menumpang kereta Allahyarham 9M2GL pada awal 2000. Arwah menunjukkan terdapat satu kedai yang menjual barangan radio di sekitar Jalan Ipoh, tetapi kami hanya melewati sahaja kerana dalam perjalanan ke Jinjang Utara (rumah pak dollah 9M2DS).

Suatu ketika dulu syarikat ini terlibat dengan pembekalan radio, sistem radio, perisikan dan SB... masa dan teknologi bergerak pantas. Usia yang mencecah 70an dan generasi pewarisnya juga tidak berminat menceburi bidang ini membuatkan syarikat ini berkubur begitu saja....


 Antara produk-produk yang pernah dibekalkan..


Old Crow, satu kumpulan berkaitan peralatan Special Branch

Saya sempat mendapatkan bench drill dari sisa2 yang ada selepas beberapa kali pemunya nya melelong barangan-barangan yang ada sejak dari 2015...

Bench drill ini akan di letakkan di kelab MARES PJ untuk kegunaan ramai dan kelas-kelas antenna kelak....

Semoga Allah balas jasa baik En. Wan Ros... Jazakallah...


73!

JAKARTA AMATEUR RADIO FAIR 2017 (JARF)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berita baik buat sahabat-sahabat radio yang berminat untuk mempelajari malahan merasai pertandingan mobile fox hunt, walking ardf, slalom dan banyak lagi... Jakarta Amateur Radio Fair 2017 yang akan diadakan di Ancol Beach City Jakarta pada 15 dan 16 Julai 2017.

Ambil peluang ini kerana sahabat-sahabat dari Orari Indonesia amat berpengalaman menganjurkan acara-acara begini. Untuk maklumat lanjut bolehlah melawati laman web rasmi acara di  https://jarf2017.com


Kredit dari laman web acara.

Terdapat sahabat-sahabat dari MARTS yang juga akan ke sana nanti. Insyallah semoga banyak yang dapat dipelajari. Untuk Tips, tiket penerbangan pergi balik adalah di bawah RM600 ketika artikel ini ditulis. Terdapat banyak penerbangan murah seperti airasia, malindoair, MAS dan flight transit KLM yang menawarkan harga berpatutan..

Semoga membantu anda!

73! 






Rancangan backpacker ke Europe Ham Radio Festival

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

10 tahun lepas saya sering mendengar cerita dari Haji Rashid Sultan 9M2RS tentang perjalanannya ke Europe Hamfest dengan Pak Dahlan 9W2DJ dan Hassan 9W2CCW... dengan gaji yang cukup-cukup makan memang mengigit jari kalau nak ke festival begini lagi-lagi di eropah. Mujur negara tetangga kita iaitu Indonesia juga mempunyai festivalnya yang juga cukup meriah. Dapat la merasa huhuhuhu... Kalau nak lihat festival di Indonesia boleh klik link label jakarta hamfest di bawah.

Rentetan dari perjalanan kami 2 tahun lepas ke Tokyo Hamfest, kami bercadang ura-ura mahu ke festival di eropah. tetapi kebetulan tarikh festival ini jatuh pada musim raya.. alamak!. maka tertangguh lah trip 2016. kami mula menabung sejak 2016.

2017, kebetulan pada januari lepas Malaysian Airlines (MAS) ada menawarkan tiket ke Eropah serendah RM2k return! tanpa berlengah masa kami mencuba nasib.

Dan bermula lah rancangan saya dan Fadhil 9W2WF untuk bagpack dengan bajet serendah yang kami mampu untuk ke Europe Hamfest yang akan di adalakan pada 14 ke 16 Julai 2017.

Perjalanan yang kami rancang ialah dengan menaiki pengangkutan awam bermula London UK(tiada pilihan sebab MAS murah ke sini), kemudiannya masuk ke Paris dengan bas, ke Mulhouse dengan TGV (tren laju)... tapi terpaksa tukar ke Zurich Switzerland (ya Allah mahal giler hotel-hotelnya) sebelum merentasi tasik dengan feri menuju ke bandar Friedrichscafen Jerman. Kemudiannya kami merancang untuk bertandang ke Munich dan menonton bola di sana... Dan terbang ke Istanbul untuk melawat selat Bhosporus, Arya Sofia dan masjid biru. Kami memilih transit di Dubai UAE sebab sahabat saya Fadhil nak melihat Burj Khalifa sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan dijangkakan mencecah 11 hari dengan bajet RM3500 seorang all in.. memang agak sukar tapi Insyallah rasanya kami mampu cuba. Dengan tabungan yang ada dan ikat perut huhuhuhuhu....



Setelah pecah tabung tong gas aircond... ini hasilnya..


 Tawar menawar...


Pemandangan Flea Market..


Pengenalan asas elektronik pada kanak-kanak yang menarik minat kami.


Semoga kami berjaya sampai di sana Insyallah...

Untuk makluman festival ini adalah antara 3 festival radio amatur yang terbesar di dunia selain Dayton US dan Tokyo Jepun. Maklumat lanjut mengenai festival ini boleh lawati laman web http://www.hamradio-friedrichshafen.de/ham-en/  .

73!



Related Posts with Thumbnails